You are on page 1of 10

LAPORAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, MELAKA

MASA : 8.90 PAGI


TARIKH : 24 FEBRUARI 2018 ( SABTU )
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
PERASMI : DATUK AKRAMUDDIN BIN HAJI ABD AZIZ DPSM, DSM, BCM, BKT, PJK
AHLI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH ( MBMB ) MERANGKAP
PENGERUSI JKKK BARUH ALAI, MELAKA

1. Ketibaan tetamu Kehormat pada jam 8.50 pagi;


I. Datuk Akramuddin bin Hj Abd Aziz Pengerusi JKK Kampung Alai
II. En Nizam Bin Omar YDP PIBG
III. En Yusof Bin Ahmad Naib YDP PIBG
IV. En Ramli Bin Ismail AJK PIBG

2. Nyanyian lagu Negaraku bersama semua tetamu.

3. Ucapan pengerusi majlis En Mohd Firdaus Bin Mat Amin


3.1 Mengalu- alukan kehadiran Datuk Akramuddin bin Hj Aziz bersama semua tetamu yang lain.

4. Persembahan Dikir Barat Selamat Datang oleh Pasukan Tarian Sekolah dibawah pimpinan En Zul Azrin
Mohd Abd Rahman.

5.Bacaan doa oleh Ustaz Khairul Aznor Bin Anwar.

6.Ucapan Guru Besar


6.1 Mengalu – alukan untuk kesudian Datuk Akramuddin bin Haji Abd Aziz,YDP PIBG, para AJK PIBG,
para guru dan para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 44.
6.2 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus
menjayakan mesyuarat agung ini. Tahniah juga kepada para ibu bapa yang meluangkan masa
untuk hadir.
6.3 Sekolah mempunyai 17 kelas perdana dan 6 kelas PPKI dengan kekuatan tenaga guru seramai 50
orang dan murid seramai 542 orang.
6.4 Peningkatan kapasiti sekolah yang ramai perlukan kerjasama ibubapa kerana masa murid di
rumah lebih lama berbanding masa di sekolah.
6.5 Makluman semua tetamu yang hadir bahawa terdapat Program Komuniti iaitu Program Integrasi
dengan pelajar UTM yang sedang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat sehingga ahad 23-
25 Februari 2018.
6.6 Peranan ibubapa penting untuk mengawalselia anak agar jangan terlalu bebas di luar kawalan
ibubapa. Terdapat anak-anak yang merayau diwaktu malam tanpa mengira masa. Oleh yang
demilkian, ibubapa perlu memasatikan keberadaan anak-anak bagi menjamin keselamatan
mereka.
6.7 Tahun 2018 SK Alai dinobatkan sebagai Sekolah Transformasi dalam semua bidang termasuk
persekitaran, alam sekitar dan pembelajaran. Proses kecerian sedang berlangsung dengan
lancar. Sekolah berusaha untuk melahirkan generasi yang cemerlang menepati kehendak KPM.
6.8 Terima kasih atas kesudian pihak PIBG untuk membantu memberi pelbagai dana termasuk dana
dari Datuk Akramuddin bin Hj Aziz.
6.9 Menasihatkan agar ibubapa dapat memperbetulkan cara menyampaikan hasrat bukan di media
sosial tetapi perlu terus datang ke sekolah. Kongsikan kebaikan bersama yang berlaku di sekolah
amat digalakkan.
6.10 Terima kasih kepada kumpulan alumni yang telah memberi memberi sumbangan
kepada sekolah terutama bangku hiasan dan beberapa sumbangan lain.
6.11 Pihak JPN amat menggalakkan pengenalan Satu Sekolah Satu Budaya bagi melahirkan
murid yang holistik dan seimbang. Sehibungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Alai telah
berjaya menubuhkan pasukan silat Sekolah.
6.12 Penilaian SEGAK, Pikometrik, PBS dan UPSR amat penting dalam struktur pendidikan
masa sekarang. Kepelbagaian penilaian ini dapat melahirkan murid yang seimbang juga
berhubungkait dengan perkembangan murid.
6.13 Tiada pembahagian tahap kelas bermula tahun2018 kerana mengelakkan perbezaan
pencapaian murid yang dapt dilihat dengan begitu ketara selain daripada mengelakkan tiada
rasa rendah diri di kalangan murid yang lemah.
6.14 Pendaftaran Tahun 1 bagi Prasekolah atas talian bermula pada 1 Mac 2018.
6.15 Ibubapa yang ingin mneyampaikan sebarang aduan diminta datang ke sekolah dengan
segera agar dapt ditangani seawalnya.
6.16 Hadir ke sekolah awal. Budayakan konsep menepati masa. Waktu balik juga diharap
dapat mengambil murid dengan tepat bagi mengelakkan kelewatan kepada murid untuk pulang
ke rumah.
6.17 Sekolah berhasrat untuk memohon bantuan dana untuk menaja pakaian silat. Oleh
kerana kekangan kewangan, sekolah terpaksa meminjam pakaian dari pihak lain.

