You are on page 1of 10

PERMUAFAKATAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK.

Penubuhan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak merupakan reaksi terhadap pengumuman
Gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1960-an. Kebanyakkan parti politik
yang ditubuhkan adalah mewakili entik-entik tertentu di kedua-dua negeri tersebut.
Seterusnya, amalan permuafakatan politik pula wujud sebelum pembentukan Malaysia
dengan pembentukan Parti Perikatan dalam pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1962.
Kemudian, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO, UNKO dan SCA manakala
Perikatan Sarawak pula terdiri daripada parti BARJASA, PANAS, PESAKA, SNAP dan
SCA. Kedua-dua Perikatan ini berjaya memenangi pilihan raya kerajaan tempatan masing-
masing pada tahun 1962. Selepas penubuhan Malaysia, Stephen Kalong Ningkan daripada
etnik Iban dipilih menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama dan Datu Abang Haji Openg
daripada entik Melayu pula dilantik menjadi gabenor pertama.
Di Sabah, politik permuafakatan semakin diterima pada pilihan raya 1994 apabila
beberapa parti politik iaitu UMNO, UPKO, PBRS, PBS, MCA, LDP dan Gerakan bergabung
dalam pakatan Barisan Nasional. Gabungan seperti ini adalah sangat penting bagi menjamin
kestabilan serta memastikan suara semua etnik diwakili.
PERMUAFAKATAN POLITIK DI SABAH.

Mengikut bancian pada tahun 2010 Jabatan Perangkaan Sabah, penduduk Sabah kini
berjumlah 3,206,742 orang. Kebanyakkan etnik peribumi Sabah tinggal di luar Bandar dan
juga di persisiran pantai. Etnik peribumi yang tinggal di luar Bandar dan di pedalaman seperti
Kadazan Dusun, Murut dan Rungus serta sub etnik lain, majoritinya bukan beragama islam.
Di samping itu, masyarakat bumiputera Islam pula terdiri daripada Bajau, Idahan,
Iranun, Bisaya, Orang Sungai dan sulu. Kebanyakkan mereka tinggal di kawasan persisiran
pantai. Kedudukan pelbagai etnik Bumiputera terpisah secara fizikalnya berasaskan etnik dan
agama, iaitu Islam dan bukan Islam. Namun, bukanlah penghalang yang besar bagi
permuafkatan politik di Sabah.
Pada tahun 1961, Donald Stephens menubuhkan United National Kadazan
Organization (UNKO) bagi mewakilli Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. Orang
Cina bernaung di bawah Sabah Chinese Association (SCA) manakala Tun Dato’ Mustapha
Dato’ Harun pula menubuhkan USNO pada bulan Disember 1961 bagi mewakili etnik Bajau,
Suluk dan etnik-etnik lain. Ketiga-tiga parti ini iaitu UNKO, USNO, dan SCA telah
bergabung untuk menubuhkan Parti Perikatan di Sabah.
Selepas itu, muncul pula parti lain iaitu Pasok Momogun yang diterajui G.S.
Sundang pada tahun 1962. Parti ini juga berjuang untuk bumiputera bukan beragama Islam.
Kemudian muncul pula dua lagi parti lain yang memperjuangkan etnik Cina di Sabah. Parti
tersebut ialah United Party (UP) dan Democtaric Party. Namun, kedua-dua parti ini tidak
bertahan lama.
Dalam pilihan raya 1967, Parti Perikatan yang terdiri daripada USNO, UPKO dan
SCA telah mencapai kemenangan yang besar. Tapi selepas itu, berlakunya pergeseran antara
mereka yang menyebabkan UPKO keluar daripada gabungan berkenaan. Ramai ahli UPKO
menyertai USNO dan akhirnya UPKO terpaksa dibubarkan. Pilihan raya tersebut
menyaksikan USNO memenangi 14 kerusi, UPKO mendapat 12 kerusi dan SCA pula
mendapat lima kerusi. Parti Perikatan antara USNO dan SCA telah berjaya membentuk
kerajaan negeri sabah di bawah pimpinan Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun.
