You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”

2014

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”

1. PENDAHULUAN
Projek ini merupakan satu aktiviti para guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas bagi tahun 2014. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat
membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat
kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,
kokurikulum atau kerohanian. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan
mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan
mengambil peluang ini bagi menceriakan papan-papan kenyataan panitia sekolah dan
mengemaskini maklumat-maklumat di atas papan kenyataan sekitar sekolah.

2. RASIONAL
Persekitaran sekolah yang ceria merupakan perkara yang penting dalam
mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif dan selesa. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai
secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan
suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik
melalui pembinaan papan-papan kenyataan yang penuh dengan maklumat terkini dan hasil
kerja murid-murid. Selain itu, tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca dan
melihat hasil kerja murid dan maklumat-maklumat terkini sekolah.

3. OBJEKTIF
Projek keceriaan sekolah “Sekolahku Ceria” ini adalah:
a) Untuk menjadikan laluan di sekitar papan kenyataan panitia sebagai satu
tumpuan tempat yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang
berkunjung ke sekolah.
b) Memberi peluang kepada murid-murid untuk melekatkan hasil kerja mereka di
atas papan kenyataan.

1
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”
2014

c) Menyumbang tenaga dalam menceriakan sekolah sebagai satu sumbangan


terhadap sekolah.
d) Guru pelatih dapat menimba pengalaman baru yang menyeronokkan dalam
pengurusan keceriaan sekolah dan menjadikannya sebagai ilmu pengetahuan.

4. TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : SK. SERI BINTANG UTARA


Tarikh : 11 JULAI 2014
Hari : Jumaat
Papan kenyataan yang terlibat : Sekitar kawasan SK Seri Bintang Utara

6. SASARAN
Murid-murid, para guru dan pelawat yang berada dalam Sekolah Kebangsaan Seri
Bintang Utara.

7. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Junaidah Bt. Tamby Hashim (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Norelin Aina bt Ghani (GPK HEM)

Pengerusi 2 : Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Ko-Kurikulum)


Pn. Lily Rashimah Bt. Abdul Rasool
(GPK Tadbir dan Kurikulum)

Penyelaras : Pn. Siti Zamilah bt. Abdul Manaf


(Ketua Panitia Pendidikan Muzik)

Penyelaras Projek : Guru-guru Pelatih


Janisha Kathleen A/P Gilbert
Joanne Chee Sze Min
Lum Li Yuen
Tee Hwei Boon
Zaharatul Nadia

2
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”
2014

3
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”
2014

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
1 “Sugar Paper” RM1.00 5 RM5.00
2 Kad Manila RM1.00 5 RM5.00
3 Kertas Warna RM1.00 5 RM5.00
4 Lain-lain (printing, stickers etc.) RM10.00 1 RM10.00
JUMLAH BESAR RM25.00

9. SUMBER KEWANGAN
Sumbangan para guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

10. PERANCANGAN PROJEK

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN/ CATATAN


PERLAKSANAAN

1 Penyediaan kertas kerja 7/7/2014  Penyelaras projek


2 Perbincangan bersama pihak pentadbiran 8/7/2014  Guru besar / GPK
untuk khidmat nasihat bagi mendapat HEM
kelulusan daripada Guru Besar / GPK  Panitia Pendidikan
HEM Muzik
 Penyelaras projek
3 Perlaksanaan projek 11/7/2014  Penyelaras projek
4 Penulisan refleksi dan dokumentasi 12/7/2014  Penyelaras projek

11. PENUTUP
Diharapkan melalui program yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif yang
dihasratkan. Selain itu, projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung
kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta
mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Seri
Bintang Utara. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.

4
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN SEKOLAH “SEKOLAHKU CERIA”
2014

Disediakan oleh,

………………………………
(LUM LI YUEN)
Penyelaras Projek,
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

Disemak oleh,

…………………………………
(PN.SITI ZAMILAH BT. ABDUL MANAF)
Panitia Pendidikan Muzik
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

……………………………………………..
(PN. NORELIN AINA BT GHANI)
GPK HEM
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

You might also like