7. Ucapan YDP PIBG


7.1 Mengalu - alukan kehadiran Datuk Akramuddin Hj Abd Aziz ke Program ini walaupun kesibukan.
7.2 Tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Kehadiran ibu bapa adalah tanda sokongan terhadap program sekolah.
7.3 Laksanakan Program PIBG secara santai. Masalah juga dapat dilaksanakn secara santai secara
tidak langsung.
7.4 Komitmen yang tinggi daripada ibubapa dan pelaksanaan maklumat secara komunikasi sosial
amat diperlukan di pihak sekolah.
7.5 Jumlah murid SK Alai semakin bertambah dari tahun ke tahun.
7.6 Seramai 70 org anggota PIBG berdaftar daripada kalangan ibubapa dan Guru.
7.7 Sasaran utama PIBG adalah;
1. Bantu sekolah dalam pencapaian akademik dan kokurikulum
a. peningkatan 67% dalam semua subjek
b. lulus 100% dalam matapelajaran Sain
c. lulus 91% dalam matermatik
d. program peningkatan kecemelangan bagi tahun 4, 5 dan 6 dari awal
2. Penglibatan ibubapa dalam program sekolah
i. Akademik
Manusia (murid) – sediakan murid yang sentiasa bersedia untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Platform(sekolah) – persediaan di peringkat sekolah dengan menyediakan suasana yang
kondusif
Latihan – latihan yang berterusan utnk memastikan jurid sentiasa memperbaiki diri dari
komsistensi dalam lahian
ii) Kokurikulum
Perkampungan ilmu – Program bagi murid Tahun 6 diluar kawasan sekolah
Perkampunga Kokurikulum- cadangan diluar kawasan sekolah
3. Tingkatkan aktiviti komuniti setempat dengan JKK Kampung Alai
i) Program Kolaborasi UTM dan Masyarakat Setempat Kg Alai
- Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik
ii) Program Maulidurrasul

