You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT BIL.

2 2023/24
SK BINUWOU TENGAH, KENINGAU

Tarikh : 14 Jun 2023 (RABU)


Masa : 1.20 - 2.20 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBT
_____________________________________________________________________
Kehadiran : 05 orang

01. Encik Tadias Lasat, Guru Besar


02. Puan Zailah bte Abd Karim, PK Kurikulum
03. Encik Jusery Bin Jausin
04. Pn. Salimih Kuling
05. Pn. Jennet F. Anthony

AGENDA

1.0 KATA ALU- ALUAN

1.1 Terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat panitia pada hari ini,
walaupun terdapat kekangan masa kerana ada guru terlibat dengan latihan sukan
daerah, penyediaan soalan pentaksiran dan termasuklah persiapan bagi lawatan
verifikasi pelaksanaan STEM dan Pembelajaran Digital di sekolah pada hujung bulan
ini.
Tindakan : Makluman

1.2 Perancangan aktiviti panitia adalah penting dalam pelaksanaan program STEM dan
Pembelajaran Digital. Oleh itu diharap panitia dapat membincangkan aktiviti-aktiviti
yang bersesuaian terutamanya program peningkatan profesionalisme, program
sokongan kepada murid dalam menguasai kemahiran digital serta projek ataupun
aktiviti pembelajaran yang melibatkan pendekatan STEM.
Tindakan : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1. Dicadang untuk disahkan oleh oleh Cikgu Jusery Bin Jausin
2.2. Disokong untuk pengesahan oleh Cikgu Jennet F. Anthony
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit

4.0 PENTAKSIRAN SUMATIF / PBD


4.1 Pentaksiran Sumatif 1 akan dijalankan pada 12 - 15 Ogos 2023.
4.2 Penggubal soalan sumatif 1 berdasarkan guru mata pelajaran di setiap kelas.
4.3 Soalan sumatif adalah menguji kemahiran yang telah dipelajari dan tiada format
khusus.
4.4 PBD: - Jalankan secara berterusan
- Guru mata pelajaran merekod Pentaksiran dalam borang transit selepas PdP,
- Melaksanakan Pelaporan PBD berkaitan TP murid 2 kali setahun
- Gunakan buku panduan pelaksanaan PBD sebagai rujukan.
Tindakan : Semua guru

5.0 PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME

Bil Program/ Aktiviti/ Projek Cadangan Pelaksanaan


Pembelajaran Digital
1. Bengkel RPH Reka bentuk dan teknologi (RBT) Bulan Mac
Pembelajaran Digital
2. Platform Pembelajaran DELIMa KPM
Bulan Ogos / September
Pembelajaran Digital
3. Google Workspace: Form/ Sheet
Bulan Oktober / November
Pembelajaran Digital
4. Aplikasi Quizizz/Kahoot/
Bulan Disember / Januari
Pendekatan STEM
1. CUP 3.0: RPH Pembelajaran Terbeza Bulan Mac
2. RPH Pendekatan / Aktiviti STEM Bulan Ogos / September
3. Peningkatan Kreativiti Guru dalam PdP STEM Bulan Oktober / November
4. Bengkel / Projek STEM Bulan Disember / Januari
Tindakan : Semua guru

6. 0 PROGRAM SOKONGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN DIGITAL / STEM (MURID)

Bil Program/ Aktiviti/ Projek Cadangan Pelaksanaan


Penguasaan Digital Murid
1. Pengenalan Pelantar DELIMa Bulan Ogos
2. Pendedahan/ Bengkel Microsoft Office Bulan September
3. Pendedahan Aplikasi Capcut Bulan Oktober
4. Pertandingan Membuat Video Kreatif Bulan November
Program Kecemerlangan Murid (STEM)
1. Pengenalan dan pendedahan STEM Bulan Ogos
2. Projek /Aktiviti/ Eksperimen dalam PdP (SN, RBT, MATE) Semasa PdP (Ogos- Disember)
3. Pertandingan STEM Talent Bulan November
4. Pertandingan Video Kreatif STEM Bulan Disember
Tindakan : Semua guru

7.0 VERIFIKASI PELAKSANAAN STEM DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

7.1 Bimbingan pelaksanaan STEM dan pembelajaran digital pada 4 Julai 2022 telah
disampaikaan oleh pegawai SIC Encik Sasitharan a/l Palykerisnan. Terdapat item
dalam borang senarai semak pelaksanaan STEM dan pembelajaran digital yang akan
disemak semasa verifikasi pemantauan pada hujung bulan Julai ini.
7.2 Semua guru mata pelajaran terutamanya yang berkaitan dengan STEM dan
pembelajaran digital haruslah berkerjasama dan bertanggungjawab dalam
melengkapkan item senarai semak yang diperlukan dalam verifikasi tersebut.

7.3 Perbincangan dari masa ke semasa akan dibuat bagi memastikan kelancaran
pelaksanaan STEM dan Pembelajaran Digital.
Tindakan : Semua guru

8.0 SEMAKAN BUKU NOTA / LATIHAN MURID

8.1 Pemeriksaan semakan buku latihan kali kedua adalah pada bulan Ogos. Diharap
buku-buku latihan murid telah diperiksa oleh guru-guru mata pelajaran.
Tindakan : Semua guru

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Diharapkan guru-guru akan menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan
sentiasa bekerjasama dalam memajukan sekolah.

9.2 Terima dengan ikhlas segala tugas yang diberikan dan teruskan berusaha. Mudah-
mudahan sekolah akan mendapat guru baharu dan tugas-tugas guru dapat
dikurangkan.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………… ………………………………
(SALIMIH BINTI KULING) (JUSERY BIN JAUSIN)
Setiausaha Panitia RBT, Ketua Panitia RBT,
SK Binuwou Tengah SK Binuwou Tengah

You might also like