You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Linguistik terapan ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku teks,
dalam leksikografi, penterjemahan, stilistik, patologi bahasa dan sebagainya. Teori,
pendekatan, kaedah dan hasil kajian linguistik sangat berguna untuk diterapkan ke dalam
pengajaran bahasa sama ada pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun
sebagai bahasa kedua (Abdullah Hassan, 2005)

2.0 BENTUK KATA

Bentuk kata yang terdapat dalam morfologi pula terbahagi kepada empat iaitu kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bentuk kata ini berlaku apabila
berlakunya proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan,pemajmukan dan
pengakroniman.

Dalam kajian morfologi (linguistik), perkataan terbentuk daripada fonem (bunyi),


morfem dan seterusnya membentuk kata tunggal. Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem
terikat dan morfem bebas (kata dasar). Morfem terikat ialah unsur yang tidak boleh berdiri
sendiri dan memerlukan morfem terikat untuk membentuk perkataan (Nik Safiah et. Al,
2015).

Perkataan terbahagi kepada dua iaitu kata akar dan kata dasar. Semua kata dasar
ialah kata akar, tetapi tidak semua kata akar ialah kata dasar. Kata akar tidak boleh
menerima sebarang imbuhan . Sebagai contoh, makanan ialah kata dasar bagi pemakanan,
tetapi makanan bukan kata akar. Di samping itu, bentuk kata yang terdapat dalam linguistik
terbahagi kepada empat iaitu:

o kata tunggal,
o kata terbitan,
o kata majmuk
o kata ganda

2.1 KATA TUNGGAL

Kata tunggal merupakan kata yang tidak menerima sebarang proses seperti
pengimbuhan, perangkaian dan penggandaan kecuali akronim. Sebagai contoh,

1| LINGUISTIK TERAPAN
cengkerik. Kata tunggal terbahagi kepada dua, iaitu umum dan akronim. Kata
tunggal juga bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.

Satu Suku Kata Dua Suku Kata atau Lebih

KV = ya, ru, yu V + KV = esa


VK = am KV + KVK = telur
V + KV + V = idea
KVK = wang*, sen, lap
KVK + KV + VK = tempias
KKVK = krim, trek
KV + KVK + KV + KV = bijaksana
KVKK = golf, zink
KVK + KV + KV + KV = bendahari
KKKV = skru V + KV + KVK + KV + KV = universiti
KKKVK = straw, spring KVK + KV + KV + KV + KVK = cenderawasih
KV + KV + KV + KV + KV + KV = maharajalela
KVK + KVK + KV + KV + KV + VK = perbendaharaan

JADUAL 1.0 Pembentukan Kata Tunggal

2.2 KATA TERBITAN


Kata terbitan adalah terbentuk apabila kata dsar menerima sekurang-
kurangnya satu imbuhan. Kata terbitan juga terhasil daripada penggabungan
kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan (Siti
Hajar 2011). Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang
menerima proses pengimbuhan. Kata dasar tersebut menerima proses
pengimbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan
seperti ber-. Sebagai contoh, bersabar. Imbuhan akhiran seperti -an. Sebagai
contoh, makanan. Bagi imbuhan apitan pula, kata dasar tersebut menerima
imbuhan di awal dan hujung perkataan seperti ke-…-an. Sebagai contoh,
kesilapan. Manakala bagi imbuhan sisipan, terhasil melalui imbuhan seperti -em-
disisipkan antara perkataan. Sebagai contoh, gemuruh. Proses pengimbuhan
telah mengubah jenis bentuk kata sesuatu perkataan dan mewujudkan istilah
baharu yang membawa maksud berlainan.

