You are on page 1of 9

PENGENALAN

Pendidikan inklusif merupakan sebuah asas bagi melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”
terutamanya pada peringkat antarabangsa (Amr, 2011). Menurut Siti Fatimah Salleh &
Mustafa Che Omar (2018), program inklusif didefinisikan sebagai satu program yang
dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana setiap murid
berkeperluan khas (MBK) belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik
darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar
dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan
ketidakupayaan. Melalui PPI, murid berkeperluan khas (MBK) seperti murid kurang upaya
fizikal dan murid bermasalah penglihatan akan mendapat peluang dan akses yang sama
rata seperti murid lain dalam pendidikan. Program inklusif memasukkan satu hingga lima
orang MBK ke dalam kelas murid arus perdana sama ada secara penuh ataupun separa.
Program ini juga dilaksanakan dengan mengambil faktor permintaan ibu bapa atau penjaga
yang mempunyai anak berkeperluan khas (Lai Chee Sern et al, 2017).

2.1 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF


“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas),
2013).
Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia mula mewujudkan Program
Pendidikan Inklusif yang diselaraskan dengan pernyataan dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). Konsep PPI ini diberi takrif sebagai suatu
program bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2014). Pendidikan inklusif ini melibatkan semua mata pelajaran teras di sekolah
rendah.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, guru yang mengajar dalam arus
perdana akan menerima beberapa MBK yang telah disyorkan oleh guru pendidikan
khas ke dalam bilik darjah beliau. MBK ini akan belajar bersama-sama murid lain dan
dipantau oleh guru pendidikan khas atau guru resos. Pengajaran menggunakan
kaedah yang telah diubahsuai sesuai dengan tahap murid MBK. Guru mata pelajaran
arus perdana akan menyediakan satu rancangan pengajaran khas atau lebih dikenali
sebagai Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk digunakan bagi mengajar MBK
tersebut.
3.0 MATLAMAT
Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada
MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di
arus perdana (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Matlamat yang ditetapkan
dalam Program Pendidikan Inklusif ini adalah sama dan selaras dengan konsep
program ini sendiri. Matlamat kedua pula, memberikan kesedaran kepada
masyarakat agar tidak menafikan potensi MBK dan yakin dengan ketidakupayaan
mereka jika diberi peuang yang sama.
Berdasarkan matlamat itu, maka terhasilah empat objektif utama bagi
merealisasikan hasrat itu. Antara objektifnya ialah, membina keyakinan diri MBK bagi
mencapai potensi yang optimum. Kedua, Meningkatkan kesedaran dan penerimaan
warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. Ketiga,
Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka. Objektif terkahir pula ialah,
Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran
tanpa halangan.
Bagi pengajaran bahasa Melayu, guru perlu memastikan MBK ini diberikan
perhatian yang sama seperti murid biasa. Toby Karten (2015), guru hendaklah
melaksanakan aktiviti atau memberikan latihan kepada MBK walaupun tahap
kesukarannya agak rendah. Secara tidak langsung mereka dapat turut serta semasa
sesi PdP dijalankan. Selain itu, murid aliran perdana seharusnya faham dan tidak
menimbulkan masalah dengan menganggu MBK ini. Guru juga tidak harus ada sikap
pilih kasih ketika mengajar. Suasana pengajaran yang harmoni dan efisien amat
dititikberatkan agar MBK berasa selesa dan berminat untuk belajar.
Selain itu, guru harus membina sikap keyakinan diri dalam MBK. Strategi dan
teknik yang digunakan perlu bersesuaian dengan gaya murid MBK tetapi tidak
menggangu murid normal. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti
menyanyi, berlakon mahuoun berpuisi. Aktiviti sedemikian dapat menonjolkan diri
murid dan membina sikap keyakinan dalam diri mereka. Maka, potensi MBK dapat
dicungkil tanpa disedari.
EDIT.
guru hendaklah bersama-sama pihak sekolah meningkatkan nilai
kesedaran terhadap kepelbagaian keupayaan MBK. Kebajikan MBK perlulah
dijaga dengan baik. Segala unsur diskriminasi perlu dibuang dan dilarang
terhadap MBK. Menurut Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran (2018),
pihak sekolah dan guru boleh menjalankan aktiviti yang meningkatkan
kefahaman dan penerimaan komuniti serta warga sekolah mengenai
keupayaan MBK. Warga sekolah terutamanya murid perlu diberikan
penerangan tentang keperluan MBK dan menerima mereka sebagai rakan di
dalam bilik darjah seperti biasa.

