You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PKUKP 2063 - TUGASAN 2


PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DAN KESIHATAN MURID
BERKEPERLUAN KHAS

NAMA : MASTURA BINTI NORDIN

NO.KP : 870705-02-6382

PROGRAM : PITO PENDIDIKAN KHAS-MASALAH PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH : TN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON

TARIKH HANTAR : 20 SEPTEMBER 2020

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SOALAN 1:

Pada pendapat anda, bagaimanakah pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian boleh


membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Bincangkan.

Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suatu garis


panduan yang sangat penting dalam menentukan bentuk dan perkembangan sistem
pendidikan di negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertindak sebagai dasar, hala
tuju dan panduan kepada segala idea dan usaha yang dijalankan bagi meningkatkan mutu
dan prestasi pendidikan negara kita. Pendidikan Khas pula, boleh dimaksudkan sebagai
kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan
rumah, hospital dan institusi.

Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang
telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid
yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh
melahirkan pelajar yang seimbang; "Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang hampir


sama iaitu; "Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran,
berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari
potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat".

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dinyatakan melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan hubungannya dengan Pendidikan Jasmani Suaian antaranya
adalah:

 Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995)
yang menyeluruh (kognitif, afektif, psikomotor).
 Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian boleh membantu mengurangkan kelemahan
dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989).
 Program terapibfisio dapat mengurangkan masalah yang dihadapi dengan lebih
berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998).
 Pengajaran Pendidikan Jasmani Suaian yang dirancang dengan baik dan
bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang
dilaksanakan di sekolah.

Selain itu, pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1996).

Dapatlah saya nyatakan bahawa daripada konsep itu, pendidikan merupakan satu
usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Manusia
mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang menyebabkan perubahan berlaku
dalam hidup seseorang individu. Oleh sebab itu, latihan kemahiran mahupun pendidikan
diperlukan untuk menerima segala perubahan yang berlaku. Persekitaran juga berubah dari
semasa ke semasa dan akan menyebabkan perubahan dari segi ketrampilan. Melalui
konsep pendidikan sepanjang hayat, perkembangan dalam kehidupan dapat berjalan
dengan baik dan lancar.

Seterusnya, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ialah melahirkan insan


yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Dalam erti kata lain, saya turut berpendapat bahawa matlamat utama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang memiliki dan menghayati ciri percaya dan patuh
kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri,
masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan
memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Semua ciri ini merupakan potensi dalam diri individu dan dapat dipupuk. Selain itu,
melalui pendidikan (jangka masa panjang), Malaysia dapat:

1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai


seorang warganegara.

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya


berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-
prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara.

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dan


bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.

6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-


kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Matlamat pendidikan akan menjadi lebih jelas dan tersusun sekiranya elemen-
elemen pendidikan dimasukkan dalam ideologi dan aspirasi negara diwujudkan sebagai
Falsafah pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Khas juga mempunyai matlamat
yang sama dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu tidak hanya meliputi semua aspek
pendidikan sahaja. Ia turut menyediakan perkembangan optima kepada kanak-kanak
berkeperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri
dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Berikutnya, Falsafah Pendidikan Khas berteraskan kepada 3 prinsip utama iaitu


perkembangan individu yang menyeluruh, kepatuhan kepada agama dan negara dan
pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan bersepadu. Manakala, Falsafah Pendidikan
Khas turut menjelaskan bahawa:

 Setiap kanak-kanak istimewa mempunyai hak terhadap penerimaan Pendidikan.


 Perbezaan-perbezaan ilmu yang luas, wujud antara kanak-kanak dalam setiap
bidang keistimewaan.
 Tapisan pengenalpastian dan penempatan awal dalam program Pendidikan Khas
diperlukan.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
 Pendekatan multi-disiplin yang melibatkan pakar-pakar pendidik, perubatan,
sosiologi dan psikologi.

Kurikulum dan bahan-bahan khas diperlukan;

 Pendidikan Khas harus menjadi bahagian yang melengkapkan dalam program


pendidikan yang menyeluruh
 Pemerhatian terhadap kanak-kanak yang meninggalkan program Pendidikan Khas
serta khidmat penempatan amat diperlukan
 Program Pendidikan Khas diperkukuhkan lagi melalui pentaksiran berkali-kali
tentangnya daripada pendidik, ibu bapa dan orang ramai.

Selain itu, matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap masyarakat dan
negara. Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR telah
menekankan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani yang perlu dijalankan di setiap sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1998).