2.3 KATA MAJMUK

Kata majmuk pula ialah bentuk kata yang diwujudkan hasil proses
pemajmukan iaitu, proses yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata majmuk rangkaian bebas,

2| LINGUISTIK TERAPAN
istilah khusus dan bermaksud kiasan. Untuk mengenal kata majmuk ialah
perkataan tersebut dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya
tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya :
1. Kata majmuk bebas
Ibu bapa, papan tulis dan kolam renang
2. Kata majmuk kiasan
Ringan tulang, baik hati dan naik angin
3. Kata majmuk istilah khusus
Karbon dioksida, hak milik dan pita suara
4. Kata majmuk mantap
Antarabangsa, kerjasama dan olahraga

2.4 KATA GANDA


Kata ganda pula merupakan bentuk kata yang terbentuk daripada kata dasar
yang diulang atau digandakan sebahagian atau keseluruhannya. Kata ganda
penuh melibatkan penggandaan keseluruhan kata dasar. Sebagai contoh,
makan-makan. Manakala kata ganda separa melibatkan pengulangan
sebahagian kata sahaja, sama ada kata tunggal seperti pohon menjadi pepohon
yang digandakan pada suku kata pertama, atau yang berimbuhan seperti
berkata-kata. Seterusnya kata ganda berentak. Ia terbahagi kepada tiga iaitu,
pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan berentak bebas. Sebagai
contoh, sayur-mayur iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal. Gunung-
ganang ialah penggandaan berentak pengulangan konsonan. Seterusnya, ulang-
alik ialah penggandaan berentak bebas.

3| LINGUISTIK TERAPAN
3.0 PEMBENTUKAN KATA
Pembentukan kata ialah cara kata dibentuk,atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata
dalam pewujudannya (Asmah, 2015) . ini mempunyai dua sifat, iaitu membentuk kata-
kata yang inflektif, dan kedua yang bersifat derivatif.
Kata ialah unit bahasa yang mengandungi makna dan terdiri dari satu atau lebih
morfem. Kata merupakan bahasa terkecil yang dapat berdiri sendiri. Gabungan kata-
kata akan membentuk frasa, klausa, dan seterusnya menjadi ayat.

PROSES PEMBENTUKAN
KATA

PENGIMBUHAN PENGGANDAAN PEMAJMUKAN PENGAKRONIMAN

 Awalan  Cantuman
 Penuh  Kata bebas suku kata
 Akhiran
 Separa  Khusus  Cantuman
 Apitan
 Berentak  Maksud pangkal huruf
 Sisipan
 Bebas kiasan perkataan
 Pinjaman  Pemendek-
 Mantap
kan perkataan
 Simbol

4| LINGUISTIK TERAPAN
RAJAH 2 PROSES PEMBENTUKAN KATA

3.1 PENGIMBUHAN
Menurut Nik Safiah Karim (2015), imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir
bersendirian dalam ayat iaitu, harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan
kata dasar. Manakala maksud pengimbuhan menurut Abdullah Hassan (2006), satu proses
menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu
bentuk dasar. Imbuhan tersebut dapat diterima di depan kata dasar, di hujung kata dasar, di
depan dan juga di hujung kata dasar serta disisipkan ke dalam kata dasar tersebut.

 Kata terbitan berawalan

Kata terbitan berawalan dapat dibahagikan kepada awalan kata nama,awalan kata kerja,
dan awalan kata adjektif. Contohnya :

Pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, ke-

Contoh perkataan : pelupa, pembuat, penternak, pengkhianat, pengelap,

 Kata terbitan berakhiran

Imbuhan jenis akhiran hanya terdapat untuk kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
sahaja. Contohnya 

-an, -wan, -man, -wati, -isme

Contoh perkataan : Jahitan, sasterawan, seniman, olahragawati, sosialisme

 Kata terbitan berapitan

Kata terbitan berapitan digolongkan kepada 3 iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja, dan
apitan kata adjektif.

Contoh perkataan : kebenaran, permainan, mengekori, merasuki, kepanasan

 Kata terbitan bersisipan

kata terbitan bersisispan terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sisipan kata nama, sisipan kata
adjektif, dan sisipan kata kerja.

