You are on page 1of 6

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan ...................................................................................................... 2


2.0 Peranan Guru dalam Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif .......... 2
3.0 Strategi Untuk Membina Hubungan Positif antara Guru dan Murid Dalam
Bilik Darjah ....................................................................................................... 3
4.0 Model Pengurusan disiplin dan Pengurusan Bilik Darjah yang Sesuai .............. 4
5.0 Pengurusan Tingkah Laku yang Bermasalah dalam Bilik Darjah ...................... 4
6.0 Intervensi Menangani tingkah Laku Bermasalah yang Sesuai .......................... 5
7.0 Kesimpulan ....................................................................................................... 5
8.0 Rujukan ............................................................................................................. 6
1.0 Pengenalan
Dalam kerja kursus ini, saya akan menganalisis isu senario yang diberikan dengan
membincangkan lima kriteria iaitu peranan guru dalam membina persekitaran bilik
darjah yang kondusif, strategi untuk membina hubungan positif antara guru dan
murid dalam bilik darjah, model pengurusan disiplin dan pengurusan bilik darjah
yang sesuai dan intervensi menangani tingkah laku bermasalah yang sesuai
berdasarkan permasalahan.
2.0 Peranan Guru dalam Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif
Menurut Jere Brophy, pengurusan bilik darjah berkesan ialah keupayaan guru untuk
membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah supaya menjadi satu
persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran. (PdP) Persekitaran
yang kondusif dapat meningkatkan penglibatan murid dalam PdP dan memberikan
peluang interkasi positif dalam kalangan murid. Selain itu, sikap berdikari dapat
dipupuk dan murid akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
kendiri.Senario telah menunjukkan bahawa murid bercakap semasa perbincangan
dan tidak memberi perhatian.Pada pendapat saya, susunan bilik darjah perlu
disusun dan memberikan kontak mata antara guru dengan murid.Susunan juga
mestilah tidak menghalang pegerakan guru ke tempat duduk murid supaya guru
boleh bergerak ke tempat duduk murid yang berbuat bising tersebut untuk
menghalang mereka daripada bercakap. Apabila guru mengajar,pastikan guru dapat
melihat murid dan murid dapat melihat pengajaran guru tanpa mengalih kerusi atau
berdiri.Untuk menyelesaikan masalah murid bercakap dan tidak menumpukan
perhatian, guru perlulah menyusun meja kerusi meja murid secara fleksibel mengikut
aktiviti pengajaran yang telah dirancang. Contohnya, guru boleh menggunakan
susunan Seminar kerana guru dapat memantau keadaan setiap murid dan setiap
murid berpeluang untuk mendapat tempat duduk di barisan hadapan.Jika murid
tersebut masih tidak berhenti berbual-bual, guru tersebut boleh menegur murid
tersebut dengan memberi kontak mata kepadanya.Teguran yang diberi haruslah
berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid.Contohnya, ‘Perbualan
kamu menyukarkan pengajaran saya dan fokus dalam perbincangan.’ Dan bukan
‘Habib, kamu ini bising sangat !’. Kenyataan yang umum dan tidak memberitahu
mesalah sebernarnya bersifat menghina.Untuk mengawal keadaan kelas, guru
perlulah meningkatkan cara komunikasi dengan murid kerana ia merupakan asas
pengurusan bilik darjah yang baik.Kemahiran berkomunikasi berkesan dapat
membantu guru menyampaikan objektif pengajarannya dengan jelas.

2
3.0 Strategi Untuk Membina Hubungan Positif antara Guru dan Murid Dalam Bilik
Darjah
Kanak-kanak menghabiskan masa mereka lebih kurang tujuh jam dalam kelas.Oleh
itu, suasana pembelajaran di dalam bilik darjah banyak mempengaruhi tingkah laku
guru dan murid.Jadi, guru perlu membina hubungan positif dengan murid kerana
mereka mempunyai strategi-strategi pembelajaran yang berlainan dan cara-cara
tersendiri untuk mencapai matlamat pembelajaran.Pada pendapat saya, guru dapat
mengawal keadaan kelas dengan memberi soalan yang menncabar untuk
perbincangan.Individu yang menghadapi situasi yang mencabar akan lebih berusaha
dan otak dapat berfungsi dengan berkesan(Willis,2006).Hubungan yang baik antara
guru-murid dapat menaikkan motivasi guru. Guru juga dapat mengawal kelas
dengan lebih baik dan meningkatkan kerjasama dengan murid.Untuk menyelesaikan
masalah murid tidak mendengar arahan cikgu seperti senario yang ditunjukkan, guru
perlu menunjukkan tingkah laku guru yang positif dengan penggunaa bahasa yang
baik. Ia dapat membolehkan murid menghormati guru. Guru tersebut boleh jadilah
seorang guru yang berhemah tetapi tegas dengan memberikan peneguhan yang
sesuai kepada tingkah laku yang diteriama di dalam kelas.Guru sendiri juga perlu
menunjukkan contoh dan teladan yang baik melalui kelakuan dan bahasa
percakapan dengan murid-murid.Walaupun murid tersebut tidak mendengar arahan
untuk berhenti bercakap, guru perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dan
elakkan menggunakan bahasa yang kasae.Sekiranya ingin menegur murid,gunalah
bahasa yang sesuai dan tegas.Tegaskan kepada murid tentang peraturan kelas iaitu
jangan berbuat bisisng apabila kuliah diadakan dalam kelas.Contohnya: ‘Saya tahu
awak seorang murid yang baik, tetapi kenapa berkelakuan begini?’.Guru tersebut
perlulah membina kemahiran asertif semasa berkomunikasi dengan meluahkan
pendapat dan arahan dengan jelas dan tegas agar dapat membentuk tingkah laku
murid.Tingkah laku yang dikehendaki dapat membantu dalam melicinkan proses
PdP. Guru tidak perlu berkompromi terhadap tingkah laku murid berbuat bising
dalam kelas yang mengganggu rutin guru mengajar dan hak murid lain untuk
berbincang.