Pada tahun 1976, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) telah menang dalam
pilihan raya dengan mendapat 28 kerusi berbanding dengan USNO yang hanya mendapat 20
kerusi. Kemenangan ini membolehkan Fuad Stephen menjadi ketua manteri Sabah dan Haris
Salleh sebagai timbalan beliau. Parti Berjaya yang merupakan parti berbilang etnik telah
memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985. Parti ini dianggotai oleh bumiputera
Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975.
 Parti Bersatu Sabah (PBS) oleh Joseph Pairin Kitingan telah memberi tentangan
terhadap Harris Salleh dan buat pertama kali sejak tahun 1976, parti pembangkang berjaya
menumbangkan kerajaan BN di Sabah pada tahun 1985. Hal ini adalah rentetan daripada rasa
kekecewaan kaum Cina dan Kadazan terhadap Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh. Dalam
pilihan raya tersebut, Parti Berjaya hanya memenangi enam kerusi berbanding 44 kerusi yang
dikuasainya sebelum itu dengan Harris sendiri tewas di kerusi kawasan Tenom. 
PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli bumiputera bukan
Islam dari segi kepemimpinan. Parti PBS telah berjaya memerintah negeri Sabah untuk
jangka masa sepuluh tahun iaitu pada tahun 1985 sehingga tahun 1994 sebelum diambil alih
oleh BN yang diterajui oleh UMNO yang mula bertapak di Sabah pada awal dekad 1990-an.
Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994, hubungan kerajaan pusat-negeri semakin tegang.
Beberapa hari selepas DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya pada tahun 1994,
Timbalan Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yong Teck Lee bertindak keluar
parti dan menubuhkan Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party - SAPP). Akhirnya SAPP
diterima untuk menyertai komponen BN. Dalam keputusan pilihan raya tersebut, parti PBS
menang tipis iaitu memperoleh 25 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, manakala
parti BN mendapat 23 kerusi.
Bagaimanapun, beberapa hari selepas keputusan diumumkan, 12 orang ADUN PBS
telah keluar parti dan menubuhkan parti baharu yang kemudiannya diterima untuk menyertai
BN. Akibatnya pada 17 Mac 1994, Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai kerajaan negeri
Sabah dengan kemenangan tipis terpaksa membubarkan kerajaan, sekali gus memberi laluan
kepada BN untuk menerajui Sabah. 
Pertukaran pemerintahan ini telah menyaksikan perubahan dalam landkap politik
negeri Sabah. Jawatan Ketua Menteri digilirkan antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan
Islam dan Cina supaya semua etnik utama mempunyai peluang memerintah. BN berjaya
menyatukan pelbagai etnik Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam serta Bumiputera
yang lain. Etnik Bajau, Suluk, Melayu, Brunei dan Bumiputera lain yang beragama islam
berjaya disatukan di bawah UMNO. Walaubagaimanapun, kemasukan semula PBS ke dalam
BN pada tahun 2003 telah membawa kembali sokongan Kadazan Dusun kepada BN.
PERMUAFAKATAN POLITIK DI SARAWAK.

Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih


kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya. Pada
umumnya, tidak terdapat satu kumpulan etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak.
Jumlah penduduk di Sarawak ialah 2.5 juta orang dengan etnik Dayak memiliki 44.3 peratus,
diikuti oleh etnik Melayu yang mewakili 23.2 peratus dan etnik Melanau sebanyak 5.7
peratus merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada keseluruhan
penduduk Sarawak. Majoriti mereka tinggal di pedalaman, rumah panjang, kampung dan
persisiran. Etnik Cina yang kebanyakannya tinggal di bandar berjumlah kira-kira 26.5 peratus
dan India pula hanya sekitar 0.2 peratus atau 6,000 orang daripada keseluruhan penduduk
Sarawak.
