You are on page 1of 7

PENGHARGAAN

Pertama sekali, yang amat penting saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Nur Akmar binti Yusof selaku pensyarah mata pelajaran MPU 3081
Kokurikulum – Persatuan saya atas kesudian beliau meluangkan masa dan tenaga untuk
memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan
tunjuk ajar yang berkali-kali diberikan oleh beliau amatlah dihargai. Terima kasih juga
diucapkan kepada Puan Nur Akmar atas kesanggupan beliau untuk mengorbankan masa
tidurnya demi menyemak kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah lain


di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) yang telah banyak
membimbing, memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya berada di institut ini. Terima
kasih juga kepada ibu dan ayah tercinta saya, iaitu Ng Ah Tin dan Khoo Jenn Sen kerana
banyak membantu saya dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan
serta sokongan moral dan kewangan.

Kalam ucapan penghargaan ini juga tidak lupa saya akspresikan buat rakan-rakan,
teman-teman mahupun sahabat handai saya yang turut memberi serta menyumbangkan
tenaga, usaha dan produktiviti mereka yang tidak ternilai baik secara langsung mahupun
tidak langsung di samping dorongan mahupun galakan serta komitmen yang tinggi di dalam
proses pelaksanaan kerja kursus ini dihasilkan.

Sekian, terima kasih kepada semua.


LAPORAN KAJIAN KES BERKAITAN AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN KELAB
KOIR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SEG HWA

KHOO WEI SHAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

KUALA LIPIS, PAHANG.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang penjanaan kewangan aktiviti Kelab Koir
di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa. Berdasarkan kajian, kelab ini telah
mengadakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke A Famosa Resort pada 28 November 2019
di Melaka. Tujuan Kelab Koir melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan
dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid istimewa dan meningkatkan
keyakinan murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar masyarakat. Kaedah temu bual
dan kaedah pemerhatian telah digunakan dalam mengumpul data. Dapatan kajian utama
mendapati bahawa sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan punca
kewangan untuk melaksanakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke A Famosa Resort,
Melaka.
1.0 PENGENALAN

Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan


mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan,
2007). Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di Malaysia. Setiap persatuan akan
menyediakan satu perancangan secara tahunan bagi menjalankan aktiviti dan ianya
pasti melibatkan duit. Oleh itu, pengumpulan dana adalah diperlukan dan amat
penting bagi memastikan perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Antara cara
untuk mendapatkan sumber kewangan dalam sesuatu kelab adalah melalui
sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kutipan yuran tahunan daripada
ahli,kutipan derma, hasil jualan, sumbangan dari pihak luar dan sebagainya.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelbagai kelab dan persatuan telah ditubuhkan di Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina Seg Hwa antaranya seperti Persatuan Bahasa Cina, Kelab Pencinta Alam,
Kelab Catur, Kelab Koir dan sebagainya. Kelab Koir telah dipilih sebagai kajian kes
yang mengkaji tentang aktiviti penjanaan kewangan bagi menjalankan program yang
dirancangkan. Untuk makluman bilangan ahli guru serta murid bagi kelab ini adalah
seramai 122 orang yang terdiri daripada dua orang guru penasihat dan 120 orang
murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Berdasarkan kajian, sumber utama kewangan kelab
ini adalah hasil daripada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sumber
kewangan ini dapat menampung aktiviti yang dirancangkan oleh Kelab Koir seperti
aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke A Famosa Resort di Melaka yang telah diadakan
pada 28 November 2019. Oleh itu, sumbangan kewangan yang mencukupi dan
sokongan yang diberikan oleh pihak PIBG dapat memastikan aktiviti perancangan
Kelab Koir dijalankan dengan lancar. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan
semasa melaksanakan kajian ini antaranya termasuk kaedah temubual dan
pemerhatian.

3.0 FOKUS KAJIAN


Berdasarkan kajian, sumber kewangan utama Kelab Koir iaitu hasil
sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebanyak RM 9600
digunakan sebagai perbelanjaan bagi aktiviti Lawatan Sambil Belajar ke A Famosa
Resort di Melaka yang diadakan pada cuti sekolah. Sumbangan kewangan dan
sokongan penuh daripada PIBG dapat digunakan untuk menampung tambang
pengangkutan, tiket masuk muzium, makanan dan minuman bagi jumlah 120 orang
murid.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu:

i. Mengetahui tentang aktiviti-aktiviti anjuran Kelab Koir yang menggunakan


kewangan persatuan.
ii. Menganalisis cara penjanaan kewangan Kelab Koir.
iii. Menganalisis dan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang dihadapi oleh Kelab Koir dalam pengurusan kewangan dan
aktiviti.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang terdapat dalam kajian kes ini adalah seperti berikut:

i. Apakah aktiviti penjanaan kewangan Kelab Koir?


ii. Adakah aktiviti penjanaan kewangan Kelab Koir dapat menampung
perbelanjaan persatuan?
iii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi pengurusan kewangan Kelab Koir?

6.0 ANALISIS KES BERDASARKAN SWOT

Berdasarkan kajian, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan


ancaman yang telah dikenalpasti dalam aktiviti penjanaan kewangan Kelab Koir.
Kajian yang dibuat tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman aktiviti
penjanaan kewangan kelab ini adalah berdasarkan analisis SWOT.

