You are on page 1of 11

DOKUMENTASI PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan
pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL

2.1 Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui


peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua
pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah
laku dalam kalangan murid.

2.2 Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak telah dapat memastikan
risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan
konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.

2.3 Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal


persekolahan 2017 ini telah menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri
murid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.
3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta
tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH-
SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

4. ANJURAN
. Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

5. TARIKH PELANCARAN

Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan secara serentak di peringkat


Kebangsaan, Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut
ketetapan berikut :

5.1 Sekolah Kebangsaan Kampong Bandar

Tarikh : 5hb Februari 2017


Hari : Ahad
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

6. PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan telah dapat


meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS). Secara tidak langsung ianya telah dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih
positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.

SYABAS !!! SK KAMPONG BANDAR


ATUR CARA

7.30 pagi - Perhimpunan Murid, Guru, PIBG dan PDRM


- Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Negeri
- Sekolah

7.35 pagi
- Bacaan Doa
- Ikrar Murid

7.40 pagi – Bacaan Perutusan


- Bacaan Perutusan KPN, PDRM
- Bacaan Perutusan KPPM, KPM

7.50 pagi – Perasmian program


- Perasmian pelancaran program jom ke sekolah dan
- Perasmian Peti Aduan Murid

8.05 pagi – Bersurai


Peti aduan disiplin murid.

LOKASI : PONDOK PENGAWAL SEKOLAH


TEKS UCAPAN
KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, negara kita berada dalam keadaan
aman dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian


jenayah dan salah laku dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid
sekolah. Dalam hal ini pihak PDRM akan sentiasa memantau murid-murid yang
terlibat dengan salah laku disiplin. Kejasama antara pihak sekolah dengan PDRM
mampu membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa.
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersedia memberi khidmat kepada
pihak sekolah tanpa mengira masa untuk membantu pihak sekolah dalam
menangani masalah salah laku disiplin murid.

2. Antara usaha yang dilakukan oleh (PDRM) khususnya PPS adalah untuk
membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang
digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara
tugasnya termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil
tindakan jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan
memberikan ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga
sekolah. Keselamatan sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran
murid-murid. Oleh itu, adalah diharapkan agar program-program yang dirancang
boleh menyemai sikap kesedaran murid-murid terhadap tanggungjawab mereka
kepada sekolah dan negara.

3. Sehubungan dengan itu, PDRM akan sentiasa memberi komitmen kepada


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dalam
kalangan murid sekolah untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin dan
bersahsiah tinggi. Setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif ke arah
membentuk sahsiah murid. PPS bertanggungjawab mengawasi kadar jenayah yang
berlaku di persekitaran sekolah serta membantu pihak sekolah memastikan murid-
murid tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

4. PPS juga perlu membentuk satu mekanisme yang boleh mendorong dan
meransang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam
mencegah salah laku disiplin murid. Menerusi mekanisme ini, PPS dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan
oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplementasi dalam
usaha mengekang kes salah laku disiplin murid dan menjayakan Program Jom ke
Sekolah.

5. Kerjasama antara PPS dan masyarakat sekolah dalam menjayakan Program


Jom ke Sekolah ini akan dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin dalam
kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-
sekolah. Selain itu, pemahaman dan pengetahuan masyarakat sekolah mengenai
penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid perlu diterapkan agar dapat
mempertingkatkan lagi kecekapan bertindak pihak sekolah terhadap masalah disiplin
murid yang berlaku.

Akhir kata, saya berharap kewujudan PPS di sekolah-sekolah dapat membantu


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya pihak sekolah dalam mengatasi
permasalahan yang berkaitan dengan isu disiplin murid.

Sekian, terimakasih.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar


Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia.
TEKS UCAPAN PERASMIAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah Tahun 2017
pada hari ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas


dan tahniah kepada semua sekolah kerana berjaya mengadakan majlis
pelancaran ini. Bagi makluman hadirin sekalian, semua sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program ini secara
serentak pada 5 hb dan 6 hb Februari Tahun 2017.

3. Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting seiring


dengan Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan
negara seperti yang dihasratkan. Sesungguhnya transformasi pendidikan
merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi secara
berterusan daripada semua pihak.

4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa sekolah


sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras
masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi supaya dapat memenuhi
evolusi yang dilaksanakan. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif
perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada
usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang mantap.

5. Pengurusan disiplin di sekolah memerlukan komitmen daripada semua


pihak agar kemenjadian murid akan lebih cemerlang. Dengan pelaksanaan
program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan saluran yang
sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan
disiplin murid. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan saya agar pihak
sekolah dapat menerima cadangan-cadangan yang membina untuk
mengatasi permasalahan yang timbul dalam proses pengurusan disiplin
murid di sekolah.

6. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, objektif Program Jom ke Sekolah


ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih
mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah salah laku
disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang
menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di
luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk membugarkan
kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.

7. Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah perlu sentiasa prihatin


terhadap murid-murid. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan
pengurusan disiplin sentiasa ditambah baik untuk meningkatkan proses
perkhidmatannya. Dalam hal ini kerjasama pihak polis dan sekolah
sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua pihak perlu berganding
bahu bagi menangani masalah disiplin murid.

8. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh
warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom ke Sekolah.
Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK).

9. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi tumpuan


yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada
untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya
anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat
menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah
budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara yang bernilai
pada masa hadapan. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin
sengit pada hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai
sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. Jauhilah perkara yang tidak
berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak
bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh
merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati
ibu bapa dan guru- guru anda. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-
baiknya kerana masa muda hanya sekali. Oleh itu, berusahalah menjadi
yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik
akan berjaya. Only the best among you will survive and thrive.

10. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya dengan ini merasmikan


Program Jom Ke sekolah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia


POST MORTEM PROGRAM

KEBAIKAN

1. Menjalinkan hubungan erat guru, murid, anggota polis,PIBG dan PPD.

2. Memberi peluang kepada murid menunjukkan keprihatinan mereka


terhadap rakan dan persekitaran.

3. Mendidik murid menjadi generasi yang berdisiplin.

4. Siaraya memuaskan bagi sepanjang program.

KELEMAHAN

1. Pada awal program, murid-murid kurang memberi tumpuan pada slot


bacaan perutusan yang disampaikan oleh guru dan pegawai PDRM.
Murid-murid bercakap-cakap semasa perutusan dibacakan.

2. Murid-murid masih tidak menunjukkan tahap disiplin yang tinggi


apabila berada di dalam satu-satu majlis / program yang dianjurkan.

Sekian, terima kasih

Harap maklum.

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………………………
SITINOR BINTI KHAZALI
Jawatankuasa Dokumentasi Program Jom ke Sekolah
Peringkat Sekolah,
Sek.Keb.Kampong Bandar,
09100 Baling,Kedah.

You might also like