You are on page 1of 33

KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

1

1.0 PENDAHULUAN
Manusia merupakan makhluk unik kerana ia kumpulan hidupan yang mempunyai
budaya. Budaya juga elemen yang membezakan manusia dari hidupan lain. Istilah
kebudayaan banyak digunakan dalam bidang antropologi budaya. Dalam disiplin
antropologi budaya, tiada perbezaan maksud antara perkataan budaya dengan
kebudayaan.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu,
iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti
kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polynesia
yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua
perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Kamus Dewan (2005) pula
mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan
dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Manakala, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan
Melayu. Konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu,
termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada
bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami semenanjung Tanah Melayu, pantai
Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan Melayu adalah
satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat Melayu itu sendiri untuk
memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur
pengalaman sosialnya dan kebudayaan tersebut ialah cara hidup yang menjadi
kepunyaan bersama.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

2

Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti lukisan,
kesusasteraan, muzik dan falsafah. Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara
yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia
yang dibuat oleh manusia.
Dalam tugasan projek ini, guru pelatih yang menduduki kursus Kebudayaan
Melayu (BMM 3114) ini dikehendaki untuk menjelaskan konsep kebudayaan Melayu
daripada pelbagai sudut mengikut beberapa pandangan tokoh dan unsur-unsur yang
membentuk kebudayaan Melayu dan kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, guru pelatih
dikehendaki menghuraikan kemajuan akal budi masyarakat Melayu yang terkandung
dalam tarian tradisional dan cara memartabatkannya di peringkat antarabangsa.














KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

3

2.0 KONSEP DAN UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN MELAYU
Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.
Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi
dan daya; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai,
manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka
pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak.
Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan
perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Untuk mengkaji konsep kebudayaan Melayu dengan lebih mendalam, kita boleh
merujuk kepada pelbagai tokoh yang mendalami kebudayaan ini. Terdapat pelbagai
konsep tentang kebudayaan menurut beberapa pandangan tokoh dan jika dilihat secara
umumnya, konsep kebudayaan sememangnya sangat rumit. Penghuraian mengenai
konsep ini mengundang pelbagai kecelaruan dan kekeliruan kesan daripada perbezaan
disiplin dan perspektif kebudayaan itu dilihat oleh para pengkaji. Malah lebih
merumitkan apabila melibatkan emosi. Konsep ini perlu difahami sama ada dari aspek
praktikal mahupun teoretikal.

2.1 Konsep Kebudayaan
Kebudayaan sering dikaitkan dengan perkara yang klasik dan
tradisional.Mengapakah perkara ini terjadi? Mungkin kebudayaan sering dikaitkan
dengan sesuatu yang lama dan diwarisi dan kerana itu ia dilihat seperti sesuatu yang
klasik. Namun, secara umumnya kebudayaan itu hanyalah frasa yang menerangkan
mengenai sau cara kehidupan. Cara kehidupan yang dibina pada sesuatu masa dan
dibawa melalui beberapa generasi.Definisi kebudayaan dapat dilihat berdasarkan
beberapa takrifan dari pelbagai sudut.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

4

Kebudayaan ditakrifkan sebagai suatu cara kehidupan. Perkataan kebudayaan
berasal daripada perkataan Sanskrit.Buddhayah iaitu bentuk jamak daripada
perkataan buddhi yang bermaksud budi atau akal. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa
budaya membawa maksud tentang hal-hal berkaitan dengan akal.
Dalam konteks bahasa pula budaya ialah culture. Ia adalah daripada bahasa
Latin iaitu cultura yang bermaksud mengerjakan penggunaan harian, sifat-sifat umum
yang membentuk kepada penciptaan budaya. Bhuddi membawa erti asli, pertama,
sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan dan dimuliakan. Daya pula
membawa maksud akal fikiran dan penciptaan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa budaya ditakrifkan sebagai
tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi dan bersifat mengenai kebudayaan.
Kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup merangkumi cara
bertindak, berkelakuan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan
akal budi.
Ralph L. Beals dan Harry Hoijer menyatakan bahawa kebudayaan ialah
mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperolehi melalui pembelajaran oleh
sesuatu kumpulan masyarakat. Kroeber dan Kluckhonn pula menyatakan bahawa
keseluruhan dari kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur dan
terlaksana.Mengikut Eward B. Taylor, budaya ialah satu keseluruhan sistem yang
kompleks, di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan, kepercayaan, seni,
moral, undang-undang, adat istiadat dan sehubungan dengannya. Lucy Mair pula
menyatakan bahawa kebudayaan adalah milik bersama sesuatu masyarakat tradisi
yang sama. Pendapat Koentijaraningrat pula menyatakan bahawa kebudayaan itu
keseluruhan dari kelakuan yang harus diperolehi dengan cara belajar. Ini semuanya
tersusun dalam kehidupa masyarakat.
Mary Oski melihat budaya dari segi fungsinya iaitu memainkan tiga peranan
utama untuk memenuhi keperluan manusia. Keperluan tersebut ialah keperluan asas,
keperluan derive iaitu ekoran keperluan asas dan lurigrarik iaitu keperluan untuk
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

5

penyatuan kelompok masyarakat. Keperluan ini bertujuan untuk memberikan
masyarakat hidup dalam keadaan selamat.
Clifford Grurz menyatakan budaya itu sebagai sistem lambang segala perlakuan
manusia itu mempunyai makna.Lambang-lambang itu adalah lambang yang
memancarkan makna-makna tersebut.
Berdasarkan definisi yang dinyatakan mengikut sarjana-sarjana dapat
disimpulkan bahawa kebudayaan itu membawa pelbagai takrifan. Namun, ia masih
dalam kelompok yang sama. Secara konspetualnya kebudayaan ditakrifkan sebagai
tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi dan bersifat dinamik.Ia juga adalah
melibatkan akal dan fikiran dalam mencapai suatu cara kehidupan yang kompleks
bergerak seiringan dengan kehidupan masyarakat yang dinamik.

