You are on page 1of 4

‫سكوله كبغساءن تلوق كالوغ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG


Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Amanah Malaysia
24000 KEMAMAN,
TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA
PROGRAM SIFAR BULI
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG,
KEMAMAN, TERENGGANU

TARIKH: 27 OGOS 2020


HARI: SELASA - KHAMIS
MASA : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
KERTAS KERJA
PROGRAM SIFAR BULI

1.0 NAMA PROGRAM


PROGRAM PERANGI BULI DI SEKOLAH.

2.0 ANJURAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

3.0 RASIONAL
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-
dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah
ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya
Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar
tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah.
Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapa aspek berkaitan dengan masalah buli
di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli,
mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-
faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli
dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah.

4.0 MATLAMAT
Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja
kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak pentabir
sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar yang melakukan
kes buli ini mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran, keluarga atau emosi.
Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar malah
pelbagai karenah di dalam bilik darjah mengundang kepada ketidaklancaran pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah di samping menimbulkan masalah kepada pihak
pentadbir. Oleh yang demikian, dengan adanya program ini dengan harapan agar murid
yang mendengar dapat memahami serta dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi.

5.0 OBJEKTIF
1. Mengetahui jenis-jenis buli di sekolah.
2. Tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli.
3. Mengetahui cara-cara mengelak daripada dibuli.
4. Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan.

6.0 TARIKH
27 OGOS 2020

7.0 TEMPAT
MAKMAL KOMPUTER
8.0 SASARAN
Murid Tahap 2.

9.0 PERSONALIA
2
1. Guru Bimbingan.
2. Penceramah-Pegawai Polis.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Sarina binti Mohammad


Pengerusi : Bustaman Alladdin bin Sulong ( GPK Pentadbiran)
Naib Pengeruasi : Rukiah binti Rosemen (GPK HEM)
Sayani binti Arsad (GPK KOKU)
Setiausaha : Fadhlina binti Alias
Pen. Setiausaha : Norshazleen binti Salleh

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi majlis
Fadhlina binti Alias

Kawalan Murid
Mohd Issan bin Ismail

Bacaan Doa
Ab. Rahim bin Muhamad

Dokumentasi / Jurufoto
Noraslida binti Idris

Penyambut Tetamu
Norshazleen binti Salleh
Zaihazwani binti Zainu

11.0 TENTATIF PROGRAM

Program Sifar Buli Di Sekolah


Tarikh : 27 Ogos 2020 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

3
MASA AKTIVITI
10.45 pagi Murid berkumpul di Makmal Komputer
11.00 pagi Bacaan Doa
11.05 pagi Ucapan Guru Besar
11.15 pagi Ceramah “BULI”
Oleh : Sarjan Marina binti Ahmad
Pegawai Polis Daerah Kemaman.
1.00 petang Bersurai

12.0 PENUTUP
Buli merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian semua pihak.
Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia
menghulur tangan member bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera di atasi
dengan apa cara sekalipun yang pelajar dapat menikmat suasana pembelajaran yang
kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara akan tercapai.
      

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.......................................... .....................................................
( FADHLINA BINTI ALIAS ) ( RUKIAH BINTI ROSEMEN)
Guru Bimbingan & Kaunseling PK Hal Ehwal Murid,
SK. Telok Kalong. SK. Telok Kalong.

Disahkan oleh:

.....................................................
( SARINA BINTI MOHAMAD)
Guru Besar,
SK. Telok Kalong.

You might also like