Ini kerana PJK merupakan satu-satunya mata pelajaran yang dapat menghasilkan
pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Pendidikan dalam kelas Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada pelajar untuk
mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti
fizikal. Colfer, Hamilton dan Magill (1986) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan
proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan
kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan
pengajaran yang lebih mantap supaya menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh
dan berkesan.

Dalam aspek hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan formal pula,
pada pandangan saya, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses
asimilasi individu ke dalam masyarakat. Pendidikan formal pula ialah proses di mana
masyarakat melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Mata
pelajaran pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding mata pelajaran
lain yang hanya banyak menyentuh aspek kognitif (intelek) dan rohani (afektif) sahaja.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Dengan penekanan kepada semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
adalah penting kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana sebahagian besar daripada
mereka mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna.
Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan mereka boleh membantu golongan ini
mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid-murid berkeperluan
khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi hasrat falsafah
dan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Melaui Pendidikan Jasmani Suaian, saya turut berpendapat individu yang


mempunyai potensi menyeluruh dan seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek dapat diwujudkan kerana dalam pendidikan tersebut kesemua aspek yang
dinyatakan diambil berat dan menjadi objektif pembelajaran yang utama. Seperti mana yang
dinyatakan, aspek jasmani tidak dapat dilihat dalam mata pelajaran yang lain tetapi dapat
diuji dan dikembangkan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Jasmani Suaian.
Pendidikan Jasmani Suaian turut menerapkan nilai-nilai murni sewaktu pembelajaran yang
akan memenuhi dan melengkapkan aspek rohani murid-murid.

Oleh yang demikian, dengan rapatnya hubungan dan perkaitan antara Pendidikan
Jasmani Suaian dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka aspirasi negara akan dapat
dicapai dan dijayakan. Maka jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani Suaian turut menerapkan
di dalam diri murid-murid dengan keperluan yang sama seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid berkeperluan khas juga merupakan nadi
penggerak negara maka mereka juga harus diberikan peluang yang sewajarnya.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SOALAN 2

"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan
kehendaknya terhadap pendidikan dan ibubapa mereka mempunyai hak menentukan jenis
pendidikan yang sesuai bagi anak mereka".

Bincangkan.

Murid-murid berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis kecacatan


atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi fizikal, mental,
emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu murid-murid cacat pendengaran, cacat penglihatan, bermasalah pembelajaran,
bermasalah tingkah laku, bermasalah pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar
dan cacat anggota.

Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam


"Universal Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World
Declaration on Education for All 1990" dimana "Setiap kanak-kanak dengan kecacatan
mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu
bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka"
(Jabatan Pendidikan Khas, 1998). Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas
bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak
masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya.

Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis
kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi,
dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan
kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah
adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan
berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal
mengenali murid khas ini.

Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat
diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama
diskriminasi kepada golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan
bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat gologan masyarakat
yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada
golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada gologan berkeperluan
khas menurut segala kehendak masyarakat.

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas (MBK) adalah istimewa, mempunyai
kepelbagaian kebolehan dan mempunyai hak yang sama rata bagi mendapatkan akses
pendidikan yang berkualiti di semua sekolah. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan amalan terbaik negara maju, Kementerian Pendidikan
komited untuk menambah bilangan murid keperluan khas (MBK) dalam aliran perdana
melalui Program Pendidikan Inklusif.

Sehubungan itu, satu inisiatif di bawah aspirasi ekuiti, “Peningkatan Akses Murid
Berkeperluan Khas dalam Pendidikan Berkualiti” telah dijadikan sebagai salah satu daripada
25 inisiatif utama dalam Agenda Bersepadu Kementerian Pendidikan pada tahun 2013.
Kementerian Pendidikan mengamalkan prinsip demokrasi pendidikan dalam merancang
pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang, status
ekonomi dan kurang keupayaan contoh kecacatan. MBK mempunyai hak sama rata untuk
belajar dan bermain dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning
environment) dan tanpa sebarang perbezaan.

Perjuangan menyamaratakan pendidikan kepada MBK sentiasa diberi keutamaan


oleh Kementerian Pendidikan kerana golongan ini perlu diberi sokongan dalam apa jua
keadaan. Kementerian telah mendefinisikan MBK sebagai murid yang telah disahkan oleh
pengamal perubatan sebagai murid yang mempunyai masalah keupayaan seperti berikut:

● Kurang upaya penglihatan


● Kurang upaya pendengaran
● Kurang upaya pertuturan
●Kurang upaya fizikal
● Kurang upaya pelbagai
● Masalah pembelajaran

