You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan tempat yang paling penting dan wajib ada pada setiap sekolah. Ia juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Manakala tingkah laku
bermaksud apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Pengurusan bilik
darjah merupakan satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan
dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku
murid. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan
sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan
tingkah laku murid ketika menyediakan iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Hal ini
demikian pengurusan bilik darjah perlu termasuk semua perkara yang perlu dilakukan oleh
seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah
serta membentuk persekitaran yang produktif. Pengurusan bilik darjah diumpamakan seperti
“pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi
prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan,
memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah.” (Lemlech, 1988)
Tujuan pengurusan bilik darjah dilakukan adalah untuk meningkatkan penglibatan murid
dalam aktiviti PdP, membentuk suasana pembelajaran yang positif. mengurangkan masalah
disiplin. dan menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.

2.0 Peranan Guru dalam Pengurusan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif


Guru diumpamakan ibu bapa yang kedua bagi semua murid-murid di sekolah. Selain
daripada aktiviti mengajar, guru-guru berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah
iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus
disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Menurut
Robert M. Gagne (1970), pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dan kebolehan
seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disediakan oleh proses
pertumbuhan. Justeru, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat
melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Kelebihan menguruskan persekitaran pembelajaran secara kondusif kerana dapat
merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Selain itu, ia juga memberikan
peluang interaksi secara positif dalam kalangan murid, membolehkan murid memupuk sikap
berdikari dan tanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri, dan terakhir ialah mewujudkan
peluang untuk aktiviti individu kumpulan kecil dan kelas.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat disediakan melalui tiga segi,
antaranya termasuklah persekitaran fizikal, persekitaran psikososial, dan peraturan dan rutin
bilik darjah. Dari segi persekitaran fizikal, guru harus mengatur susunan meja kerusi di bilik
darjah secara sesuai dan menyeluruh agar dapat mengurangkan kesesakan laluan murid
dan menyenangkan guru untuk memantau semua murid secara mudah dan cepat. Guru
wajar mengemas ruang dan sudut pembelajaran supaya murid lebih mudah untuk
mengakses kepada sumber bahan pembelajaran.Guru haruslah memastikan pencahayaan,
pengudaraan, kebersihan dan parabot dalam keadaan yang baik dengan menyediakan satu
jadual waktu bertugas yang meliputi tugas menyapu lantai, menyusun meja, dan
membersihkan alat tulis.
Dari segi persekitaran psikososial, guru haruslah memastikan bilik darjah bebas
daripada ancaman dan bahaya fizikal. Guru perlu menyediakan peluang yang sama untuk
semua murid dan peneguhan diberi jika seseorang murid telah

Dalam perkataan lain, pengurusan bilik darjah memerlukan sejenis kerjasama antara guru
dengan muridnya bagi memastikan peraturan dan rutin bilik darjah dapat berjalan dengan
lancar.
3.0 Isu-isu Semasa Tingkah Laku Bermasalah
Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau
tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam
bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka
masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran
murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik
darjah.

Punca utama yang menyebabkan masalah disiplin ialah ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Dalam
masa yang sama, ibu bapa juga tidak melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan
mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Pendekatan dan penyelesaian bagi masalah
disiplin pelajar juga dibincangkan dalam kertas kerja ini
4.0 Model Pengurusan Disiplin yang Dipilih
5.0 Intervensi yang Sesuai untuk Menangani Isu-isu Tingkah Laku Bermasalah
6.0 Kesimpulan

You might also like