2.2 Konsep Melayu
Pelbagai takrifan mengenai kebudayaan. Frasa Melayu juga mempunyai takrifan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melayu didefinisikan sebagai nama satu
bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Menurut Syed Husin Ali,
orang Melayu itu lahiriah lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana, besar
dan tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Dari segi budaya, definisi melayu meliputi penduduk kawasan yang lebih luas
iaitu gugusan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina. Aris
Osman memberi pendapat bahawa orang Melayu berdasarkan sosiobudaya. Definisi ini
lebih luas merangkumi etnik-etnik yang mendiami luar perbatasan.Malaysia seperti
etnik Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar dan Mandailing.
Konsep Melayu dapat dilihat berdasarkan tiga aspek iaitu etimologi, budaya dan
undang-undang. Aspek ini dapat dilihat berdasarkan rajah 1.1.


KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

6









Rajah 1.1 : Aspek Melayu

Secara umumnya kebudayaan Melayu ialah budaya dalam masyarakat yang
berbagai dalam pelbagai dimensi mahupun ruang. Masyarakat adalah komuniti yang
mencipta kebudayaan dan seterusnya mewarisi sesuatu kebudayaan akibat cetusan
sesuatu perkara. Tidak kira dari aspek kesenian, peralatan, adat mahupun cara
kehidupan sesuatu kelompok masyarakat. Kadangkala budaya itu disamakan dengan
peradaban.Namun jika dilihat secara telus, peradaban itu adalah sebahagian daripada
budaya. Hal ini bermaksud kebudayaan ini adalah sesuatu yang kompleks dalam
kehidupan masyarakat.

2.3 Kebudayaan Melayu
Kebudayaan ialah satu cara hidup yang dikaitkan dengan tamadun atau peradaban
manusia yang menggambarkan kemajuan, akal, budi dan daya pemikiran masyarakat.
Selain itu, kebudayaan sesuatu masyarakat itu menonjolkan corak keperibadian
kebangsaan.Corak budaya adalah dari segi pantang larang, adat resam dan kesenian
sesuatu masyarakat.
Werndly menyatakan bahawa
perkataan Melayu berasal daripada
perkataan kata dasar laju yang
diertikan sebagai cepat dan deras.
Etimologi
Meliputi penduduk dari kawasan
yang luas
Budaya
Menurut perlembagaan Malaysia,
"Seseorang yang menganut agama
Islam, lazimnya bercakap bahasa
Melayu, menurut adat istiadat
Melayu ialah orang Melayu.."
Undang-undang
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

7

Kebudayaan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Hal ini
bermaksud budaya itu diwarisi. Contohnya, budaya yang masih dikekalkan di negara ini
ialah acara perkahwinan. Masih mengekalkan konsep pernikahan yang kaya dengan
kebudayaan Melayu adalah berasal daripada nenek moyang dan terus diwarisi
sehingga kini. Selain itu, kebudayaan itu juga menerima unsur lain yang sesuai dan
wajar yang boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan. Hal ini bermaksud
unsur dari budaya lain boleh diserap masuk ke dalam budaya sesuatu masyarakat
asalkan ia adalah sesuatu yang rasional dan boleh diterima.
Kebudayaan dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Aspek tersebut ialah budaya
material dan budaya bukan material. Rajah 1.2 menunjukkan aspek budaya.






Rajah 1.2 Aspek Budaya

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan kebudayaan itu dilihat daripada aspek
material dan bukan material. Aspek material dilihat berdasarkan permainan, pakaian,
makanan, hiburan dan senjata. Terdapat pelbagai contoh yang dapat dinyatakan
berdasarkan komponen tersebut. Antaranya permainan budaya iaitu permainan
tradisional ketingting, aci sorok, kejar-kejar dan juga galah panjang. Namun , jika dilihat
kini, permainan ini kurang lagi dimainkan melainkan sewaktu acara-acara khusus
sahaja seperti pertandingan permainan tradisional. Kini, budaya masyarakat dalam
permainan lebih tertumpu kepada permainan moden seperti bola sepak, badminton dan
Aspek Kebudayaan
Budaya Material
Permainan Pakaian Makanan Hiburan Senjata
Budaya Bukan
Material
Nilai
Pantang
Larang
Adat
Cara
Berfikir
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

8

juga olahraga. Permainan ini berasal daripada negara luar yang telah diterima hampir
di seluruh dunia. Hal ini terbukti apabila perlawanan diadakan tidak kira di peringkat
Malaysia mahupun antarabangsa.
Seterusnya pakaian pula dapat dilihat berdasarkan perbezaan antara timur dan
barat. Sinonim dikatakan bahawa kebudayaan Melayu dilihat lebih kepada ketimuran.
Lebih sopan dan menutup aurat.Ia bukan sahaja berkaitan dengan kebudayaan sesuatu
komuniti malah dilihat berkaitan dengan agama Islam yang cukup kuat mempengaruhi
kebudayaan. Aspek makanan pula dilihat dari segi jenis makanan setiap masyarakat.Di
Malaysia sahaja sudah cukup banyak contoh yang dpat dilihat.Antaranya makanan
Melayu berbeza dengan makanan Cina dan juga India. Perbezaan dari segi cara
masakan. Misalnya orang Melayu biasanya makan makanan yang bergoreng, berbeza
dengan orang cina yang biasanya hanya merebus makanan mereka.
Senjata pula dilihat berdasarkan beberapa contoh pada masa kini dan juga pada
masa lalu. Pada masa lalu iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka contohnya,
penggunaan senjata ialah dari segi penggunaan keris mahupun tombak. Namun kini
senjata yang digunakan ialah senapang, pistol dan bom.Perubahan ini dilihat sebagai
mengikut kesesuaian dalam sesuatu zaman. Tidak lagi sesuai pertempuran masih lagi
menggunakan keris pada zaman ini. Ia bergantung kepada kebudayaan dan
ketamadunan sesuatu masyarakat.
Seterusnya, dari segi bukan material pula iaitu nilai. Nilai budaya sesuatu
masyarakat bergantung kepada tempat dan juga kawasan. Nilai di Malaysia misalnya,
lebih bergantung kepada agama Islam sebagai agama rasmi. Nilainya juga lebih
dipengaruhi oleh nilai yang dituntut agama Islam. Berbeza dengan kehidupan di barat
yang kurang mementingkan nilai walaupun nilai yang baik perlu ada di seluruh dunia.
Hal ini semua bergantung kepada budaya yang dibina oleh masyarakat itu.
Selain itu, pantang larang pula juga adalah suatu budaya. Pantang larang di
Malaysia meliputi pelbagai perkara. Antaranya, selepas bersalin, perkahwinan mahupun
dalam kehidupan seharian. Pantang larang ini biasanya dilakukan bertujuan untuk
membina kesedaran diri dan juga berkelakuan baik dalam setiap perlakuan. Contohnya
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

