You are on page 1of 33

EDUP3043

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU


SOALAN 1
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses iaitu guru dan sekolah
membimbing dan mengekalkan tingkah laku murid yang sesuai dalam
bilik darjah.
A Terangkan kepentingan pengurusan bilik darjah.
B Huraikan bagaimanakah penggunaan ruang dalam bilik darjah
dapat dijalankan oleh guru untuk mendorong murid
menunjukkan tingkah laku yang sesuai.
Contoh Jawapan/hujah Soalan 1a
Pengurusan bilik darjah amat penting kerana pengurusan tersebut
menyumbang secara langsung kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh kerana pengurusan bilik darjah yang efektif akan
mewujudkan dan mengekalkan suasana yang teratur dalam bilik darjah, guru
boleh menyusun bilik darjah agar dapat mengalakkan pembelajaran dan
interaksi antara murid.

Hujah-hujah lain:
• Meningkatkan pembelajaran yang bermakna
• Membantu perkembangan sosial dan emosi
• Mengurangkan tingkah laku negative
• Meningkatkan masa penglibatan murid dalam pembelajaran
Contoh jawapan/hujah soalan 1b
Bilik darjah yang mempunyai ruang selesa dan ceria dapat meningkatkan
keberkesanan dan pembelajaran murid-murid dan kawalan bilik darjah.
Situasi ini membolehkan guru memerhati semua murid pada setiap masa.

Mengawas murid suatu aspek yang penting dalam penguruan bilik darjah.
Guru harus berdiri di ruang atau tempat yang berhampiran dengan murid
untuk memeriksa hasil kerja dan mengawal perlakuannya. Susunan ruang
mestilah memberi peluang kepada guru membuat kontak mata dengan
murid. Elakkan susunan yang boleh menghalang pandangan murid tersebut.
Apabila murid belajar, mereka mestilah dapat melihat pengajaran guru
dengan mudah tanpa perlu berdiri atau bertanyakan rakan-rakan lain yang
boleh menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah.
…sambungan
Susun atur dalam bilik darjah haruslah mengutamakan pergerakan
murid-murid supaya selesa dan lancar. Guru dan murid haruslah dapat
bergerak dalam bilik darjah dengan mudah tanpa sekatan. Aktiiti
kumpulan banyak dilakukan bagi memastikan murid tersebut dapat
terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. Proses aktiviti kumpulan ini
banyak melibatkan pergerakan, sekiranya pergerakan terganggu, maka
ini akan menyebabkan aktiviti murid tidak berjalan dengan lancar.
Murid-murid mungkin akan menimbulkan masalah lain pula seperti
bising ataupun enggan terlibat dalam aktiiti yang disarankan oleh guru
mereka.
Soalan 2
Secara umumnya usaha sesorang guru untuk mengekalkan tingkah laku
yang baik dalam bilik darjah, memperoleh kerjasa sama murid dan
kawalan diri dikenali sebagai pengurusan disiplin kolektif. Konsep
pengurusan bilik darjah pula kerap digunakan bagi merujuk kepada
disiplin tetapi melibatkan skop yang lebih luas.
A Jelaskan konsep disiplin bilik darjah.
B Sekiranya berlaku masalah disiplin dalam bilik darjah, tunjukkan
bagaimana seseorang guru boleh mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif berdasarkan Model
Disiplin Gordon.
Contoh jawapan/hujah Soalan 2a
Guru haruslah mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas berkaitan dengan pengurusan
disiplin. Mereka juga haruslah mempunyai kefahaman yang baik mengenai tingkah laku,
personaliti dan sikap murid-murid dalam bilik darjah. Tugas utama guru adalah untuk
mewujudkan bilik darjah yang bebas daripada masalah disiplin.

Konsep disipin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Perkataan disiplin boleh dirujukkan


kepada latihan atau amalan tingkah laku manusia yang mematuhi peraturan atau suatu kod
tingkah laku yang ditetapkan dengan menggunakan hukuman untuk membetulkan tingkah
laku yang salah. Displin pula merupakan satu set atau sistem peraturan yang perlu diikuti
oleh setiap murid sebagai satu garis panduan untuk mengawal dan memperoleh tingkah
laku yang diingini.

Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang ditetapkan utnuk


dirujuk oleh murid-murid. Tujuan disiplin bilik darjah ditetapkan adalah untuk mengawal
tingkah-laku murid-murid melalui system hukuman atau gajaran yang wajar.
Contoh jawapan/hujah Soalan 2b
Mengikut Pelan Disiplin Gordon, guru boleh mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif untuk mengatasi masalah pengurusan tingkah laku
murid-murid dengan cara menggunakan pendekatan ‘mempengaruhi daripada
mengawal’. Sekiranya beliau cuba mengawal murid, maka lebih sukar baginya untuk
menerapkan pengaruh yang positif kepada murid. Kawalan akan menyebabkan
muri akan membina helah bela diri, menghindari masalah atau mengalah.

