You are on page 1of 13

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang

mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas
dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas
lain.

Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, kata tugas dapat dijeniskan kepada 16 jenis
berikut:
kata hubung 9. kata nafi
kata seru 10. kata pemeri
kata tanya 11. kata sendi nama
kata perintah 12. kata pembenar
kata pangkal ayat 13. kata arah
kata bantu 14. kata bilangan
kata penguat 15. kata penekan
kata penegas 16. kata pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas
Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, enam belas kata tugas yang
disenaraikan di atas dapat dikelompokkan dalam empat kategori, iaitu:
kata penyambung ayat
kata praklausa
kata pratirasa
kata pascakata
Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih atau ayat majmuk. Selaras dengan jenis ayat
majmuk, maka terdapat dua jenis kata hubung, iaitu:
kata hubung gabungan
kata hubung pancangan

Kata Hubung gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat dalam ayat majmuk
gabungan.
Contohnya:
dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian

Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat
majmuk pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis
ayat majmuk pancangan. Oleh itu, terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:

(a) Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif,
Iaitu, yang.
(b) Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Dua
Contoh ialah bahawa dan untuk.
(c) Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak
besar. Antaranya ialah:
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila


Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri
daripada:
kata seru kata pembenar
kata tanya kata pangkal ayat
kata perintah


Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan
dalam ayat seruan.
Contohnya:
aduh amboi aduhai
cis oh wahai

Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan unutk menanyakan sesuatu atau menyoalkan
sesuatu.
Contohnya:
mengapa bagaimana kenapa
berapa bila
Tiada kata ganti nama digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu:
apa siapa mana

Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah
disertai partikel kah.
Contohnya:
1 (a) Berapakah harga buku itu?
2 (a) Bagaimanakah keputusan peperiksaan tahun ini?


Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan
usah
tak usah
sila
jemput
minta
tolong


Kata Pembenar
Kata pembenar ayat ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan
Contohnya:
ya benar betul

Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana, dan disebut juga sebagai penanda wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka sebermula



Kata Prafrasa
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa ini mendukung tugas-
tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan,
menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan
membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, terdapat lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
kata bantu 5. kata pemeri
kata penguat 6. kata sendi nama
kata penegas 7. kata arah
kata nafi 8. kata bilangan

Kata Bantu
Kata Bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan daripada aspek waktu atau
ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam. Contohnya:









Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
telah
baru
pernah
sedang
masih
akan
belum
sudah
hendak
mahu
harus
mesti
boleh
dapat
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat
iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang, dan kata penguat bebas. Contohnya:

Kata Penguat Hadapan Kata penguat Belakang Kata Penguat Bebas
terlalu
paling
agak
sekali
nian
benar
amat
sangat
sungguh

Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat. Contohnya:
(a) Yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
-kah, -lah dan -tah

(b) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa
predikat atau bahagian-bahagiannya.
juga sahaja
jua lagi

Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua kata nafi, masing-masing dengan
tugasnya, iaitu:

(a) bukan yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
(b) tidak yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Walau bagaimanapun, bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan
frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-
frasa utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu:
(a) ialah yang hadir di hadapan predikat frasa nama
(b) adalah yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Dalam bahasa Melayu,
jumlah kata sendi nama agak besar. Contohnya:
di tentang hingga
ke seperti antara
dari bagai untuk
daripada umpama dengan

Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata
sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contohnya:
di atas meja
di antara dua buah Bandar

Contoh kata arah lain:
bawah segi
belakang selatan

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama.Terdapat lima
jenis kata bilangan, iaitu:
(a) yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya
tiga
sepuluh
(b) yang menunjukkan bilangan tak tentu
segala
seluruh
(c) yang membawa maksud himpunan
kelima-lima
berpuluh-puluh
(d) yang membawa maksud pisahan
masing-masing
setiap
(e) yang membawa maksud pecahan
setengah
separuh

Kata Pascakata
Dalam bahasa Melayu nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu, iaitu
sebagai:
kata penekan
kata pembenda

Kata Penekan
Kata penekan ialah bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya. Contohnya:
sesungguhnya
nampaknya





Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata
nama menjadi kata nama. Contohnya:
lajunya
sakitnya

AKRONIM
Selain kata-kata seperti di atas, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal.
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata
atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Gapena (Gabungan Penulis Nasional)
Mara (Majlis Amanah Rakyat)
ubahsuai (ubah sesuai)
kugiran (kumpulan gitar rancak








1. PEMBENTUKAN AKRONIM

Kata akronim boleh dibentuk dengan tiga cara:

(i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
TH (Tabung Haji)
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

(ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
ubahsuai (ubah sesuai)
kugiran - (kumpulan gitar rancak)
purata - (pukul rata)

(iii) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata itu
menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.


Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Gapena (Gabungan Penulis Nasional)
Mara (Majlis Amanah Rakyat)
Pernas (Perbadanan Nasional)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Petronas - (Petroleum Nasional)
Proton - (Perusahaan Automobil Nasional)

You might also like