9

orang Melayu percaya bahawa jika anak dara menyanyi di dapur akan berkahwin
dengan orang tua. Jika dilihat dari aspek moralnya, jika menyanyi di dapur mungkin
masakan yang dimasak akan hangus.
Seterusnya, dari segi adat pula melambangkan kebudayaan bukan material.
Adat ialah perkara yang subjektif dan bergantung kepada sesuatu kawasan. Contohnya
dalam adat perkahwinan, pelbagai adat yang masih diikuti sehingga kini.Misalnya adat
merisik, adat bertunang dan bersanding. Selain itu, cara berfikir pula menunjukkan
bahawa pemikiran budaya yang berlainan. Contohnya, cara berfikir pada masa dahulu
berlainan dengan pada masa kini. Pemikiran pada masa kini perlu memikirkan sesuatu
bersesuaian dengan zaman. Pernah kita dengar mengenai Awak ni, selalu berfikir
kolot Apakah maksud ayat ini? Apakah ayat kolot? Hal ini jelas menunjukkan
pemikiran manusia perlu mengikut pemikiran zaman. Kini zaman canggih, tidak lagi
sesuai untuk kita terus berfikir cara lama. Pemikiran harus maju ke hadapan agar dapat
bergerak sering dan dinamik dengan peredaran zaman.
Jelas menunjukkan bahawa kebudayaan itu mempunyai cabang yang luas dan
perlu dilihat daripada pelbagai aspek.Kepentingan kita melihat sesuatu budaya itu
benar-benar memberikan signifikan. Hal ini berikutan kerana, budaya itu
melambangkan sesuatu masyarakat. Kita seharusnya memahami masyarakat tersebut
dan apabila kita berada dalam masyarakat tersebut kita harus mengikutinya.







KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

10

2.4 Unsur-unsur Kebudayaan Melayu
Secara umumnya unsur-unsur kebudayaan itu meliputi tujuh aspek. Rajah di
bawah menunjukkan unsur-unsur kebudayaan Melayu.









Rajah 1.3 Unsur-unsur kebudayaan Melayu
Melalui budaya kebendaan dapat dilihat berdasarkan beberapa aspek iaitu
permainan, pakaian, makanan, hiburan mahupun senjata. Unsur ini jelas dapat dilihat
berdasarkan sesuatu budaya dan ia menjadi lambang dalam sesuatu budaya.
Melalui sistem ekonomi pula para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi
dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat
perkembangan manusia yang lebih tinggi.
Berdasarkan sistem sosial pula, orang Melayu memandang hubungan dengan
sesame manusia sebagai sesautu yang amat mulia. Apabila tetamu datang ke rumah,
sudah perlu dijamu dan membuatkan tetamu merasa senang dan bahagia. Selain itu,
pelbagai lagi nilai sosial yang dibina dalam sesuatu budaya dari segi perhubungan
seharian, perhubungan formal mahupun kehidupan bermasyarakat.
Unsur-unsur
kebudayaan
Budaya
kebendaan
Sistem
Ekonomi
Sistem Sosial
Bahasa
Kesenian
Sistem
Pengetahuan
Sistem
Kepercayaan
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

11

Seterusnya kita lihat unsur kebudayaan dari segi bahasa pula. Ungkapan Tiada
kata secantik bahasa sering kita dengari dan jarang dihayati. Namun jika dilihat
maksudnya secara konsep ia menggambarkan bahawa keindahan bahasa itu sangat
mendalam. Susunan kata yang indah mampu menjadi suatu bahasa yang cantik dan
disusun membentuk wacana dan terus disampaikan menjadi suatu wahana dalam
meluahkan perasaan, menyatakan hasrat mahupun pertuturan seharian.Orang Melayu
bertutur dalam bahasa Melayu.Bahasa yang suatu masa dahulu ialah bahasa Lingua
Franca dan sungguh unggul di mata dunia.Kini agak tenggelam berbanding
dahulu.Namun, berdasarkan bahasa jelas menunjukkan budaya dalam sesuatu
masyarakat. Bahasa yang digunakan tidak kira sama ada lembut mahupun kasar jelas
mencerminkan sesuatu budaya.
Kesenian pula sungguh luas dan pelbagai. Kesenian tidak kira sama ada seni
gerak, nyanyia, tarian, peralatan muzik, seni lakon mahupun teater. Seterusnya, seni
visual pula berdasarkan seni tampak, seni ukiran, seni lukisan, seni pahat, seni
tenunan, seni anyaman, seni batik, songket dan tekat.Kesenian ini melambangkan
budaya dalam sesuatu masyarakat. Kesenian masih terus diwarisi dan dijadikan
sebagai khazanah yang tidak ternilai dalam sesuatu masyarakat.
Sistem pengetahuan dapat dilihat berdasarkan perubahan pemikiran masyarakat
Melayu. Sebelum kedatangan Islam pemikiran orang Melayu lebih kepada estetika
dalam kebudayaan. Namun dengan kedatangan Islam pemikiran bertukar kepada
pemikiran bercoarak akaliah. Kini pemikiran masyarakat perlu standing dengan
pemikiran antarabangsa. Jika kita masih jumud dengan pemikiran kuno hanya akan
menyebabkan kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, seiring dengan dunia global yang
semakin laju dan maju ke hadapan, sistem pengetahuan lebih unggul perlu dan
walaubagaimanapun kebudayaan itu masih dikekalkan.
Secara umumnya, unsur budaya ini saling bersangkutan antara satu sama lain
dalam membentuk sesuatu lambang dan identiti budaya. Masyarakat harus
menerimanya dan mengamalkannya mengikut budaya yang diamalkan.

KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

12

3.0 KONSEP KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
3.1 Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan kebangsaan berasaskan kepada kongres kebudayaan kebangsaan yang
telah diadakan pada 1971. Penegasan dasar ini dilakukan oleh Y.A.B Perdana Menteri
pada ketika itu pada tahun 1982 di Melaka. Penegasan ini bertujuan untuk
menyemarakkan lagi kebudayaan kebangsaan. Kebudayaan Kebangsaan ini amat
signifikan. Hal ini disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk perlu
memahami dan menerima kaum lain dalam pelbagai aspek dan budaya khususnya.
Tujuan kebudayaan kebangsaan ini ialah menggalakkan dan memberikan
penekanan terhadap daya kreatif. Hal ini bermaksud kreatif dalam kebudayaan di
Malaysia yang pelbagai. Setiap negeri mahupun kaum mempunyai kebudayaan sendiri.
Jika hendak dipecahkan terlalu banyak kebudayaan yang dapat dilihat. Selain itu, ia
bertujuan sebagai satu kebebasan dan dorongan dalam pemupukan bakat dan
pemikiran kumpulan masyarakat mahupun individu. Kebudayaan kebangsaan juga
bertujuan untuk mengetengahkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terbaik.Semua jelas
bahawa kebudayaan itu mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai unsur
nilai yang baik.Ia harus ditonjolkan dan bukan dibiarkan lapuk di telan zaman dan
sampai waktu berkubur tanpa nisan.
Selain itu, ia bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri keperibadian nasional dan
menjadi matlamat utama dalam agenda masyarakat berbilang kaum. Ciri-ciri dapat
ditonjolka berdasarkan pakaian, kesenian dan juga peralatan.Ia jelas dapat dilihat di
Malaysia semasa musim perayaan. Pada waktu itu kebudayaan akan dapat ditonjolkan
berdasarkan kaum masing-masing. Ia juga dapat mengatasi kelebihan dan kekurangan
budaya kuning yang menular dalam masyarakat jika tidak dibendung. Kita harus tahu
bahawa budaya kuning ada;ah budaya yang mudah sekali masuk ke dalam
masyarakat. Pengaruhnya kuat. Jika kita tidak menggerakkan budaya kebangsaan,
sudah tentu budaya kita akan rapuh dan tidak dapat berdiri lagi kerana tiada lagi
pengikutnya.

KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

13

Rasional kebudayaan kebangsaan adalah untuk mempertimbangkan faktor
perkembangan sejarah. Hal ini dapat dilihat berdasarkan perkembangan sejarah
menunjukkan bahawa rentetan kehidupan sesuatu budaya yang wujud dalam
masayarakat.Tanpa sejarah tidak mungkin budaya itu wujud secara arbitrari. Selain itu,
ia juga melihat kedudukan geografi yang strategik hingga menjadi pusat pertemuan
dunia. Hal ini berdasarkan kebudayaan yang bertembung adalah disebabkan migrasi,
perkahwinan campur dan juga perdagangan.Ia mudah tersebar dan terus diamalkan.
Kebudayaan di Malaysia pelbagai kerana mempunyai penduduk yang berbilang
kaum dan mengamalkan cara hidup yang pelbagai. Dari pemakanan, cara hidup,
pakaian, kesenian, nilai, moral dan juga kepercayaan bergantung kepada sesuatu
kaum. Sesuatu kaum itu, mempunyai identiti tersendiri. Kita perlu memahami
kebudayaan lain dan perlu menghormati budaya mereka.
Berdasarkan kebudayaan kebangsaan juga dapat mewujudkan satu bangsa
yang bersatu padu, meningkatkan identiti negara dan meningkatkan kehidupan
manusia sejagat. Hal ini jelas tergambar berdasarkan kewujudan Satu Malaysia yang
diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkenaan perbezaan budaya tidak
mematahkan semangat untuk hidup bersama.Selaras dengan itu, kewujudan
kebudayaan kebangsaan ini mampu pemperkasa perpaduan bangsa dan negara.
Berteraskan kebudayaan kebangsaan juga dapat memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan dalam diri masayarakat. Tidak lagi dikatakan kaum Cina dan
kaum Melayu berlainan. Hal ini kerana kita adalah satu negara yang saling
menghormati dan memahami kebudayaan negara lain. Tidak lagi mahu peristiwa 13
Mei berulang lagi dan perlu ada kesefahaman dalam menjalinkan perpaduan kaum di
Malaysia.




KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

14

3.2 Unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan








Rajah 1.4 Kebudayaan Kebangsaan

Berdasarkan rajah 1.4 dapatlah dikatakan bahawa terdapat tiga unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan. Unsur-unsur tersebut ialah berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal rantau ini, unsur-unsur budaya lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
Unsur yang pertama ialah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau
ini. Berdasarkan ciri ini, dapat dijelaskan bahawa kebudayaan itu bergantung kepada
budaya asal penduduk atau masyarakat komuniti tersebut. Contohnya di Malaysia
terdapat beberapa budaya dalam sebuah negara. Hal ini bermaksud rakyat majmuk
wujud dalam satu negara dan percampuran budaya wujud. Oleh itu, wujud budaya
kebangsaan dalam Malaysia yang menyatupadukan bangsa dan budaya. Namun, ia
masih jelas membuktikan bahawa kebudayaan rakyat asal rantau ini adalah teras
kepada kebudayaan kebangsaan.
Unsur budaya
lain yang sesuai
boleh diterima
Islam
menjadi
unsur
penting
Berteraskan
kepada
kebudayaan
rakyat asal
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