7.8 Ucapan terima kasih sekali lagi kerana kesudian untuk hadir meraikan program ini.

8. Ucapan dan perasmian Datuk Akramuddin bin Haji Abd Aziz DPSM, DSM, BCM, BKT, PJK
8.1 Terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir.
8.2 Tanggungjawab ibubapa untuk menghantar anak ke sekolah bagi memberikan pendidikan yang
cukup utuk keperluan pendidikan anak.
8.3 Tanggungjawab ibubapa juga untuk mengambil perhatian berkenaan surat yang diberikan
kepada ibubapa.
8.4 Wujudkan perbincangan formal untuk kecermerlangan dengan ibubapa dengan guru. Diskusi
dengan menghadirkan diri di sekolah terutama Program seperti program PIBG ini.
8.5 Pembahagian masa ibubapa agar dapat berusaha untuk menghadirkan diri dalam Program
seperti ini.
8.6 Syabas kepada ibubapa yang berjaya dalam Sukan MSS Negeri Melaka dan juga peringkat
kebangsaa.. 7 pingat emas 1 Gangsa pengkat negeri Melaka MSSM dalam sukan renang.
8.7 JIka inginkan kemajuan disiplin perlu diutamakan terutama disiplin berkenaan pengurasan masa.
8.8 Pemimpin memudahkan masyarakat. Untuk menandatangani apa2 borang pihak sekolah
diminta menerima tandatangan dari mana-mana pengawai kuasa setempat.
8.9 Gunakan media sosial sebagai tempat untuk berkongsi maklumat yang baik.
8.10 Hadir se sekolah untuk perkongsian maklumat untuk kejayaan anak SK Alai. Ibubapa
menjalankan tanggugjawab ibubapa.
8.11 Pendidikan anak-anak bermula di rumah kerana murid berada di sekolah dalam tempoh
yang sangat terhad.
8.12 Target pencapaian UPSR adalah lebih dari 6 orang seperti yang di cadangkan.
8.13 Guru diharap dapat menganggap bahawa anak didik adalah anak –anak sendiri dengan
memberi perhatian sepenuhnya untuk kecemerlangan anak di dunia dan akhirat.
8.14 Beliau merasmi program pada jam 10.15 pagi.
8.15 Sumbangan peribadi diberikan kepada murid iaitu;
i) Muhd Ishraq Amirruddin bin Abdul Fatah dengan kejayaaan meraih 7 emas 1 gangsa
ii) Syuhaida binti Mohd Faizal Olahraga peringkat Negeri
8.16 Penyampaian Sumbangan Cenderahati pihak sekolah kepada En Akramudin Bin Abd Aziz
kerana kesudian meraikan Program pada gari ini.

9. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung yang bermula pada pukul 11.00 pagi.
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 45
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, MELAKA

MASA : 11.10 PAGI


TARIKH : 24 FEBRUARI ( SABTU )
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI
KEHADIRAN AHLI : ____AHLI ( IBUBAPA & GURU )

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.
1.2 Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir. Tahun ini tiada pelantikan baru. Diteruskan
dengan pentadbiran dari tahun yang lalu sehingga tahun 2019.
1.3 Memperkenalkan barisan ajk dikalangan ibubapa wanita dan lelaki. Guru Besar sebagai Ex-
Officio.
1.4 Terma rujukan ataupun peraturan telah dinyatakan terma rujukan tersebut termaktub di
dalam pentadbiran PBG Sekolah. Segala urusan berkenaan PIBG dinyatakan dalan terma
tersebut

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU


Pencadang : Puan Safia Binti Abdullah
Penyokong : Puan Maznah Binti Ahmad

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada Perkara Berbangkit

4. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR


31/12/2016

Peembentangan kewangan oleh YDP PIBG Jumlah penerimaan adalah RM 29,719.92 termasuk
sumbangan kepada PPKI SK Alai yang melalui akaun PIBG sekolah. Jumlah perbelanjaan adalah
RM 26,228.42. Baki Kewangan ialah 3491.50.

Bersetuju Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2017


Pencadang : Pn Habibah Binti Yaakop
Penyokong : Pn. Nurul Busyra Binti Manaf

5. MEMBAHAS DAN MEMBINCANGKAN USUL

USUL BERTULIS # 1
Pengusul : Pn. Khairunnissa
HARGA MAKANAN DI KANTIN
Mencadangkan agar harga makanan di kantin diturunkan.

USUL BERTULIS # 2
Pengusul : Pn. Rohayah binti Muhamad
PELBAGAIKAN MAKANAN DI KANTIN
Anak selalu mengadu tidak dapat makan kerana nasi selalu habis. Apabila sudah beratur, sampai
giliran anak, nasi sudah habis.

USUL BERTULIS # 3
Pengusul : En. Nor Rashidi bin Zainal
MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH
Saiz ayam goreng yang yang tidak sesuai dengan harga.

JAWAPAN USUL BERTULIS #1-3


Jawapan : GB
Harga barang memang mengikut harga semasa. Harga makanan yang dinyatakan mengikut
dalam perjanjian yang telah ditandatangani diantara pengusaha dengan PPD dan pentadbiran
sekolah. GB akan berusaha unutk meningkatkan kelemahan yang ada.