-Sisipan yang membentuk kata nama ialah -el-(kelingking), -er-(seruling), dan ±em-
(kemuncup)

5| LINGUISTIK TERAPAN
-Kata adjektif pula ialah -el- (gelembuung), -er- (gerodak),-em- (semerbak), dan ±in-
(sinambung) -Sisipan kata kerja seperti –el- (selerak)

3.2 PENGGANDAAN

Proses penggandaan iaitu menggandakan kata dasar tersebut sama ada sebahagian atau
keseluruhannya. Penggandaan penuh ialah mengulangi keseluruhan kata dasar tanpa
sebarang perubahan bunyi.

Menurut Nik Safiah Karim (2015) penggandaan dalam Bahasa Melayu ialah proses
yang menggandakan kata dasar. Semasa proses itu, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa. Selain itu, kata dasar juga boleh
digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi. Contoh :

• Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar


seperti dibawah

Meja-meja, kekasih-kekasih, amalan-amalan, permainan-permainan

• Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar.


Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh
berlaku di belakang atau di hadapan kata dasar. Contohnya lelaki, pepohon, gegelang,
sesiku

• Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut


rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat 3 jenis
penggandaan berentak iaitu :

- Penggandaan berentak pengulangan vokal iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-


ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
Contohnya sayur-mayur, hiruk-pikuk, hina-dina, gotong royong, dll.

- Penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya, gopoh-gapah, mandi-


manda, huru-hara, dll.

6| LINGUISTIK TERAPAN
- Penggandaan berentak bebas. Contohnya ipar duai, kusut masai tungkus-lumus.

3.3 PEMAJMUKAN

Menurut Nik Safiah Karim (2015), pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih menjadi satu perkataan yang membawa makna yang tertentu. Sebilangan
kata majmuk tidak membawa makna rujukan dan kata ini digunakan sebagai kata
penghubung ayat seperti barangkali, seringkali dan oleh itu. Selain itu Kata majmuk dieja
secara terpisah namun bagi kata majmuk yang telah mantap boleh dieja secara bercantum.
Kata majmuk terbahagi kepada rangkaian kata bebas, istilah khusus, maksud kiasan, dan
mantap. (Siti Hajar, 2011) Contohnya:

Kata bebas Istilah khusus Maksud kiasan Majmuk mantap

Bakul sampah Segi tiga Campur tangan Tandatangan

Jam tangan Hak milik Beri muka Tanggungjawab

Balai polis Program Bahasa Ringan tulang Warganegara

Ibu bapa Reka bentuk Naik angin Bumiputera

3.4 PENGAKRONIMAN

Akronim tergolong dalam jenis kata tunggal. Pengakroniman ialah proses memendekkan
atau meringkaskan perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada kata nama supaya
mudah ditulis atau dilafaz sebagai satu kata dasar yang wajar. Akronim terbahagi daripada
percantuman suku kata, percantuman huruf pangkal perkataan, penyingkatan, pemendekan
perkataan dan symbol (Siti Hajar, 2011). Sebagai contoh :

 Kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.


1. LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
2. ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
3. IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

 Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.


1. Proton – Perusahaan Otombil Nasional
2. Mara – Majlis Amanah Rakyat
3. Intan – Institut Tadbiran Awam Negara

7| LINGUISTIK TERAPAN
 Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
1. Tadika – taman didikan kanak-kanak
2. Pawagam – panggung wayang gambar
3. Cerpen – cerita pendek

 Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain dalam perkataan yang mengikuti.
1. Jenama – jenis nama
2. Debunga – debu bunga
3. Purata – pukul rata

4.0 GOLONGAN KATA


Dalam bahasa Melayu, golongan kata terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Seterusnya, empat kelas utama itu terdiri
daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan
kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan,
itu, amat, dan walaupun. Perkataan juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis
dan semantik.
Kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik
dan paradigmatiknya. Sintagmatiknya. Dalam sintagmatik ini kita boleh lihat fungsi kata
itu dalam struktur ayat dan hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang
sama. Golongan kata ini merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama dan
penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat (Asmah Haji Omar, 2011
)

8| LINGUISTIK TERAPAN
4.1 KATA NAMA

Golongan kata nama lebih merujuk kepada nama yang diberi kepada seseorang, tempat,
konsep mahupun benda. Terdapat beberapa pecahan juga untuk kata nama ini, iaitu kata
nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan kata nama terbitan.

