You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN

TAMAN PERPADUAN, 31150 ULU KINTA, PERAK.


Telefon : 05 5333859 Fax : 05 5333878
_______________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEHADIRAN & REKOD MURID PONTENG (BIL.1/2016)

Hari : Rabu
Tarikh : 27 Disember 2016
Masa : 12.50 tengah hari
Tempat : Bilik mesyuarat, SK Perpaduan

Kehadiran :

1. En. Azman bin Tahir PK HEM


2. Pn. Sarmiza bt Chek Morat Setiausaha
3. Pn. Noosoharah bt Sulaiman Naib Setiausaha
4. Pn. Noor Suzilawati bt. Kamaruddin AJK
5. Pn. Noor Hamizza bt Ahmad AJK/ Penyelaras tahun 3
6. Pn Mazlina bt. Mohd Zain AJK/ Penyelaras tahun 2
7. En. Sahril b. Mohd Tanzizi AJK
8. Pn. Halinatul Shima bt. Ahmad AJK/ Penyelaras tahun 1
9. En. Abu Kamal b. Ghazali AJK
10. Pn. Haslina bt. Abu Hassan AJK/ Penyelaras tahun 6
11. En. Mohd Ikram Syahmi b. Ismail AJK
12. Pn. Ramudah bt. Abd Malek AJK/ Penyelaras tahun 5
13. En. Mohd Asri b. Tahiruddin AJK
14. En. Mohd Azrul b. Mohd Alias AJK/ Penyelaras tahun 4
15. Cik Huda bt. Abdul Rahim AJK

Tidak hadir :

Tiada

1. Pengerusi Mesyuarat : En. Azman bin Tahir PK HEM

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah. Pengerusi mengalu-alukan dan berterima
kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat ini.
1.2 Guru kelas diminta supaya melaksanakan prosedur pengurusan murid poteng dan mengemukakan
surat amaran kepada murid yang melakukan salah laku disiplin kepada murid yang kerap ponteng
sekolah.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGGERAK MINDA BERWAWASAN


2. Analisa peratus kehadiran murid sehingga bulan Ogos 2015

2.1 Peratus kehadiran bagi bulan-bulan tahun 2014 berbanding bulan-bulan 2015 menunjukkan
penurunan. Keadaan ini dijangkakan akan berlaku peningkatan mulai bulan September 2015
hingga tahun hadapan. (selepas UPSR dan PAT)
2.2 Peratus kehadiran mengikut bulan tahun 2014 dan sehingga Ogos 2015

Peratus kehadiran
Bulan
2014 2015 Beza (+/-)
Januari 93.7 92.2 -1.5
Februari 93.1 92.9 -0.2
Mac 92.0 92.0 Sama
April 91.4 91.0 -0.4
Mei 91.1 91.1 Sama
Jun 84.5 89.0 +4.5
Julai 87.6 85.9 -1.7
Ogos 89.7 89.5 -0.2
September 90.4
Oktober 88.2
PURATA 90.2

2.3 Di samping itu Guru Bimbingan dan Kaunseling juga berperanan dalam menjalankan sesi
kaunseling kepada murid yang bermasalah dalam kehadiran serta peranan pentadbiran yang
menjalankan konsultasi dengan ibu bapa murid yang bermasalah ini.

3. Hal-hal lain

3.1 Penyelaras tahun hendaklah menghantar kehadiran harian murid kepada pembantu tadbir
sekolah pada setiap hari sebelum pukul 9.30 pagi bagi sesi pagi dan sebelum 2.30 petang bagi sesi
petang pada setiap hari persekolahan.
3.2 Guru kelas hendaklah menanda buku kedatangan murid dan menghantar ke pejabat semula
sebelum pukul 8.30 pagi bagi sesi pagi dan sebelum pukul 2.00 petang bagi sesi petang pada
setiap hari persekolahan.
3.3 Penyelaras tahun hendaklah menandakan buku kedatangan murid jika guru kelas bagi setap tahun
masing-masing tidak hadir.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

___________________ ___________________
(EMILIA BT SULAIMAN) (HAJI AZMAN B. TAHIR)
Setiausaha Unit Kehadiran, PK Hal Ehwal Murid,
SK Perpaduan. SK Perpaduan.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGGERAK MINDA BERWAWASAN

You might also like