Jawapan : YDP
Cadangan menu yang akan diadakan akan diwar-warkan kepada ibubapa supaya ibubapa boleh
menyediakan bekalan jika kurang bersetuju dengan menu sekolah agar tiada isu anak tidak
makan di sekolah.

PERHIMPUNAN PAGI
Tidak perlu buat perhimpunan pagi setiap hari. Sudah memadai untuk buat perhimpunan sekali
atau dua kali dalam lima hari persekolahan.
Jawapan : GB
Perhimpunan pagi amat diperlukan untuk menjalankan Program Pagi secara berterusan seperti
Bacaan Sifir dan Program Bacaan Bahasa Pagi disamping untuk menyampaikan maklumat
berkesan dan cepat kepada murid. Selain itu juga, perhimpunan pagi dilaksanakan agar susunan
masuk ke kelas lebih teratur mengikut kelas masing-masing.

USUL BERTULIS # 4
Pengusul : Pn. Zaharah binti Hussin
TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG
Mencadangkan tapak perhimpunan berbumbung untuk keselesaan pelajar semasa cuaca panas
atau hujan.
Jawapan : GB
Kosnya adalah 200-300 ribu. Kertas Kerja telah di hantar kepada Japeron Telok Mas. Kos yang
amat besar untuk ditanggung.

Pengusul : Pn. Zaharah binti Hussin dan En. Mohamad Rohaimi bin Mohamad Sahimi
TEMPAT DUDUK BATU
Mencadangkan supaya disediakan tempat duduk batu bagi murid menunggu ibu bapa semasa
pulang dari sekolah.
Jawapan – YDP
Akan diusahakan untuk sediakan tempat duduk untuk ibubapa menunggu anak pulang di pagar
bahagian depan sekolah

USUL BERTULIS # 5
Pengusul : En. Mohamad Rohaimi bin Mohamad Sahimi
MEMANTAU PINTU UTAMA SEKOLAH
Mencadangkan agar pihak sekolah dapat memantau pintu utama sekolah semasa tamat waktu
persekolahan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini seperti penculikan.
Jawapan – Guru Besar
Pekerja Sekolah diinsurankan oleh PIBG sekolah untuk membantu untuk melintaskan murid
bersama pengawal sekolah. Guru Besar mengharapkan ibubapa dapat mengambil amak seawall
mungkin mengelakkan anak dapat pulang awal berbanding terlalu lama menunggu di sekolah.

USUL BERTULIS # 6
Pengusul : Pn. Siti Saloha binti Moharam
PERBANYAKKAN LATIHAN MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS DAN PEMBELAJARAN YANG
SELESA
Mencadangkan agar memperbanyakkan lagi latihan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris supaya
murid dapat menguasi matapelajaran tersebut dengan lebih baik.
Jawapan : Guru Besar
Latihan dilaksanakan sememangnya berterusan tetapi kerjasama murid diperlukan kerana murid
kerap tidak dapat menyiapkan kerja sekolah terutama dalam Bahasa Inggeris. Latihan yang
banyak dapat meningkakan pencapaian dalam bahasa inggeris.

Jawapan : Puan Lisa Binti Mohamad


Guru minta ibubapa untuk membeli kamus untuk meningkatkan kosakata dalam Bahasa
Inggeris. Kerja rumah mencari kosakata Bahasa Inggeris dirumah tidak tercapai apabila murid
kerap tidak meniapkan kerja rumah. Kamus Bergambar bagi murid tahap 1 dan Kamus
Dwibahasa untuk tahap 2.

Jawapan : YDP
Mewujudkan suasana bahasa inggeris dengan mewujudkan Minggu Bahasa Inggeris.

USUL BERTULIS # 7
Pengusul : En. Shahrul Azwan bin Ab Safar
PAGAR DI BALKONI
Mencadangkan agar dipasang pagar di sepanjang balkoni untuk menjaga keselamatan murid-
murid.
Jawapan : YDP
Kos yang diperlukan bagi pemasangan paagar adalah sangat besar. Persetujuan dari semua
pihak akan diperolehi termasuk bomba dan badan berkuasa yang berkenaan. Usul ini akan
dipanjangkan lagi dalam mesyuarat AJK PIBG pada masa akan datang.