3
4.0 Model Pengurusan disiplin dan Pengurusan Bilik Darjah yang Sesuai
Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asa pengurusan disipli yang
kukuh.Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), displin bermaksud
kesangguppan seseorang individu menghormati dan mamatuhi undang-undang
sama ada disiplin dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Model yang paling
sesuai untuk menangani situasi murid bercakap di dalam kelas ialah Model Disiplin
Asertif Canter. Menurut Canter (2001), model ini berasaskan peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat dripada tingkah
laku yang ditunjukkan.Guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan
dan memastikan murid mematuhinya.Model ini lebih menekankan penetapan dan
penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan
dengan tegas.Oleh itu guru tersebut perlu menjadi seorang guru yang asertif iaitu
jelas dengan matlamt pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan
peraturan.Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas
dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan murid rutin dan peraturan
tersebut.Murid akan diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka
melanggar peraturan dengan berbuat bising di dalam kelas semasa
perbincangan.Jadi, murid-murid akan sedar dan jelas sebab peraturan tersebt
diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.Guru
tersebut tidak perlu membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas.Guru
dalam senario tersebut telah menunjukkan imej seorang guru yang tidak asertif
kerana dia meminta murid berhenti bercakap dan menyebabkan guru tersebut
kelihatan tidak tegas sampai murid tidak menghormati dan mempedulikan
arahannya.

5.0 Pengurusan Tingkah Laku yang Bermasalah dalam Bilik Darjah


Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama menjadi
perhatian para pendidik. Hal ini merupakan satu realiti yang menganggu PdP,
menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan
kepada guru. Senario yang dinyatakan telah menyebabkan guru tersebut
mempersoalkan keupayaannya serta mungkin hilang harapan dan berputus asa
terhadap pembelajaran muridnya.Pada pendapat saya, guru perlu mencegah
masalah disiplin yang berlaku dalam kelas dengan membuat perancangan untuk
meminimakan masalah yang mungkin timbul.Guru perlu mengambil tindakan apabila
murid tersebut tidak mengikut arahannya dengan memberi tindakan yang
sesuai.Bedasarkan scenario yang telah diberikan, murid itu telah menunjukkan
tingkah laku yang yang bermasalah.Hal ini telah menganggu pembelajaran dan

4
menimbulkan perasaan marah atau tidak selesa dalam kalangan murid lain.Untuk
menangani masalah tingkah murid tersebut, guru perlu menunjukkan sikap yang
asertif dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku di dalam bilik
darjah.Guru tersebut harus menampilkan sikap tegas dan dalam masa yang sama
tidak autokratik.Apabila berdepan dengan seorang murid yang tidak mendengar
arahan guru, guru perlu tegas menyuruh murid itu berhenti bercakap atau
memberikan hukuman yang setimpal. Pada umumnya, kanak-kanak akan
menunjukkan tingkah laku kurang sesuai atau berani melanggar peraturan sekolah
dengan guru yang tidak mengambil berat tentang perbuatan murid. Hal ini kerana
mereka tahu boleh buat apa-apa sahaja kerana guru tidak mengambil indakan.

6.0 Intervensi Menangani tingkah Laku Bermasalah yang Sesuai


Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal
tingkah laku bermasalah daripada mengganggu keberkesanan dan kelancaran
aktiviti di dalam bilik darjah.Guru perlu memikirkan langkah-langkah yang sesuai
untuk menguruskan tingkah laku murid-murid dengan berkesan di bilik
darjah.Senario yang ditunjukkan bahawa murid itu tidak mendengar arahan guru
perlu dikurangkan sebelum menjadi lebih serius.Teknik yang sesuai untuk
menguruskan tingkah laku murid tersebut ialah Teknik Modidikasi Tingkah Laku.Guru
boleh menggunakan prinsip peneguhan iaitu Sistem Token.Token berfungsi seperti
wang yang dapat ditukar dengan barangan yang digemari atau aktiviti yang
menyeronokkan.Guru perlu menyenaraikan tingkah laku spesifik yang akan diberi
token.Jika murid itu melakukan persalahan, token akan dikurangkan.Sesiapa yang
mendapat paling banyak token akan mendapat ganjaran pada akhir bulan.

7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, guru harus menguasai dan memahami konsep pengurusan
bilik darjah dan menyedar peranan sendiri sebagai seorang guru dalam menangani
masalah disiplin dan tingkah laku murid.Untuk memastikan proses PdP dapat
dijalankan secara lancar, guru perlu memahami situasi bilik darjah dan latar belakang
murid yang akan diajar.Langkah-langkah pencegahan dan intervensi perlu diambil
untuk membantu guru menyelesaikan masalah yang timbul dalam pengurusan bilik
darjah.Dengan pengurusan bilik darjah yang lancar, guru dapat memastikan murid-
murid mendapat peluang untuk mempelajari isi pelajaran yang hendak diajar.

1199 patah perkataan

5
8.0 Rujukan

Pelajaran, M. K. (1989). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran: (7hb November, 1979).
Brophy, J., Alleman, J., & Knighton, B. (2010). A Learning Community in the Primary
Classroom. London, England: Routledge.
Glasser,W.(1975). Reality Therapy: A new Approach to Psychiatry, dalam Evertson, C.M. &
Emmer, E.T.(2009).Classroom Management for Elementary Teachers,Upper
Saddle River, N.J: Pearson
Canter, L., & Canter, M. (2001). Assertive Discipline: Positive Behavior Management for
Today's Classroom. Canter & Assoc.

You might also like