You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

KETUA POLIS DAERAH TUARAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT PPD TUARAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, negara kita berada dalam keadaan aman
dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah


dan salah laku dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah.
Dalam hal ini pihak PDRM akan sentiasa memantau murid-murid yang terlibat dengan
salah laku disiplin. Kejasama antara pihak sekolah dengan PDRM mampu
membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa. Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pihak sekolah
tanpa mengira masa untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah salah
laku disiplin murid.

2. Antara usaha yang dilakukan oleh (PDRM) khususnya PPS adalah untuk
membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang
digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara
tugasnya termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan
jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan
ceramah berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Keselamatan
sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid. Oleh itu, adalah
diharapkan agar program-program yang dirancang boleh menyemai sikap kesedaran
murid-murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.

3. Sehubungan dengan itu, PDRM akan sentiasa memberi komitmen kepada


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dalam
kalangan murid sekolah untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin dan bersahsiah
tinggi. Setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif ke arah membentuk sahsiah
murid. PPS bertanggungjawab mengawasi kadar jenayah yang berlaku di persekitaran
sekolah serta membantu pihak sekolah memastikan murid-murid tidak melanggar
peraturan dan undang-undang.

4. PPS juga perlu membentuk satu mekanisme yang boleh mendorong dan
meransang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam
mencegah salah laku disiplin murid. Menerusi mekanisme ini, PPS dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh
mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplementasi dalam usaha
mengekang kes salah laku disiplin murid dan menjayakan Program Jom ke Sekolah.

5. Kerjasama antara PPS dan masyarakat sekolah dalam menjayakan Program


Jom ke Sekolah ini akan dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin dalam
kalangan murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah.
Selain itu, pemahaman dan pengetahuan masyarakat sekolah mengenai penggunaan
Peti Aduan Disiplin Murid perlu diterapkan agar dapat mempertingkatkan lagi
kecekapan bertindak pihak sekolah terhadap masalah disiplin murid yang berlaku.

Akhir kata, saya berharap kewujudan PPS di sekolah-sekolah dapat membantu


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya pihak sekolah dalam mengatasi
permasalahan yang berkaitan dengan isu disiplin murid.

Sekian, terimakasih.

You might also like