CCTV UNTUK MEMANTAU KESELAMATAN


Mencadangkan agar dipasang CCTV untuk memantau keselamatan murid-murid di jalan masuk
dan keluar sekolah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kes buli.
Jawapan: YDP
Terdapat 6 CCTV di sekeliling sekolah yang dipasang di sekeliling kawasan sekolah bagi
memantau perjalanan aktiviti sekolah disepanjang hari
USUL BERTULIS # 8
Pengusul : En. Nasharuddin bin Abdul Wahab
INFAK/WAKAF KERUSI PLASTIK
Mencadangkan agar diwujudkan satu program berunsur wakaf atau infak berupa kerusi plastik untuk
kegunaan murid di dewan dengan cadangan RM20.00 untuk sebuah kerusi.

USUL BERTULIS # 9
Pengusul : Pn. Maria binti M’arof
KELAS TAMBAHAN
Mengadakan kelas tambahan sebagai contoh kelas Matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid
yanglemah dalam matapelajaran itu.
KELAS MEMBACA HUJUNG MINGGU
Mengadakan kelas membaca untuk murid di setiap hujung minggu ( contoh : Library Day )
Jawapan : GB
Peranan ibubapa untuk menggalakkan murid untuk meluangkan masa untuk ke Perpustakaan Kg Alai.
Gunakan Prasarana yang ada untuk meningkatkan pencapaian murid

USUL LISAN # 1
Pengusul : Pn Khairunnisa
LIBRARY DAY
Adakan Library Day untuk perpustakaan bergerak.
PENGAWAL KESELAMATAN
Mohon pengawal keselamatan untuk bantu melintas seawal 7.00 pagi dan waktu balik, Zebra Crossing
dan lampu melintas jalan.

Jawapan: GB
Laluan zebra memang isu sekolah sejak dari tahun lalu. Akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.
Pengawal Keselamatan juga tiada kuasa untuk melintaskan anak murid kerana tugasan yang
dilkasanakan adalah untuk pengawalan dikawasan dalam sekolah. Mereka tidak di insurankan untuk
melintaskan murid.
Perpustakaan bergerak adalah hanya untuk sekolah di kawasan luar Bandar sahaja. Alai tidak termasuk
di dalam kawasan luar Bandar.

USUL LISAN #2
Pengusul - Ahmad Syarizan
USUL KES BULI
Anak takut untuk memberitahu guru. Harapan agar guru memantau perkara tersebut. Contoh minta
wang dari kawan lain.

Jawapan : YDP
Akan disiasat secara secepat mungkin. Boleh diutarakan kepada AJK dan GB. Sekiranya ada gangguan
seksual juga perlu dilaporkan pada guru dan individu yang berkenaan.

Jawapan : GB
Kes yang ada memang secara lisan ataupun pebuatan. Harap ibubapa dapat ,menyatakan dengan pantas
supaya dapat diselesaikan dengan pantas. Keselamatan memang di dalam kawalan Guru Disiplin yang
berkenaan.

Jwapan : Guru HEM


Siasatan akan dibuat oleh Guru disiplin dan kemudian akan dipanggil pada kedua2 pihak dan akan
dimaklumkan kepada ibubapa dan diselesaikan pada hari tersebut. Tindakan diharap dapat di
laksanakan pada hari tersebut. Ibubapa akan dipanggil untuk menyelesaikan dan memaklumkan
masalah tersebut.

USUL LISAN #3
Pengusul : Zaleha Ibrahim
MENJANA PENDAPATAN PIBG – RECYCLE DAN REUSE
Buku terpakai yang boleh dikumpul
Menggalakkan murid untuk membawa tin ke sekolah unttuk dijual

Jwapan : YDP
Buku lama digunakan semula.

Jawapan : GB
Program bresama Politeknik Kota Melaka untuk melakamakan program 3R pada bulan Mac.