Seterusnya seseorang guru mesti mencegah berlaku masalah disiplin dengan


menggunakan I-message, membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif
dengan murid dan menguruskan bilik darjah dengan melibatkan murid. Guru juga
mestilah mengenal pasti ‘masalah siapa’?, adakah hal tersebut berpunca daripada
murid ataupun beliau sendiri. Di dalam bilik darjah, guru selalunya akan menerima
akibat daripada salah laku yang ditunjukkan oleh murid. Ada juga sesuatu masalah
itu yang sememangnya dilakukan oleh murid itu sendiri.
Soalan 3
Murid berkeperluan khas mempunyai hak dan keadilan yang sama dalam
keperluan asas pembelajaran di sekolah seperti murid lain. Walau
bagaimanapun, kurikulum dan kaedah pengajaran bagi murid berkeperluan
khas ini perlu duibahsuai agr potensi mereka dapat direalisasikan.
A Terangkan dua ciri guru yang berkesan dalam kelas inklusif bagi
memastikan murid keperluan khas ini mendapat hak dan keadilan
yang sama.
B Perincikan bagaimanakah strategi pengurusan bilik darjah boleh
diubahsuai bagi bilik darjah inklusif yang melibatkan murid dengan
masalah pendengaran.
Contoh jawapan/hujah Soalan 3a
Kelas inklusif merupakan sebuah kelas iaitu murid perdana dan murid
keperluan khas belajar bersama. Oleh demikian, seorang guru yang
ditugaskan mengajar kelas tersebut perlu diberi latihan khas untuk
mengurus dan mengendali PdP dalam kelas yang mempunyai murid
yang berkebolehan dan keupayaan berbeza. Guru tersebut perlu
menguruskan masa dalam kelas dengan bijak kerana 1 jam masa murid
perdana bersamaan 4 jam masa murid berkebolehan khas. Oleh itu,
beliau harus ada kebolehan menggunakan masa pengajaran dengan
berkesan supaya tidak ada mana-mana murid yang tertinggal.
Contoh jawapan/hujah Soalan 3b
Murid yang mengalami masalah pendengaran didefinisikan berdasarkan
kebolehan murid berkenaan menggunakan deria dengar dan semasa
kecacatan itu dialami. Secara umumnya masalah pendengaran dibahagikan
kepada separuh pekak, iaitu murid yang masih mempunyai sisa pendengaran
dan pekak iaitu deria dengar murid yang tidak berfungsi.

Sehubungan itu, bagi kelas yang mempunyai murid bermasalah pendengaran


guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang diubah suai. Antara
lainnya ialah penyusunan kedudukan murid bermasalah pendengaran di
dalam kelas inklusi. Susunan meja murid dalam bentuk semi-circle semasa
pengajaran koperatif dan murid bermasalah pendengaran duduk di tengah
bagi membolehkan murid berkenaan membaca bibir si penutur.
Sambungan…
Hujah-hujah lain:
• Murid boleh melihat guru dan murid lain (membaca bibir)
• Murid dibenarkan bergerak mengikut perbualan
• Benarkan murid berpindah tempat duduk
Soalan 4
Terdapat pelbagai intervenssi yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengawal tingkah laku murid bermasalah.
A Terangkan satu teknik modifikasi tingkah laku.
B Bincangkan intervensi lain yang boleh digunakan oleh guru bagi
mengatasi masalah disiplin murid. Berikan contoh yang relevan.
Contoh jawapan/hujah Soalan 4a
Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk
mengubah tingkah laku seseorang. Guru-guru boleh menggunakan teknik
modifikasi tingkah laku untuk mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku
bermasalah atau mengajar murid-murid mereka terhadap respons-respons yang
baru. Seseorang guru boleh menggunakan teknik pengukuhan positif. Teknik ini
juga dikenali sebagai perhatian positif, pengukuhan social dan ganjaran yang
diaplikasikan apbila terdapat keperluan untuk menggalakkan tingkah laku yang
diingini. Teknik ini berkesan untuk meningkatkan semangat guru dan
mengurangkan teguruan guru serta berupaya untuk meningkatkan produktiviti
murid. Pengukuhan perlu diberikan sebaik sahaja kelihatan tingkah laku yang wajar
dan diberikan secara ikhlas. Pengukuhan juga seelok-eloknya, guru mestilah
mempelbagaikan kata-kata pujian yang hendak diberikan kepada murid berkenaan.
Peneguhan juga perlu diberikan lebih kerap sekiranya pada peringkat awal telah
wujud tingkah laku positif, kemudian dikurangkan secara beransur-ansur dan
dihapuskan apabila telah serasi dengan murid yang berkenaan.
Sambungan…
Hujah-hujah lain:
• Teknik modelling
• Teknik ‘time-out’
• Teknik ‘shaping’
• Teknik kontrak tingkah laku
• Sistem token
Contoh jawapan/hujah Soalan 4b
Terdapat beberaapa intervensi yang boleh digunakan bagi menangani
masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Salah satu intervensi adalah
terapi bermain. Terapa bermain ini membolehkan murid mencapai hasil
akhir yang dirancang oleh guru tanpa menyedarinya kerana keeronokan
semasa bermain. Semasa bermin murid dapat mengekspresikan
perasaan marah, takut, bencinya dengan mudah. Bermain menjadi alat
komunikasi sama ada secara verbal, melukis, atau semasa main
peranan. Dalam masa bermain murid mengalami proses perkembangan
sensori motor, perkembangan kognitif, social dan juga kawalan kendiri
serta moral dan mempelajari tingkah laku tolak ansur.
Sambungan …
Hujah-hujah lain:
• Terapi bercerita
• Terapi seni
• Terapi muzik
Soalan esei / Bahagian B
Soalan 1
Anda baharu sahaja bertugas di sekolah rendah dan dilantik menjadi guru
kelas 3 Waja. Ketika anda melangkah masuk ke dalam kelas, anda dapati ada
murid sedang berkejaran di dalam kelas, membuat bising, mengetuk meja,
tidur dan bersembang kosong. Mereka langsung tidak mempedulikan dan
menghiraukan kehadiran anda di kelas mereka. Segala arahan anda tidak
diendahkan walaupun anda telah memarahi dan mendenda mereka.