15

Manakala unsur kedua ialah unsur-unsur budaya lain yang sesuai dan wajar
boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Hal ini bermaksud
unsur-unsur daripada budaya lain diserap masuk ke dalam budaya kebangsaan yang
dilihat wajar dan mempunyai kepentingannya. Contohnya pada masa dahulu sebelum
kemerdekaan pakaian blazer masih tidak diguna pakai dan sehinggalah suatu ketika
apabila penjajah datang ke Tanah Melayu pakaian ini mula diguna secara perlahan-
lahan sehingga kini menjadi pakaian yang perlu dipakai ketika majlis-majlis formal.Ia
dilihat wajar dan boleh diterima. Namun tidak bermakna pakaian kebudayaan
kebangsaan dilupakan. Oleh itu, pengekalan budaya masih tetap dilakukan dan
penyerapan budaya asing juga dilaksanakan agar ia sentiasa bergerak dinamik seiring
zaman.
Unsur yang ketiga ialah agama Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Hal ini bermaksud agama Islam itu sebagai
teras dalam kebudayaan kebangsaan.Agama Islam ialah agama yang menekankan
nilai yang tinggi selain menjadi satu panduan dalam perjalanan hidup. Selain itu, Ia juga
menggambarkan nilai yang baik dalam kebudayaan.
Jika budaya kuning mempengaruhi kebudayaan Melayu, sudah tentu ia akan
merosakkan sahsiah dan juga mencemarkan keunggulan budaya. Seharusnya teras
agama itu amat signifikan dalam pembentukam sesuati budaya. Analoginya mudah,
ibarat lemang yang sudah masak.Nampak cantik di luar, enak pula di dalam. Jangan
luar dilihat indah, namun di dalam mentah dan tidak boleh dimakan. Hal ini amat
signifikan dan perlu dititikberatkan kerana kebudayaan ini memberi impak kepada masa
depan dan identiti generasi yang akan dibentuk.
Secara umumnya kebudayaan kebangsaan ini sebenarnya adalah penyatuan
budaya-budaya dan menjadi suatu budaya kebangsaan. Ia juga adalah satu wahana
yang membuat pemupukan dan mengetengahkan ciri-ciri nilai yang terbaik. Selain itu,
semangat nasional juga dapat diwujudkan dalam melambangkan identiti nasional dalam
masyarakat berbilang kaum. Keunikan Malaysia sememangya diakui dunia dengan
kemajmukan budaya, bangsa dan adat. Keunikan ini bukan penghalang untuk bersatu
dan membentuk kesatuan yang utuh malah ia adalah suatu kelebihan kerana gabungan
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

16

beberapa budaya dan bangsa dapat menyerikan kehidupan dan meningkatkan
kepelbagaian bermasyarakat. Sesuatu yang jelas ialah semua lapisan masyarakat
mempunyai matlamat yang satu membentuk satu Malaysia.

4.0 ANALISIS ASPEK-ASPEK KEMAJUAN AKAL BUDI BUDAYA MELAYU
YANG TERKANDUNG DALAM TARIAN TRADISIONAL MELAYU
Terdapat banyak tarian yang menarik, unik, menghiburkan malah menjadi misteri
dengan membawa maksud yang tersirat dan tersurat yang masih belum dikenali oleh
masyarakat masa kini terutama generasi muda.
Tarian berasal daripada kata akarnya iaitu tari. Tari adalah sejenis gerakan. Seni
tari adalah gerak indah yang mengandungi dua unsur penting: gerak dan irama. Gerak
merupakan gejala primer dan juga bentuk spontan daripada kehendak yang terdapat
dalam jiwa sementara irama adalah bunyi teratur yang mengiringi gerak tersebut. Gerak
tarian biasanya diinspirasikan daripada pengalaman hidup seharian. Oleh yang
demikian, gerak ini memiliki muatan emosi yang tinggi. Selain gerak dan bunyi,
sesebuah tarian kadang-kadang diiringi pula dengan nyanyian yang sesuai dengan
makna dan tujuan tarian itu. Tarian yang berkembang dalam kebudayaan Melayu
mengandungi aspek gerak, irama dan nyanyian ini biasanya dipersembahkan dalam
upacara adat, upacara ritual, menyambut tetamu penting atau sekadar mempereratkan
pergaulan dan meramaikan peristiwa penting seperti majlis perkahwinan.
Negara kita begitu kaya dengan tarian tradisional oleh kerana masyakat kita
yang berbilang kaum. Hal ini menjadikan negara kita begitu unik dan sangat menarik
untuk dikaji keunikannya. Terdapat pelbagai jenis tarian tradisional Melayu tinggalan
nenek moyang kita antaranya ialah tarian zapin, makyung, ulek mayang, dabus, kuda
kepang, joget dan sebagainya. Dalam bab ini, saya akan mengupas dan menghuraikan
tentang aspek-aspek kemajuan akal budi yang terkandung dalam tarian tradisional
Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu kita iaitu tarian zapin, tarian makyong,
tarian inang, tarian ulek mayang dan tarian dabus.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

17

Mari kita lihat satu persatu analisis aspek-aspek kemajuan akal budi dari segi
seni penciptaan, tujuan tarian, pemikiran dan kemajuan serta nilai dan pengajaran
sesuatu tarian tradisional Melayu.

4.1 Tarian Zapin








Gambar 1.1 : Tarian Zapin
Aspek Analisis

Seni Penciptaan Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian
ArabParsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu.
Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan alZafn.
Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan.
Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak
tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai
irama tarian.

Cara persembahan Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik
tradisional dan genre lagunya biasanya genre
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

18

Samrah.Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan
Gambus. Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam
menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk
membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu
berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan
untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan dua.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan
pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau
menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan
masing-masing.

Pemikiran dan
kemajuan
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah
berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian
yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing.
Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering
turun ke laut dan mereka menari diatas kapal dengan
mengikut arus ombak laut.
Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah
sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan
kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan
variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang tidak
disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti
dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.

Nilai dan pengajaran Nilai yang boleh dilihat dalam seni tarian zapin ini ialah
kemesraan yang terjalin antara penari-penari yang
mempersembahkan tarian zapin ini. Penari-penari boleh
berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan
bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan
lenggok tarian pasangan masing-masing. Kemesraan yang
tercipta menjadikan tarian zapin ini menjadi unik dan boleh
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

19

diterima oleh masyarakat umumnya.
Dalam bermain Zapin, pergerakannya penuh tertib
dengan kesopanan tingkah laku manusia secara semulajadi.
Contohnya seperti menunduk tanda hormat, ayunan penuh
kelembutan dan kehalusan gerakan langkah wanita dalam
tarian zapin semuanya mempamerkan elemen murni,"
katanya. Dengan mempelajari tarian Zapin sebenarnya dapat
membantu menerapkan nilai murni dalam sahsiah individu.