Dalam kategori etnik Dayak, terdapat subetnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang
Ulu merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil seperti Kayan,
Kenyah, Kelabit, Punan, Penan, Lahanan, Kejaman, dan Sihan. Di Sarawak, pelbagai parti
politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada
peringkat awal, keanggotaan parti politik di Sarawak adalah bersifat berbilang kaum. Namun,
perkembangan pada dekad seterusnya memperlihatkan arah keanggotaan dan perjuangan
yang menuju kepada perkauman. SUPP yang ditubuhkan pada tahun 1959 merupakan parti
tertua di Sarawak. SUPP pada peringkat awal penubuhannya adalah bercorak berbilang kaum
dengan 46 peratus terdiri daripada kaum bumiputera.
Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut
menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan
aspirasi bumiputera. Namun identiti pelbagai etnik yang berjuang atas landasan ideologi
sosialisme dalam SUPP terhakis apabila calon-calon bukan Cina kalah dalam pilihan raya
kerajaan tempatan pada tahun 1963. Kesannya, SUPP menjadi pembangkang yang kuat dari
tahun 1963 hingga tahun 1970 sebelum menyertai Perikatan Sarawak pada tahun 1971.
Penyertaan SUPP dalam perikatan meningkatkan sokongan masyarakat Cina terhadap
kerajaan dalam usaha mewujudkan kestabilan politik ketika Sarawak masih lagi memerangi
pengaruh komunis. 
 sebuah lagi parti mewakili etnik Cina, Sarawak Chinese Association (SCA)
pimpinan William Tan telah ditubuhkan pada tahun 1962. Parti SCA merupakan hasil
gandingan usaha suku Foochow dari Sibu dan suku Teochew dari Kuching. SCA ditanggapi
sebagai parti berpandangan sederhana oleh pihak Kolonial, kemudiannya diterima menyertai
kerajaan pertama, berdasarkan pilihan raya tiga peringkat iaitu tempatan, bahagian dan negeri
pada tahun 1963. Namun, parti SCA tidak dapat bertahan apabila sokongan kaum Cina
memihak kepada SUPP sehingga akhirnya SCA dibubarkan.
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan parti
etnik Melayu-Melanau seperti Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960 dan Parti
Barisan Rakyat Jati Sarawak (Barjasa) pada tahun 1961, manakala etnik Iban pula
menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) atau Sarawak National Party. SNAP
merupakan sebuah parti berbilang kaum pada awal penubuhan dan menyertai Perikatan
Sarawak pada tahun 1963 tetapi keluar pada tahun 1966 selepas Presidennya dipecat sebagai
Ketua Menteri pertama Sarawak ekoran krisis perlembagaan.
Namun, SNAP menyertai semula gabungan BN pada tahun 1976 tetapi keluar pada
tahun 2004 dan menyertai Pakatan Rakyat pada tahun 2010. Di samping itu juga, terdapat
sebuah parti berbilang etnik, iaitu Parti Melayu-Cina-India-Dayak (MACINDA) yang
ditubuhkan pada tahun 1964 dan merupakan parti serpihan Parti Negara Sarawak
(PANAS). Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan
kawasan. Berasaskan dakwaan bahawa etnik Dayak di Lembah Rejang tidak mendapat
tempat dalam SNAP yang mewakili Iban dari kawasan Skrang-Saribas, maka Parti Pesaka
Anak Sarawak (Pesaka) pun ditubuhkan oleh Temenggong Jugah anak Barieng pada 1962.
Parti PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha pada awalnya adalah
bersifat mutlietnik tetapi lebih cenderung memperjuangkan kepentingan kaum bumiputera.