Seterusnya, guru perlu memastikan MBK selesa dalam menyesuaikan


diri mereka dengan murid yang lain. Hal ini supaya MBK dapat meningkatkan
kemahiran kehidupan seharian mereka. Guru hendaklah memastikan interaksi
sosial di antara kedua-dua kumpulan murid ini berlaku dan berjalan dengan
lancar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh
menjalankan aktiviti yang memerlukan kerjasama di antara MBK dan murid
yang lain seperti gerak kerja kumpulan. Dengan ini, MBK akan dapat
meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan lebih baik. Guru juga boleh
menerapkan kemahiran dan nilai murni kehidupan melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

4.0 DASAR-DASAR
Isu Pendidikan Inklusif telah menjadi isu global yang perlu diberi perhatian. Di luar
negara terdapat beberapa persidangan yang telah dijalankan antaranya, Council for
Disabled Children 1994, Salamanca Statement 1994, No Child Left Behind 2002 dan
Individual with Disabilities Acts 2004. Dasar-dasar ini bertujuan bagi memelihara
kebajikan MBK di kebanyakkan negara termasuklah memberikan pendidikan yang
sama rata tanpa diskriminasi.
Edit Di Malaysia pula, antara dasar yang menyokong pelaksanaan PPI
adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya (2008), Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, “orang kurang
upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas
kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan
vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat” (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Kemudian, dasar dalam Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 pula, “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program
Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan
pendidikan lepas menengah (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas), 2013). Akhir sekali, dasar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai
MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti
penyediaannya secara keseluruhan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

5.0 PENDEKATAN
Pendekatan program pendidikan inklusif terbahagi kepada dua iaitu inklusif penuh
dan separa penuh. Bagi inklusif penuh MBK akan meluangkan waktu belajarnya
secara sepenuh masa bersama dengan murid arus perdana dan mereka merupakan
kategori MBK yang mampu mengikuti kurikulum kebangsaan. Maka MBK dalam
pendekatan inklusif penuh ini merupakan murid yang mengikuti pembelajaran bagi
semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum
kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan (Lee & Sailajah, 2018).
Seterusnya inklusif separa bermaksud MBK memasuki bilik darjah arus
perdana bagi mata pelajaran akademik, aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum
yang tertentu (Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran, 2018). Dalam
pendekatan ini, MBK hanya akan belajar bersama murid arus perdana bagi satu atau
dua mata pelajaran akademik sahaja. Pendekatan inklusif penuh pula bermaksud
MBK memasuki bilik darjah sepenuh masa bagi semua mata pelajaran akademik
seperti murid normal. MBK yang menjalani inklusif penuh akan belajar bersama-
sama murid normal dari mula sehingga tamat waktu persekolahan.

6.0 FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEJAYAAN


Kejayaan program inklusif ini terbahagi kepada empat iaitu, prasarana dan
peralatan, penerimaan rakan dan masyarakat, Jawatankuasa Program Pendidikan
Khas Sekolah (JPPKS) dan perkhidmatan sokongan.