KATA NAMA
KHAS

KATA NAMA
KATA NAMA
AM

KATA GANTI
NAMA

Rajah 2.1 Kata Nama

4.1.1 KATA NAMA AM

Pada kebiasaanya, kata nama am ini digunakan untuk merujuk kepada nama benda,
haiwan, tempat atau perkara-perkara yang bersifat umum. Ia juga boleh dibahagikan
kepada dua iaitu kata nama am abstrak bersifat kebendaan dan kata nama am
konkrit bersifat kebendaan yang boleh dilihat.

Contoh perkataan kata nama am:

Kata nama am abstrak rezeki, roh, mimpi, rindu


Kata nama am konkrit askar, kucing, pokok, laut

4.1.2 KATA NAMA KHAS

Terdapat beberapa bahagian di dalam kata nama khas ini, kata nama khas ini
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kata nama khas hidup dan tidak hidup. Namun
begitu, bagi kata nama khas hidup, ia terdiri daripada 2 bahagian juga iaitu kata
nama khas manusia dan bukan manusia. Lihat rajah di bawah:

9| LINGUISTIK TERAPAN
KATA NAMA
KHAS

TIDAK
HIDUP HIDUP

BUKAN
MANUSIA MANUSIA

Rajah 2.3 Kata Nama Khas

Contoh perkataan kata nama khas:

Kata nama khas hidup manusia Zakaria, Tengku Adli


Kata nama khas hidup bukan manusia Pak belang, Sang Rimau
Kata nama khas tidak hidup Negeri Sembilan, Nokia

4.1.3 KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama ini pula, terdapat dua pecahan utama iaitu kata ganti nama tunjuk
(umum dan tempat) dan kata ganti nama diri. Seterusnya, kata ganti nama diri
terdapat pecahannya lagi iaitu kata ganti nama tanya dan kata ganti nama diri orang
(pertama, kedua dan ketiga).

10 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
Contoh Perkataan kata ganti nama:

Kata ganti nama diri orang pertama ~saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita
Kata ganti nama diri orang kedua engkau, awak, encik, tuan-tuan, tuanku,
tuan
Kata ganti nama diri orang ketiga dia, baginda beliau, -nya, mereka
Kata ganti nama tanya Apakah, Siapakah,
Kata ganti nama tunjuk itu, ini

4.1.4 KATA KERJA


Kata kerja adalah yang menjadi unsur inti dalam frasa kerja. Kata kerja terbahagi kepada 2
bahagian utama iaitu kata kerja tak transitif (tak berpelengkap dan berpelengkap) dan kata
kerja transitif (aktif dan pasif)

RAJAH 5.0 Kata Kerja

11 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan yang
dilakukan oleh pembuat. Ia juga tidak memerlukan penyambut. Namun terdapat beberapa
kata kerja tak transitif
GOLONGAN KATA KERJA
yang diikuti oleh
KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK
pelengkap dan
TRANSITIF
sesetengahnya tidak
memerlukannya.
Aktif Kata Kerja Transitif
Justeru, ia terbahagi
 Mengikut Berpelengkap
kepada dua iaitu
 Memberikan  Menjadi
berpelengkap dan tak
 Menggubal  Memberikan
berpelengkap.
 Meramaikan  Menyatakan

B Memainkan
 a g i  Mendapatkan
k a t a k e
 Memperkatakan yang bertindak sebagai
 Mendepani penyambut (objek). Ia
 Merancakkan juga terbahagi kepada
 Menyesuaikan dua iaitu aktif dan pasif.
Pasif
 Ditempuhi Kata Kerja Transitif Tak
 Diterjemah Berpelengkap
 Dilakukan  menulis
12 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
 Dinobatkan
 Dipersoalkan
 Dijadikan
4.1.5 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata
nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas
predikat sesuatu ayat. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al. (2014), kata adjektif dikenali
sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh dikasifikasi kepada sembilan jenis iaitu kata adjektif
sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera.

