You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Fonetik dan fonologi merupakan kajian tentang bunyi dan sistem bunyi dalam sesuatu
bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi cara bunyi bahasa Melayu
dihasilkan atau dituturkan, seperti cara vokal, diftong dan konsonan dituturkan, alat artikulasi
yang terlibat dan daerah artikulasi yang berperanan dalam penghasilan bunyi vokal, diftong dan
bunyi konsonan tersebut.

2.0 FONEM

Kamus Linguistik (1997), mendefinisikan fonem sebagai unit terkecil abstrak yang
membezakan makna berdasarkan fungsi. Fonem ialah unit bunyi bahasa yang terkecil bersifat
fungsional, iaitu unit yang memiliki fungsi untuk membezakan makna. Fonem dan transkripsi
perlu diletakkan dengan tanda / /. Fonem berbentuk bunyi. Contoh dalam bahasa Melayu fonem
/l/ dan /b/ merupakan dua fonem yang berbeza umpanya dalam perkataan /calar/ dan /cabar/.
Unit terkecil ini tidak bermakna sekiranya diasingkan. Fonem mempunyai fungsi distingtif iaitu
fonem berperanan membezakan makna perkataan.

Fonem bahasa Melayu mengandungi 33 fonem yang terdiri daripada 24 fonem asli dan
9 fonem pinjaman. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem
konsosnan.

3.0 FONEM SEGMENTAL


Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk proses mengeluarkan unit linguistik
daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem
segmental ialah unit bahasa terkecil yang dapat dipenggalkan, sesuai dengan sifat fonem yang
dapat diasingkan antara satu sama lain. Contohnya, apabila perkaaan /padah/ disegmenkan
atau dipenggalkan terdapat lima fonem iaitu, /p/, /a/ /d/, /a/, /h/.Apabila satu unit kecil digantikan
dengan yang lain, makna perkataan berubah. Contohnya fonem /h/ digantikan dengan /n/, /t/
dan /m/ akan menghasilkan perkataan seperti /padan/, /padat/ dan /padam/. Perubahan ini
menunjukan fonem mempunyai fungsi distinguitif yang berperanan membezakan dan
mengubah makna perkataan. Fonem bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu fonem vokal,
fonem konsonan dan fonem diftong. Perbezaan antara vokal dan konsonan ialah ada atau tiada
halangan ketika bunyi-bunyi itu dihasilkan. Sekiranya terdapat halangan ketika menyebut fonem

1|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


atau perkataan maka fonem itu digelar konsonan. Sekiranya bunyi keluar secara bebas maka
bunyi itu disebut fonem vokal.

4.0 FONEM VOKAL

Arbak Othman (1983) dan Abudullah Hassan (2005) menyenaraikan fonem vokal dalam
Bahasa Melayu iaitu /i/, /e/, /a/, /o/, /u/, dan /ə/ . Fonem vokal terhasil apabila udara yang
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Rajah di
bawah menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.

Penyebaran fonem vokal boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir perkataan. Sebagai contoh
:

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Vokal


Awal Tengah Akhir
A /a/ /asah/ /layu/ /bola/
E /e/ /elaun/ /segar/ /sate/

I /i/ /ilmu/ /tilam/ /lari/


O /o/ /olah/ /sotong/ /soto/
U /u/ /ulam/ /sudu/ /lagu/
E /ə/ /emas/ /lena/ -

2|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


5.0 FONEM KONSONAN

Fonem konsonan dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang
dilepaskan melalui paru-paru. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan fonem konosnan.

Fonem konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya seperti yang berikut :

1. Fonem Konsonan Letupan


Fonem letupan dua bibir tak bersuara /p/ dan letupan dua bibir bersuara /b/, letupan gusi tak
bersuara /t/ dan letusan gusi bersuara /d/, letupan lelangit lembut tak bersuara /k/ dan
letupan lelangit lembut bersuara /g/.
Huruf Fonem Penggunaan
Awal Tengah Akhir
B /b/ /bala/ /sabar/ /bab/
P /p/ /paya/ /bapa/ /atap/
D /d/ /dua/ /kuda/ /had/
3 | F O N E T I K D A N KF O N O L O G I
/k/ B A H A S A MELYU
/kolam/ /luka/ /arak/
G /g/ /getah/ /raga/ /beg/
T /t/ /talam/ /bata/ /sikat/
1. Fonem Konsonan Letusan
Fonem letusan lelangit keras gusi tak bersuara /c/ dan letusan lelangit keras
gusi besuara /j/.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
C /c/ /cabai/ /baca/ -
J /j/ /jalan/ /meja/ -

2. Fonem Konsonan Geseran


Fonem geseran gusi tidak bersuara /s/ dan geseran glottis tidak bersuara /h/.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
S /s/ /suka/ /mesra/ /kemas/
H /h/ /haus/ /bahasa/ /alah/

3. Fonem Konsonan Getaran


Fonem getaran ialah fonem getaran gusi bersuara /r/.

