You are on page 1of 2

ANALISIS KASUT KELOPAK JANTUNG

Teori Semiotik

Simbolik

Simbolik dalam cerpen Kasut Kelopak Jantung ini adalah kasut kelopak jantung yang dipakai
oleh Ahmad.

Buktinya:

“Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau
mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang”

Simbolik kepada pembaca yang tertanya-tanya. Siapakah yang memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung itu.

“Kemarahan Cikgu Harun kian memuncak. Dia mahu merotan Ahmad tetapi dia tiba-tiba
terpandang akan pokok pisang yang rimbun. Di bawah pokok itu ada banyak kelopak
jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak
jantung itu sebagai kasut dengan mengikatnya pada kaki menggunakan tali rafia.
Ahmad perlu memakai kasut itu sehingga dia mempunyai kasut sekolah. “

Aksi

Aksi merujuk kepada perlakuan dan terbahagi kepada dua iaitu aksi aktif dan aksi pasif.

Aktif

“Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan
sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.”
Pasif

“Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam dalam arus ingatan ke
zaman awal menjadi pendidik di senuah kampung pedalaman”

Budaya

Teks yang ditulis mempunyai hubungan dengan budaya sebenar. Di sekolah, guru akan
mencari maklumat tentang murid yang tidak hadir melebihi dua hari.

Buktinya:

“Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang.
Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun
terpaksa berjalan tanpa kasut.

Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu
sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba
mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.”

You might also like