You are on page 1of 2

Jangan bergerak! Letakkan senjata!

Jangan cuba melawan dan jangan cuba buat apa-


apa. Detektif Halim gari dia! Anda ditahan di bawa seksyen 506 kanun keseksaan.
Anda boleh berdiam diri atau mengupah penguam bela untuk kes ini. Detektif Halim
bawa dia ke IPD. 02 dari 08 , 02 dari 08 panggilan over, suspek berjaya diberkas.
Roger and out.

Hai semua! Anda semua bersama saya inspektor _________________. Dalam


rancangan ikon kerjaya. Hebat tak saya memberkas penjenayah tadi? Saya berumur 9
tahun berasal dari Kuala Lumpur. Ermm ya betul! besar nanti saya nak menjadi
seorang anggota polis yang berjaya sebagai ikon kerjaya saya. Terima kasih kepada
suadara pengerusi majlis, yang saya hormati panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Pekerjaan polis merupakan salah satu pekerjaan yang sangat mulia. Membantu
orang ramai yang memerlukan tidak kira masa dan Ketika. Kenapa? kerana Polis dan
masyarakat berpisah tiada merupakan motto pasukan polis diraja Malaysia. Serba biru
gelap pakaiannya, sang saka biru siap sedia berkhidmat untuk negara. Berjalan tegap
bertindak pantas memburu suspek. Tidak gentar dengan sebarang ancaman meluru
kehadapan, bertindak dengan pantas. Peneraju keselamatan bagi mengekalkan
Malaysia selamat dan aman selari dengan visi polis diraja Malaysia. Sentiasa tegas,
adil dan berhemah Ketika bertugas!

Saya semakin tertarik untuk menjadi seorang polis, apabila melihat kerjaya ini
sebagai satu kerjaya yang hebat. Ketangkasan pihak polis bertindak memburu
penjenayah dan mengawal keamanan negara membuatkan hati saya berkobar-kobar
untuk menerajui kerjaya ini suatu hari nanti. Melihat senyuman orang ramai setelah
dibantu oleh pihak polis melahirkan rasa bahgia dalam diri saya. Terpampang dalam
akhbar mahupun berita kegembiraan orang ramai apabila pihak polis berjaya
menyelesaikan masalah yang negara hadapi.
Kawan-kawan boleh lihat sendiri ini merupakan pakaian seragam polis diraja
Malaysia. Pistol ini merupakan senjata api yang digunakan untuk membantu pihak
polis mengawal keadaan. Gari ini pula digunakan untuk memberkas pesalah atau
tertuduh. Wisel ini sebagai alat bunyi bernada tinggi yang mampu didengari dari jauh.
Baton elektrik ini pula digunakan untuk melemahkan pihak lawan atau musuh.

Saya menjadikan Yang Amat Berbahagia Tun Mohammed Hanif Omar sebagai
idola dalam hidup saya. Siapakah beliau ini? Beiau merupakan bekas ketua polis
negara yang ke-4 dan merupakan ketua polis negara yang paling lama berkhidmat dia
Malaysia iaitu selama 20 tahun. Hebatkan beliau? Beliau lahir pada 16 Januari 1939,
sekarang beliau berumur 83 tahun. Saya doakan idola saya sentiasa sihat. Banyak
anugerah yang telah beliau terima hasil ketulusan beliau dalam menjalankan Amanah
Ketika berkhidmat dahulu. Sungguh membanggakan dan memberi inspirasi kepada
saya. Sehinggakan ketokohan beliau dilakonkan semula oleh pelakon tahan air
Norman Hakim menerusi filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba. Luar biasa
ketokohan beliau.

Saya harap besar nanti saya boleh menjadi hebat seperti beliau. Besar harapa
saya. Mana tahu saya boleh menjadi keua polis negara pertama perempuan! Tapi
mapukan saya? Fikirkan boleh, percaya apa kau lakukan, tabah apa usahakan,
bertindak atas kemampuan, Mimi boleh. Demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum. Bye…

You might also like