You are on page 1of 10

LAPORAN PERKHEMAHAN KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2012

1. PENDAHULUAN

Konsep 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik,serta membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Oleh yang demikian, generasi muda perlu dibimbing dan dibekalkan peluang yang dapat memainkan peranan bagi mewujudkan semangat perpaduan, menyemai perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. 2. RASIONAL

Keupayaan membina Negara bangsa dari kepelbagaian kaum ini bergantung kepada perkongsian nilai ntegriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Konsep ini adalah sejajar dengan Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran yang mementingkan semangat integrasi dan tolensi di kalangan pelbagai etnik pelajar yang berbeza latarbelakang agama dan budaya. 3. MATLAMAT

Program ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih luas mengenai penghayatan Rukun Negara dalam 1 Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan seterusnya menyemai,menyubur dan mengukuhkan semangat integrasi di kalangan peserta. 4. OBJEKTIF 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Meningkatkan kefahaman peserta mengenai Prinsip Rukun Negara dan 1 Malaysia. Menimbulkan rasa hormat terhadap budaya dan adat resam pelbagai kaum. Menanam kesedaran bahawa perpaduan antara kaum adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi. Menyemai dan memupuk nilai-nilai yang mulia yang menjalin hubungan silatulrahim antara peserta yang berbilang kaum. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mencungkil dan mengembangkan bakat kepimpinan peserta. Menyemai budaya ilmu dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

5. PELAKSANAAN 5.1 5.2 Tarikh Tempat : 15 hingga 17 Oktober 2012 [ Isnin - Rabu ] : Pusat Kokurikulum Daerah Kuala Selangor [Kem Seri Gambut]

6. JAWATANKUASA 6.1 Jawatankuasa Induk Penasihat :Yg Berbahagia Tn. Haji Mahmud Bin Karim Pengarah Pelajaran Selangor : Tn. Haji Abd. Khalid Bin Jaafar Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan : Pn. Hjh. Siti Zaiton Bt Selamat Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor : En. Shashim Shah Bin Harun Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor : En. Mohamad Yatim Bin Abdul Karim Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan : En. Basrin Bin Yaman Penolong Pengarah Kanan Bidang Kokurikulum JabatanPelajaran Selangor 1 : Pn. Amri Binti Haji Ali Penolong Pengarah Kokurikulum Jabatan Pelajaran Selangor : En. Azron Bin Suradi Penolong PPD Kokurikulum Kuala Selangor : Akauntan Jabatan Pelajaran Selangor

Pengerusi

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Naib Pengerusi

Setiausaha

Pen .Setiausaha

Pen.Setiausaha

Bendahari

AJK

: Pegawai Pelajaran Daerah SabakBernam Pegawai Pelajaran Daerah Klang Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor

Pegawai Pelajaran Daerah PetalingPerdana Pegawai Pelajaran Daerah PetalingUtama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Penyelia Kokurikulum PPD Negeri Selangor 6.2 Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : Yg. Berbahagia Tn. Haji Mahmud Bin Karim Pengarah Pelajaran Selangor : Pn. Hjh. Siti Zaiton Bt Selamat Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor : En. Mohamad Yatim Bin Abdul Karim Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan : En. Azron Bin Suradi Penolong PPD Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor : En. Nor Affendi Bin Mohd Ghazy Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor : Penolong Akauntan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Pen.Setiausaha

Bendahari

Penyelaras Program :Pn. Amri Binti Haji Ali Penolong Pengarah Kokurikulum JPS Ahli Jawatankuasa: 6.2.1 Kem Komandan [Lelaki] : En. Wan Abdul Basit Bin Misnan SJK[T] Bestari Jaya : Pn. Safwani Binti Ahmad Rashid SK Kuala Selangor : Guru Besar SK Sg. Burong

6.2.2

Pen. Kem Komandan [P]

6.2.3

Urusetia /Kepegawaian

6.2.4

Aktiviti

: Guru Besar SK Parit Serong : Pengetua SMK Tiram Jaya : Guru Besar SK Seri Gambut : Guru Besar SK Jalan Raja Musa : Guru Besar SK Dato Manan : Guru Besar SK Sg. Sireh : Guru Besar SK Tanjung Keramat : Guru Besar SK Sawah Sempadan : Guru Besar SK Berjaya

6.2.5

Logistik

6.2.6

Makanan & Jamuan

6.2.7

Dokumentasi

6.2.8

Sijil/Hadiah/Cenderamata

6.2.9

P.A Sistem

6.2.10.

Buku Program

6.2.11 Kebersihan dan keselamatan

6.2.12 Majlis perasmian penutup

AKTIVITI Aktiviti-aktiviti adalah menjurus kepada mengenali, memahami dan menghayati Prinsipprinsip Rukun Negara, disamping menggalak dan menyuburkan interaksi dalam kalangan peserta. 7.1 Permainan Dalaman [tradisional] 7.2 Pecah bendungan 7.3 Bengkel Pengurusan Kelab/Persatuan 7.4 Kuliah Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 7.5 Persembahan Kebudayaan 7.6 Menghafal serta melafaz Rukun Negara. 7.7 Sukaneka 7.8 Membuat buku skrap bertemakan Rukun Negara 7.9 Membina motto.

