You are on page 1of 4

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu praktikum : 12
Tarikh : 21.10.2018
Tajuk Jurnal : Objektif / Hasil pembelajaran

Isu yang difokuskan

Pada minggu ini, saya telah mula mengajar dengan lebih terperinci dan teliti. Saya juga
telah diselia oleh pensyarah pembimbing major (Pemulihan), Pn.Periakka bagi kali pertama
pada minggu ini. Pensyarah pembimbing telah memberi komen-komen yang konstruktif agar
saya dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Walaupun
saya dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan Pelaksanan Rancangan
Pengajaran dengan baik tetapi masih ada lagi penambahbaikan dari segi penulisan objektif /
hasil pembelajarannya. Pada minggu kedua saya telah memberi fokus terhadap tingkahlaku
murid dan minggu ini saya telah berasa bahawa objektif atau hasil pelajaran tidak begitu
jelas kerana saya hanya memberi keutamaan terhadap keselesaan bilik darjah dan
pemberian peneguhan. Apabila diselia oleh beliu,beliau mengkatakan bahawa hasil
pelajaran perlu berubah lagu supaya dapat menjayakan objektif pengajaran. Saya harus
memperbaiki penulisan objektifnya supaya lebih eksplisit lagi bagi memastikan murid-murid
dapat mencapai objektif / hasil pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis ini yang difokuskan ( punca dan kesan isu ) :

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan


pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar, di samping mengurangkan masalah-masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taksonomi bloom,objektif
pendiddikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang
diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada
sesuatu kursus atau program pendidikan. Olah hal demikian, guru – guru perlu merancang
pengajaran harian sebelum masuk kelas supaya dapat melaksanakan PdPc dengan betul
dan berkesan.Apabila seseorang guru tidak dapat menjalankan rancangan pengajaran
dengan baik ia akan menjejaskan pencapaian murid dalam setiap akademik. Saya rasa
bahawa saya perlu merancang rangcangan pengajaran harian sebelum masuk kelas supaya
dapat melaksanakan dengan rancangan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kajian lampau ( Literature Review ) terhadap isu ( pengalaman atau kajian lepas )

Menurut Taksonomi Bloom (1956), TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1:


Cognitive Domain), menyatakan bahawa objektif pengajaran merupakan pernyataan yang
menerangakan apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit
pelajaran.Secara tegasnya,kajian beliu menyatakan bahawa objektif pengajaran adalah
suatu pernyataan yang menjelaskan hasil /produk pembelajaran yang diharapkan dapat
dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran.  Hasil/produk pembelajaran ini
perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajarn
berlaku pada pelajar-pelajar. Saya mengambil kajian ini sebagai satu contoh bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik.

Cadangan dan idea penyelesaian masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya bercadang untuk mengikut kajian – kajian Taksonomi Bloom supaya dapat
melihat suatu perubahan yang agak besar. Menurut beberapa kajian objektif/ hasil
pengajaran perlu ada 3 komponen utama seperti berikut :

~ Perlakuan
Menyatakan, apakah yang murid akan buat atau lakukan apabila mereka
menunjukkan perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang
diterima sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh
perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkah laku ialah seperti memilih,
merekabentuk, mengenalpasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain

~ Syarat
Keadaan di mana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,
bekalan, atau bahan yang diberikan kepada murid untuk melakukan sesuatu perlakuan.
Sebagai contoh “dengan membaca petikan yang diberi”.

~ Kriteria
Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam
melakukan
perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai
perlakuan murid. Contoh, “dapat memotong kayu dalam masa 10 minit”, “dengan 90%
jawapan betul” ,”dengan tepat”
Tempoh masa penyelesaian

Saya mengambil masa sebanyak seminggu bagi menyelesaikan masalah ini dan
berteruskan supaya dapat menggekalkan hasil pembelajaran yang eksplisit. Saya telah
menggubahan hasil pelajaran seperti mana dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing
saya. Saya dapat melihat perbezaan dari segi penilai murid – murid. Ia keran melalui
penilaaian saya dapat melihat tentang adakah hasil pembelajaran telah berjaya atau tidak.

Tindakan susulan

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

Tarikh tindakan susulan dilaksanakan

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

Keberkesanan langkah yang dicadangkan :

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

Kesimpulan / refleksi ( kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada )

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

Rujukan

http://hanifformula88.blogspot.my/2010/03/definisi-objektif-pengajaran-objektif.html

http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/kepentingan-rancangan-pengajaran-
harian.html

https://www.slideshare.net/shyh193/objektif-pengajaran-7321583

You might also like