You are on page 1of 2

SK DESA AMAN

TAMAN DESA COALFIELDS, FASA 3, 47000 SUNGAI BULOH,


SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-60382696 FAX: 03-60383835
KOD SEKOLAH: BBA3038
e-mail: bba3038@btpnsel.edu.my

MINIT MESYUARAT UNIT e KEHADIRAN / PONTENG / PEMANTAUAN MURID


CICIR (JPMC) BIL 1 / 2017

Tarikh : 27 April 2017


Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Desa Aman
Pengerusi : En. Norhamidi b Mohd Ansor
Kehadiran : 10 / 10 orang
Nama Yang Hadir :

1. En. Norhamidi b Mohd Ansor


2. Pn.Normala bt Taib
3. Pn. Wan Khatijah bt Wan Ibrahim
4. Pn. Fatimah bt Ismail
5. Pn. Noorwisma bt Shaari
6. Pn. Nur Izzati bt Rosli
7. Pn. Noorhazatul Azura bt Zainal
8. En. Mohd Isa b Ismail
9. Pn. Dayang Supia bt Darmawi
10. Pn. Noorwati bt Imammuhairi

Turut Hadir : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta menglu-alukan


kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa walaupun mesyuarat ini adalah mesyuarat kali
pertama unit ponteng untuk sesi 2017 akan tetapi sedikit sebanyak makluman
mengenai unit ini telah pun di berikan semasa Mesyuarat Guru dan Mesyuarat
HEM kali pertama.
1.3 Beliau juga menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengingatkan
tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini dalam membendung gejala ponteng
tanpa sebab munasabah di kalangan murid SK Desa Aman. Guru juga perlu
prihatin dengan murid-murid yang bermasalah supaya gejala ponteng sifar di
sekolah ini akan direalisasikan.

2. AGENDA MESYUARAT

2.1 Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun

2.1.1 Pengerusi meminta guru-guru merujuk Perancangan Tahunan Unit e-


Kehadiran / Ponteng yang dilampirkan dan berharap agar semua ahli
jawatankuasa yang terlibat dapat menggerakkan aktiviti yang telah
dirancang.
Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa Unit
2.2 Senarai Murid Ponteng Terkini

2.2.1 Pengerusi bertanyakan mengenai senarai terkini murid-murid dikenalpasti


ponteng untuk tindakan selanjutnya samaada diberikan surat amaran
ataupun mengadakan lawatan dan ziarah waris ke rumah. Pn. Normala
selaku penyelaras unit ini memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari
hingga Mac, terdapat 38 orang murid yang disenaraikan tidak hadir ke
sekolah selama 5 hari bertuturut-turut (sekurang-kurangnya) dan daripada
jumlah tersebut hanya 4 orang sahaja yang tidak hadir bukan disebabkan
masalah kesihatan. Dan daripada empat orang tersebut seorang daripadanya
akan diberikan surat amaran pertama.
Tindakan : Makluman

2.2.2 Pengerusi memaklumkan sekiranya guru kelas tidak dimaklumkan


mengenai sebab yang munasabah mengenai ketidakhadiran murid ke
sekolah selama 5 hari berturut-turut atau lebih dan telah pun mngadakan
sisasatan yang terperinci, guru hendaklah memasukkan maklumat murid
ponteng tersebut ke dalam data SSDM secara ‘online’.
Tindakan : Makluman

3. PENUTUP

3.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

(PN. NORMALA BT TAIB) (EN. NORHAMIDI B MOHD ANSOR )

Pencatat Mesyuarat Unit e-Ponteng dan Kehadiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SK Desa Aman SK Desa Aman

TARIKH : 28 April 2017

You might also like