You are on page 1of 1

Refleksi RPH

A) Kebaikan

Saya telah menggunakan video ikan pada set induksi untuk menarik perhatian murid
dan penggunaan kandungan video juga berkaitan dengan lagu yang perlu saya ajari iaitu
ikan kekek. Saya juga memgunnakan video lagu ikan kekek semasa mengajar lagu
supaya murid tidak rasa bosan Ketika belajar lagu, mereka boleh sambal menyanyi dan
melihat animasi yang terdapat dalam lagu. Saya juga membuat demonstrasi kepada
murid semasa menepuk tangan dan memain alat perkusi mengikut lagu. Bimbingan
terhadap murid amat penting untuk murid. Saya juga mengadakan perbincangan dalam
kumpulan untuk murid menghasilkan pergerakan kreatif.

B) Kelemahan

Melalui pemerhatian saya, kebanyakan murid mengalami kesusahan dalam


menghasilkan Gerakan kreatif. Mereka malu untuk mengeluarkan pendapat mereka.
Selain itu, semas sesi perkembangan, mereka menepuk tangan dan memain alat perkusi
dengan tempo yang sama.

C) Cadangan Penambahbaikan

Untuk menyelesaikan masalah semasa sesi perkembangan saya telah membuat


demonstrasi untuk mereka dan murid mengikut guru.Untuk masalah penghasilkan
Gerakan kreatif, saya telah membimbing mereka supaya memberi fokus pada kata
kunci untuk menghasilkan gerakan. Saya juga membimbing mereka bahawa mereka
boleh membuat pengerakan kaki dengan menukat tempat mereka semasa persembahan.

You might also like