Parti PANAS dan Berjasa yang mewakili kaum Melayu dan Melanau bergabung
menjadi Parti Bumiputera pada tahun 1967, sekali gus mengurangkan pertentangan yang
berlaku sejak tercetusnya gerakan antipenyerahan atau anti-cession pada tahun 1946 apabila
wujud dua kelompok yang menyokong dan menentang Sarawak diserahkan kepada kerajaan
kolonial British daripada pemerintahan Brooke. Pelbagai etnik daripada pelbagai latar agama
bersatu di bawah Parti Bumiputera. Selepas itu, parti Pesaka yang mewakili kaum Dayak
menyertai gabungan berkenaan menjelang pilihan raya pada tahun 1974 dan membentuk Parti
Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada tahun 1973 sekali gus mengukuhkan kekuatan
politik Melayu dan Melanau. Parti PBB merupakan parti tulang belakang BN Sarawak yang
kini mempunyai 35 kerusi daripada 71 kerusi DUN.
 Mulai tahun 1974, 'Democratic Action Party' (DAP) muncul sebagai pesaing SUPP
untuk meraih sokongan masyarakat Cina. DAP mengalami nasib politik turun naik dengan
hanya menguasai satu atau dua kerusi Parlimen atau peringkat DUN. Namun, DAP berjaya
memenangi enam kerusi bandar dengan majoriti pengundi Cina dalam pilihan raya negeri
pada tahun 2006 disebabkan kekecewaan masyarakat Cina terhadap SUPP dan
kepemimpinan negeri. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 2010, DAP mencatatkan prestasi
terbaik apabila memenangi 13 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. 
Kehadiran Parti Rakyat Jati Sarawak (Pajar) pada tahun 1978 pimpinan Ali Kawi
yang tidak puas hati dengan kepemimpinan Rahman Ya'kub memberi alternatif lain kepada
etnik Melayu. Namun, kehadiran Pajar tidak memberi kesan apabila kesemua 17 calonnya
kalah dalam pilihan raya negeri pada tahun 1979. Tidak lama kemudian, muncul pula
Sarawak People’s Organization (Sapo) pimpinan Raymond Szetu. Kedua-dua parti iaitu parti
Pajar dan parti Sapo tidak dapat bertahan lama.
Kehadiran Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (Permas) pada tahun 1987 bertolak
daripada rasa kecewa dengan kepemimpinan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Parti itu
yang diterajui oleh beberapa orang tokoh Melayu dan Melanau seperti Rahman Ya’kub,
Salleh Jafaruddin, Habsah Harun dan Bujang Ulis sedikit sebanyak menggugat kedudukan
PBB pimpinan Taib Mahmud. Pada pilihan raya umum negeri pada tahun 1987, pakatan
Permas dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) hampir berjaya menumbangkan kerajaan
pimpinan Taib Mahmud selepas berlakunya peristiwa Ming Court apabila memenangi 20
daripada 48 kerusi DUN.
Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum
penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik, sama ada BN
atau parti pembangkang. Meskipun SNAP menjadi pilihan etnik Dayak sepanjang tempoh
1970 sehingga1976, perpaduan Dayak di bawah SNAP telah dimusnahkan dengan penubuhan
PBDS pada tahun 1983. PBDS ditubuhkan oleh Leo Moggie, bekas pemimpin SNAP. Selepas
Leo Moggie meletak jawatan sebagai presiden pada 24 Jun 2003, parti etnik Dayak
berkenaan mengalami krisis dalaman apabila berlaku perebutan jawatan antara Timbalan
Presiden, Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantah dan
dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, James Jemut Masing. 
Parti Rakyat Sarawak (PRS) diasaskan pada tahun 2004 selepas krisis
kepemimpinan PBDS yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran pada 5 Disember 2003.
PRS yang dianggotai kaum Dayak diperuntukkan sembilan kerusi, tetapi tewas di kerusi
Ngemah dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006. SNAP turut mengalami masalah
dalaman sehingga melahirkan parti serpihan antaranya Sarawak Progressive Democratic
Party (SPDP) pimpinan William Mawan Ikom. Parti ini mempunyai enam kerusi DUN.
