You are on page 1of 5

Tugasan 2 : Laporan Kajian Kes

Pengenalan

Persatuan Young Buddhist Association of Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bergerak di
bidang sosial kemanusiaan yang bukan untuk mengaut keuntungan. Aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan ini sepanjang tahun ialah aktiviti kebajikan, perubatan, pendidikan, kemanusiaan,
perlindungan alam sekitar, penderma sumsum tulang, bantuan antarabangsa dan sukarelawan
komuniti. Persatuan yang kini berpusat di Kuala Lumpur, Selangor ditubuhkan oleh Master Cheng
Yen, seorang biarawati, pada 14 April 1966, selepas dia terinspirasi oleh guru serta mentornya
iaitu Master Yin Shun dengan harapan yang besar iaitu : "demi ajaran Buddha dan demi semua
makhluk". Berbeza dengan komuniti Buddhis pada umumnya yang lebih memfokuskan diri pada
penerangan dan meditasi, Persatuan ini memfokuskan pada persekitaran sosial. Young Buddhist
Association of Malaysia terdiri daripada sukarelawan yang mempunyai latar belakang yang
berbeza-beza dengan melintasi perbezaan suku, agama, ras, bangsa, dan golongan untuk
bersama-sama menyebarkan cinta kasih kepada seluruh dunia. Para sukarelawan juga sering
terlibat dalam pelbagai latihan. Mereka dapat dikenali melalui pakaian seragam yang khas ketika
sedang melakukan kegiatan kebajikan masyarakat.

Sejarah Penubuhan

Persatuan ini ditubuhkan oleh dharma master Cheng Yen di Kuala Lumpur, Selangor pada tahun
1966. Ia dianggotaioleh sukarelawan dari 47 buah negara dan terdapat 345 pejabat urusan
persatuan ini di seluruh dunia. Pada tahun 1989, atas pegangan teguh ajaran dan amanah
Dharma Master Cheng Yen, Ye Ci Jing, seorang warganegara Taiwan yang bekerja di Pulau
Pinang, giat menyebarkan ‘Semangat Tzu Chi’ ke merata tempat di Malaysia. Pada tahun 1992
pula, pelabur dari taiwan, Encik David Liu Ming Ta dan isterinya Echo Chien Su Hsia melawat
Reveren Bo Yuan di Kuala Lumpur. Reveren Bo Yuan menggalakkan mereka melaksanakan misi
Yayasan Tzu Chi Taiwan di Malaysia. Sejak itu, mereka mula menceburi dunia Tzu Chi dan giat
menjalankan kerja amal di Malaysia (Tythamas, 2012). Pada Julai 1993, pejabat urusan pertama
Tzu Chi Malaysia telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pejabat ini dinaikkan taraf kepada Cawangan
Yayasan Tzu Chi dalam tahun 1997. Pada Mac 1995, Encik David Liu dan Puan Echo Chien
menerima 2 amanah dan mandat daripada Dharma Master Cheng Yen untuk mengendalikan
pentadbiran dan pengurusan pejabat Tzu Chi di Kuala Lumpur dan Melaka. Pada Mei 1997,
bangunan ‘ Jing Si’ Melaka dibuka secara rasminya. Pada tahun 1998 dan February 2006,
pejabat urusan Tzu Chi Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing dinaikkan taraf kepada
Cawangan dan bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan perkembangan aktiviti-aktiviti
bagi kesemua pejabat urusan di Zon Tengah dan Zon Selatan Semenanjung Malaysia serta
Malaysia Timur. Kini, lebih daripada 40 pejabat urusan ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Kaedah dan Proses Penubuhan

