You are on page 1of 4

LAPORAN PELANCARAN BULAN BAHASA DAN PROGRAM NILAM

PERINGKAT SEKOLAH 2016

1.0 TAJUK PROGRAM


1.1 Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Program NILAM 2016 Peringkat Sekolah
SKTS

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Tarikh
Masa

: 25 Mac 2016 ( Jumaat )


: 7,45 Pagi

3.0 TEMPAT
3.1 Tapak Perhimpunan SK Tapak Semenang

4.0 OBJEKTIF
4.1. Menjadikan murid banyak membaca( semua bidang , bahan berkualiti
dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
4.2 Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
dikalangan warga sekolah.
4.3 Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
4.4 Meningkatkan minat membaca yang berterusan
4.5 Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang
lebih jitu oleh
kalangan masyarakat
4.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
4.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
kekuatan minda
4.8. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
4.9. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti

5.0 AJK PELAKSANA


JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014
Pengerusi : Pn Norhaslinah bt. Asri - Guru Besar
Naib Pengerusi 1: Cik Yamuna Priya a/p Vasu GK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi 2: Pn Shalina bt. Khairudin GK HEM
Naib Pengerusi 3: En. Mohd Firdaus b. Ziyauddin- GK Kokurikulum
Setiausaha : Pn Rosni bt. Ab.
Penyelaras PSS :En. Wan Khairul Ezani b. Wan Zulkifli
Buku Program : Pn. Noor Suhaila / Pn Uma Rani
Juruacara dan Siaraya : En. Mohd Firdaus b. Ziyauddin
Bacaan Doa : En Bisseme b.Ismail
Persiapan Tempat : En Azman / En Ezuwan
Gimik Pelancaran : Pn. Rosni / Cik Khalimatus Saadiah
Dokumentasi : Pn Rozana / Pn Shalina

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


6.1 Gimik Pelancaran NIlam.
6.2 Aktiviti Permainan

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Semua pelajar SK Tapak Semenang

8.0 IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan majlis.
8.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan.
8.3 Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
semangat membaca di

kalangan pelajar.

9.0

LAPORAN

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Program Nilam telah diadakan dengan
jayanya pada 25 Mac 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa
yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah
dirancangkan.
Taklimat Pelancaran Program NILAM 2016 telah disampaikan oleh Pn. Rosni.
Dalam taklimat tersebut beliau menerangkan maksud NILAM iaitu singkatan
daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca
yang merupakan
penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Ucapan Perasmian Program NILAM 2016 telah disampaikan oleh Cik Yamuna
GK Tadbir dan Kurikulum SK Tapak Semenang sekaligus merasmikan majlis
tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menasihatkan dan memberi
peringatan kepada para pelajar supaya membiasakan diri dengan amalan
membaca tidak kira di mana sahaja berada. Disamping itu, beliau menggalakkan
para pelajar agar mengikuti dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pemakaian mahkota dan kalungan
kepada Cik Yamuna sebagai simbolik gimik Majlis Pelancaran NILAM yang
dilaksanakan oleh Pn Shalina.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu "Kawan Membaca dan nyanyian lagu
"NILAM" yang disampaikan semua murid.

10.0 PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dan
semangat
membaca dikalangan pelajar. Semoga dengan adanya program
seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping menjana
idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga
sekolah serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

11.0

LAMPIRAN

11.1 Gambar Pelancaran Bulan Bahasa dan Program NILAM 2016

You might also like