You are on page 1of 8

TUGASAN 1

Menjelaskan secara ringkas konsep, dasar dan matlamat pendidikan inklusif serta
menghuraikan secara kritis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan
program pendidikan inklusif di sekolah.

1.0 PENGENALAN

Menurut Stella Van Petten Henderson (2003), pendidikan adalah kombinasi


pertumbuhan, perkembangan diri dan warisan sosial. Murid-murid berkeperluan khas (MBK)
juga mempunyai minat, hasrat, dan cita-cita seperti individu yang normal. Menurut Lokman
(2009), mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain
supaya mereka juga dapat belajar untuk mencapai hasrat mereka.

Menurut Culatta dan Tompkins (1999), Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak
individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan
murid-murid kurang upaya. Apabila merujuk kepada perkataan pendidikan khas, ia juga
sinomin dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi murid-murid yang
berkeperluan khas. Menurut Sabilah (2006), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada
tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang sempurna.

2.0 KONSEP

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini adalah selaras dengan pernyataan
dalam peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti berikut :

“ Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

RAJAH 1

PPI juga merangkumi bidang akademik dan bukan akademik dengan beberapa
penyediaan yang tertentu. PPI diberikan penekanan bagi membolehkan murid berkeperluan
khas mengikut bidang akademik dan bukan akademik bersama murid arus perdana. Ia boleh
dilaksanakan dalam dua jenis, iaitu inklusif penuh dan separa. Inklusif penuh ialah MBK
belajar secara sepenuh masa bersama arus perdana bagi semua mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan. Manakala inklusif separa ialah murid berkeperluan khas
belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik / koakademik/
aktiviti kokurikulum tertentu sahaja dengan mengikut keupayaan mereka.

RAJAH 2

3.0 DASAR PPI

PPI telah diwujudkan dengan beberapa dasar. Menurut pandangan UNESCO,


semua kanak-kanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya belajar
bersama di dalam kelas yang sama. Program pendidikan inklusif juga merupakan kaedah
terbaik dalam menentang sikap diskriminasi. Menurut Salamanca, prinsip pendidikan untuk
semua (EFA) yang menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak
mendapat pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam pendidikan
inklusif. Dasar PPI telah dibahagikan kepada dua iaitu dasar antarabangsa dan dasar
kebangsaan.

Dasar kebangsaan Dasar Antarabangsa

Akta Orang Kurang Upaya Salamanca statement and


2008 Framework for Action on
special needs Education
(UNESCO 1994)
Peraturan-peraturan
pendidikan (pendidikan khas)
2013 Dakar World Education Forum
(2000)
Pelan pembangunan
pendidikan Malaysia 2013- Convention on the Rights of
2025 Persons with Disabilities
(UN,2006)
Dasar pendidikan Wajib 2002

Rajah 3
Manakala, dasar yang menyokong pelaksanan PPI di Malaysia adalah dari Akta Orang
Kurang Upaya (2008), peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 2013) dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

4.0 MATLAMAT PPI

Menurut KPM, matlamat PPi adalah meningkatkan penyertaan dan memberi peluang
kepada murid berkeperluan khas mengikut program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat
supaya tidak menafikan potensi murid bekeperluan khas dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan, jika diberi peluang yang sama.

meningkatkan
penyertaan

matlamat
program
pendidikan
inklusif
memberi memberi
kesedaran peluang
kepada kepada murid
masyarakat berkeperluan
supaya tidak khas mengikut
menafikan program
potensi murid akademik dan
bekeperluan bukan
khas akademik

Rajah 4
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PELAKSANAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanan program pendidikan inklusif


di sekolah ialah :

pentadbir

ahli Faktor bahan


jawantankuas teknologi
a -faktor

sokongan
ibu bapa

Rajah 4

Faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanan PPI di sekolah adalah pentadbir


dan guru. Mereka ini merupakan pelaksana kepada dasar kerajaan. Tanpa bantuan mereka,
maka dasar yang ditetapkan hanya menjadi perancangan semata-mata. Pentadbir perlu
mewujudkan suasana pendidikan inklusif di sekolah dengan cara memahami dan
mempraktikkan nilai menghormati perbezaan melalui rutin. (Lee dan Sailajah 2018).
Pentadbir perlu memberi sokongan seperti struktur pengkongsian maklumat, peruntukkan
sumber dan staf. Guru kelas aliran perdana dan guru pendidikan khas mestilah bersama-
sama mengambil peranan dalam mewujudkan kerjasama. Hal ini seterusnya agar mereka
dapat memberikan komitmen apabila tanggungjawab dipikul bersama. Mereka perlu
dikurangkan beban tugas dalam aliran perdana agar lebih fokus dan dapat mewujudkan
inisiatif menambah pengetahuan menjayakan program ini. Kesediaan guru-guru
menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi kehendak MBK sangat
penting. Oleh itu, guru dalam latihan dan dalam perkhidmatan perlu diberi latihan dan
pemahaman yang mendalam. Walaupun seorang guru bersikap positif dan menerima
kehadiran MBK, namun jika tiada kemahiran dan latihan, keperluan akademik, sosial dan
emosi MBK tidak dapat dipenuhi. (UNICEFF, 2014). Guru yang tidak mempunyai
pengetahuan dan pengalaman asas akan menggunakan teknik dan kaedah pdp yang sama
untuk semua murid tanpa mengambil kira keupayaan dan potensi murid PPI. Kesannya,
murid tidak dapat menyiapkan tugasan dan ketinggalan.

