You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2020

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod: MPU3122
Semester / Tahun: Semester 2 / Tahun 3
Ambilan: Jun 2018
Kumpulan: MATEMATIK 1, 2, 3 & 4, SAINS 1 & 2,
RBT 1, 2, 3 & 4
Nama Kursus: HUBUNGAN ETNIK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Ilmiah / Esei (9 jam) 7 September 2020 2 Oktober 2020

2. Menjawab Kuiz (2 jam) 26 Oktober 2020 26 Oktober 2020

3. Pembentangan (2 jam) 5 Oktober 2020 12 Oktober 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas hubungan


etnik. (C2, A1, LO1)
2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama.
(C2, A2, LO1, LO3, CTPS1)
3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan
Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia melalui
rujukan daripada pelbagai sumber. (C4, A2, LO1, LO3, LO6, CTPS1, LL1)
4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asas
pembinaan jati diri dan negara bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1, LO3, LO4,
LO5, CTPS2, CS3, TS3)
5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik secara
lisan dan bertulis. (C5, A4, LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 hingga 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep-konsep asas hubungan etnik berserta contoh-contoh yang sesuai


melalui soalan-soalan kuiz.
2. Menjelaskan hubungan etnik daripada perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian
agama melalui penulisan ilmiah.
3. Menganalisis faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak
dan Sabah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan British serta selepas

1
pembentukan Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber dalam bentuk penulisan
esei.
4. Menilai secara kritis usaha-usaha kerajaan dan masyarakat dalam meningkatkan integrasi
nasional serta cabaran-cabaran yang boleh menjejaskan usaha-usaha tersebut melalui
penulisan ilmiah atau esei.
5. Membincangkan dan menilai konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan
negara bangsa serta usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam
hubungan etnik secara kritis melalui aktiviti menjawab soalan kuiz dan pembentangan
kumpulan.

TUGASAN 1: Penulisan Ilmiah / Esei (100 markah wajaran 60%) - Individu

Kewujudan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sabah, dan Sarawak telah bermula sejak
lama dulu. Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan British dan pembentukan
Malaysia mewujudkan masyarakat pluralistik yang lebih rencam, yang bagaimanapun
merupakan satu kepelbagaian yang memberi keunikan kepada negara Malaysia.
Kepelbagaian ini juga merupakan cabaran dalam proses hubungan etnik di negara kita
sama ada dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama.

Berdasarkan penyataan di atas, hasilkan sebuah penulisan tentang perkara-perkara berikut;

1. Jelaskan hubungan etnik daripada perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian


agama di negara kita.
2. Menganalisis faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu,
Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas
pembentukan Malaysia berdasarkan rujukan pelbagai sumber.
3. Berikan justifikasi anda terhadap kepentingan Perlembagaan negara yang dirangka
yang menjadi asas dalam pembinaan jati diri dan negara bangsa.

TUGASAN 2 : Kuiz (100 markah wajaran 20%) - Individu

Menjawab soalan kuiz dalam masa tiga puluh minit bagi menguji kefahaman pelajar
terhadap kandungan kurikulum Hubungan Etnik dan mengaplikasi tatacara pentaksiran dan
pelaporannya. Soalan kuiz disediakan terdiri daripada 3 soalan struktur mengikut aras
kesukaran yang ditentukan (Taksonomi Bloom / Anderson). Soalan-soalan kuiz berdasarkan
tajuk-tajuk berikut :

Topik 2: Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik


Topik 3: Sejarah Masyarakat Malaysia
Topik 5: Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik
Topik 8: Pemupukan Integrasi Nasional

Tarikh cadangan pelaksanaan: 26 Oktober 2020

2
TUGASAN 3: Pembentangan (100 markah wajaran 20%) – Berkumpulan

Anda dikehendaki membincangkan satu sub-topik yang terkandung dalam kurikulum


Hubungan Etnik secara meluas dan kritis semasa pembentangan seperti soalan yang
disenaraikan di bawah dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang:

1. Banding bezakan Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perlembangaan


Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan menganalisis kedua-dua perlembagaan
tersebut secara kritis. Analisiskan mengapa kedua-dua perlembagaan tersebut
memberi kesan terhadapTanah Melayu.

2. Banding bezakan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 dan Perlembangaan Malaysia


1963 dengan menganalisis kedua-dua perlembagaan tersebut secara kritis.
Sejauhmanakah kedua-dua perlembagaan ini penting terhadap pembentukan negara
Malaysia.

3. Bahaskan secara terperinci unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu kedudukan


Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan dan Pemerintahan Beraja yang menjadi
tunjang dan kekuatan terhadap kepentingan negara kini.

4. Perincikan secara jelas kepentingan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu


kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah, dan
kedudukan kaum lain menjadi nadi utama yang perlu dipertahankan dalam
pembentukan negara Malaysia.

5. Dalam proses pemupukan integrasi nasional, kerajaan menghadapi pelbagai cabaran


dalam konteks hubungan etnik. Kemukakan cabaran-cabaran politik, sosial, ekonomi
dan globalisasi serta kesannya terhadap negara.

6. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh banyak pihak bagi memperkukuhkan


integrasi nasional. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan,
peranan masyarakat dan peranan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dalam
mengukuhkan lagi integrasi nasional.

3
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan tugasan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 merupakan tugasan
berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang sekumpulan.

2. Anda dibenarkan berkolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

3. Format penulisan;

a. Font Arial saiz 11


b. Langkau satu baris setengah (1.5)
c. Rujukan menurut APA (American Psychological Association)
d. Lampiran hendaklah disertakan sebagai bukti
e. Mengandungi Isi kandungan dan halaman serta Penghargaan

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5. Tugasan mesti dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy.

6. Markah penulisan ilmiah / esei 60%, menjawab Soalan Kuiz 20% markah sementara
pembentangan membawa 20% markah yang membawa markah keseluruhan: 100%.

7. Panjang tugasan 1, tidak kurang 1500 patah perkataan (tidak termasuk senarai rujukan
dan lampiran) sementara panjang tugasan 3, tidak lebih daripada 20 slaid power point (tidak
termasuk senarai rujukan).

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda harus meliputi semua kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Spesifikasi
Tugasan Projek.

3. Persembahan power point yang menarik dan berinformasi serta tepat menjawab persoalan
tugasan.

4. Rumusan/cadangan dan bukti-bukti serta bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah


anda hendaklah dikemukakan.

5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

7. Penulisan esei / laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai
dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

8. Perlu mengandungi senarai rujukan dari pelbagai sumber yang tepat memenuhi kehendak
tugasan
4

You might also like