You are on page 1of 8

CONTOH : JURNAL REFLEKTIF 1

Murid Bising Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Masalah
Pada minggu pertama saya telah mengajar di kelas 3 Cerdik bagi subjek Bahasa
Arab. Saya mengenal pasti masalah murid yang paling serius ialah berbuat bising di dalam
kelas. Masalah ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) saya
terganggu dan terpaksa menghentikan proses p&p semata-mata kerana ada beberapa murid
membuat bising dan tidak memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan guru.
Murid juga kelihatan mempunyai sikap yang agak aktif dan suka bercakap. Menurut Ragbir
Kaur Joginder Singh (2010), menyatakan beberapa tingkahlaku disruptif ialah suka membuat
bising dan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya
terpanggil untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak memberikan kesan negative
terhadap keberkesanan p&p saya.

Analisis Masalah
Mengikut Garner dan Hill (1995), kesan-kesan tingkahlaku disruptif adalah seperti
menjejas konsentrasi murid-murid dan pembelajaran mereka dan menghalang penglibatan
murid-murid dalam aktiviti pendidikan.
Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat
masalah yang saya hadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di
dalam pemikiran saya ialah:
- Adakah murid tidak berminat terhadap mata pelajaran yang saya ajar?
- Mangapa murid ini bersikap sedemikian?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini?
- Bagaimana penglibatan murid ini di dalam matapelajaran lain?

Daripada tinjauan awal yang saya lakukan melalui temubual dengan guru-guru dan
rakan sekelas yang lain, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor
penyebab kepada permasalaan ini, iaitu:
- Murid ini dari kumpulan yang lemah
- Tiada sebarang kecacatan diri
- Sentiasa memerlukan tunjuk ajar
- Tidak yakin dengan diri
- Pendapat mereka bahawa Bahasa Arab mata pelajaran yang susah untuk belajar
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, murid-murid ini menghadapi masalah
disebabkan faktor persekitaran iaitu lebih merujuk kepada suasana di dalam kelas. Selain
itu, faktor susun atur bilik darjah juga menyebabkan murid-murid ini tidak memberi tumpuan
semasa proses p&p. Hal ini kerana kebanyakan murid-murid yang suka membuat bising
adalah daripada kalangan murid yang berada dalam barisan belakang.

Cadangan
Bagi mengubah masalah dan sikap murid-murid supaya tidak membuat bising, saya
telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah murid
suka membuat bising di dalam kelas. Antara cadangan saya ialah:
- Mengubah susun atur meja sesuai dengan bilangan murid di dalam kelas
- Meletakkan murid yang suka membuat bising di barisan hadapan
- Saya perlu sentiasa memerhati keadaan murid ini
- Memaklumkan kepada murid tentang peraturan semasa proses p&p
- Melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka

Tempoh Penyelesaian
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari
persekolahan, iaitu dari 27 Januari hingga 31 Januari 2014

Tindakan Susulan
Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta
tunjuk ajar. Selain itu, saya juga perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah yang
baik dan cara memotivasi murid-murid sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil daripada pembacaan dan kajian yang dibuat, bagi menangani murid-
murid sebegini saya telah mengambil tegas yang mana guru perlu menetapkan peraturan
dan undang-undang di dalam bilik darjah supaya murid-murid berada dalam keadaan
berdisiplin dan teratur semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu berperanan
untuk mengawal tingkahlaku murid semasa berada dalam kelas kerana faktor ini sangat
penting dan kritikal. Menurut Maskowitz dan Hayman (1976) sekali guru kehilangan kawalan
ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula.

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menetapkan


peraturan dan undang-undangsemasa di dalam bilik darjah dan semasa sesi p&p. Murid
akan diberi motivasi serta memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan kondusif. Susun
atur meja murid dalam keadaan teratur dan memastikan semua murid memberi tumpuan
ketika guru mengajar. Peranan ketua darjah dan pengawas di dalam kelas juga penting.
Mereka juga perlu memberi sokongan dan melarang murid-murid supaya tidak membuat
bising ketika guru mengajar.

Kesimpulan
Pendekatan yang saya ambil telah menampakkan hasilnya apabila tingkah laku
bising telah dapat dikurangkan.Saya juga telah dapat menjalankan proses p&p dengan lebih
berkesan dan menyeronokkan. Sekiranya seseorang murid ingin berjaya, dia hendaklah
berasakan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mempunyai harga diri
yang tinggi. Di samping itu, murid-murid juga perlu sentiasa bermotivasi dan memastikan diri
mereka sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telahditetapkan oleh guru.
Guru juga perlu memastikan keadaan murid dan bilikdarjah yang kondusif sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid untuk
belajar dan pengurusan bilik darjah dalam keadaan teratur.

Rujukan
Ragbir Kaur Joginder Singh (2010).PanduanIlmuPendidikanKomprehensifuntuk KPLI
(SekolahRendah).Kuala Lumpur:KumpulanBudimanSdn.Bhd

Moskowitz, G., & Hayman, J. L. (1976). Success strategies of inner - city teachers: A year
-long study. Journal of Educational Research, 69, 283-289
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SG. PETANI, KEDAH.

REFLEKSI

Refleksi dalam erti kata lain boleh disebut juga sebagai renungan atau muhasabah.