Penglibatan ibu bapa dengan optimum. Untuk memastikan PPI dilaksanakan


dengan lancar, keluarga perlu berganding bahu dengan pihak sekolah dalam
mengawasi pendidikan MBK (Eileen Allen & Edwards Cowdery, 2015). Ibu bapa
hendaklah sentiasa mengambil cakna tentang pembelajaran MBK dan sering
bertanya mengenai apa yang MBK telah pelajari di sekolah. Ibu bapa juga perlu
berbincang dengan guru mengenai prestasi MBK supaya mereka dapat membantu
sedikit sebanyak dalam pelajaran MBK tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membantu MBK dalam menyiapkan latihan Bahasa Melayu yang diberikan oleh
guru Bahasa Melayu.

Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS) merupakan


penggerak utama program pendidikan khas diikuti pendidikan inklusif. Tugas ahli
ini adalah merancang dan melaksanakan program, memberi taklimat kepada ibu
bapa. Antara ahli yang terlibat ialah :

Rajah 2: Ahli JPPKS


(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Garis Panduan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas.)

Perkhidmatan sokongan dari pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan juga


penting bagi menjayakan program pendidikan inklusif. Contohnya, Pusat
Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) menawarkan bantuan perkhidmatan
sokongan seperti terapi, rehabilitasi dan kewangan. Selain itu, mereka juga
memberikan khidmat nasihat kepada pihak pentadbir, guru, ibu bapa, rakan sebaya
serta masyarakat setempat. Contoh kerjasama dengan badan bukan kerajaan pula
ialah melalui kerjasama dengan NASOM (The National Autism Society Of Malaysia)
untuk memberikan khidmat nasihat kepada Ibu bapa/penjaga mengikut kategori
ketidakupayaan MBK tersebut.
7.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELBAGAI PIHAK BAHAGIAN
PENDIDIKAN KHAS
Peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak amat penting bagi merealisasikan
kejayaan pelaksaan PPPI dengan lancar terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Antara agensi yang penting ialah Bahagian-bahagian Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan sekolah itu sendiri.
Antara bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia ialah bahagian
Pendidikan Khas, Jemaah Nazir dan jaminan kualiti serta Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Bahagian Pendidikan Khas menjalankan tugas merancang dan
menyelaras kursus dan latihan untuk guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang
terlibat dengan PPI serta merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan PPI
dalam PdP Bahasa Melayu. Seterusnya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan PdP mata pelajaran
Bahasa Melayu oleh guru dalam PPI. Seterusnya, IPGM melaksanakan latihan
praperkhidmatan untuk bakal guru Bahasa Melayu dengan memberikan
pendedahan tentang PPI.
Agensi seterusnya Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Tugas mereka adalah untuk menjayakan pelaksanaan program pendidikan
inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah dengan membantu merancang
dan mengurus pelaksanaan PPI dalam PdP Bahasa Melayu dengan lebih
sistematik. Memantau pelaksanaan PPI dalam PdP Bahasa Melayu, membantu
menyediakan perkhidmatan sokongan mengikut keperluan pelajar MBK yang
mengikuti mata pelajaran tersebut serta menyelaras dan melaksanakan kursus dan
latihan untuk guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan PPI.
Pihak sekolah juga perlu mengambil bahagian dalam pelaksaan PPPI kerana
mereka adalah pelaksana dan kemenjadian guru amat penting. Jadual berikut
menunjukkan beberapa contoh peranan-peranan beberapa pihak yang terdapat
dalam sekolah untuk menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu:

Pihak Peranan
Pengetua / Guru Besar  Memastikan guru Bahasa Melayu
melaksanakan PdP Bahasa Melayu PPI
mengikut garis panduan yang disediakan.
 Memastikan keperluan dan bahan
sokongan disediakan oleh pihak yang
bertanggungjawab semasa PdP Bahasa
Melayu dijalankan.
Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran,  Membantu merancang dan menyelaras
GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum keperluan bahan bantu belajar Bahasa
Melayu dan kebajikan MBK.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/  Merancang dan mengurus MBK di PPKI
Penyelaras PPKI ke PPI bagi mengikuti mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Guru Pendidikan Khas  Berperanan sebagai guru resos dan
Menyediakan bahan bantu mengajar
(BBM) Bahasa Melayu yang bersesuaian
dengan keperluan MBK.
Pembantu Pengurusan Murid  Menghantar dan mengambil MBK yang
mengikuti inklusif separa mata pelajaran
Bahasa Melayu.

