You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MINGGU KERJAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA


47800 PETALING JAYA, SELANGOR

TARIKH
17 - 20 SEPTEMBER
(SELASA - JUMAAT)

TEMPAT

SK BANDAR UTAMA DAMANSARA


1. PENDAHULUAN

Pendidikan kaunseling kerjaya dianggap sebagai suatu keseluruhan daripada


pengalaman seseorang pelajar bagi persiapan awal menjawat sesuatu kerja sebagai
sebahagian dari cara hidupnya. Oleh itu semua pelajar wajib mengetahuinya. Pendidikan
Kaunseling Kerjaya merupakan satu strategi memperluaskan pengetahuan kerjaya
seseorang. Dengan adanya aktivti seperti minggu kerjaya, pelajar-pelajar dapat
mengumpul maklumat kerjaya yang ada di pasaran dan seterusnya dari sekarang
merancang apa yang diperlukan oleh sesuatu kerjaya.

2. MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi


pembelajaran, berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Selain itu, program ini juga
diharapkan dapat mendedahkan murid dengan peluang kerjaya terutamanya kerjaya
dalam pasukan keselamatan negara.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada murid mengenai jenis-jenis kerjaya yang boleh
diceburi dan maklumat berkenaan kerjaya tersebut.
3.2 Mengenalpasti kecenderungan serta jenis personaliti dan kerjaya yang sesuai.
3.3 Membentuk sahsiah murid dari pelbagai aspek baik dari segi rohani mahupun
jasmani.
3.4 Meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan mencapai cita-cita.

4. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 17-20 September 2019


Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 8.00 – 10.00
Tempat : Dewan Sri Inai, SK Bandar Utama Damansara

5. KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid SK Bandar Utama Damansara


6. TENTATIF PROGRAM

1. Kuiz Kerjaya - B&K (Tahap 2)


2. Pertandingan Melukis - PSV (Tahap 1)

Tarikh / Hari Masa Aktiviti Catatan


17/9/2019 (Selasa) 7.40 - 8.10 Pelancaran Guru B&K
Persiapan pameran
18/9/2019 (Rabu) 8.00 - 10.00 Latihan Kebakaran Bomba
19/9/2019 (Khamis) 8.00 - 10.00 Ceramah Keselamatan Polis
20/9/2019 (Jumaat) 8.00 - 10.00 Ceramah Warden

7. PERBELANJAAN

Item Kuantiti Harga Seunit Jumlah


Cenderahati 3 RM 60.00 RM 180.00
Jamuan 15 RM 5.00 RM 75.00
(Penceramah)
Bunting 1 RM 20.00 RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 275.00

8. SUMBER KEWANGAN

A. Sumber kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling

9. AJK PELAKSANA

A. Ahli jawatankuasa induk

Penasihat : Pn Noor Sofiah bt Mohamed Ismail (Guru Besar)


Pengerusi : En Khairur Rizal bin Mohamed Jukiri (PK HEM)
Timb Pengerusi 1 : En Rosli bin Husain (PK Pentadbiran)
Timb Pengerusi 2 : Cik Faizah bt Md Rawi (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Cik Nur Izzati Bt Jasni (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Setiausaha : Pn Syamilia bt Ahmad
B. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

1. Surat Jemputan
a. En Amirul Arfi b Zulkifli
2. Persiapan tempat
a. En Khairullah b Md Yusoff
b. En Jeffrin bin Lontong
3. Mikrofon / Pembesar Suara
a. En Amirul Arfi b Zulkifli
4. Pameran
a. Cik Theva Sangiri a/p Tanabalam
b. En Ahmad Azri bin Yusoff
5. Hadiah/Cenderahati
a. Pn Nurul Alliya binti Mazlan
b. Pn Nik Husniza bin Nik Ab Rahman
6. Disiplin / Kawalan murid
a. En Khairullah b Md Yusoff
b. En Jeffrin bin Lontong
c. En Rano Iswardy bin Mohd Noor
7. Jamuan
a. Pn Wan Nor’aini binti Mohd Nor
b. Pn Asma’ binti Abdullah
8. Kuiz
a. Pn Fouziah binti Abdul Aziz
b. Pn Huzaifah bt Aiass@Esa
9. Pertandingan melukis
a. Pn Syamilia binti Hj Ahmad
b. Pn Rohani binti Abdul Ghani
10. Foto & Dokumentasi
a. En Rano Iswardy bin Mohd Noor

10. PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta berjaya mencapai
objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:- Disemak oleh :-

….…………………………….. ……………………………….
(NUR IZZATI BINTI JASNI) (KHAIRUR RIZAL BIN MOHAMED JUKIRI)
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING GURU PENOLONG KANAN HEM
SK BANDAR UTAMA DAMANSARA SK BANDAR UTAMA DAMANSARA

Disahkan oleh : (Diluluskan / Tidak Diluluskan)

…………………………………..
(NOOR SOFIAH BINTI MOHAMED ISMAIL)
GURU BESAR
SK BANDAR UTAMA DAMANSARA

You might also like