You are on page 1of 12

1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP



NAMA PELAJAR : AZHANI BINTI HAMID
NO. KAD PENGENALAN : 761015-10-5902
PROGRAM :INTERNSHIP
NAMA SEKOLAH :SK TUN DOKTOR ISMAIL
NAMA PROJEK :EXPLORE RACE
TEMPOH PELAKSANAAN :20 SEPTEMBER 2012 (1 HARI)


1.0 Pengenalan

Explore Race adalah merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk murid Tahun 5
sebagai aktiviti kemuncak Panitia Sains. Ianya julung kali diadakan di Sekolah
Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Pelaksanaan program ini sebagai memenuhi kehendak
Projek Internship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( PGSR ) di mana ianya
merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang
guru. Dalam aktiviti ini ,setiap kumpulan akan bergerak mengikut route yang telah
ditetapkan. Masa untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti adalah 15 minit bagi setiap
stesen. Murid hanya akan bergerak ke stesen lain setelah menyiapkan aktiviti di stesen
berkenaan. Hakim akan memberi markah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.





2

2.0 Matlamat
Aktiviti yang dirancang ini diharap dapat;
i) Memupuk semangat kerjasama dan toleransi di antara murid di dalam kumpulan.
ii) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab di kalangan murid
iii) Memberi kesedaran kepada murid bahawa murid yang cerdas di dalam pelajaran
tidak semestinya hebat dalam semua bidang.
iv) Mengikis perasaan rendah diri di kalangan murid.
v) Menghapuskan semangat keakuan di kalangan murid.
vi) Memgembangkan potensi murid dalam semua aspek JERI
vii) Memupuk kepimpinan di kalangan murid.
viii) Mengeratkan hubungan antara murid yang berlainan sekolah.

3.0 Objektif Program
3.1 Menyediakan murid yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam
menghadapi tekanan pertandingan.
3.2 Menyediakan murid yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh yang terhad.
3.3 Menggalakkan guru dan sekolah mempelbagaikan akjtiviti yang menarik dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Menyediakan forum kepada semua pihak dalam menilai kemampuan pelajar
dalam aktiiti yang melibatkan kemahiran psikomotor dan afektif.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Menyediakan dan menyusun alatan dan bahan di 7 stesen .
4.2 Memberi taklimat aktiviti di setiap stesen kepada para peserta.
4.3 Memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti dan menyerahkan borang
pemarkahan kepada para hakim.
4.4 Memerhati perjalanan aktiviti dari stesen ke stesen .
4.5 Mengira markah dari setiap stesen.
4.6 Menyampaikan cenderahati kepada para pemenang.

3

5. AKTIVITI YANG DIJALANKAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK:
Tentatif Program
8.15 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa Oleh Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli
8.40 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar SK Tun Doktor Ismail
Puan Selemah Binti Mohd Salim
8.45 pagi :Taklimat mengenai Explore Race kepada para peserta dan
para hakim.
Puan Azhani Bt Hamid
9.00 pagi : Peserta-peserta mengambil tempat di stesen yang telah
ditentukan.
Stesen A: Gubahan Jeli Sumi
Stesen B :Dare To Try
Stesen C :Search And Found
Stesen D : Double S
Stesen E : Measurement
Stesen F : Solat Jemaah
Stesen G: Food Web
11.45 pagi : Rehat
12.00 tgh : Penyampaian Cenderamata
12.30 tgh : Bersurai