KATA ADJEKTIF MAKSUD CONTOH


Kata adjektif sifat atau keadaan Menerangkan sifat atau keadaan. Rajin, bijak, manis, cantik.
Kata Adjektif Warna Menerangkan warna. Kuning, hijau, jingga, hitam,
Kata Adjektif Ukuran Menerangkan ukuran. Pendek, panjang, rendah,
tinggi.
Kata Adjektif Bentuk Menerangkan rupa atau bentuk. Segiempat, bujur, bulat.
Kata Adjektif Waktu Menerangkan masa. Awal, lewat, baru.
Kata Adjektif Jarak Menerangkan ruang antara dua Dekat, jauh.
keadaan atau benda.
Kata Adjektif Cara Menerangkan keadaan kelakuan Jarang, pantas, perlahan.
atau ragam.
Kata Adjektfi Perasaan Menerangkan konsep perasaan. Marah, rindu, sayang.
Kata Adjektif Pancaindera Menerangkan konsep rasa, bau, Pahit, bising, manis, wangi
sentuh dan lihat.

4.1.6 KATA TUGAS

Menurut Nik Safiah Karim (2015), kata tugas merupakan perkataan yang tergolong dalam
golongan kata yang mempunyai sifat yang berbagai-bagai jenis atau heterogen, iaitu tidak
boleh menjadi unsur inti untuk frasa-frasa endosentrik. Frasa-frasa endosentrik adalah frasa

13 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata-kata tugas juga hadir dalam ayat, klausa atau
frasa bagi mendukung makna tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung,
penentu, penerang, pemeri, pembenar atau tugas-tugas lain (Farid M. Onn, 2015).

Bil. Jenis kata tugas Contoh


1. Kata hubung Yang, untuk, walaupun, sebagai, kepada, seperti, dan
2. Kata seru amboi, wah, aduh
3. Kata tanya Bagaimana?, siapa?, bila?, mengapa?
4. Kata perintah Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap,
5. Kata pangkal ayat Maka, hatta, adapun, alkisah, arakian, sebermula
6. Kata bantu akan, pernah, sudah, telah
7. Kata penguat Terlalu, paling, akan, makin, kurang, sekali, benar, nian,
betul, amat, sangat, sungguh.
8. Kata penegas -lah, -kah, -tah, bahkan, juga, pun, lagi, memang
9. Kata nafi tidak, bukan
10. Kata pemeri ialah, adalah
11. Kata sendi nama Di, kepada, antara, dari, daripada, ke, demi, bagi, dalam,
sampai, antara, oleh, hingga
12. Kata pembenar ya, benar, betul
13. Kata bilangan dua, segala, masing-masing, enam, setengah, beberapa,
sebatang, separuh
14. Kata arah atas, sini, luar
15. Kata adverba Esok, demikian, langsung, sering, sentiasa, hampir,
serentak, julung kali, berkilat, bersungguh-sungguh,
jarang-jarang, mati-matian, mundar-mandir
16. Kata arah Atas, bawah, tepi belakang, tengah antara, utara, timur,
selatan, barat, hadapan,

