You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PROGRAM PENGIBARAN BENDERA DENGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MELUAN, JULAU, SARAWAK TAHUN 2013

KELOLAAN: SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MELUAN, JULAU, SARAWAK

DENGAN KERJASAMA: KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MELUAN

TARIKH: 16 OGOS 2013

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MELUAN, JULAU, SARAWAK

1.0 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan penuh dengan budaya serta data resam pelbagai kaum. Nilai nilai murni yang diterapkan dalam norma masyarakat kini adalah bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan sejagat. Melalui Program Pengibaran Bendera yang akan dijalankan, diharapkan murid murid dapat menanam sikap patriotik di dalam diri masing masing dan seterusnya dapat disampaikan kepada masyarakat betapa pentingnya sebuah erti keharmonian dan keamanan hidup bersama dalam masyarakt berbilang bangsa dan kaum.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


Program Pengibaran Bendera ini bertujuan untuk melahirkan murid murid yang taat dan setia pada Negara, cintakan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan kearah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatupadu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Program ini juga bermatlamat untuk menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan Negara serta mengukuhkan peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik 3.2 3.3 Memahami dan menghargai sejarah dan warisan Negara. Memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan.

3.4

Menanam dan memperkasakan semangat patriotism dalam diri pelajar.

3.5

Meneguhkan perpaduan kaum melalui penyertaan program ini sebagai pengisian ruang interaksi antara guru dan murid

3.6

Memupuk minat yang mendalam terhadap generasi muda untuk terus memartabatkan nilai- nilai keharmonian dan keamanan.

3.7

Mensyukuri segala nikmat Tuhan.

4.0 ANJURAN PROGRAM


Guru-guru Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara.

5.0 KUMPULAN SASARAN PESERTA PROGRAM


Melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan, Julau, Sarawak iaitu seramai 244 orang yang terdiri daripada 116 orang lelaki dan 128 orang perempuan.

6.0 BUTIRAN PROGRAM


PROGRAM PENGIBARAN BENDERA : MAJLIS PERASMIAN

Tempat Tarikh Masa Penyertaan

: Dewan Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan : 16 Ogos 2013 : 8 pagi 12 tengahari : 1) 2) Semua murid Sk. Nanga Meluan Kakitangan dan guru-guru Sk Nanga Meluan

Pengibaran bendera akan bermula dari tarikh 16 Ogos - 16 September 2013

7.0 TENTATIF PROGRAM : MAJLIS PERASMIAN

MASA 8.00 pagi

AKTIVITI Peserta program berkumpul

8.15 pagi

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Upacara perasmian

8.30 pagi

- Laungan Kemerdekaan - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik

11.00 pagi

- Pengibaran bendera bermula

12.00 tengahari

Upacara Penutup - Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1 2

BUTIRAN Bendera Negeri Sarawak Bendera Malaysia

KOS SEUNIT x KUANTITI RM 5.00 x 20 RM 5.00 x 20

KOS RM 100 RM 100

JUMLAH

RM 200

9.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Encik Thomas Legak Anak Benjamin Legak

Pengerusi Guru Penasihat

: En Juna Jelani : En Talang Sabang : Pn Carolan Banding

Penyelaras Setiausaha Bendahari

: Pn. Diana Luxury bte Aloysius Atek : Pn Sharifah Aisyaton bt Syed Ghazali : Pn Lily Ak Jantan

AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK

AJK Keperluan AJK Persiapan Tempat AJK Aktiviti AJK Dokumentasi

: En Raymond David Mawi : Pn Christy Betty & Cik Chiew Ya Chin : En Dominic Chungat : En Mohamad Munib b. Mohamad Soleh

10.0

PENUTUP

Sepanjang program ini dijalankan kami berharap semuanya akan berjalan lancar dan mencapai objektif seperti yang dinyatakan. Semoga program ini dapat meningkatkan semangat patritisme dan cintakan negara yang tinggi di kalangan murid murid. Kami juga berharap agar program ini akan menjadi ingatan kepada semua peserta program dan warga Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan.

Disediakan oleh:

Disediakan oleh:

............................................. ( PN SH. AISYATON BT SYED GHAZALI) Setiausaha Program Pengibaran Bendera, Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan, 96600 Julau, Sarawak.

............................................. ( PN DIANA LUXURY BTE ALOYSIUS ATEK ) Penyelaras, Kelab Rukun Negara, Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan, 96600 Julau, Sarawak.

Diluluskan oleh:

(ENCIK THOMAS LEGAK ANAK BENJAMIN LEGAK) Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan,


96600 Julau, Sarawak.

Ulasan guru besar : ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

You might also like