6.1 KEKUATAN

Melalui pemerhatian, kekuatan (strengths) yang dapat dikenalpasti


dalam aktiviti penjanaan kewangan Kelab Koir adalah penglibatan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang aktif dan bersemangat. Penglibatan PIBG
yang aktif dapat dilihat apabila mereka berusaha menyumbangkan kewangan
bagi menampung segala perbelanjaan aktiviti Kelab Koir seperti aktiviti
Lawatan Sambil Belajar ke A Famosa Resort di Melaka. Seterusnya,
kekuatan yang kedua ialah kebijaksanaan guru dalam merancang dan
menguruskan perbelanjaan persatuan. Sumbangan daripada PIBG dirancang
teliti oleh guru dan hanya digunakan dalam aspek yang diperlukan sahaja.
Kekuatan yang lain adalah murid tidak perlu runsing mencari wang untuk
menyertai aktiviti lawatan sambil belajar kerana atas sumbangan kewangan
yang diberikan oleh PIBG.

6.2 KELEMAHAN

Analisis SWOT seterusnya adalah dari segi kelemahan (weaknesses)


aktiviti penjanaan kewangan Kelab Koir. Kelemahan aktiviti penjanaan
kewangan dapat dilihat dari segi kekurangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dapat menjana kewangan persatuan seperti aktiviti jualan dan persembahan
koir bagi majlis atau perayaan tertentu di tempat awam. Selain itu, kelemahan
yang kedua ialah sumber kewangan bagi Kelab Koir amat terhad. Sumber
kewangan Kelab Koir bergantung kepada hasil sumbangan PIBG sahaja.
Kelemahan pengurusan kewangan juga dapat dilihat melalui kekangan masa
guru dan murid Kelab Koir. Beban dan kesibukan tugas yang digalas sebagai
seorang pendidik dan murid menyebabkan berlakunya kekangan masa untuk
melaksanakan aktiviti penjanaan kewangan persatuan.

6.3 PELUANG

Terdapat banyak peluang (opportunities) yang boleh digunakan oleh


Kelab Koir untuk memaksimakan penjanaan kewangan mereka. Kelab Koir
mungkin boleh mengadakan live concert dengan menyanyi lagu semasa
majlis rasmi di tempat awam seperti menyanyi lagu Tahun Baru Cina
sempena majlis perayaan Tahun Baru Cina. Dengan cara ini, Kelab Koir
sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk kewangan persatuan.
Selain itu, dengan aktiviti live concert, kemungkinan besar bakat murid-murid
dan nyanyian murid yang merdu dapat dihayati oleh pihak luar justeru
mendapat penajaan kewangan daripada mereka.

6.4 ANCAMAN

Selain daripada analisis kekuatan, kelemahan dan peluang, analisis


tentang ancaman (threats) juga dilakukan. Ancaman pertama yang diterima
oleh Kelab Koir dalam aktiviti penjanaan kewangan ialah Kelab Koir terlalu
bergantung kepada hasil sumbangan daripada pihak PIBG sahaja. Sekiranya
pihak PIBG tidak lagi memberi sumbangan kepada Kelab Koir suatu hari
nanti, maka persatuan ini akan menghadapi kekurangan sumber kewangan
untuk meneruskan program dan aktiviti untuk murid-murid. Selain itu, sikap
segelintir ibu bapa yang kurang memberi sokongan terhadap program dan
aktiviti yang melibatkan kokurikulum juga merupakan satu ancaman kepada
pengurusan aktiviti. Murid akan berasa kurang bersemangat untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan persatuan seperti aktiviti jualan
kerana ibu bapa kurang memberi galakan dan sokongan. Hal ini
menyebabkan aktiviti-aktiviti penjanaan kewangan untuk persatuan tidak
dapat berjalan dengan lancar. Ancaman yang terakhir adalah jadual
pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid yang padat telah memberi
cabaran kepada ahli Kelab Koir untuk melaksanakan aktiviti penjanaan
kewangan secara berterusan.

6.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan analisis SWOT, untuk mengatasi kelemahan aktiviti


penjanaan kewangan untuk Kelab Koir, saya cadangkan agar guru dan murid
dapat menyediakan waktu yang khusus untuk melaksanakan aktiviti yang
mampu menjana kewangan persatuan sekurang-kurangnya dua bulan sekali
seperti aktiviti live concert. Bagi menyelesaikan masalah sikap segelintir ibu
bapa yang tidak menyokong aktiviti kokurikulum pula adalah murid ahli Kelab
Koir perlu meyakinkan kedua-dua ibu bapa mereka tentang kebaikan
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti penjanaan kewangan merupakan satu elemen yang


sangat penting bagi memastikan kelancaran persatuan tersebut. Tanpa pengurusan
kewangan yang baik, persatuan tersebut tidak akan dapat melaksanakan sebarang
aktiviti tahunan yang telah dirancang. Berdasarkan kajian, aktiviti Lawatan Sambil
Belajar ke A Famosa Resort di Melaka yang dianjurkan oleh Kelab Koir telah
dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti ini berjaya dilaksanakan atas hasil daripada
sumbangan pihak PIBG. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa
pihak PIBG di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa mempunyai kemampuan
yang tinggi untuk menampung dan menguruskan segala perbelanjaan aktiviti Kelab
Koir. Namun begitu, Kelab Koir juga perlu mengambil inisiatif untuk menjana sumber
kewangan persatuan sendiri demi memastikan aktivti-aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar. Konklusinya, setiap persatuan perlulah bertindak proaktif dan bijak
dalam mengukuhkan sumber kewangan sesebuah kelab mengikut perlembagaan
persatuan yang telah ditetapkan.

You might also like