4.2 Tarian Makyong







Gambar 2 : Tarian Makyong
Aspek Analisis



Seni Penciptaan
Makyong merupakan tarian Melayu yang unik dan halus
sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian,
muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Terdapat dua
belas cerita pokok Makyong yang utama antaranya
termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak
Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

20

Besar Ho Gading. Tarian tradisional Melayu ini
dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak
Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak
Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong telah
disenaraikan oleh UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral
and Intangible Heritage of Humanity yang merupakan
pengiktirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya.
Makyong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama
tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari
Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan
tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu,
cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu,
Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau -
Indonesia.




Cara persembahan
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu
"Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik.
Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi
beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam
persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung
terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk
di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi
orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua
dan tetawak.
Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan
ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja,
dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di
mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk
melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

21

Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan
bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong,
Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung
Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau Wok dan seterusnya
sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan.
Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat
tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun
mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya
semakin berkurangan.




Tujuan tarian
Makyong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai
cara perubatan. Makyong dipercayai wujud sebelum
kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan
Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga
1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal
tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana
seperti pakaian yang berhias cantik.




Pemikiran dan
kemajuan
Nilai dan falsafah yang terkandung didalam seni dan
persembahan Mak Yong adalah berbeza dari zaman
pengaruh Hindu Buddha dan juga islam, sebelum menerima
pengaruh islam, persembahan Makyong dipersembahkan
untuk tujuan permujaan terhadap semangat padi, upacara ini
dianggap penting sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki
yang dikurniakan.
Oleh yang demikian, setiap gerak lenggok tari penari
Makyong pada ketika itu adalah bertujuan untuk
mengembirakan semangat berkenaan, setiap gerak tari,
lenggok badan, dipersembahkan dengan penuh keasyikkan
dan lemah gemalai, disusuli dengan penceritaan yang diambil
berdasarkan kepada Hikayat hindu Buddha iaitu dari epik
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

22




Ramayana. Namun begitu, setelah diresapi oleh pengaruh
islam, seni persembahan ini telah mengalami tranformasi
hampir kesuluruhan struktur persembahan, tranformasi
tersebut merangkumi segala aspek dalam seni persembahan
tersebut seperti tari dan persembahan(lakonan,penceritaan
dan seni tari), alatan muzik dan juga pakaian dalam
persembahan Makyong.


Nilai dan pengajaran


Setiap gerakan yang dilakukan dalam seni tari
mahupun lakonan juga mempunyai metafora yang tersendiri,
sebagai contoh gerakan tangan yang menampakkan lima jari
tersusun membawa makna kepada alif lam lam ha atau
dalam sebutan yang lebih mudah disebut sebagai
Allah,falsafah disebalik gerakan ini bertindak untuk
menyakinkan masyarakat bahawa seni persembahan ini
mengandungi unsur yang selaras dengan ajaran islam demi
mengelak dari lalai mengingati tuhan. Selain itu, kedudukan
penari dalam keadaan berpusing dalam bulatan pula
melambangkan ikatan raja dan rakyat dimana setiap
keputusan yang dibuat adalah secara bersama.
Seni persembahan Mak Yong merupakan satu cabang
kesenian Melayu yang tidak ternilai harganya, keindahan
yangtersembunyi didalam kesenian ini sewajarnya dihargai
oleh masyarakat melayu kini. Seni Mak Yong ini juga
seharusnya diangkat dan dipopularkan ke peringkat yang
lebih tinggi sebagai satu wadah yang melambangkan
hubungan antara kerajaan dan juga rakyat.

KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

23

3.3 Tarian Inang









Gambar 3.3 : Tarian Inang
Aspek Analisis

Seni Penciptaan Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang
suatu ketika dahulu dicipta semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu
sebagaimana ianya terkenal pada hari ini. Tajuk lagu Mak
Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya
oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian
Melayu. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada
ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para
dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis
keramaian.
Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan
mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk ditari di Istana Di-
Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang
Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap
muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

24

panjang semasa melakukan persembahan.

Tujuan tarian Kini tarian Mak Inang lebih dikenali sebagai Tarian Inang
(versi moden tarian Mak Inang) dan seringkali
dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan
perkahwinan. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana,
biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan
sapu tangan yang berwarna-warni. Lenggok Tari Inang yang
biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik, Tari
Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung
kepada peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut.

Cara persembahan Dalam persembahan tarian Inang, ia ditarikan secara
berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita
memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan
cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai
sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping.
Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian
tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki
mahupun penari wanita. Tempo pergerakan Tarian Inang
yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong.
Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4
berdasarkan irama masri.

Pemikiran dan
kemajuan
Persembahan tarian ini melibatkan gerak geri lembut dan
lemah gemalai menunjukkan adab sopan dan kesantunan
masyarakat Melayu.

Nilai dan pengajaran Nilai persembahan tarian ini terletak pada keayuan dan
kemantapan penari wanita dan penari lelaki dalam
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

25




3.4 Tarian Ulek Mayang







Gambar 4 : Tarian Ulek Mayang

Aspek Analisis


Seni Penciptaan

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari
negeri Terengganu. Ia merupakan sejenis tarian
penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan
iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola
dan akordian.

Cara persembahan Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan
menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan
menggayakan gerak tubuh mereka menggambarkan sikap
kesederhanaan. Pergerakan tubuh yang tidak terlalu
menonjol menggambarkan masyarakat melayu memang
mementingkan kesederhanaan.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

26

semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung
pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh
rakan-rakan yang lain.
Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan
membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan
tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya
yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur
dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Tujuan tarian Persembahan Ulek Mayang yang dimainkan untuk bersuka-
suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam
terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan
dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.
Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap
kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan
bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang
yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Pemikiran dan
kemajuan
Keseniannya tarian dan lirik lagu yang mengasyikkan
menjadikan tarian ini istimewa dan unik. Begitu indahnya
mesej yang terselindung, terselirat di sebalik setiap gerakan,
ayunan langkah yang terdapat dalam tarian tradisi ini. Selain
memberi hiburan, ia berpotensi menyemai nilai ketimuran
dalam setiap sahsiah anak muda hari ini.

