You are on page 1of 4

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan ...................................................................................................... 2


2.0 Kaedah Kodaly ................................................................................................. 2
2.1 Latar Belakang ..................................................................................... 2
2.2 Falsafah Zoltan Kodaly .......................................................................... 5
3.0 Pendekatan Orff
3.1 Latar Belakang ..................................................................................... 2
3.2 Falsafah Orff .......................................................................................... 5
4.0 Dalcroze ........................................................................................................... 10
4.1 Latar Belakang ..................................................................................... 2
4.2 Falsafah Dalcroze .................................................................................. 5
5.0 Rujukan ........................................................................................................... 11
1.0 Pengenalan
Dalam kerja kursus ini saya akan menjelas latar belakang dan falsafah Zoltan
Kodaly, Carl Orff dan Emile Jaques-Dalcroze dalam pendidikan muzik berpandukan
sember rujukan terkini.

2.0 Kaedah Kodaly

2.1 Latar Belakang


Zoltan Kodaly merupakan tokoh ke-20 yang berasal dari Hungary.Beliau juga
merupakan seorang pencipta dan pengubah muzik Eropah. Beliau
mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan keinginan mengekalkan
kebudayaan.Oleh kerana semangat cinta pada negara dan keinginan untuk
menjadi muzik dalan kehidupan harian rakyat, beliau telah menghasilkan
falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang
merupakan aspek pengkaedahan yang lain digelar sebagai Kaedah Kodaly.

2.2 Falsafah Zoltan Kodaly


Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah, muzik kepunyaan manusia,
nyanyian adalah asas kemahiran muzik, muzik rakyat sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran, nyanyian koir, alat muzik tidak digunakan,
pembelajaran muzik perlu berlaku di awal pra sekolah dan muzik perlu
menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.(Michael & Philip,
2019) Menurut Kodaly, semua kanak-kanak mempunyai potensi dalam
muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil
persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain. Kaedah Kodaly
menjadi rujukan kepada kurikulum muzik di sekolah dan juga di institut
pendidikan guru. Menurut Margaret(1971), terdapat tiga jenis teknik atau
komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu Tonik
Solfa, Isyarat Tangan, Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

3.0 Pendekatan Orff

3.1 Latar Belakang


Carl Orff adalah seorang pengubah muzik dan juga seorang ahli pedagogi
yang berbangsa Jerman. Beliau telah memperkenalkan kepada dunia
tentang imaginasi dan fantasi kanak-kanak terhadap dunia muzik. Namun

2
pada zaman ini, pendekatan Orff sering digunakan dalam permainan alat
muzik di peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

3.2 Falsafah Orff


Beliau telah mencipta alat perkusi ‘Barred’ yang bermodelkan zailofon dari
Afrika dan menerbitkan 5 jilit buku muzik untuk kanak-kanak. Pendekatan ini
digunakan di Negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris.
Pendekatan beliau adalah menyeronokkan kerana ia mengutamakan citarasa
kanak-kanak yang semulajadi dan boleh memperkembangkan potensi
mereka mengikut kebolehan tahap masing-masing tanpa sebarang
keraguan.Menurut Orff, peranan guru sebagai fasilitator sahaja manakala
kanak-kanak diberi peluang mencuba dan menilai bahan-bahan yang dicipta
dan kemudian memilih hanya yang difikirkan sesuai.(Alan, 2014) Dalam
pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting
digunakan antaranya eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang
mana akan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas
semula jadi mereka terhadap muzik.

4.0 Dalcroze

4.1 Latar Belakang


Emile Jaques-Dalcroze ialah seorang pendidik muzik Swiss yang mencipta
kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik
melalui pergerakan berirama. Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat
dalam pedagogi Orff Schulwerk yang digunakan secara meluas di Amerika
Syarikat.(Andreas, 1966)

4.2 Falsafah Dalcroze


Menurut Dalcroze (2013), muzik dan gerakan sentiasa berkaitan. Dalam
setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik
tersebut. Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan
Improvisasi. Elemen-elemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan
muzikal yang menyeluruh dalam membentuk ahli muzik yang baik. Dalam
kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek diadun melalui aktiviti
kreativiti muzik dan pergerakan.
512 patah perkataan

3
5.0 Rujukan

Jaques-Dalcroze, E. (2013). The Eurhythmics of Jaques-Dalcroze. Read Books.

Liess, A. (1966). Carl Orff. Calder and Boyars.

Spurgeon, A. L. (2014). Orff, Carl (USA). Oxford Music Online.


doi:10.1093/gmo/9781561592630.article.a2267403
Houlahan, M., & Tacka, P. (2019). Zoltan Kodaly: A Guide to Research. London, England:
Routledge.

Stone, M. L. (1971). Kodaly and Orff music training techniques: history and present practice.

You might also like