Persatuan Young Buddhist Association of Malaysia ditubuhkan oleh Master Cheng Yen, seorang
biarawati yang melatih diri di Vihara Pu Ming, Hualien. Di vihara kecil ini, Master Cheng Yen
beserta para muridnya hidup dengan bergantung kepada hasil bercucuk tanam, menjahit kasut
bayi, ataupun industri rumah tangga dan bertekad untuk tidak menerima sumbangan. Kegiatan
kemanusiaan Tzu Chi bermula dari 6 murid Master Cheng Yen yang setiap hari mengait
tambahan sepasang kasut bayi untuk mengumpul dana kemanusiaan. Di samping itu, Master
Cheng Yen memberi celengan buluh pada 30 ibu rumah tangga yang menjadi pengikutnya (Taher,
2014). Dia meminta agar setiap hari mereka menjimatkan 50 sen wang belanja dan
memasukkannya ke dalam celengan itu. Dengan mengumpul wang ini, setiap bulan telah
terkumpul NT $ 1.170 untuk membantu kaum miskin. Berita ini dengan cepat tersebar di Hualien,
dan semakin banyak orang yang ingin menyertai. Untuk menghimpun semua kebajikan itu, Badan
Bakti Amal Tzu Chi dibentuk pada bulan Mei 1966 dan berpusat di Vihara Pu Ming. Seiring waktu,
badan amal ini diubah namanya menjadi Yayasan Kemanusiaan Buddha Tzu Chi. Pada awal
masa pembentukan Yayasan Kemanusiaan Buddha Tzu Chi, Master Cheng Yen bersama para
pengikut mengambil tempat sempit dan kecil yang tidak lebih dari 20 m² di Vihara Pu Ming, sambil
berupaya menghasilkan produk untuk menyokong kehidupan, sambil menguruskan jalan
organisasi. Pada musim luruh tahun 1967, ibunda Master Cheng Yen membelikan sebidang
tanah yang sekarang digunakan untuk bangunan Griya Perenungan. Walaupun demikian, Master
Cheng Yen beserta para pengikut masih tetap mempertahankan prinsip hidup mandiri. Kos
perluasan seluruh projek Griya Perenungan, selain bergantung kepada pinjaman wang dari bank
atas dasar gadai janji hak pemilikan tanah tersebut, juga daripada hasil usaha kerajinan tangan
mereka. Sehingga kini, Master Cheng Yen dan para 3 pengikutnya tetapq hidup berdikari dengan
bercucuk tanam ataupun menjalankan industri rumah tangga.

Aktiviti dan perkhidmatan yang diamalkan

Dari segi kebajikan, konsep Tzu Chi “membantu yang miskin, mendidik yang kaya” telah
menyedarkan golongan berada untuk membantu golongan miskin. Antara bantuan yang
diberikan adalah bantuan sara hidup, bimbingan dan kaunseling, membersihkan atau
membaikpulih rumah, bantuan pendidikan dan perubatan, bantuan kecemasan dan sebagainya.
Bantuan yang diberi kepada warga jagaan Tzu Chi bukan untuk sekali sahaja. Malahan, perhatian
jangka panjang dan pemantauan perkembangan diri warga jagaan Tzu Chi dilakukan dari semasa
ke semasa. Sukarelawan Tzu Chi akan melawat mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Bantuan tersebut akan diteruskan sehingga warga jagaan dapat berdikari atau meninggal dunia.
Keunikan misi kebajikan Tzu Chi adalah bantuan dihulurkan tanpa mengira bangsa dan
kaum.Sukarelawan Tzu Chi telah menjalankan kerja amal dalam 68 buah negara di seluruh dunia.
Mereka juga memberi bantuan jangka pendak atau jangka panjang lepada warga miskin atau
yang sakit. Dari segi Pendidikan, Dharm Master Cheng Yen berpegang teguh kepada prinsip
bahawa pendidikan yang cemerlang harus meliputi aspek nilai murni, nilai hidup dan
perkembangan insan yang menyeluruh. Tzu Chi membentuk satu sistem pendidikan yang
sempurna dan menyeluruh dengan harapan melahirkan insan yang penyayang, prihatin dan
dedikasi. Usaha ini tercapai pada Julai 2007 dengan pernubuhan pusat pendidikan prasekolah,
sekolah rendah dan menengah, kolej teknik, university dan institut penyelidikan. Berdasarkan
prinsip “berkhidmat tanpa meminta balasan”, Universiti 10 Tzu Chi menubuhkan Pusat
Pembelajaran berterusan agat dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk belajar
sepanjang hayat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti hidup.

Perbandingan perkhidmatan

Persatuan Tzu Chi adalah persatuan yang memberi khidmat kepada masyarakat daripada
seluruh dunia. Persatuan tersebut telah memberi sumbangan dari segi kebajikan, pendidikan,
kemanusiaan dan perubatan kepada manusia yang menghadapi masalah. Pertubuhan NGO
adalah organisasi yang ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan
bukannya individu atau komersial. Kedua-dua pertubuhan tersebut memberi bersifat kebajikan
kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Aktiviti dalam NGO dan Tzu Chi
boleh dilaksanakan secara bersendirian, melalui kolaborasi dan perkongsian dengan organisasi
penderma. Namun, terdapat perbezaan antara kedua-dua persatuan Tzu Chi dan pertubuhan
NGO. Bantuan yang diberikan oleh Persatuaan Tzu Chi kepada golongan miskin akan diteruskan
sehingga warga jagaan dapat berdikari atau meninggal dunia manakala pertubuhan NGO adalah
pada masa yang diperlukan sahaja. Selain itu, terdapat NGO seperti badan koperasi yang
menjalankan aktiviti amal adalah untuk menjana keuntungan. Namun, kebajikan yang diberi oleh
persatuan Tzu Chi kepada golongan miskin bukan mendapat pendapatan sebaliknya adalah
untuk memberi bantuan kepada orang yang mengalami masalah dalam kehidupan.
Strategi menjana kewangan

Kutipan Dari Ahli Tzu Chi

Setiap tahun, ahli Tzu Chi akan memberi derma kepada Persatuan Taiwan Buddhist Tzu Chi
Foundation Malaysia tanpa mengira jumlah kewangan. Ahli akan memberi derma mengikut
kelayakan diri. Persatuan Tzu Chi juga akan mengutip wang daripada ahli-ahli apabila berlaku
bencana alam di dalam atau di luar negara. Sumber wang yang didapati menukarkan kepada
bekalan makanan, pakaian, penginapan dan pengakutan kepada mangsa-mangsa yang
mengalami bencana alam.