8.0 RUMUSAN
Tunstasnya Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu program yang
memberi peluang MBK menjiwai kehidupan mereka seperti orang lain. MBK dapat
belajar bersama-sama secara inklusif penuh mahupun separa. Oleh itu, menjadi
tugas guru bagi memilih bahan dan isi kandungan yang bersesuaian dengan MBK
agar kemenjadian murid terhasil. Strategi, pendekatan dan teknik pengajaran yang
mapan hendaklah diimplimentasikan dalam pengajaran guru dengan baik di dalam
bilik darjah. Hal ini supaya MBK akan mendapat peluang pendidikan yang sama rata
dengan murid seterusnya tidak merasa tersisih dan terpinggir. Pada akhirnya, murid
yang harmoni akan dapat dilahirkan. Hal ini selaras dengan hasrat negara yang
mengimpikan warganegara yang seimbang dan mempunyai kebolehan yang tinggi
seperti yang diwartakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).

9.0 RUJUKAN
Alex Moore. (2012). Teaching and Learning: Pedagogy, Curriculum and Culture. New
York: Routledge.

Amr, M. (2011). Teacher education for inclusive education in Arab World: The case of
Jordan. Prospects, 41: 399-413

Combs, S., Elliott, S. and Whipple, K. (2010). Elementary physical education


teachers’ attitudes towards the inclusion of children with special needs: A
qualitative investigation. International Journal of Special Education, Vol. 25(1):
114-125.

Eileen Allen, & Edwards Cowdery. (2015). The Exceptional Child: Inclusion in Early
Childhood Education. Boston: Cengage Learning.

Jordan, A., & McGhie-Richmond, D. (2014). Identifying Effective Teaching Practices


in Inclusive Classrooms. Measuring Inclusive Education (International Perspectives
on Inclusive Education, Volume 3) Emerald Group Publishing Limited, 3, 133-162.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013- 2025. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan


Inklusif Murid Berkeperluan Khas (PPIMBK). Bahagian Pendidikan Khas. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid


Berkeperluan Khas. Bahagian Pendidikan Khas: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lai Chee Sern, Lee Ming Foong, Nor Lisa Sulaiman, Mimi Mohaffyza Mohamad, &
Kahirol Mohd Salleh. (2017). Involvement of Mainstream Teachers in Inclusive
Education: Are We Ready?. Journal Social Science and Humanities, 205-214.

Latif Ahmad. (2012). Development of instrument for measuring the attitude of


teachers, administrators and policy makers towards inclusive education.
Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in Business, 4 (5): 86-101

Lee Keok Cheong, & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Siri Pendidikan Guru:
Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor. Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Nurul Husna Mohd Zuki, & Nik Suryani Nik Abd Rahman. (2016). Challenges
Malaysian Teachers Face in the Inclusion of Autistic Students in the Normal
Classroom. Journal of Education and Social Science, 33-41.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). (2013). Warta Kerajaan


Persekutuan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmalily Salleh, & John Woollard. (2019). Inclusive education: Equality and equity
(Teachers’ views about inclusive education in Malaysia’s primary schools). Jurnal
Pendidikan Bitara UPSI, 72-83.

SALAMANCA. (1994). Salamanca Statement and Framework for Action. Sepanyol:


SALAMANCA.

Siti Fatimah Salleh, & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru dalam
Progam Pendidikan Inklusif di Sekolah. Asian People Journal, 243-263.

Toby Karten. (2015). Inclusives Strategies That Work! Research-based Method for
the Classroom. California: Corwin.

Woolfolk, A. (2010). Educational Psychology 11th ed. The Ohio State University.
Pearson Education International

Yusof Abdullah. (2017). Memahami Kecacatan Bahasa Dan Komunikasi. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like