Nilai dan pengajaran Selain itu, keayuan dan kemantapan penari wanita dan penari
lelaki dalam menggayakan gerak tubuh mereka
menggambarkan sikap kesederhanaan. Pergerakan tubuh
yang tidak terlalu menonjol menggambarkan masyarakat
Melayu memang mementingkan kesederhanaan.
Sememangnya kesederhaan itu sangat penting dalam
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

27

kehidupan kita supaya kita tidak tersasar dari matlamat utama
hidup iaitu untuk mencari bekalan untuk hari akhirat. Dalam
konteks yang lebih kecil, kesederahaaan dalam kita menjaga
perlakuan diri itu amat penting suapaya kita dihormati oleh
orang lain.


4.5 Tarian Dabus








Gambar 5 : Tarian Dabus

Aspek Analisis


Seni Penciptaan

Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu tradisional.
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur
keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak
300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang
mempertikaikan kemasukkan senitari Dabus ke bumi Perak.
Satu pendapat mengatakan Dabus dipercayai dibawa masuk
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

28

terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari
Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak
murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai.
Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan,
Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai
Baroh, Teluk Intan, Perak.
Selain itu, ada yang mengatakan tarian Dabus telah di
bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum
dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda
Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad
dari India, yang juga anak murid kepada tuan guru
Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Satu lagi pendapat
mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan
Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan
Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru
dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah
bersama-sama memperkembangkan kesenian Dabus ke
Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.


Cara persembahan Sesebuah kumpulan dabus yang asal terdiri daripada lebih
kurang 22 orang termasuk pemain alat muzik dan penari.
Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang ketua dipanggil
khalifah. Khalifah inilah orang yang bertanggungjawab
memelihara keselamatan para pemain daripada sebarang
gangguan yang boleh mencacatkan persembahan pada hari
itu. Sebelum persembahan dimulakan khalifah akan merasapi
dan merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh pentas, para
pemain, pemuzik dan anak dabus.
Para penari akan keluar dan menghormati penonton sebelum
memulakan
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

29

tarian. Biasanya penari akan keluar berpasangan untuk
menari. Sepasang di
sini, tidak semestinya terdiri daripada seorang lelaki, seorang
perempuan. Sepasang di sini bermaksud berdua, mungkin
kedua-dua penari lelaki atau perempuan. Gerak langkah
tarian ini ada tiga jenis yang dinamakan susun sireh, ayam
tajak, dan helang sewah. Susunan langkah adalah mengikut
pilihan ahli-ahli tari, tetapi biasanya dimulai dengan susun
sireh. Langkah tari dimulakan dengan gerak tertentu dengan
melangkah ke hadapan tiga kali, kemudian duduk dan
sembah, selepas iti barulah tarian seluruhnya
dipersembahkan. Setiap seorang penari akan memegang
sepasang buah dabus sambil menari. Gerak tari adalah
mengikut irama lagu dan nyanyian. Seorang penari akan
keluar menari dan setelah selesai peranannya dia akan
diganti oleh penari yang lain pula, begitulah bergilir-gilir
sehingga tarian tamat. Lazimnya, setiap lagu memakan masa
kira-kira sepuluh minit.

Pemikiran dan
kemajuan
Keistimewaan dan kelainan tarian dabus dengan tarian-tarian
tradisi yang lain ialah penggunaan senjata tajam. Apabila
tarian mula rancak, penari-penari mencucuk-cucukan anak
dabus yang dipegang ke lengan mereka. Perbuatan ini
kononnya dilakukan ketika si penari dalam keadaan tidak
sedarkan diri dan simbolik kepada persembahan dabus itu
sendiri yang lebih kepada persembahan kepahlawanan.
Selain daripada itu, ada pula yang melakukanperbuatan
melambungkan batu giling dan ditahan dengan
paha.Tindakan para penari ini pastinya akan mencederakan
mereka, tetapi apabila selesai persembahan, mereka yang
cedara akan dipulihkan oleh khalifah dalam kumpulan
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

30

tersebut.

Nilai dan pengajaran Dabus pada zahirnya bukanlah sebuah tarian bercorak
hiburan semata-mata. Tetapi peranan dan sumbangannya di
dalam mempertahankan kedaulatan dan mengangkat
martabat bangsa adalah cukup besar dan bermakna sekali
bagi negeri Perak khususnya.



4.0 CARA MEMARTABATKAN TARIAN TRADISIONAL DI PERSADA
ANTARABANGSA

Dalam kesibukan arus teknologi dunia, tarian-tarian tradisional tinggalan nenek moyang
kita yang dahulunya popular kini telah semakin pupus dek kemajuan teknologi pada
masa kini. Menyedari betapa pentingnya tarian mampu memperkenalkan Malaysia di
mata dunia maka pihak kerajaan perlulah mengambil inisiatif untuk memartabatkan
kembali tarian-tarian tradisional Melayu di persada antarabangsa umunya. Hal ini
kerana, jika kita tidak mengembalikan kembali tarian-tarian yang popular pada zaman
dahulu, generasi-generasi akan datang tidak mampu untuk mengetahui disebalik
kekayaan warisan Melayu terutamanya tarian-tarian tradisional.
Sebagai masyarakat Malaysia amnya dan khasnya masyarakat berbangsa
Melayu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan salah satu
kebudayaan kita iaitu tarian tradisional ini. Langkah pertama dan yang paling utama
sekali yang harus dititikberatkan oleh kita ialah kita seharusnya mendedahkan dan
memperkenalkan jenis-jenis dan keunikan tarian tradisional sejak alam persekolahan
lagi kepada anak-anak bangsa melalui mata pelajaran misalnya mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan penggabungjalinan mata pelajaran dalam
Bahasa Melayu. Mereka juga perlu dipupuk supaya menambahkan kecintaan mereka
kepada tinggalan warisan budaya ini. Bak kata pepatah, untuk memulakan sesuatu
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