USUL LISAN #4
Pengusul : Sarina Binti Ali
BEG BERAT
Ibubapa menangani masalah dengan mewujudkan rakbuku dengan sumbangan RM 15 setiap ibubapa
Jawapan : YDP
1. tunggu arahan dari kementerian untuk kaedah yang menyelesaikan masalah beg berat tersebut
2. Bayaran ibubapa dikenakan untuk menyedeiakan almari buku sebagai wakaf untuk kini dan masa
hapadan. Ibubapa sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan wakafan almari buku

USUL LISAN #4
Pengusul : Maznah binti Ahmad
KECERIAN SEKOLAH
Masukkan RM 10 dalam list bayaran tahunan untuk wang kecerian sekolah
Jawapan : YDP
Yuran PIBG RM 50 dan Yuran Rm 10 untuk keceriaan untuk setiap keluarga murid SK Alai. Keguanan yang
akan digunakan adalah untuk memperbaiki kerosakan persekitaran sekolah terutama lantai kelas.
Mesyuarat Bersetuju untuk kepututusan tersebut.
Jawapan : En Syaifulhasry
Kebanyakan keluarga tidak dapat menerima hakikat bayaran lebih daripada RM 100 apabila bayaran
dibuat di Kedai buku sekolah. Pihak sekolah akan memastikan bahawa bayaran akan dapat dikurangkan
pada nilai yang sangat minimum.
Jawapan ; GB
Guru besar sangat bersetuju dengan padangan ibubapa berkenaan dan memohon agar dapat kata putus
bersama dalam mesyuarat ini.
USUL LISAN #6
Pengusul : En Mahathir Mohamad
PROJEK JANGKA PENDEK- PROJEK PENANAMAN
Bagaimana nak terapkan kekuatan dan Peluang diterapkan dalam komuniti PIBG. Dapat mengurangkan
kos yang sentiasa ditanggung ibubapa.

PROGRAM RIADAH
Riadah antara ibubapa dan Guru

KEBERSIHAN TANDAS
Meningkatkan keceriaan tandas
Waterpump telah rosak sejak bulan Disember tahun 2017. Laporan telah dilaksanakan kepada JKR
Melaka tetapi sehingga kini dalam masa terdekat akan diperbaiki.

KESELAMATAN
Ibubapa menurunkaan anak dipetak kuning bagi mengenakkan kemalangan dikawasan tersebut. Harap
pihak sekolah dapat mewarnakan semula cat tersebut

Jawapan : GB
En Syaifulhasry akan mengecat semula dan mengharap agar ibubapa murid tidak memberhentikan
kereta di petak kuning tersebut.

6. Lain – lain
6.1 Baju sukan dan Kokurikkulum sekolah dalah diseragamkan untuk tahun akan datang.
6.2 En Ahmad Rizman selaku panitia agama Islam menggalakkan ibubapa untuk memastikan murid-
murid untuk menunaikan solat 5 waktu. Panitia telah membuat semakan mendapati bahawa
ramai murid tidak melaksanakan solat 5 waktu dengan sempurna.
6.3 Semua perbincangan secara terperinci akan dibincangkan secara teliti dalam menyuarat AJK
akan datang.
6.4 YDP mengutamakan 3 perkara iaitu pencapaian murid, penglibatan ibubapa dan kewangan.

Tangguhkan mesyuarat pada jam 12.40 tengahari.

Pencatat minit mesyuarat 1 : Puan Siti Habsah Bi nti Mohamad __________________

Pencatat minit mesyuarat 2 : Puan Suhaila Binti Ahmat __________________

Pencatat minit mesyuarat 3 : Puan Syazira Binti Yusof __________________

Disediakan oleh:

(CIK NOOR AZRIN BINTI JOHARI)


SETIAUSAHA PIBG SK ALAI
Disemak oleh:
(EN SABRI BIN ABU SAMAH)
PENASIHAT PIBG SK ALAI
Disahkan oleh:

(EN MOHD NIZAM BIN OMAR)


YDP PIBG SK ALAI

You might also like