6. JADUAL PERANCANGAN PROGRAM
(rujuk Lampiran 1)

7. SUMBER DAN PIHAK YANG TERLIBAT
Sumber dari dana sendiri dan mendapat sumbangan dari pihak
SK Tun Doktor Ismail.
4

8. KEWANGAN:
1.1 Anggaran Kos : RM352.00
1.2 Sumber Kewangan : RM352.00
1.3 Jumlah Perbelanjaan : RM352.00

9. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
Pengacara Majlis : Encik Abdul Khohar Bin Abdul Talib
AJK Pendaftaran : Puan Norhafizah Binti Mohamed
Penyelia Peserta : Puan Masilah Binti Maslor
AJK Tempat : Encik Abdul Samad Bin Hashim
AJK Siaraya : Encik Abdul Hafiza Bin Abdul
AJK Hadiah : Puan Ramlah Binti Ahmad
Puan Lina Binti Charles Sloane@ Osman
AJK Makanan : Puan Hajah Nor Haiza Binti Ahmad Hassan
AJK Backdrop : Cik Nur Dalila Binti Ghazali
AJK Peralatan : Puan Wan Mariati Binti C.W. Othman
: Puan Rozita Binti Kassim
: Puan Cahrul Haiza Binti Mat Diah
AJK Dokumentasi : Encik Wan Azsha Bin Wan Ali
AJK Brosur : Puan Hajah Shamsinar Binti Abdul Malik

B.) PELAKSANAAN
1. PELAKSANAAN PROGRAM
1.1 Tempoh masa : 1 hari
1.2 Agihan Tugas : Semua ahli jawatankuasa program memberikan
komitmen dalam program , begitu juga para
hakim dari setiap sekolah yang dijemput.
1.3 Kelancaran program: Hampir 90% program berjalan dengan lancar.


5

2. CATATAN KERJA AMALI
Rujuk Lampiran 2

C. REFLEKSI

1. Kekuatan Projek:

i. Aktiviti melibatkan guru dan murid dari sekolah lain.
ii. Program ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan murid.
iii. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian
iv. Menarik minat murid dan memerlukan fizikal yang kuat
v. Membina kreativiti murid
vi. Membolehkan murid mengubah lagu mengikut kesesuaian
vii. Menajamkan fikiran
viii. Merentas kurikulum
ix. Meningkatkan keyakinan diri murid

2. KELEMAHAN PROJEK:

i. Masa untuk menjalankan aktiviti singkat.
ii. Kurang peralatan.
iii. Kemahiran proses sains yang diuji terlalu sedikit.(Measurement)
iv. Mempelbagaikan lagu ( Dare To Try)

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i. Asingkan radas bagi setiap aktiviti.
ii. Tambah masa bagi setiap aktiviti.supaya lebih banyak kemahiran proses
sains yang dapat diuji.
iii. Mempelbagaikan lagu ( Dare To Try)




6

4. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya ,program yang dijalankan telah berjaya dijalankan
.Aktiviti yang dirancang baik dan sesuai dengan murid tahun 5. Ianya telah Berjaya
menarik minat murid. Disamping itu , program ini telah memberikan peluang dan ruang
kepada kepada murid untuk membina hubungan sesame antara mereka dan
meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi segala cabaran yang ada dengan baik
dan belajar menguruskan masa dengan berkesan.

D. PEMBENTANGAN LAPORAN

i)Laporan secara bertulis

E. PERHARGAAN
Jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Sabak
Bernam , SK Tun Doktor Ismail , SK Sungai Leman , SK Pasir Panjang , SK Batu
38 , SK Teluk Ru , Sungai Limau , SK Khir Johari dan pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di dalam program ini.








7


LAPORAN PROGRAM EXPLORE RACE

Program Explore Race ini telah dijalankan pada 20 haribulan September 2012
, hari khamis yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail , Sabak
Bernam Selangor Darul Ehsan. Ianya merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk
murid Tahun 5 . Ianya julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor
Ismail. Pelaksanaan program ini sebagai memenuhi kehendak Projek Internship
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( PGSR ) di mana ianya merupakan
satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai
seorang guru. Saya telah mendapatkan idea untuk mengadakan program ini dengan
perbincangan bersama-sama rakan sejawatan saya , Puan Norriti Binti Kurdi .
Setelah itu , saya bertemu dengan Tuan Guru Besar SK Tun Doktor Ismail , Puan
Selemah Binti Mohd Salim bagi mendapatkan persetujuan dan sokongan beliau.
Alhamdulillah beliau mengizinkan , menyokong sepenuhnya program ini dan
mengarahkan saya membuat kertas kerja bagi Program Explore Race ini. Setelah
kertas kerja mendapat sokongan Puan Selemah Binti Mohd Salim, saya mengajukan
kertas kerja tersebut ke Unit Kurikulum , Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam
bagi tujuan kelulusan program tersebut. Saya telah bertemu dengan Tuan Haji Jajuli
dan menerangkan pengisian program yang dirancang. Secara lisan beliau
menyokong dan berjanji mengajukannya kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah ,
Puan Hajah Shamsiah Binti Haji Jamaludin untuk memohon kelulusan mengadakan
program Explore Race bersama 6 buah sekolah dalam daerah Sabak Bernam iaitu
SK Sungai Leman , SK Pasir Panjang , SK Sungai Limau , SK Teluk Ru , SK Khir
Johari dan SK Batu 38.
8

