You are on page 1of 3

1.

PELANCARAN NILAM DAN WAKAF BUKU

TARIKH : 15 OGOS 2017


TEMPAT : DEWAN SEKOLAH SK BANGAU-BANGAU SEMPORNA
OBJEKTIF :

1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan murid dan guru.
2 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan
menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.
3 Mengenal pasti tokoh murid yang banyak membaca, berketerampilan serta
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
4 Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
5 Menggalakkan warga SK Bangau-bangau menggunakan PSS dengan berkesan.
6 Menambahkan koleksi bahan bacaan pusat sumber sekolah.

LAPORAN
Majlis Pelancaran Program Nilam dan wakaf buku SK Bangau-bangau
Semporna telah diadakan dengan jayanya pada 15 Ogos 2017 dengan kerjasama
daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah dimulakan dengan
bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang.
Majlis yang dirancang ini adalah usaha secara kolaboratif antara PSS dengan Panitia
Bahasa Melayu dalam melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan
dan dapat dijalankan secara berterusan. Selain itu, program ini bertujuan untuk
membudayakan sikap rajin membaca dalam kalangan murid disamping meningkatkan
kemahiran berbahasa serta menggunakan PSS sebagai wahana ilmu yang berkesan.
Oleh itu, Program NILAM ini bakal dijalankan sepanjang tahun.
Tayangan multimedia mengenai NILAM telah dipaparkan kepada murid untuk
memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap murid dan guru tentang
kepentingan NILAM.. Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Program Nilam dan wakaf
buku SK Bangau-bangau telah disampaikan oleh guru besar sekaligus merasmikan
majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa membaca
menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan P & P. Sehubungan itu murid perlu
membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana idea
yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat meningkatkan maklumat
dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi aset negara yang tidak
ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa
perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha ini bertujuan untuk mencungkil
bakat bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang
utama. Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan
untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Nama-nama pembaca terbanyak bakal diumumkan pada bulan Oktober 2017 semasa
majlis anugerah cemerlang peringkat sekolah. Kemuncak acara perasmian berlansung
dengan aktiviti menandatangani Buku Pelancaran Program NILAM, dan wakaf buku SK
Bangau-bangau oleh guru besar serta barisan Pentadbir. Seterusnya majlis diteruskan
dengan penyampaian hadiah kepada pembaca terbanyak bagi bulan Julai dan Ogos
2017.Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan ” sebelum majlis
bersurai pada jam 8.00 pagi.

MURID BERKUMPUL DI DEWAN SEBELUM NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SABAH


MAJLIS BERMULA TANAH AIRKU DAN LAGU SEKOLAH

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, Sabah MURID SEDANG MENONTON


TANAH AIRKU DAN LAGU SEKOLAH TAYANGAN MULTIMEDIA TENTANG
PROGRAM NILAM

GURU BESAR MENDERMAKAN 4 BUAH BUKU


UCAPAN PERASMIAN SEMPENA PROJEK WAKAF BUKU SKBB
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA
PEMBACA TERBANYAK ADIK MOHD NYANYIAN LAGU “MEMBACA GAYA
ROSDI BIN APPA (5 Cekap) WAWASAN” SEBAGAI PENUTUP MAJLIS

You might also like