You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG,
24000 KEMAMAN

BIL. 4/2019

Tarikh : 5 NOVEMBER 2019 (SELASA)


Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Puan Rohaya - Naib Pengerusi 1
(PK Pentadbiran)
2. Encik Mohd Fadzil bin Abdullah - Timbalan Pengerusi
(GPK HEM)
3. Puan Junaidah binti Hassan - Naib Pengerusi 2
4. Puan Siti Zaharah binti Jaafar - Penyelaras
5. Puan Sumi Muniza Abd Razak - Setiausaha
6. Encik Husin bin Abu - Ajk
7. Encik Mohd Fariz bin Zulkifli
8. Puan Norfarawati binti Maliami

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah

1.2 Berharap agar ketelusan pelaksanaan setiap program di bawah 3K yang dibuat
mengikut standard yang telah ditetapkan mencakupi aspek kebersihan, sistem
keselamatan berfungsi dan persekitaran yang selamat meskipun tirai 2019 bakal
labuh tidak lama lagi.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak bersedia untuk merancang program 3K bagi tahun 2020.

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2019
3.1.1 Program 3K selesai dijalankan dan meminta semua laporan dihantar
secepat mungkin.
3.1.2 Aktiviti terakhir adalah aktiviti gotong-royong mini yang akan
dijalankan pada hari terakhir sesi persekolahan nanti.
1
Tindakan : Semua Guru,
Murid dan Kakitangan

3.2 Perancangan 3K 2020


3.2.1 Guru yang terlibat diminta membuat persiapan perancangan 3K
agar memudahkan PK HEM untuk membuat takwim bagi tahun
2020

3.2.2 Guru kelas juga diminta bekerjasama dalam memastikan 3K


berjalan dan memberi buah fikiran kepada Penyelaras 3K untuk
menjalankan segala program dan aktiviti bagi tahun 2020 kelak.

Tindakan : Makluman

4. Hal-hal lain
4.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama semua
guru dalam menjayakan program 3K bagi tahun 2019.

5. Penutup

5.1 Pengerusi juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru
kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberi.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan
pada jam 2:30 petang dengan surah Al Asr.

…………………………................ ………………………..........
(Puan Sumi Muniza bt Abd Razak) ( )
Setiausaha 3K Penolong Kanan Hem
SK Bukit Kuang SK Bukit Kuang

You might also like