You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SJKC CHUNG HUA BANGKONG BIL. 1/2023-24

TARIKH : 12 April 2023 (Rabu)


MASA : 1400 Petang
TEMPAT : Bilik Guru

SENARAI KEHADIRAN:
1. En. Jee Chen Fui (Guru Besar) 3. En. Tan Shiuh Shyan
2. Dr. Lai Nan Poh (Ketua Panitia)

AGENDA MESYUARAT:
1. KATA ALU-ALUAN KETUA PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.1 Ketua panitia mengalu-alukan kehadiran guru mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi ke mesyuarat pertama Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi untuk sesi
akademik 2023-24.

2. PELANTIKAN SETIAUSAHA PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


2.1 En. Tan Shiuh Shyan dilantik sebagai Setiausaha Panitia RBT bagi tahun ini.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada isu-isu berbangkit.

4. PENUBUHAN JAWATANKUASA PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


4.1 Ahli Jawatankuasa Kerja Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi bagi tahun 2023/24
adalah seperti adalah seperti yang berikut:-
Penasihat : En. Jee Chen Fui (Guru Besar)
Penolong Kanan Pentadbiran : En. Wong Ik Ming
Ketua Panitia : Dr. Lai Nan Poh
Setiausaha : En. Tan Shiuh Shyan
Makluman: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

Panitia RBT SJKC CH Bangkong../ 1


5. FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN
5.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
5.1.1 Semua guru Reka Bentuk Dan Teknologi perlu memuat turun Dokumen
Standard Kurikulun dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi
dan merujuk kepada DSKP Reka Bentuk dan Teknologi semakan Tahun
2017 untuk merancang RPT dan RPH.
5.1.2 Contoh format Rancangan Pengajaran Tahunan mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi adalah seperti berikut:-
Minggu Tajuk Standard Standard Catatan
周次 题目 Kandungan Pembelajaran 备注
内容标准 学习标准

Tindakan: Guru Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

5.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


a) Subjek, Kelas dan Masa
b) Tajuk
c) Standard kandungan
d) Standard Pembelajaran
e) Objektif Pembelajaran
f) Aktiviti
g) Refleksi / Impak
Tindakan: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

6. BUKU LATIHAN MURID


6.1 Murid-murid perlu ada sekurang-kurangnya sebuah Buku Latihan untuk mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi untuk menyalin nota dan membuat latihan
yang berkaitan dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.
Tindakan: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

7. AKTIVITI TAHUNAN PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


7.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
7.1.1 Semua guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi perlu key-in
rekod pencapaian murid ke dalam Tapak Pelaporan Ms Excel dalam

Panitia RBT SJKC CH Bangkong../ 2


folder pada desktop sekolah yang bernama “Template Pelaporan PBD
2023-2024” dua kali setahun iaitu pada bulan Ogos 2023 dan bulan
Februari 2024.
Tindakan: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

7.2 Pameran Berwawasan Pusat Sumber Sekolah


7.2.1 Murid-murid dikehendaki untuk menghasilkan projek atau karya yang
berkaitan dengan perayaan Hari Gawai (Jun).
7.2.2 Murid-murid dikehendaki untuk menghasilkan projek atau karya yang
berkaitan dengan perayaan Kuih Bulan (Ogos).
7.2.3 Barang / karya yang dihasilkan akan dipamerkan.
7.2.4 5 projek / karya yang terbaik akan dipilih daripada setiap kelas (Tahun 4 -
Tahun 6) dan diberi hadiah semasa Perhimpunan sekolah.
Tindakan: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

8. PERBELANJAAN
8.1 Peruntukan PCG Panitia akan digunakan untuk membeli Bahan Projek RBT dan
BBM RBT untuk PdPc. Jumlah baki peruntukan PCG untuk Panitia Reka Bentuk
dan Teknologi Tahun 2023 setakat ini adalah seperti berikut:-
M/P Tambahan : RM 939.40
Makluman: Guru M/P Reka Bentuk dan Teknologi

9. PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1500.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(TAN SHIUH SHYAN) (LAI NAN POH) (JEE CHEN FUI)


Setiausaha Panitia RBT Ketua Panitia RBT Guru Besar
SJKC CH Bangkong SJKC CH Bangkong SJKC CH Bangkong

Panitia RBT SJKC CH Bangkong../ 3

You might also like