You are on page 1of 5

Laporan Pelaksanaan Program Titian Jaya

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG ROYONG


NAMA PELAJAR : IDA SAFIZA BINTI MOHD IDRIS
NO KAD PENGENALAN : 740205-02-5230
PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011
NAMA PROJEK GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN
MASJID TENGKU KALSOM LANGGAR
TEMPOH PELAKSANAAN : 7.45 PAGI 4.30 PETANG
1. OBJEKTIF
1.1 Peserta dapat menerapkan nilai-nilai kerjasama dalam diri
1.2 Peserta dapat meningkatkan semangat kesatuan ummah dalam diri.
1.3 Peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang aktiviti kesukarelawan
1.4 Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dari aktiviti ramah mesra
yang akan dijalankan.
1.5 Di samping itu juga program ini akan memberikan pendedahan dan
pengalaman kepada guru-guru baru aspek kepimpinan pendidikan dan
ciri-ciri pendidik yang cemerlang serta membina keyakinan yang tinggi
masyarakat terhadap guru-guru dan pemimpin sekolah.

2. STRATEGI PELAKSANAAN
Setiap satu-satu program yang akan dijalankan perlu ada perancangan yang
rapi agar program yang dirancang berjalan dengan lancer dan sempurna.

Laporan Pelaksanaan Program Titian Jaya

Antara strategi pelaksanaan yang telah dibuat mengikut kesesuaian waktu
berdasarkan jadual yang telah disediakan adalah:

17 Julai 2013
Sessi perbincangan telah dibuat dengan pihak pentadbir sekolah untuk
menentukan program yang akan dijalankan kelak terutama penetapan hari,
masa dan tempat yang sesuai. Setelah perbincangan selesai dan mendapat
kata putus dari pihak pentadbir dengan merujuk pada takwim sekolah yang
sedia ada, maka tarikh yang ditetapkan adalah pada 29 Ogos 2013, iaitu
pada hari Khamis sesuai dengan hari-hari terakhir murid-murid tahun 6
membuat persiapan dan persediaan bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Program yang akan dijalankan adalah merupakan Slot
Motivasi Waris yang dinamakan Program Titian Jaya.

21 Julai 2013
Kertas kerja Program Titian Jaya diserahkan kepada pihak pentadbir untuk
disemak dan diluluskan. Setelah mendapat pengesahan daripada pihak
pentadbir, surat jemputan untuk penceramah dihantar bagi memberi ceramah
khas yang bertajuk Waris Penjana Transformasi Pendidikan. Surat dihantar
kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong bagi
menjemput Tuan Haji Hamdan bin Shuib, selaku Kaunselor Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Payong.

19 Ogos 2013
Laporan Pelaksanaan Program Titian Jaya

Surat siaran jemputan kepada para waris telah diedarkan kepada murid-murid
untuk disampaikan kepada ibu bapa dengan bantuan guru Bimbingan dan
Kaunseling.

21 Ogos 2013
Mendapat makalum balas yang baik daripada para waris tentang kehadiran
pada program yang akan dijalankan berdasarkan keratin jawapan. Begitu juga
dengan persetujuan kesudian penceramah yang dijemput untuk hadir pada
program tersebut.

27 Ogos 2013
Persediaan dan persiapan telah dibuat di Dewan Seri Tanjung bagi
menyambut para waris yang akan hadir pada program yang bakal
berlangsung pada 29 )gos 2013. Persediaan dan persiapan dewan mendapat
kerjasama daripada pekerja, guru-guru dan murid-murid tahun 6.

29 Ogos 2013
Seawal lapan pagi, guru-guru tahun 6 telah membuat persediaan bagi
menyambut para waris dengan meletakkan meja pendaftaran dihadapan pintu
masuk dewan. Para waris mula tiba pada jam 9.30 pagi. Sessi pendaftaran
berjalan dalam suasana yang mesra daan harmonis.

Walau pun jam masih belum menunjukkan masa untuk program berjalan,
kelihatan para waris telah memenuhi kerusi-kerusi yang ada.

Laporan Pelaksanaan Program Titian Jaya

Tepat jam 10.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd
Hafiz b Zakaria. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah
kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Ujian Aspirasi Juara 2. Hadiah
disampaikan oleh En Kairuddin bin Arshad, Penolong Kanan Kurikulum.
Tujuan hadiah ini diberikan adalah untuk memberi perangsang kepada murid-
murid yang telah Berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
peperiksaan yang diadakan. Selain itu, penyampaian ahdiah ini juga adalah
untuk memberi perangsang kepada murid-murid lain untuk lebih berusaha
bagi mendapat keputusan yang lebih baik seiring dengan rakan-rakan yang
lain.

En Kairudin meneruskan majlis dengan ucapan ringkas bagi mengalukan
kedatangan waris. Beliau juga terharu dengan sambutan yang diberikan oleh
waris dalam menjayakan program yang diadakan kerana dengan kedatangan
waris telah memberi satu suntikan kepada guru-guru tahun 6 untuk terus
memejukan sekolah terutama sekali murid-murid tahun 6 yaang bakal
menduduki UPSR pada bulan September nanti.

Program Titian Jaya telah sampai ke kemuncak dengan ceramah motivasi
yang disampaikan oleh Tuan Hamdan bin Shuib, Kaunselor Sekolah
Menengah Bukit Payong. Slot yang disampaikan difokoskan kepada waris.
Kepada waris penceramah titipkan panduan, petua untuk dipraktikan oleh
mereka dalam membentuk anak-anak agar menjadi insan minda kelas
pertama. Dalam ceramah beliau, para waris diminta membantu pihak sekolah
Laporan Pelaksanaan Program Titian Jaya

dalam membentuk dan memdidik anak-anak supaya Berjaya di dunia dan
akhirat. Tanpa sokongan para waris, pihak sekolah terutama guru-guru, akan
terkapai-kapai sendiri dalam mendidik murid-murid.
Dalam penyampaian yang disampaikan, kelihatan para waris begitu tersentuh
apabila penceramah mengimbas kembali kenangan silam beliau mengharungi
zaman kesusahan dalam mencari ilmu. Para waris juga diperingatkan agar
mementingkan ilmu kerana dengan ilmu sahaja anak-anak akan selamat.
Sesimpulan daripada program ini, didapati pada akhir majlis, ada para waris
yang bertemu dengan penceramah untuk mendapatkan tips-tips dan khidmat
nasihat yang membentuk dan memdidik anak-anak. Penyampaian-
penyampaian penceramah yang agak santai dan berjenaka membuatkaan
Dewan Seri Tanjung gamat dengan hilai tawa waris-waris yang datang.

You might also like