Fator yang kedua ialah bahan tekonologi. Golongan orang kurang upaya dapat
dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, masalah penglihatan
dan masalah pembelajaran. Dalam kategori masalah pembelajaran, terdapat pelbagai jenis
iaitu sindrom down, autism, terencat akal, cerebral palsi, hiperaktif, masalah fizikal dan
sebagainya. Ada diantara mereka memerlukan bantuan untuk bergerak untuk
melangsungkan kegiatan harian mereka. Menurut American National Standards Institute
(INSI), orang cacat adalah yang mempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan
sebahagian persekitaran yang spesifik. Oleh itu, bahan atau alat bertekonologi juga tidak
ketinggalan dalam bantuan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua
lapisan latar belakang murid termasuklah kepada MBK. Sebagai contoh alat yang diberi
nama Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak
membantu MBK terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Alat
komunikasi augmentative berteknologi rendah meliputi gambar, garisan, bahasa isyarat,
Pictures Exchange Communication System dan alat bersuara mudah ( Kaiser dan Grim
2006). Guru juga boleh menggunakan bahsa simbolik ketika mengajar bahasa. AAC adalah
berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu MBK untuk berkomunikasi.
Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan mereka hanya perlu menggunakan AAC
dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin, dengan demikian orang lain akan faham
akan apa yang mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya apabila guru ingin menyatakan
sesuatu kepada mereka, guru hanya perlu taip perkataan di skrin atau klik kepada gambar
supaya mereka faham akan apa yang ingin dituturkan oleh guru. Dari situ, kita dapat lihat
bahawa komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan bantuan AAC walaupun MBK
tersebut mengalami masalah bahasa dan komunikasi.

Faktor lain ialah sokongan ibu bapa. Sokongan ini melibatkan ibu bapa bagi murid
normal dan ibu bapa bagi murid MBK itu sendiri. Ibu bapa MBK perlu yakin dengan
kemahiran guru kelas biasa mengendalikan keperluan khas anak mereka dan ibu bapa
murid normal perlu yakin dengan kemahiran ini, guru tetap dapat menumpukan perhatian
kepada anak mereka. (Muhammad Nadhir dan Alfa, 2016). Ibu bapa MBK perlu yakin anak
mereka tidak akan dibuli dan ibu bapa normal yakin anak mereka tidak diganggu oleh MBK
bagi memastikan tiada diskriminasi kepada mana-mana pihak. Pandangan negative ini
muncul kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai pengetahuan sama ada berpendapat
individu ini kurang bermanfaat dan pendidikan hanyalah diperlukan untuk memenuhi
kebajikan dan bukannya hak pendidikan. Justeru, pandangan dan pemahaman negatif
seperti ini menyukarkan kejayaan PPI.

Faktor yang terakhir ialah ahli jawantankuasaa. Pihak sekolah harus memain
peranan dalam faktor. Pihak sekolah harus menubuhkan jawantankuasa pendidikan inklusif
di sekolah. Hal ini kerana, sesuatu program akan mencapai kejayaan apabila jawantankuasa
ditubuhkan. Ahli jawantankuasa akan melakukan tugas masing-masing dengan penuh
tanggungjawab untuk menjayakan PPI. Ahli jawantankuasa perlu melaksanakan PPI
mengikut garis panduan yang disediakan. Guru besar sekolah perlu mengetuai
jawantankuasa tersebut dan memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI.
Ahli-ahli perlu terlibat dalam organisasi ialah guru besar, guru penolong kanan, guru hal
ehwal murid, guru penolong kanan pendidikan khas, guru pendidikan khas, guru arus
perdana, guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin dan guru pemulihan khas. Bagi
menjayakan PPI, guru-guru tersebut perlu memberi kerjasama yang baik.

Gambar 1 Gambar 2

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, keempat-empat faktor iaitu pentadbir, bahan teknologi, sokongan


ibu bapa dan ahli jawantankuasa adalah faktor utama dalam merealisasikan pendidikan
inklusif. Ketiga-tiga faktor ini saling berkait dan jika salah satunya tidak dapat di atasi, maka
matlamat PPI tidak tercapai. Apabila berjaya program ini, barulah pendiskriminasian
pendidikan kepada golongan MBK dapat di atasi.
RUJUKAN

Lee Keok Cheong, Sailajah (2018), Pendidikan Inklusif.


Kuala Lumpur.Oxfard Sdn. Bhd.

Deanna J.Sands, Nancy K.French (2000).Inclusive education for the 21st Centery.
Wadsworth.com

Anne M.Bauer (2004). The inclusive classroom strategies for effective Instruction.
Pearson.Sdn.Bhd

Ann T. Halvorsen, Thomas Neary (2009), Building Inclusive Schools.


Pearson.Sdn.Bhd
Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian
Pendidikan, Malaysia

Norliah, M., Amina, Mohd, H., & Mohd Y. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 .
Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Buletin Panduan Khas. Diakses pada Feb 2019,
from https://www.moe.gov.my/images/Bahagian-pendidikan-khas/Program-Pendidikan-
Inklusif/circularfile_file_001162.pdf

Mohd Nizam, Pelaksanan Program Pendidikan Inklusif. Diakses pada Feb 2019, from,
https://www.slideshare.net/MohdNizam3/pelaksanaan-program-pendidikan-inklusif

Hananie Halim. Bahan bantu mengajar. Diakses pada Feb 2019, from
https://www.slideshare.net/HananieHalim/bahan-bantu-mengajar-15024683
UNICEF, 2014, The Right of Children with Disabilities to Education: A Rights-Based
Approach to Inclusive Education. Retrived from
https://www.unicef.org/malaysia/InclusiveEducationMalaysia_-_v4_27_May_2014.pdf

You might also like