You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

MPU 3081
KOKURIKULUM - PERSATUAN

TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES

Nama : LAU MIN FON


No. K/P : 990306-13-6505
Angka Giliran : 20182423401 33
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2018
Unit : T9
Nama Pensyarah : PN. ZAHARAH BINTI ABDUL MANAF
Tarikh Hantar : 18 MAC 2020
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1
LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN WAH MAN

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 2 Mac hingga 6 Mac 2017 di Sekolah Jenis Kebangsaan Wah Man, pelbagai
jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya, Kelab Taman Kitar
Semula, Kelab Komputer dan ICT, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa
Melayu, Persatuan Sains dan Matematik. Saya telah memilih Kelab Taman Kitar Semula
sebagai kajian kes saya yang berkaitan tentang asal usul penubuhan kelab dan proses
bagaimana kelab itu dijalankan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN


Pelbagai kelab yang telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akademik
dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih kelab bukan akademik sebagai kajian kes
saya iaitu Kelab Kitar Semula. Kelab Taman Kitar Semula di SJKC Wah Man telah
ditubuhkan pada 12 hari bulan Mac 2015, di bawah unit ko-kurikulum. Pihak sekolah
berhasrat untuk mewujudkan Kelab Kitar Semula atas kesedaran bahawa kurangnya
tapak pelupusan sampah di sekolah.

3.0 Objektif Kelab Kitar Semula adalah seperti berikut

1. Melatih murid-murid untuk mempratikkan amalan kitar semula dalam kehidupan


seharian.
2. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.
3. Mengurangkan pembuangan sampah merata-rata di dalam kawasan sekolah.
4. Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program
yang dijalankan.

4.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN

Bedasarkan temubual dengan guru penasihat, Cikgu Tay Choon Hoon, proses dan
kaedah penubuhan kelab ini ialah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian,
satu kertas kerja telah disusulkan sebagai pemohonan untuk menubuhkan kelab tersebut

2
di sekolah. Setelah kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat
agung untuk berbincang tentang takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa
baru bagi kelab tersebut. Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan, majlis
Penubuhan Kelab Kitar Semula ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dato Chan Pan
Chan. Majlis penubuhan ini dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan
SJKC Wah Man

5.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Melalui temubual, Kelab Kitar Semula mereka telah mengadakan aktiviti kitar semula pada
5 September 2019 yang lalu dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan
guru. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan. Sebelum
bermulanya aktiviti gotong-royong, sebuah taklimat telah diadakan di perkarangan
sekolah. Setelah taklimat diberikan oleh penasihat kelab, taklimat ringkas berkenaan
aktiviti Kelab Kitar Semula yang turut disampaikan oleh pengerusi kelab iaitu saudara Lau
Oi Seng. Tujuannya adalah untuk mendedahkan serta menghebahkan kepada para ahli
yang terlibat tentang kewujudan kelab Kitar Semula ini.Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan
‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang setiap blok kelas dan di ruang legar blok guru
serta kantin sekolah.

6.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN

Berdasarkan temu bual saya dengan guru penasihat kelab ini iaitu Cikgu Tay Choon
Hoon, kekuatan yang amat ketara bagi kelab ini ialah murid-murid dapat belajar
bagaimana menghargai alam sekitar. Bukan itu sahaja, malah tujuan kelab ini ditubuhkan
adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan
tidak langsung untuk sama-sama bekerjasama menjaga kebersihan alam sekeliling.
Melalui perbincangan kami, beliau berkata bahawa sumber kewangan semasa adalah
daripada ibubapa dan juga murid. Mereka turut menyumbang untuk memajukan setiap
program

7.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN


Berdasarkan perbincangan dengan penasihat Kelab Kitar Semula, beliau berkata bahawa
sumber kewangan didapati daripada kebajikan ibubapa dan murid. Jadi, sumber
kewangan amatlah terhad dan tidak konsisten dari semasa ke semasa. Oleh itu, beliau
3
bercadang untuk menggunakan hasil buatan daripada bahan-bahan kitar semula dijual di
pasaran. Secara langsung, hasil jualan lumayan untuk keperluan pembelian barang-
barang untuk kegunaan kelab tersebut. Tambah beliau lagi, bahan seperti tin-tin minuman
akan dikumpul dan dijual untuk menambahkan lagi pendapatan.

