You are on page 1of 3

LAPORAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA -GURU (PIBG)


SK SULTAN ABDUL AZIZ

Tajuk : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 59 Tahun 2022


Tarikh : 25 Jun 2022
Masa : 8.30- 1.00 petang
Tempat : Google Meet
Perasmi : Dato’ Haji Jahaya bin haji Ibrahim
Kehadiran : 66 Orang
Butiran ucapan Guru Besar:
1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, juga kepada jemputan-jemputan
serta ibu bapa kerana telah meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke -59
2 Beliau bersyukur kerana dapat semuanya dapat berkumpul bagi menyempurnakan ke mesyuarat
Agung PIBG kali ke -59
3 Sekolah Kebangsaan Sul;tan Abdul Aziz telah diwartakan sebagai sekolah sejahtera yang
mengandungi 14 ciri
4 Guru Besar mengharapkan kerjasama PIBG untuk melahirkan ketrampilan murid dalam bidang
ko-kurikulum, Hal ehwal murid dan kurikulum.
5 Antara hala tuju pihak sekolah adalah menambahlan prasarana seperti biilik tayang. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Haffiz, NYDP PIBG 2021 yang banyak
membantu pihak sekolah.
6 BIlik tayang bakal digunakan bagi membinmbing murid-murid menggunakan kemudahan ICT
untuk mencari maklumat tentang pelajaran.
7 Pihak sekolah sedang berusaha mencari dana untuk menambah baik prasarana sekolah.
8 Beliau mengharapkan ibubapa memahami hala tuju sekolah.
9 Beliau mengucapkan teri,a kasih kepada Dr. Dzulkifli atas sumbangan skrin.
10 Sekolah juga telah menaik taraf galeri sejarah pertubuhan Sk Sultan Abdul Aziz
11 Sekolah telah menaik taraf liputan Internet sekolah dengan kos RM 3400 yang dikendalikan oleh
PPD Kuala Selangor
12 Sumbangan dari PPD untuk menyempurnakan projek sekolah
13 Untuk pengetahuan ibu bapa, Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) telah menggantikan
UPSR, oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian supaya kehadiran murid mencapai sasaran.
14 Penempatan murid di sekolah menengah ( sekolah pilihan ) dapat di pertingkatkan.
15 Guru akan menjalankan tangungjawab dengan seadilnya dan sebaiknya.
16 Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada murid yang lemah
17 Perjumpaan ibubapa bagi murid tertentu (lemah) telah diadakan
18 Selain itu, pihak sekolah juga telah mengakan program Mentari pagi dan juga program Bahasa
Inggeris bagi meningkatkan tahap penguasaan (TP) murid-murid.
19 Sekolah juga mengadakan projek panitia bermula Selasa hingga Jumaat.
20 Guru Besar memaklumkan bahwa pihak sekolah telah menghantar wakil murid bagi pertandingan
merentas desa yang diadakan baru-baru ini yang mana sekolah mencapai kedudukan ke 22
21 Sekolah juga menghantar wakil bagi aktiviti HIP diperingkat antarabangsa
22 Kerjasama ibu bapa diperlukan untuk keberhasilan murid
23 Bagi mewujudkan sekolah yang berinformasi tinggi, maka projek-projek yang akan dijalankan
adalah:
A: pembinaan susur gajah menyusur
B: menaik taraf surau sekolah
C: Bilik stor ko-kurikulum- keadaan bangunan yang uzur
D: Penambahbaikkan papan info-guru akan menaik taraf maklumat pada papan info
24 Sekolah telah mendapat sumbangan perabot kerusi dan meja daripada pihak MAIS Tanjong
Karang.

Butiran ucapan Perasmi :


1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan ibu bapa serta pihak sekolah kerana
menjemput beliau
2 Mesyuarat PIBG penting bagi membincangkan permasalahan di sekolah bagi menjamin
kecermelangan murid
3 Mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan anak-anak untuk mengubah masa depan
mereka
4 Terbukti sekolah melahirkan tokoh-tokoh dari Kampong Kuantan ( bekas murid sekolah ini-
Dato’ Ismail)
5 Murid perlu cemerlang dalam pendidikan akademik, akhlak dan agama.
6 Ibu bapa dan guru sebagai contoh ( role model) kepada anak-anak
7 Dato’ haji Jahaya sudi menyumbang sebanyak RM 3000 kepada pihak sekolah.
Perjalanan mesyuarat : Mengikut agenda

Isu yang timbul : Tiada


Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………. ……………………………….
(FARIDAH BT OTHMAN) (HAJAH ISAH BT HJ BAPPU)
SETIAUSAH PIBG GURU BESAR
SK SULTAN ABDUL AZIZ SK SULTAN ABDUL AZIZ

You might also like