Pada 4 September 2012 , saya telah menerima surat kebenaran dan
kelulusan untuk mengadakan Program Explore Race di SK Tun Doktor Ismail .
Kekhilafan saya adalah , saya tidak mengetahui saya juga perlu membuat
permohonon menjemput wakil-wakil dari 6 buah sekolah. Lantaran itu pada 13
September 2012 , saya telah menghantar permohonan tersebut. Disebabkan
Pegawai Pelajaran Daerah bertugas di luar kawasan pada ketika itu , saya hanya
menerima surat kebenaran menjemput wakil-wakil sekolah tersebut sehari sebelum
program tersebut diadakan iaitu pada 19 September 2012 . Atas faktor tersebut ,
saya menghantar surat jemputan ke enam-enam buah sekolah menggunakan
kemudahan faks dengan bantuan daripada Puan Selemah Binti Mohd Salim.
Pada hari kejadian , kesemua enam buah sekolah yang dijemput telah
menghantar wakil-wakil sekolah untuk mengikuti program tersebut. Program sedikit
lewat disebabkan oleh kelewatan wakil sekolah dari SK Batu 38 yang hanya
menerima makluman jemputan pada pagi itu. Tuan Guru Besar , Puan Selemah Binti
Mohd Salim mengucapkan kata-kata aluan di atas kehadiran mereka dan berharap
program dapat berjalan dengan baik dan lancar.
Saya telah memberikan taklimat kepada para hakim iaitu guru-guru daripada
sekolah yang dijemput dan para peserta yang mengikuti program mengenai semua
aktiviti yang disediakan di setiap stesen-stesen . Terdapat 7 stesen dalam program
ini iaitu Stesen A Gubahan Jeli Sumi , Stesen B Dare To Try , Stesen C- Search
And Found , Stesen D Double S , Stesen E Measurement , Stesen F-Solat
Berjemaah dan Stesen G-Food Web. Saya memilih untuk menggabungkan beberapa
mata pelajaran dalam aktiviti dalam turut melaksanakan mata pelajaran merentas
kurikum. Masa yang diperuntukan bagi setiap 15 minit sahaja. Para peserta akan
bergerak dari stesen ke stesen secara berkumpulan.
9