Pada masa ini terdapat sebanyak 28 sekolah pendidikan khas termasuk tiga sekolah
vokasional pendidikan khas, Program Pendidikan Kelas Integrasi di 1,460 sekolah rendah
dan 780 sekolah menengah; dan Program Pendidikan Inklusif di 2,890 sekolah rendah dan
1,184 sekolah menengah. Penyediaan pendidikan untuk MBK ini selaras dengan Perkara 28
Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 yang menegaskan bahawa keperluan khas kanak-
kanak perlu diberi sokongan untuk memudahkan “pelibatan penuh dan kesamarataan dalam
pendidikan”.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Bagi meningkatkan enrolmen MBK dalam arus perdana, KPM sedang menambahkan
Program Pendidikan Inklusif dengan memperkenalkan Program Pendidikan Inklusif Model
Holistik yang diperintis di 44 buah sekolah. Hasrat ini mendukung matlamat UNICEF yang
menegaskan semua murid tanpa mengira kebolehan harus diberikan peluang untuk belajar
bersama-sama dalam bilik darjah arus perdana dengan apa juga kaedah pengajaran, bahan
dan persekitaran sekolah.

Setiap keperluan mereka perlu ditangani bagi memastikan murid-murid berlainan


keupayaan ini mampu berdikari ke arah kehidupan bermakna untuk kesejahteraan diri,
keluarga, komuniti dan negara. Salamanca dan Framework for Action on Special Needs
Education (1994) juga telah menyatakan bahawa negara-negara yang mempunyai sistem
pendidikan berprestasi tinggi telah menerima pendekatan inklusif untuk pendidikan khas.

Laporan ini menyatakan mereka yang mempunyai keperluan istimewa mesti


mempunyai akses di sekolah arus perdana kerana pendekatan berorientasi pendidikan
inklusif merupakan cara paling berkesan untuk mengatasi sikap diskriminasi, mewujudkan
masyarakat yang dapat menerima kepelbagaian dan seterusnya membina satu masyarakat
bersatu padu.

Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak istimewa.


Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi
pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan
yang diberi kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan
Khas.

Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan


program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-
kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-
usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek
perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak
khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan
biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa


dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal,
pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru,
peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik audiologi pendidikan (educational speech
therapist), orientasi dan mobiliti pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi
pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif Pendidikan Khas.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Dalam menyediakan kesamarataan akses dan kualiti untuk Pendidikan Khas,
cabaran paling utama adalah untuk memastikan semua sekolah mempunyai peralatan khas
dan bahan sokongan pembelajaran yang lengkap dan terkini, infrastruktur mesra orang
kurang upaya (OKU) dan paling utama pakar dalam pendidikan khas serta pakar pakar
terapi untuk membantu murid-murid mengikut keperluan masing-masing.

Menurut Norhayati et al. (2010), salah satu faktor yang mempengaruhi


kecemerlangan murid berkeperluan khas adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu
memberikan lebih perhatian kepada perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke
semasa. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti persekolahan anak mereka dapat dilihat
dengan memastikan anak hadir ke sekolah, mengukuhkan tingkah laku yang diharapkan di
sekolah, berbincang dengan guru mengenai murid dan anak, menghadiri mesyuarat dan
aktiviti sekolah serta lain-lain lagi. Ibu bapa boleh berhubung sama ada guru aliran perdana
yang mengajar kelas inklusif ini atau guru Pendidikan Khas bagi membincangkan
perkembangan mahu pun permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak khas. Pandangan
ibu bapa akan turut diambil kira semasa membuat keputusan tentang matlamat dan hala tuju
sekolah.

Malah, ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap yang terbuka dengan memberi
peluang kepada anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah bersama
rakan-rakan biasa/normal seperti aktiviti sukan dan ko-kurikulum.Hal ini akan membolehkan
murid berkeperluan khas ini berkembang dengan lebih baik dan meningkatkan kemahiran
sosial mereka.

Kesimpulannya, setiap kanak-kanak berkeperluan khas atau kecacatan


mempunyai hak yang setara dalam mendapatkan pendidikan. Peranan guru dan ibu bapa
yang membantu perolehan pendidikan kepada murid berkeperluan khas bagi memastikan
kejayaan kepada murid berkeperluan khas untuk berpeluang menerima pengajaran dan
pembelajaran serta penyesuaian diri dari awalnya kehidupan mereka dalam aspek
hubungan social dan kemasyarakatan yang terdapat di persekitaran sekolah dan komuniti
setempat. Melalui pendedahan tersebut, akan membolehkan kemenjadian murid
berkeperluan khas ini lebih berjaya, mampu berdikari dan menjadi sebahagian golongan
masyarakat yang produktif.

PKUKP 2063- PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN | IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

You might also like