Sebagai seorang guru baharu di sekolah, huraikan berserta contoh langkah-


langkah yang perlu diambil bagi membina hubungan positif dengan murid-
murid anda suaya dapat mengelak perkara sedemikian berlanjutan.
Contoh jawapan/hujah Soalan 1
Hubungan baik antara guru dan murid seharusnya bermula dari hari pertama
penggal persekolahan. Sebagai guru, saya tidak sepatutnya memarahi dan
mendenda murid saya pada pertama kali saya memasuki kelas. Saya seharusnya
membina hubungan yang baik dengan mereka. Antara langkah untuk membina
hubungan positif antara guru dan murid adalah dengan mengenali mereka lebih
dekat. Saya perlu mengingati nama setiap anak murid saya. Kebanyakan anak murid
akan berasa bangga apabia guru mengingati nama mereka. Apabila guru ingat
nama murid, maka secara tidak langsung , guru akan dapat mengawal kelas dengan
baik. Apabila berlaku salah laku, guru boleh memanggil nama murid dan menegur
murid berkenaan. Seeloknya guru memanggil nama dengan sebutan yang salah
boleh menyebabkan murid berkenaan diketawakan. Perkara ini boleh
mengakibaatkan murid berasa malu dan mula membenci guru. Sebaliknya
ungkapan awak danmkamu walaupun dibolehkan, ungkapan ini sebenarnya agak
umum, sedangkandengan mengingati nama murid akan menjadikan hubungan
antara guru dan murid lebih mesra dan akrab seterusnya perasaan saling
menghormati akan wujud antara guru dan murid.
Sambungan…
• Menanam semangat kesepunyaan terhadap kelas
• Menunjukkan keprihatinan yang tinggi
• Memikul tanggungjawab bersama
• Menetapkan jangkaan yang realistic
• Mengamalkan budaya penyayang
• Menggalakkan integrity emosi dalam kalangan murid
• Memasukkan unsur kecindan dalam komunikasi
Soalan 2
Guru sering menghadapi masalah untuk menangani masalah tingkah
laku murid dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai model pengurusan
disiplin bilik darjah yang boleh digunakan oleh guru untuk mengurus
tingkah laku murid. Salah satu model yang berkesan ialah Model Akibat
Logikal Dreikurs.

Bincangkan keberkesanan Model Akibat Logikal Dreikurs dalam


menangani masalah tingkah laku disruptif murid.
Soalan 3
Perancangan pengurusan yang efektif secara kreatif dan inovatif
memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan dalam
sesebuah bilik darjah. Oleh itu, guru yang memulakan kelas dengan
perancangan yang rapi kurang menghadapi masalah tingkah laku dalam
bilk darjah.

Cadangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan


pelan pengurusan bilim darjah yang efektif.
Sambungan…
• Mewujudkan perekitaran fizikal yang kondusif
• Mengambil kira pelbagai tahap pencapaian murid
• Susunan kedudukan murid bersifat fleksibel
• Melaksanakan pembelajaran santai
• Pdp yang menarik, menyeronokkan, berpusatkan murid
• Memberi focus kepada hubugan pelbagai hala guru murid
• Memberi tumpuan kepada pengurusan disiplin murid
• Melaksanakan intervensi tingkah laku bermasalah
Rubrik Pemarkahan
• Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap
soalan
• Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan yang relevan
• Menggunakan banyak hujah berserta contoh dan data untuk
menyokong generalisasi
• Menjawab soalan dengan tepat dan mengkomunikasikan idea dengan
cemerlang
• Interprestasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logical dan
koheran
SOALAN-SOALAN LAIN
1 Kemahiran pengurusan bilik darjah penting kepada setiap guru
untuk meningkatkan motivasi, tahap penglibatan dalam pengajaran
dan pembelajaran serta mempengaruhi tingkah laku murid.
a. Jelaskan dua kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru dalam pengurusan
bilik darjah yang berkesan.
b. Huraikan bagaimana kualiti peribadi guru dapat membantu pengurusan biik
darjah yang efektif. Sokong hujah anda dengan contoh yang sesuai.
2 Hubungan guru-murid yang baik mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang kondusif dan berkesan.
a Terangkan kepentingan hubungan guru-murid di dalam bilik darjah.
b Bincangkan bagaimanakah guru dapat melaksanakan strategi yang berkesan
untuk mewujudkan hubungan positif guru-murid di dalam bilik darjah.
3 Masalah disiplin murid di dalam bilik darjah boleh menjadi punca
kepada kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
a Berdasarkan penyataan di atas, terangkan dua jenis
masalah disiplin murid yang sering berlaku di dalam bilik
darjah sekolah rendah pada masa kini.
b Bincangkan punca masalah disiplin yang berlaku di dalam
bilik darjah. Sokong penerangan anda dengan contoh yang
sesuai.
4 Cabaran pendidikan masa kini menuntut guru untuk lebih kreatif
dan inovatif dalam menangani masalah serta halangan kepada
pengurusan masalah disiplin.
a Merujuk kepada penyataan di atas, huraikan satu halangan yang dihadapi
guru dalam menangani masalah disiplin bilik darjah.

b Bincangkan satu intervensi yang sesuai bagi guru menangani masalah


disiplin murid daripada berleluasa di sekolah.
Bahagian B
1 Perkembangan emosi murid boleh dikaitkan dengan factor
persekitaran psikososial khususnya kemahiran mengurus bilik
darjah dan tahap komtetensi guru.
Bincangkan bagaimanakah guru dapat mewujudkan persekitaran
bilik darjah untuk murid berkeperluan khas daripada aspek
psikososial. Perbincangan anda perlu berfokus kepada salah satu
kategori murid berkeperluan khas yang dipilih. Berikan justifikasi
untuk hujah anda berdasarkan pertimbangan teori atau praktik.
2 Adalah menjadi malan yang baik jika seseorang guru mengadakan
pelan pengurusan bilik darjah pada awal tahun kerana pelan itu
dapat menjadi pedoman kepada guru dan murid sepanjang tahun.
Bincangkan persamaan dan perbezaan yang wujud antara pelan pengurusan
bilik darjah bagi kelas Tahun 1 dan Tahun 6. Sokong hujah anda berlandaskan
pertimbangan teori dan praktik.
3
Coreen merupakan seorang murid Tahun 5 yang lemah dan bermasalah
dalam bilik darjah Cikgu Mary. Coreen anak ketia dalam keluarganya.
Dia merupakan murid yang sangat aktif dan suka bergerak ke sana sini
dalam bilik darjah. Cikgu Mary tidak dapat mengawal pergerakannya.
Semasa proses pembelajaran, Coreen tidak boleh duduk diam dan
sentiasa mengusik rakan di sebelahnya. Dia memberi jawapan tanpa
mengangkat tanganya.
Setiap kali Cikgu Mary ingin menerangkan sesuatu perkara, dia akan
mengganggu pelajaran kerana ingin mendapat perhatian Cikgu Mary.
Cikgu Mary cuba mendisiplinkan Coreen dengan menghukumnya
menggunakan teknik timeout. Namun begitu, Cikgu Mary masih gagal
mendisiplinkan Coreen kerana dia berani bergerak keluar dari sudut
timeout dan mengganggu rakan sekelasnya. Apabila dia berasa bosan,
dia akan keluar dan masuk bilik darjah sesuka hatinya.

Berdasarkan kes di atas, bincangkan bagaimanakah Cikgu Mary boleh


membimbing Coreen untuk menunjukkan tingkah laku yang sesuai.
Perbincangan anda perlu merujuk kepada satu atau lebih model
pengurusan disiplin yang sesuai.

You might also like