You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAN TANJONG LALANG

28000 TEMERLOH,
KELAB RUKUN NEGARA
PAHANG DARUL MAKMUR

LAPORAN KAJIAN KES KELAB RUKUN NEGARA


DAN PENJANAAN KEWANGAN KELAB RUKUN
NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG LALANG

KELAB RUKUN NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG LALANG
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR.

1
1.0 Pengenalan (sejarah penubuhan di malaysia)
Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Seiring dengan
namanya, maka aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada
kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermatlamat agar ianya dihayati dan difahami malah
dapat dibudayakan dlam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
khususnya di kalangan warga muda. Penubuhan kelab rukun negara telah diilhamkan oleh
YAB Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan Hari
Perpaduan peringkat kebangsaan 2000 di Melaka (ketika itu beliau adalah selaku Timbalan
Perdana Menteri). Beliau telah menyarakan agar KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah
supaya menerusi kelab ini murid akan didedahkan mengenai latar belakang dan falsafah
Rukun Negara agar ianya benar-benar dapat difahami, dihayati serta dibudayakan dalam
hidup seharian. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN,JPM) telah dipertanggungjawabkan
oleh kerajaan untuk mewujudkan kerjasama denan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 Masalah

Berdasarkan pemerhatian saya semasa berada di SK Tanjong Lalang, saya telah


dapat mengenalpasti beberapa masalah yang berbangkit dalam persatuan ini. Antaranya
ialah guru mempunyai kekangan dari segi masa untuk melaksana program bersama-sama
murid memandangkan guru juga sibuk dengan beban kerja-kerja pengkeranian yang
melibatkan semasa waktu aktiviti kokurikulum berlangsung. Selain itu, ada di antara murid-
murid yang ponteng ke aktiviti kokurikulum selepas waktu persekolahan tamat. Mereka akan
mengambil kesempatan semasa murid-murid Tahap 1 yang dibenarkan pulang awal
daripada murid Tahap 2. Mereka akan pulang bersama-sama dengan murid Tahap 1. Bukan
itu sahaja, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dengan aktiviti kokurikulum ini
dijalankan kerana mereka telah menyiapkan kelas tambahan dan kelas tuisyen untuk anak-
anak mereka setelah selesai sesi persekolahan. Sebagai contoh, ibu bapa telah
mendaftarkan anak mereka ke kelas berenang dan kelas alat muzik yang diadakan pada
waktu petang di pusat-pusat yang berkenaan. Dengan jadual yang telah ditetapkan ini, pihak
ibu bapa berfikiran bahawa guru tidak mampu untuk melatih anaknya ke tahap yang lebih
tinggi daripada pada sebelum-sebelum ini. Mereka juga akan memandang rendah terhadap
kebolehan gur-guru di sekolah kerana mereka mampu untuk membayar yuran yang lebih
mahal dan guru yang lebih berkemahiran dan mendapat kelulusan yang diiktiraf oleh pihak
yang berkuasa. Antaranya ialah masalah dalam mendapatkan wang untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti di sekolah. Selain itu, masalah daripada pihak muri juga dimana mereka
enggan membayar yuran sekiranya terdapat program atau lawatan yang akan dibuat bagi

2
memenuhi aktiviti yang telah dirancang dalam takwim kelab. Di samping itu, pihak sekolah
juga telah memperuntukkan sejumlah wang bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan tetapi
kadang kala wang yang diperuntukkan masih tidak diterima lagi oleh pihak sekolah. Maka
guru terpaksa menggunakan duit poket sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil wang
peruntukkan daripada pihak sekolah.

3.0 Pelaksanaan dan aktiviti yang dijalankan

Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di SK Tanjong Lalang telah melaksanakan


aktiviti yang berteraskan kepada pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman
(4P) Rukun Negara di kalangan pelajar dan murid. Selain itu, kelab ini juga dijadikan
sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi
nasional dalam kalangan murid. Aktiviti-aktiviti Kelab Rukun Negara dirangka dan
dilaksanakan berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara. Antara aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan menerusi kelab ini ialah:

1. Lafaz ikrar Rukun Negara dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.

2. Forum dan ceramah mengenai kelima-lima prinsip Rukun Negara

3. Karnival Patriotik

4. Pertandingan Pidato Rukun Negara.

5. Pertandingan Menulis Esei / Puisi tentang Rukun Negara, patriotisme dan

perpaduan nasional.

6. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Rajah 1: Hari Kantin Rajah 2: Kempen Kibar Jalur Gemilang

3
Rajah 3: Pertandingan Pidato Rajah 4: Lafaz Ikrar Rukun Negara

4.0 Strategi Menjana Sumber Kewangan

Berdasarkan rekod-rekod yang saya dapati, kebanyakkan sumber kewangan yang diperoleh
adalah daripada barang jualan semasa Hari Kantin. Hasil barang yang dijual oleh ahli Kelab
Rukun Negara amat meemberangsangkan kerana barangannya merupakan barangan yang
digemari oleh murid-murid lain. Selain itu, Kelab Rukun Negara SK Tanjong Lalang juga
mendapat sedikit sumbangan daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
(JPNIN) sebagai satu galakan untuk lebih giat dalam menyertai pelbagai aktiviti yang
dianjurkan. Di samping itu, sumber kewangan bagi Kelab Rukun Negara ini juga mendapat
sumbangan daripada pihak PIBG dimana mereka mengambil berat tentang program-
program dan aktiviti-aktiviti yang membentuk sahsiah murid ke arah identiti nasional.

5.0 Analisis SWOT

Analisa SWOT Kelab Rukun Negara SK Tanjong Lalang

KEKUATAN (STRENGTH) KELEMAHAN (WEAKNESS)


1) Sokongan daripada pihak pengurusan 1) Kekurangan bahan dan alatan yang
dalam pelaksanaan program Rukun Negara diperlukan dalam menjalankan aktiviti.
membolehkan pelbagai usaha
dilaksanakan. 2) Murid yang terpilih kurang berminat
dalam menjalankan aktiviti kelab.
2) Mempunyai guru yang berpengalaman
dalam mengendalikan aktiviti kelab.
3) Tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan oleh murid apabila
3) Ramai murid menunjukkan minat terhadap melibatkan program yang
aktiviti yang dijalankan menggunakan wang yang perlu
dibayar oleh murid.
PELUANG (OPPORTUNITY) ANCAMAN (THREATS)
1) Mendapat bantuan rakan sejawat. 1) Bebanan tugas guru yang perlu
dilakukan kerja-kerja pengkeranian di
2) Sokongan daripada pihak pengurusan. sekolah.

2) Kekangan masa yang dihadapi oleh


3) Membentuk identiti nasional dan perasaan guru dan murid memandangkan
cinta pada negara dalam diri murid. terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti
sekolah yang perlu dijalankan.

4
6.0 Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan bagi aktiviti KRN ini ialah dengan mewujudkan satu tabung
hasil sumbangan daripada mana-mana pihak supaya bendahari kelab dapat memaklumkan
baki duit yang masih ada dalam tabungan. Selain itu, setiap transaksi wang keluar dan wang
masuk perlulah direkodkan supaya pergerakan duit itu dapat diperincikan dan guru
penasihat jelas dengan pergerakan duit kelab. Bukan itu sahaja, bagi menggiatkan lagi hasil
duit, aktiviti jualan boleh dilakukan sebulan sekali semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
Secara tidak langsung, duit kelab akan sentiasa bertambah dan mampu untuk menampung
belanja dalam menjalankan program yang disenaraikan di dalam takwim.

7.0 Kesimpulan

Bagi mencapai matlamat untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu
selaras dengan wawasan negara, maka penubuhan KRN akan menjadi pemangkin kepada
proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Dari semasa ke semasa
peranan KRN akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat
direalisasikan. Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak
adalah faktor terpenting bagi memastikan kelab ini dapat berperanan penting seiring
penubuhannya.

You might also like