Kedua-dua parti ini adalah komponen Barisan Nasional Sarawak.
TSUNAMI POLITIK : POLITIK PERKAUMAN SEMAKIN MENGENDUR.

Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang
menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN turun ke
gelanggang dengan keyakinan bahawa kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ke-11 pada
tahun 2004 akan berulang. Sebaliknya, pilihan raya umum 2008 itu menyaksikan persaingan
yang sengit antara BN dengan pakatan pembangkang.
Dalam pilihan raya tersebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS
melancarkan manifesto yang menggambarkan sensitiviti dan keprihatinan mereka terhadap
isu yang berkembang dalam masyarakat. DAP melancarkan manifesto yang bertemakan
“Perubahan”, PKR dengan “Harapan Baru Untuk Malaysia” dan PAS dengan konsep “Negara
Berkebajikan”. Pakatan Rakyat menekankan optimisme tentang masa depan, yang memang
diharapkan oleh rakyat ketika mereka berasa gelisah dan kecewa dengan keadaan ekonomi
yang kian mencengkam. 
BN pula melancarkan manifesto dengan cogan kata, “Selamat, Aman dan Makmur”,
sesuai dengan isu yang menjadi perhatian pengundi pada waktu tersebut iaitu membabitkan
isu ekonomi dan keselamatan. Rakyat berdepan dengan masalah kos sara hidup yang semakin
meningkat dan keadaan keselamatan yang tidak terjamin apabila berlaku kes jenayah seperti
ragut yang berleluasa terutama di bandar besar. BN memperkenalkan agenda kesinambungan
dan meyakinkan rakyat tentang rekod pencapaian mereka selama ini, iaitu sebagai parti yang
membawa banyak kemajuan dan pembangunan. Bagi meyakinkan pengundi, BN
mengkategorikan manifestonya kepada lima bahagian, iaitu ekonomi, pembangunan
seimbang, pendidikan, meringankan beban kenaikan harga serta undang-undang dan
ketenteraman awam. 
Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63
peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang
memenangi 82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan. Enam orang pemimpin kanan BN, termasuk empat orang anggota Kabinet
tewas, iaitu pemangku presiden Gerakan serta presiden MIC dan Parti Progresif Penduduk
(PPP). Dari segi bilangan undi, BN dan pembangkang hanya dibezakan dengan 4.91 peratus
undi dengan BN menguasai 52.98 peratus manakala pembangkang 48.07 peratus undi.
Pembangkang berjaya menguasai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima buah negeri iaitu
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan tetapi kemudiannya Perak dikuasai
semula oleh BN.
Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 22 daripada 25 kerusi. BN hanya
memenangi satu daripada 11 kerusi di wilayah persekutuan Kuala lumpur. Di peringkat
Dewan Undangan Negeri, BN meraih 307 kerusi, PAS mendapat 83 kerusi, DAP memenangi
71 kerusi terutamanya di kawasan bandar manakala PKR memperoleh 42 kerusi dan Bebas
sebanyak dua kerusi. Pilihan raya berkenaan menyaksikan landskap politik negara sudah
beranjak dengan radikal. Ternyata, hasrat BN untuk meneruskan pencapaian cemerlang
seperti pada pilihan raya 2004 tidak kesampaian apabila ayunan undi yang besar beralih
kepada pembangkang.
Pengundi Cina yang mengundi BN di Semenanjung Malaysia telah jatuh ke tahap
10.8%. pembangkang juga memenangi lima kerusi di Sarawak dan tiga kerusi di Sabah.
Tujuh kerusi yang dimenangi mereka majority pengundinya ialah Cina. PRU13 menyaksikan
serangan provokasi yang melampau daripada parti-parti politik tertentu dan berjaya
menguasai pemikiran dan perasaan pengundi. Peranan pengundi muda dan golongan
pertengahan di Bandar dilihat mempunyai aliran pemikiran tersendiri dan perlu diberi
perhatian.

You might also like