You are on page 1of 3

No.

Angka Giliran: 2018242340133 EDUP3063

Soalan 3

Menurut Van der Linden (1986), bank item merupakan satu koleksi item ujian yang
banyak, semuanya mengukur ciri atau domain pengetahuan yang sama, yang
disimpan dalam satu komputer bersama dengan anggaran empirikal parameter
itemnya. Fail-fail atau pelbagai item ujian yang baik yang dikodkan berdasarkan
mata pelajaran, tahap pengajaran, objektif pengajaran yang diukur dan pelbagai ciri
item yang berkaitan (Rudner, 1998). Pada masa kini, penggunaan bank item telah
menjadi sesuatu kebiasaan dan telah memudahkan guru dalam pembinaan dan
pengurusan bank item. Guru dapat mengenal pasti dan mengeluarkan bank item
apabila diperlukan.

Antara kebaikan yang pertama ialah guru menjimat masa dalam menggubal soalan
peperiksaan. Proses pembinaan ujian mengambil masa yang lama dari pembinaan
Jadual Spesifikasi Ujian ke penggubalan soalan. Guru sentiasa menghadapi
masalah dan tergesa-gesa semasa pembinaan ujian. Masalah ini dapat diselesaikan
kerana pembinaan bank item yang mengandungi fail-fail item ujian telah menjimat
masa dan mereka boleh memilih apa-apa soalan yang mereka perlu berdasarkan
kehendak. Semua item dalam bank item telah dirintiskan.

Selain itu, pembinaan bank item dapat memastikan guru tidak mengulangi soalan
yang sama dalam tahun yang berturut-turut. Hal ini merupakan salah satu isu kerana
soalan turut diulangi setiap tahun dan terdapat murid mengambil kertas soalan
daripada senior dan mereka mendapat skor yang tinggi hanya membaca kertas
soalan sahaja. Kemungkinan berlaku soalan tersebut sudah tidak sesuai untuk murid
kerana perubahan kurikulum. Jadi, bank item telah menyelesaikan masalah guru
dan dapat memastikan soalan sentiasa paling baru mengikut perubahan
kementerian.

Seterusnya, penggubalan soalan melalui bank item dapat memastikan soalan yang
keluar sentiasa beroganisasi dan bersistematik. Bank item dapat memastikan
kesahan dalam pengeluaran soalan dengan bilangan item mudah, sederhana dan
aras tinggi adalah lebih kurang dan sesuai terhadap standard murid. Sesetengah
guru tidak memperolehi pengetahuan dan kemahiran tentang jadual spesifikasi ujian
dan menyebabkan mereka tidak mengeluarkan soalan mengikut jadual tersebut. Hal
ini telah menyelesaikan guru yang tidak berkemahiran dalam mengeluarkan soalan

1
No. Angka Giliran: 2018242340133 EDUP3063

dan telah menjejaskan keadilan murid semasa menduduki ujian kerana


kebemungkinan berlaku soalan terlalu susah atau terlalu mudah. Oleh itu, guru
dapat memastikan murid dapat menduduki ujian setiap kali dengan adil dan juga
megenalpasti standard murid dengan tepat.

Impak negative bank soalan terhadap guru ialah guru langsung bergantung kepada
bank soalan dan tidak memeriksa sebelum mengeluarkan soalan. Hal ini demikian
kerana sistem perisian bank item yang ada bukan semua sama di setiap sekolah.
Untuk sekolah yang menggunakan sistem separa terbuka dan sistem tertutup, guru
tidak boleh ubah struktur dan menambah soalan ke dalam bank soalan. Hal ini telah
menyekat guru untuk menggubal soalan yang baru. Mereka perlu menunggu pakar
untuk mengisi soalan baru tetapi kepakaran di Malaysia masih terhad. Untuk guru
yang menggunakan sistem terbuka, dia boleh menambah soalan baharu pada bila-
bila masa dan berkongsi dengan rakan guru lain. Guru juga dapat mengubahsuai
soalan bila-bila masa mengikut kehendak kurikulum. Kekurangan kepakaran
merupakan salah satu cabaran yang besar terhadap guru di Malaysia.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan bank item telah membawa
banyak faedah kepada guru lebih daripada keburukan. Jika guru dapat
menggunakan bank item dengan sempurna, murid dapat menikmati pendidikan yang
berkualiti.

2
No. Angka Giliran: 2018242340133 EDUP3063

Rujukan

Linden, P. V. (1986). Peter van Der Linden's guide to Question Bank. Prentice Hall
Ptr.

Rudner, R. (1998). Question Bank Guide for Education. AuthorHouse.

You might also like