Refleksi merujuk kepada proses atau aktiviti mengingat kembali pengalaman lalu,
mempertimbang dan menilaikannya untuk tujuan yang lebih luas termasuk untuk merancang
dan melaksanakan langkah-langkah susulan bagi memperoleh pengertian baru berkaitan
dengan pengalaman itu.

Renungan kembali mengenai keputusan atau tindakan dalam situasi sebenar akan
menghasilkan perubahan sikap, amalan, kesedaran dan tingkah laku yang diubah suai
sendiri kesan daripada refleksi yang dilakukan.

Kesimpulannya tujuan refleksi ialah bagi mendapat pemahaman baru, pembaikan


tindakan dan pengukuhan amalan.

Refleksi adalah proses meneutralkan kembali segala


perasaaan negatif yang menyelubungi pengalaman yang
dilalui supaya satu perspektif baru dapat dihasilkan
daripada pengalaman tersebut sekali gus berjaya mengubah
tingkahlaku dan tindakanseseorang.

Boud, 1985.

Satu pemikiran secara mendalam untuk seseorang itu


memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui
untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa
dilakukan sedemikian

Woolfolk, 1995

Objektif Refleksi:

 Mengenalpasti kekuatan/kelemahan dalam P&P


 Merancang serta mengambil tindakan susulan untuk membaiki kelemahan
 Meningkatkan kemahiran keguruan
 Penilaian Kendiri sebagai budaya kerja
Kepentingan Refleksi:

 Membuat penilaian kendiri


 Berfikir secara analitik, kritis & kreatif
 Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah
 Mencari alternatif dalam membuat keputusan
 Mencari jalan penyelesaian
 Mengubah tingkah laku
 Meningkatkan keupayaan GP mentafsir maklumat-maklumat daripada data dengan
lebih cekap lagi

Pra Syarat Membuat Refleksi:

 Keterbukaan

 melihat masalah dari semua aspek


 mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat
keputusan pengajaran

 Bertangggungjawab

 bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan

 Kerelaan

 komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran


 rajin mengajar semua murid
 dapat memenuhi keperluan profesion
Tahap Penulisan Refleksi:

Sebab, akibat, berhujah dengan


Tahap yang paling KRITIKAL diri sendiri, mengaitkan
ideal. Perlu peristiwa yang berlaku dengan
dipraktikkan oleh pegangan, prinsip dan falsafah
guru pelatih serta melaksanakan tindakan
yang sewajarnya
Tahap Ketiga:
DIALOG
Sebab, akibat berhujah dengan diri
justifikasi dantindakan

Tahap Kedua:
PENULISAN REFLEKSI DESKRIKTIF
Sebab, akibat, justifikasi

Tahap Pertama:

PENULISAN DESKRIPTIF
Melaporkan sesuatu kejadian atau peristiwa
yang berlaku di dalam kelas

Tahap Penulisan Refleksi Hatton & Smith (1995)

CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR


(Dicatat selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH)

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Pertama – Deskriptif

• Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
• Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa
dibatalkan.
• Pelajar mengantuk di dalam kelas.
• Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaran akan datang.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Kedua – Refleksi Deskriptif

• Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam
Bahasa Melayu.
• Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut
dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Ketiga – Dialog

Contoh 1:

Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapati
kelemahan saya adalah tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang
menarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar serta merangsang daya inkuiri
pelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat membantu
melancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikan
tersebut secara positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlu
bersikap terbuka dan menerima kritikan yang membina. Tapi saya tak kreatif.
Tapitakpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari internet
mencari bahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang
efektif.

Contoh 2:

Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya
danprinsip leraian daya pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk
pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk
menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai
tajuk yang di ajar.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Tertinggi - Kritikal

Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka
ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi
pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.

Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana


saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan
yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi
insan yang berjaya.

Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar
mempelajari fizik. Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati pendekatan saya
ini menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah
mulamenggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...

Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang
disarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan
pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya...Saya perlu perbanyakan


aktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya
mencungkil idea awal pelajar...
Contoh-Contoh Lain:

1. Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapat


diuruskan dengan baik. Murid menyiapkan latihan dalam waktu Apa?
ditetapkan. Terdapat 6-8 orang murid di barisan belakang gagal
menyiapkan latihan seperti diarahkan. Mereka cuma menjawab
soalan 1 dan 6 secara ringkas, sedangkan arahan saya ialah
menjawab dengan lengkap soalan 2 hingga 6. Mereka Mengapa?
2. memberitahu
Pengajaran mereka
hari ini bermula dengan tidak
tidak fahamdan baik dan
jelaslancar. Murid
berhubung
semuanya terlibat dengan seronok. Melihat keseronokan
arahan saya. Apabila saya tanya kepada murid lain, terdapat murid, Apa?
beberapa
beberapa aktiviti
orang tambahan
lagi telaharahan
memberitahu saya jalankan untuk melibatkan
saya memang kurang
semua
jelas. murid supaya berlaku adil. Kemudiannya saya dapati
waktu pengajaran sudah tamat tanpa sempat membuat penutup. Mengapa?
Saya fikir pengajaran saya hari ini gagal. hari ini telah Tindakan Susulan
Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran
menyebabkan objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya.
Kesilapan ini
Kelemahan saya ialah
mesti lari atasi
saya daripada perancangan
dalam pengajaran asal
akanp&p saya.
datang.
Saya sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak
menambah aktiviti spontan. Untuk pengajaran akan datang, saya
Tindakan Susulan
mesti menentukan aspek pengurusan masa tidak terabai.

You might also like