Jualan Amal

Jualan amal merupakan aktiviti yang menjana sumber kewangan untuk membantu masyarakat
yang miskin. Pelbagai makanan, sayur-sayuran, minuman, peralatan elektrik, barangan kitar
semula, buah-buahan, pakaian dan sebagainya telah dijual bagi mempelbagaikan jualan. Bahan
yang dijual dalam program jualan amal diderma daripada masyarakat yang murah hati. Hasil
kewangan daripada jualan amal dan kebajikan ini akan digunakan bagi menjalankan pelbagai
aktiviti kebajikan kelak.

Isu-isu berbangkit

Terdapat juga isu-isu yang dihadapi oleh Young Buddhist Association of Malaysia sepanjang
tempoh pertubuhan persatuan. Pertama sekali adalah kedudukan ibu pejabat yang tidak selesa.
Hal ini adalah kerana Young Buddhist Association of Malaysia tidak mempunyai bangunan
sendiri sebelum penganugerahan sebidang tanah daripada kerajaan. Dengan bantuan kerajaan
isu ini telah diselesaikan dengan sempurna dan mulai tahun 2003, Young Buddhist Association
of Malaysia telah memiliki bangunan sendiri yang cukup luas untuk semua kegunaan persatuan
ini.

Cadangan Penambahbaikan Dan Analisis SWOT

SWOT merupakan suatu bentuk analisis yang digunakan untuk menganalisis sesuatu
organisasi. SWOT merupakan akronim bagi kelebihan (strength), kekurangan (weaknesses),
ancaman (threat) dan peluang (opportunity). Pada mulanya SWOT adalah direka untuk
menganalisis perniagaan dan sektor industri. Akan tetapi kaedah SWOT telah digunakan dalam
mana-mana bidang yang sesuai pada masa ini.
Antara kelebihan strategi penjanaan kewangan untuk YBAM adalah YBAM mempunyai
pelbagai kaedah untuk menjana kewangan. Antara pendapatan kewangan YBAM adalah
daripada penerbitan, keahlian serta penyewaan ruangan bangunan. Hal ini dapat memastikan
YBAM tidak mudah menghadapi krisis kewangan kerana mereka bukan mengharapkan satu
sumber kewangan sahaja. Walaupun jika salah satu sumber kewangan menghadapi masalah
tetapi mereka masih boleh mengekalkan perjalanan persatuan dengan menggunakan sumber
kewangan yang lain. Sebagai contoh YBAM menghadapi masalah tentang sangat kurang ahli
yang ingin menyertai YBAM yang mengakibatkan penerimaan yuran yang berkurangan, tetapi
mereka masih boleh dapat menjana kewangan dengan menyewa ruangan serta penerbitan
bahan bacaan. Dengan ini YBAM dapat sentiasa mengekalkan aktivitinya dengan lancar.

Seterusnya adalah ancaman strategi penjanaan kewangan YBAM. Antara kelemahannya


adalah semua sumber kewangan YBAM adalah tidak tetap. Sebagai contoh penerbitan buku
memerlukan masa yang panjang untuk mendapat balasannya. Bukan itu sahaja penyewaan
ruangan juga bergantung kepada individu lain. Jika mereka dapati sewaan ruang yang lebih
murah mereka pasti akan memilih sewaan yang lebih murah daripada sewaan ruang di YBAM.
Tambahan pula, tiada yuran bulanan yang dikenakan kepada ahli-ahlinya. Hal ini bermaksud jika
tiada pengambilan ahli yang baharu mereka akan kehilangan satu sumber kewangan. Hal ini
akan menyebabkan mereka harus bergantung kepada sumber kewangan yang lain. Tuntasnya
sumber kewangan yang tidak tetap mungkin juga membawa YBAM kepada menghadapi masalah
kewangan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian kes yang dijalankan terhadap Young Buddhist Association of Malaysia
ini didapati dapat menjana sumber kewangan melalui saluran yang halal dan sah. Oleh itu,
persatuan ini adalah sesuai untuk ditubuhkan di sekolah bagi pelajar-pelajar bukan Muslim
kerana dapat mendatangkan pelbagai manfaat positif terhadap kebajikan para pelajar dan juga
dapat memberi bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah.

You might also like