You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Tahun 2017
pada hari ini.

2. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
sekolah kerana berjaya mengadakan majlis pelancaran ini. Bagi makluman
hadirin sekalian, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) melancarkan program ini secara serentak pada 5 dan 6 Februari 2017.

3. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh warga
pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom Ke Sekolah.
Program Jom Ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah
dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

4. KPM amat mengharapkan menerusi Program Jom Ke Sekolah ini akan wujud
kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS). Program ini juga diharapkan dapat menghindari
murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin
murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi
undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
5. Diharapkan Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan
ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali serta dapat memberi nasihat
kepada murid-murid dalam perhimpunan sekolah. Pegawai Perhubungan
Sekolah juga boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan undang-
undang.

6. Saya yakin kerjasama dan permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa
dengan pihak sekolah akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir
ke sekolah. Sistem Pendidikan Negara ketika ini telah memasuki Gelombang
ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang
dihasratkan.

7. Justeru, Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM


dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.
Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat
berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping
berperanan sebagai guru disiplin (SPI Bil. 10/2001:semua guru adalah guru
disiplin).

8. Dalam hal kemenjadian murid, ianya harus dilihat secara holistik dan
menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan sukan. Bagi
menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran haruslah menarik dan berkesan.

9. Kementerian Pendidikan telah melaksana pelbagai inisiatif termasuk


penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-
murid gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang
dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
10. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi
memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya
sekolah, prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru yang professional
serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

11. Pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menghasilkan pembelajaran


yang kondusif, menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid
untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira dan seronok
untuk belajar.

12. Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke
sekolah juga adalah amat penting. PPPM 2013-2025 memberi ruang dan
menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara langsung dalam
pembelajaran anak-anak sama ada di rumah atau di sekolah.

13. Bagi tujuan menyampaikan maklumat atau memberi info kepada sekolah dan
pihak berkuasa polis, KPM menggalakkan sekolah menyedia dan
menggunakan Peti Aduan Disiplin Murid di semua sekolah. Peti Aduan Disiplin
Murid ini mesti dapat digunakan semaksimum mungkin oleh murid.
Menerusinya, diharapkan semua murid dapat menyalurkan maklumat yang
diperoleh berkaitan salah laku yang berlaku sama ada di dalam atau di luar
sekolah kepada pihak berkuasa. Pihak sekolah juga perlu sentiasa prihatin dan
mengambil tindakan segera dalam menyiasat sesuatu aduan yang disalurkan.

14. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat hadir ke sekolah serta
memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala
peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik
mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai
tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat dan
mengasah daya kepimpinan kerana anda merupakan aset negara yang bernilai
pada masa hadapan.
15. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala
yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain-lain
gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak
sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru-guru dan komuniti anda.
Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini
hanya yang terbaik akan berjaya.

Sehubungan itu, dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini


merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

You might also like