5.0 KEBERHASILAN KEMENJADIAN MURID MELALUI PENGUASAAN LINGUISTIK


TERAPAN OLEH GURU
Dewasa ini, isu bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat amat tular dan
semakin kritikal. Sebagai contoh, penggunaan bahasa rojak dan penggunaan ejaan
perkataan yang salah dama media sosial amat menyakitkan mata bila membacanya.
Sebagai seorang guru bahasa Melayu, pengetahuan mengenai ilmu bahasa Melayu
terutamanya bidang linguistik terapan mestilah dikuasai dengan sepenuhnya. Hal ini

14 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
kerana, apabila guru mempunyai pengetahuan bahasa yang mantap, sudah pasti dia
akan dapat menyampaikan isi pengajaran kepada murid dengan berkesan. Oleh itu,
bidang bahasa ini sangat penting untuk diterapkan dalam diri setiap guru bahasa kerana
memberi banyak manfaat kepada murid di sekolah.
Berbekalkan dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang linguistik terapan, guru
pasti dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Guru akan dapat memikirkan cara dan teknik yang betul bagi menyampaikan isi
pengajarannya kepada murid tanpa sebarang masalah. Hal ini kerana, guru itu sudah
pun mahir dan cekap dalam bidang bahasa itu sendiri. Segala kemusykilan murid akan
dapat dijawab dengan mudah dan tepat. Dengan ini, murid akan lebih cepat untuk
menguasai komponen-komponen pelajaran mengikut sukatan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru yang mempunyai tahap pengetahuan bahasa yang tinggi akan dapat memberi
penjelasan serta menentukan sesuatu ayat itu sama ada sempurna atau tidak mengikut
peraturan tatabahasa. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu (1988) Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), menggariskan bahawa para pelajar harus dapat
menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan
kegiatan sehari-harian. Antara kemahiran menulis yang dinyatakan dalam sukatan
pelajaran tersebut ialah membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan
menggunakan kata, frasa dan ayat yang betul, membina ayat yang betul, tepat, gramatis
dan indah, membina pelbagai jenis ayat termasuk ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan serta membina ayat-ayat dalam perenggan untuk
menghasilkan karangan.
Sekiranya ilmu linguistik terapan ini dapat diserap dalam diri pelajar dengan lebih
awal lagi, mungkin masalah pelajar yang tidak mahir dalam penggunaan kata yang betul
akan berkurang. Selain itu, ilmu yang wujud dalam bidang ini juga amat mendalam dan
sebagai bakal guru bahasa Melayu perlulah berusaha belajar ilmu ini dengan lebih
mendalam lagi seterusnya mahir untuk menyampaikan kepada murid pada masa akan
datang.
Kesimpulannya, pengetahuan dalam bidang linguistik ini sangat penting kepada
setiap guru bahasa di negara ini. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan dan
kepentingan yang dapat dicapai. Sebagai contoh, penghasilan murid seperti yang
dihasratkan oleh negara akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa menghadapi
sebarang masalah-masalah yang rumit.

6.0 KESIMPULAN

15 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
Kesimpulannya, linguistik terapan merupakan ilmu bahasa atau kajian ilmiah
mengenai bahasa. Bukan sahaja berfungsi untuk mengkaji dan menganalisis, linguistik
terapan juga memberi perhatian kepada peranannya dalam pengajaran dan
penyelidikan. Selain itu, linguistik dan pengajaran bahasa juga berkait rapat antara satu
sama lain. Ini disebabkan oleh pengajaran bahasa seiring dengan perkembangan
bahasa. Oleh itu, seseorang guru bahasa hendaklah menguasai linguistik terapan
dengan mahir untuk menjadi guru yang lebih cemerlang. Melalui bidang bahasa ini,
banyak kepentingan dan faedah akan dapat dicapai oleh pelbagai pihak terutamanya
negara yang akan memiliki rakyat dengan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.

7.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

16 | L I N G U I S T I K T E R A P A N
Ahmad Khair Mohd Nor (2012). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1984). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Asraf (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Melaysia.

Nik Safiah Karim (2007). Liku-Liku Bahasa. Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17 | L I N G U I S T I K T E R A P A N

You might also like