31

biarlah dari akarnya. Hal ini sepatutnya dipandang serius demikian kerana anak-anak
bangsa kita adalah penyambung warisan kita dan mereka inilah yang akan dapat
memartabatkan tarian tradisional ke peringkat seterusnya. Mereka ini jugalah yang
harus dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan warisan budaya tarian tradisional
kita seperti tarian zapin, makyong, inang dan sebagainya supaya tidak pupus dan tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Selain daripada itu, kerajaan berperanan penting memperkenalkan tarian-tarian
tradisional kita di mata dunia dengan menggunakan pelbagai saluran seperti media
massa yang bercetak mahupun di internet. Pembinaan portal-portal kebudayaan
khasnya mengenai tarian tradisional seharusnya dimantapkan melalui media internet
menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai supaya boleh difahami oleh rakyat asing
di negara lain. Secara tidak langsung, hal ini dapat memperkenal keistimewaan dan
keunikan tarian tradisional kepada rakyat negara asing. Portal-portal ini perlu dimuatkan
dengan video-video dan penerangan secara audio tentang tarian tradisional dalam
pelbagai bahasa. Hal ini memudahkan rakyat negara lain memahami apa yang ingin
disampaikan oleh kerajaan dalam usaha memartabatkan dan memperkenalkan tarian
tradisional ke mata dunia. Melalui bahan bercetak pula, kerajaan boleh mengeluarkan
risalah-risalah yang berkaitan dengan tarian tradisional dan menyebarkannya kepada
umum.
Tambahan juga, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam
memainkan peranannya memartabatkan tarian tradisional ini perlu meningkatkan usaha
seperti mengadakan pertunjukkan tarian tradisional dalam pameran atau program yang
melibatkan pernyertaan daripada pihak luar negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan
iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan bantuan badan
bukan kerajaan (NGO) boleh menganjurkan Festival Kebudayaan Citrawarna Malaysia.
Melalui festival ini, orang ramai boleh terlibat sama dalam mengadakan pertunjukan
kebudayaan terutamanya dalam pertunjukan tarian tradisional. Pada waktu ini, media
massa turut memainkan peranan yang sangat penting dalam menghebahkan tentang
festival yang akan dijalankan. Secara tidak langsung hal ini dapat menarik pelancong
datang ke negara kita seterusnya meningkatkan bidang ekonomi negara kita.
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

32

Di samping itu, kita juga boleh mempromosikan tarian tradisional melalui industri
pelancongan negara kita. Hal ini boleh dijalankan sekiranya setiap tempat yang menarik
dan sering dikunjungi oleh pelancong disertai dengan pertunjukan tarian tradisional.
Sebagai contoh, tarian zapin yang popular di Johor dan Sarawak boleh ditunjukkan
kepada pelancong dari dalam dan luar negara pada waktu-waktu yang tertentu. Penari-
penari yang mengadakan pertunjukan tarian tersebut juga boleh mengajak pelancong
sama-sama mempelajari serba sedikit langkah tarian tradisional. Hal ini boleh
memperkenalkan keunikan langkah tarian kepada pelancong. Diharapkan pelancong
luar negara dapat mengenali tarian tradisional melalui pertunjukan kebudayaan ini dan
seterusnya dapat memartabatkan tarian tradisional di mata dunia.
Langkah yang terakhir yang boleh dilakukan ialah kita boleh menganjurkan
pertandingan tarian tradisional daripada peringkat rendah sehingga peringkat yang lebih
tinggi lagi iaitu peringkat antarabangsa. Pertandingan ini boleh disertai oleh setiap
lapisan masyarakat dan boleh dijalankan di negara-negara lain seperti United Kingdom,
Amerika Syarikat, China, India dan sebagainya. Pada peringkat ini, rakyat Malaysia
contohnya pelajar-pelajar dan pekerja yang berada di luar negara memainkan peranan
yang penting dalam menurunkan ilmu tarian tradisional kepada peserta luar negara
yang ingin menyertai pertandingan seumpama ini. hal ini dapat memartabatkan
keunikan tarian tradisional Melayu seterusnya dapat meningkatkan rasa kecintaan
rakyat Malaysia itu sendiri terhadap kebudayaan Melayu yang harus dipertahankan
sampai bila-bila.
Kesimpulannya, semua pihak mahupun kerajaan, badan bukan kerajaan dan
masyarakat itu sendiri perlu bersama-sama berganding bahu dan tenaga untuk
menggerakkan usaha memartabatkan tarian tradisional di mata dunia. Hal ini sangat
penting supaya kebudayaan Melayu ini terus hidup di hati dan mata setiap
pengamalnya.



KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3114) SEMESTER 7

33

5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan Melayu dan
kebudayaan Kebangsaan itu amat signifikan dalam mewudkan suatu bangsa yang
bersatu padu.Selain itu juga penting dalam mengekalkan identiti negara dan
meningkatkan kehidupan manusia sejagat. Selain itu juga, kebudayaan ini dilihat
sebagai satu landasan dalam memperkasa perpaduan bangsa dan negara. Secara
tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan secara harmoni.
Masa depan kebudayaan Melayu dilihat semakin mencabar dengan pengaruh
media dan juga pengaruh budaya-budaya liar yang baru. Anak muda pada masa kini
juga semakin jauh dan meninggalkan unsur-unsur budaya masayarakat Melayu.
Statistik menunjukkan bahawa jenayah semakin meningkat tidak kira dari segi apa
sekalipun. Lebih memilukan kini, anak sanggup membunuh ibu bapanya sendiri demi
kehendak mereka. Jika nilai budaya kita dapat dihayati oleh segenap lapisan
masyarakat tidak mustahil perkara ini tidak akan terjadi.
Identiti anak Melayu jati juga tidak akan tergugat jika, anak muda kini masih lagi
menjaga adab dan kelakuan mereka. Pemakaian sahaja sudah cukup menggambarkan
identiti seseorang.Tidak lagi terlihat kemelayuan dalam diri mereka apabila terjebak
dengan budaya yang merosakkan ataupu seperti kacang lupakan kulit. Hal ini amat
menyedihkan dan memberikan impak yang besar kepada kedudukan budaya Melayu
sepuluh tahun akan datang.
Natijahnya, hanya kita sahajalah yang menjadi generasi penggerak
mempertahankan kebudayaan Melayu dengan cara apa sekalipun. Itu adalah lambang
dan identiti kita. Jika kita masih terus membiarkan ia dimamah usia. Mungkin suatu
hari nanti Melayu sudah bertukar wajah. Ianya tidak mustahil jika dilihat berdasarkan
pekembangan yang dilihat pada masa kini.
Kesimlpulannya, kita adalah penggerak dan juga agen dalam mempertahankan
budaya Melayu. Bak kata Hang Tuah, Takkan Melayu hilang di dunia.

You might also like