8.0 ISU-ISU BERBANGKIT


Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh dielakkan
cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan dengan Penasihat Kelab Kitar
Semula, saya dapa ulaskan bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi
kewangan. Menurut beliau, satu taman yang dicadangkan untuk pameran hasil buatan
dan kraftangan daripada bahan-bahan kitar semula. Jadi, mereka telah menghadapi
masalah dalam mengumpul dana untuk membentuk taman tersebut. Ahli-ahli kelab
berusaha untuk mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber. Misalnya mereka telah
mendapatkan penaja dari syarikat kebajikan yang berkenaan.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Untuk perancangan akan datang, pihak sekolah berharap dapat meneruskan program ini
dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan
penglibatan murid dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan cara membuat
pengumuman pada setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Kemudian, menambahkan
lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar semula dan ia akan
dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink, Reuse, Recycle’.

10.0 SWOT
Analisis SWOT mengatur kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman utama Anda ke
dalam daftar yang terorganisir dan biasanya disajikan dalam bilah kisi-kisi yang
sederhana.Strengths (kekuatan) dan Weaknesses (kelemahan) adalah berasal dari
internal perusahaan Anda. hal-hal yang dapat Anda kontrol dan dapat berubah.
Contohnya termasuk siapa yang ada di tim Anda, paten dan properti intelektual Anda, dan
lokasi Anda.Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman) adalah hal eksternal yang
mempengaruhi bisnis atau hal-hal yang terjadi di luar perusahaan Anda pada pasar yang

4
lebih besar. Anda dapat memanfaatkan peluang dan melindungi dari ancaman, tetapi
Anda tidak dapat mengubahnya.

11.0 KESIMPULAN
Konklusinya, Kelab Kitar Semula ini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan lagi
tahap kreativiti murid mahupun guru dalam bidang seni dan kraftangan. Hal ini juga dapat
memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan
sekolah. Kemudian, dengan wujudnya kelab seperti ini, warga sekolah dapat
mempraktikkan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan alam sekitar
dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan
program-program yang lebih bermakna lagi.

5
Rujukan

Buku

(1995). In E. A. Meng, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2 (p. 532). Shah Alam:
Fajar Bakti SDN. BHD.

(2012). In B. P. Noriati A.Rashid, Murid dan Alam Belajar (p. 260). Shah Alam: Oxford Fajar.

KDRI. (2009). Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Model - Model Pengurusan Disiplin , 4.

Internet

Murid dan Alam Belajar. (2011, Mei 23). Retrieved September 10, 2013, from Cikgu Semasa:
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html

My Priority. (2008, Disember 16). Retrieved September 10, 2013, from Pendekatan Deduktif:
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html

Hamzah.H & Samuel J.N (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul
Ehsan. Oxford Fajar

Chiew.G.S (2005). Classroom Management. Singapore. Pearson Education South Asia.

Hardin.C.J (2008). Effective Classroom Management. United States of America. Pearson Merrill
Prentice Hall

Mansor.M (1 Jun 2010). Maksud & Definisi Tingkah laku. Diakses pada 8 Februari 2013
daripada http://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksud-definisi-tingkah-laku.html

Hafiz.M ( 1 April 2009). Model Disiplin Kounin. Diakses pada 13 Februari 2013 daripada
http://knowledgeyou.blogspot.com/2009/04/model-disiplin-kounin.html

6
Lampiran

Gambar 1: Membuat temu bual dengan guru penasihat, Cikgu Tay Choon Hoon

You might also like