Dalam Stesen A , para peserta diarahkan untuk membuat gubahan jeli sumi dan
telah diadili oleh Puan Aziah Binti Arshad . Setiap kumpulan diberikan sebanyak 20 biji
jeli summi. Murid mengubah jelli tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan
menambahkan hiasan yang boleh diperolehi daripada persekitaran mereka. Ternyata
ada antara mereka , dapat menghasilkan gubahan jeli sumi yang sangat menarik.
Stesen yang agak mencabar adalah Stesen B iaitu Dare To Try , mereka diuji untuk
melengkapkan senikata lagu yang bertajuk Row Row Your Boat dan
mempersembahkannya mengikut jenis tune lagu yang diundi iaitu sama ada Rock and
Roll , Dikir Barat , Boria atau Hip Hop. Kelihatan para peserta agak malu untuk
mempersembahkannya namun mereka tetap dapat mempersembahkannya secara
kolaborasi dengan diadili oleh Puan Zunaidah Binti Zamzam ,guru dari Sekolah
Kebangsaan Batu 38.
Search And Found merupakan stesen yang menguji kemahiran Matematik para
peserta . Para peserta diminta melengkapkan rutin bermula dari Stesen Mula ( Dewan
SKTDI ) ke Stesen 1 (Pusat Sumber ) , ke Stesen 2 (Bilik Sains) , ke Stesen 3 (Kantin
Sekolah) , ke Stesen 4 ( Tempat Letak Kereta ) dan kembali ke Dewan SKTDI. Ianya
mencabar para peserta kerana memerlukan pergerakan pantas dalam kumpulan. Puan
Fatimah Binti Mohamad dari SK Sungai Limau mengadili stesen ini.
Double S (Silang Sinonim) menguji kemahiran dalam Bahasa Melayu para peserta
dari segi tatabahasa . Saya menyediakan 8 set Silang Sinonim . Para peserta secara
berkumpulan diminta mencari 5 perkataan seerti berpandukan 1 perkataan yang telah
diberikan di dalam silang kata. Saya dibantu Puan Noor Ashikin Binti Abdullah dari SK
Khir Johari untuk mengadili stesen ini.
Stesen E menguji kemahiran para peserta dalam Measurement. Terdapat 4
kemahiran mengukur yang menguji peserta .Para peserta dikehendaki mengira
10

bilangan ayunan bandul apabila panjang tali bandul adalah 18cm dan 25cm dalam
tempoh 20 saat. , mengira isipadu pepejal 5 biji pemadam pensil dengan menggunakan
isipadu penyukat yang berisi air sebanyak 50 ml , Menimbang jisim tepung sebanyak
350 gm dan melukis gambarajah kuboid yang berukuran 6cm x 5cm x 5cm di atas
kertas yang disediakan. Para peserta diadili oleh Puan Norriti Binti Kurdi dari SK Sungai
Leman.
Solat berjemaah dalam Stesen F telah dihakimi oleh Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli .
Para peserta secara berkumpulan diminta membuat simulasi bagi solat berjemaah
untuk solat Subuh dan diajukan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Peserta dapat
menunjukkan amali solat berjemaah dengan baik sekali. Perkara yang dihakimi adalah
dari segi tertib , bacaan dan penyelesaian masalah.
Stesen terakhir adalah menguji pengetahuan Sains dalam tajuk Food Web. Encik
Mohamad Nazri Bin Sabu dari SK Pasir Panjang membantu saya mengadili aktiviti
tersebut. Kumpulan peserta diberikan 2 set gambar kumpulan haiwan di 2 habitat yang
berbeza. Murid dikehendaki membina Siratan Makanan dan menyenaraikan rantai
makanan daripada Siratan Makanan tersebut.
Program berjalan lancar dari satu stesen ke satu stesen kecuali di Stesen C , para
peserta mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Kesemua peserta kelihatan bersemangat di sepanjang program tersebut berlangsung .
Kerjasama dan kesungguhan mereka dapat diperhatikan dalam menyelesaikan
tugasan.Hampir jam 12 tengah hari , kesemua peserta selesai menjalani kesemua
aktiviti dalam ketujuh-tujuh stesen.
Majlis Penyampaian Cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Penolong
Kanan Pentadbiran , Puan Zainon Binti Dawam . Beliau menyampaikan cenderahati
kepada para peserta yang memenangi tempat pertama , kedua dan ketiga bagi
11

setiap stesen. Peserta-peserta dari SK Sungai Limau muncul sebagai Pemenang
Keseluruhan bagi Program Explore Race 2012 dengan mengumpul mata berjumlah
248 diikuti peserta dari SK Sungai Leman mendapat Tempat Kedua Keseluruhan
dengan mata 225 dan peserta dari SK Tun Doktor Ismail mendapat Tempat Ketiga
Keseluruhan dengan mata 224 .Majlis pemberian cenderahati kepada hakim yang
juga guru-guru dari sekolah yang terlibat juga turut diadakan . Program tamat pada
jam 12.45 tengah hari .














12

You might also like