4|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


Huruf Fonem Penggunaan
Awal Tengah Akhir
r /r/ /rawat/ /mara/ /pasar/

4. Fonem Konsonan Sengauan


Fonem sengauan dua bibir bersuara /m/, senagaun gusi bersuara /n/,
sengaun lelangit keras gusi bersuara /ny/, dan sengauan lelangit lembut
bersuara /ng/.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
m /m/ /main/ /lama/ /malam/
n /n/ /nasi/ /sana/ /ikan/
ny /ny/ /nyaman/ /tanya/ -
ng /ng/ /nganga/ /bunga/ /buang/

5. Fonem Konsonan Sisian


Fonem sisian gusi bersuara /l/

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
l /l/ /lari/ /gali/ /bakal/

6. Fonem Konsonan Separuh Vokal


Fonem separuh vokal dua bibir bersuara /w/ dan separuh vokal lelangit
keras bersuara /y/.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
w /w/ /wau/ /kawan/ /takraw/
y /y/ /yakin/ /sayur/ -

5|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


7. Fonem Konsonan Geseran
Fonem geseran gusi bersuara /s/ dan geseran glottis tidak bersuara /h/.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
s /s/ /suka/ /mesra/ /kemas/
h /h/ /hasut/ /bahasa/ /alah/

5.1 FONEM PINJAMAN


Terdapat sepuluh konsonan pinjaman. Fonem ini berasal dari perkataan-
perkataan pinjaman. Contohnya fonem daripada bahasa Arab /th/ menjadi /s/, /dh/
menjadi /d/ dan /dz/ menjadi /z/. namun,ada fonem asal yang digunakan hingga kini
seperti /f/, /v/, /kh/, /gh/, /dh/, /d/, /dz/, /z/, /th/ dan /s/. Semua konsonan pinjaman
tergolong dalam konsonan geseran.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
f /f/ /fakir/ /wafat/ /wakaf/
v /v/ /van/ /universiti/ -
z /z/ /zaman/ /lazim/ /lafaz/
sy /sy/ /syor/ /masyarakat/ -
kh /kh/ /khatam/ /akhbar/ /nasakh/
gh /gh/ /ghaib/ /baghal/ /baligh/

6|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


6.0 FONEM DIFTONG

Fonem diftong mengandungi dua huruf, namun diftong mewakili satu fonem dan satu
bunyi kerana tidak boleh ditulis atau disebut secara terpisah.

Huruf Fonem Penggunaan


Awal Tengah Akhir
ai /ai/ /aiskrim/ /main/ /tapai/
au /au/ /aurat/ /tauliah/ /halau/

oi /oi/ /oidium/ /boikot/ /amboi/

7.0 KEPENTINGAN ILMU FONOLOGI KEPADA BAKAL GURU BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH
Fonetik dan fonologi merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang
mengkaji bahasa secara saintifik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Melalui fonetik dan fonologi
bahasa Melayu, pelbagai manfaat diperolehi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.Ilmu fonologi ini, bakal-bakal guru sekolah rendah mampu untuk meningkatkan
daya sebutan dan pertuturan seseorang pelajar.
Awang Sariyan (1985) menyatakan bahawa kepentingan ilmu fonetik dan
fonologi kepada guru bahasa dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ialah dapat membantu para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan sebutan

7|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


baku. Hal ini kerana, fonetik dan fonologi perlu dipraktik bagi mendapatkan hasil dan
pemahaman yang jitu. Guru yang mahir mampu mengajar para asas pembentukan kata
dan berbahasa baku.
Kepentingan untuk menguasai ilmu fonologi adalah untuk mengetahui dan
memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Perkara ini penting ketika guru
menerangkan tentang cara penghasilan bunyi sesuatu perkataan mahupun huruf melalui
organ-organ artikulasi dan artikulator. Oleh itu, mudahlah bagi bakal guru untuk
mengenalpasti bunyi bahasa apabila sesuatu sebutan diujarkan.
Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa bidang fonetik dan fonologi
membantu dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Guru bahasa Melayu yang mahir
akan fonologi mampu mengajar pelajar menguasai kemahiran membaca, terutamanya
pelajar yang lemah seperti Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS). Kaedah yang
berkesan melalui sebutan fonem atau suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa
menjadi perkataan. Guru mengajar bermula dengan pengenalan huruf vokal, huruf
konsonan, pembentukan suku kata dan pembentukan perkataan.

8.0 KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi cara bunyi bahasa Melayu dihasilkan
atau dituturkan seperti cara vokal, diftong dan konsonan, alat artikulasi yang terlibat dan daerah
artikulasi yang berperanan dalam penghasilan bunyi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
terdiri daripada dua jenis iaitu, bunyi-bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Bunyi bahasa
diberikan lambang tertentu serta terdapat dua jenis bunyi iaitu vokal dan konsonan. Maka,
terdapat beberapa kebaikan dan kepentingan kajian fonetik dan fonologi ini kepada bakal guru
dan para pelajar. Untuk menjadi guru bahasa yang baik, sudah tentu kita perlu menguasai ilmu
fonologi ini untuk mendidik anak bangsa.

8|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU


9.0 RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007), Linguistik fonetik dan fonologi
bahasa Melayu, KL:Aslita Sdn Bhd.

Nor Hashimah Jalaluddin, (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Tuan Zainab (2017), Modul Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMMB3013). Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu

9|FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELYU

You might also like