PERJALANAN PROGRAM HARI PERTAMA (15 OKTOBER 2012, ISNIN) Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi di bilik urusetia Pusat Kokurikulum Kem Seri Gambut. Peserta diberikan tanda nama dan kemudian dibenarkan untuk makan sarapan pagi yang telah disediakan. Setelah semua peserta didaftarkan, semua pelajar dikumpulkan di padang sekolah mengikut daerah masing-masing iaitu sebanyak sembilan daerah. Khemah diagihkan kepada para peserta dan peserta diberikan masa selama satu jam bagi mendirikan khemah dan persiapan peserta sebelum makan tengah hari. Setelah selesai menikmati makan tengah hari, para peserta dikehendaki kembali ke tempat perhimpunan. Kali ini semua pesrta mengikuti program yang dinamakan Pecah Bendungan. Program yang dikendalikan oleh En. Mohd. Nurzaihan ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta. Seterusnya peserta dikehendaki berada di dalam kumpulan yang mengandungi bangsa Melayu, Cina dan India. Setelah dipecahkan kepada kumpulan, seterusnya mereka diberikan masa untuk bersama-sama menghasilkan bendera bagi kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan membuat pembentangan. Peserta juga diperkenalkan dengan tepukan perkhemahan serta beberapa arahan yang perlu diikuti sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Pada waktu malam, setelah selesai Solat Maghrib dan Isyak, para peserta dikumpulkan di dewan untuk ceramah Kenegaraan dari wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor.

1.1, 1.2. Peserta-peserta dari daerah Petaling Perdana yang sedang mengumpulkan barang setelah tiba di Kem Seri Gambut. 1.3. Perserta-peserta sedang menunggu kehadiran peserta lain dari daerah-daerah lain.

1.4. Guru pengiring sedang mengagihkan tag nama kepada para peserta.

1.5, 1.6. Peserta-peserta sedang mendirikan khemah masing-masin

1.7,1.8 Peserta mengikuti program yang dinamakan Pecah Bendungan.

1.9,1.10 Pelajar memberikan sepenuh perhatian ketika Ceramah Kenegaraan.

HARI KEDUA (16 OKTOBER 2012, SELASA) Setelah selesai solat Subuh, Senamrobik bermula jam 7.00 pagi dan diketuai oleh En. Mohd Nurzaihan Jurulatih Senamrobik Bertauliah. Aktiviti ini berjaya menarik minat semua peserta termasuk guru pengiring untuk bersama meregangkan badan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti selanjutnya. Kemudian peserta diberi taklimat sebelum diagihkan kepada pengkalan utama bagi menjalankan aktiviti berpengkalan. Sebanyak empat pengkalan utama diwujudkan iaitu permainan, memasak, tradisional dan pandu arah. Aktiviti berpengkalan bermula dari jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Setelah selesai aktiviti berpengkalan, peserta-peserta dikumpulkan mengikut daerah masing-masing bagi latihan untuk malam kebudayaan yang dibantu oleh guru pengiring daerah masingmasing. Pada jam 8.30 malam, malam kebudayaan dimulakan. Setiap daerah akan mempersembahkan persembahan masing dan diadili oleh tiga orang wakil dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor. Malam gilang gemilang itu begitu meriah sekali dengan pelbagai celoteh dan telatah para peserta yang menunjukkan kreativiti mereka dalam persembahan mereka.

2.1, 2.2 Para peserta meregangkan otot ketika aktiviti senamrobik

2.3, 2.4 Peserta menjalankan aktiviti Dragon Ball dan Bomba Kampung di pengkalan permainan

2.5, 2.6 Peserta didedahkan dengan masakan chapatti, buah melaka dan chakui di pengkalan memasak.

2.7, 2.8 Peserta diberi tunjuk ajar bermain Kolatham dan kompang untuk pengkalan tradisional.

2.9, 2.10 Peserta mencari jalan untuk menyelesaikan aktiviti yang diberi di pengkalan Pandu Arah.

2.11, 2.12. Persembahan para peserta ketika Malam Kebudayaan.

HARI TERAKHIR (17 OKTOBER 2012, RABU) Pada jam 10.00 pagi semua peserta dikumpulkan di dewan dan majlis penutupan bermula pada jam 10.30 pagi. Para jemputan khas diiringin dengan paulan kompang yang dimainkan oleh sekumpulan peserta perkhemahan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Pengerusi Majlis, En. Samsul Anuar B. Bujang memberi ucapan alu-aluan dan kemudian bacaan doa oleh Tn. Hj. Abdul Halim B. Sharif. Selesai bacaan doa para peserta disajikan dengan persembahan peserta pekhemahan dan juga video khas yang memberi ringkasan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan. Setelah selesai pertunjukkan video, majlis diteruskan dengan ucapan dari Pn. Hjh. Siti Zaiton Bt. Selamat; Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Ucapan Perasmian Penutup disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPS, Tn Hj. Khalid Hj. Jaafar. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan anugerah kepada para peserta yang disampaikan oleh Tn. Hj. Khalid Hj. Jaafar dan Pn. Hjh Siti Zaiton Bt. Selamat. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

3.1, 3.2 Ucapan dari Pn. Hjh Siti Zaiton Bt. Selamat dan Tn. Hj. Khalid Hj. Jaafar.

3.3, 3.4, Peserta Lelaki dan Peserta Perempuan terbaik Perkhemahan Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Negeri Selangor 2012 PENUTUP Bagi mencapai matlamat membina Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, perkhemahan Kelab Rukun Negara di harap menjadi salah satu aktiviti pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Pengetahuan,penghayatan dan pengalaman terhadap falsafah Rukun Negara yang diterapkan melalui perkhemahan ini diharap menjadikan pelajar sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mempunyai jati diri dan prihatin dalam Negara Malaysia yang berbilang kaum.

Disediakan oleh;

Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.

You might also like