You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantu dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang,
dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Menurut Kamarudin
Husin (1986), bahan batu mengajar merupakan satu bentuk komunikasi yang bertujuan
untuk memberitahu, mempengaruhi dan menghibur.
Bahan Bantu Mengajar terbahagi kepada tiga kategori iaitu Bahan Bantu Megajar
bukan elektronik seperti papan tulis dan buku teks. Seterusnya, Bahan Bantu Mengajar
berbentuk elektronik yang terdiri daripada slaid, pita video, pita rakaman, audio,
komputer dan sebagainya. Selain itu, kategori Bahan Bantu Megajar yang ketiga ialah
Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan,
pantomin, dan realia.
Dalam kemahiran seni bahasa dan tatabahasa terdapat beberapa jenis Bahan Bantu
Mengajar yang digunakan iaitu Bahan Maujud, Bahan Teks, Bahan Grafik, Bahan
Multimedia dan Bahan Autentik.
Jenis Bahan Bantu Mengajar yang dipilih untuk digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran seni bahasa ialah bahan maujud manakala untuk aspek tatabahasa
pula ialah bahan grafik.
Bahan Maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh
dan dipegang. Terdapat dua jenis bahan maujud iaitu realia dan diorama. Realia
merupakan bahan sebenar yang mudah didapati dan selamat digunakan. Contoh bahan
maujud realia ialah topeng, alat muzik dan boneka. Manakala diorama pula ialah sistem
pameran yang menggabungkan latar depan 3d dengan latar belakang 2d.
Manakala bahan grafik pula merupakan satu media yang dapat membantu guru
dalam menyampaikan pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan
dalam bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran,
gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik boleh diklasifikasikan kepada jenis
bergambar dan jenis tidak bergambar serta dipersembahkan dalam bentuk satu
dimenasi, dua dimensi dan tiga dimensi melalui buku, poster pengajaran, slaid, carta
dan sebagainya.

2.0 Bahan Bantu Belajar Aspek Seni Bahasa

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru terlebih dahulu perlu
menetapkan Standard Kandungan dan Stantard Pembelajaran untuk memudahkan

1
guru menetapkan jenis bahan bantu belajar yang akan digunakan. Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi aspek seni bahasa yang dipilih adalah
untuk murid-murid tahun 3.
Standard Kandungan yang dipilih ialah Standard Kandungan 4.3 iaitu
mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur. Standard Pembelajaran yang dipilih ialah
Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul,
intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik
hibur.
Setelah menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, guru
merancang aktiviti PdP pada hari tersebut dan bahan bantu belajar yang sesuai
untuk digunakan.
Bahan bantu belajar yang sesuai digunakan ialah topeng. Topeng digunakan
dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancang ialah melalui
lakonan iaitu lakonan cerita Sang Kancil Menolong Sang Kerbau. Terdapat tiga watak
utama dalam cerita ini iaitu Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Buaya. Manakala,
watak sampingan dalam cerita ini ialah Pencerita iaitu diceritakan oleh watak Burung
Hantu.
Topeng yang dibina ialah sesuai dengan watak-watak dalam dialog Sang
Kancil Menolong Sang Kerbau iaitu topeng Sang Kancil, Sang Kerbau, Sang Buaya
dan Burung Hantu.
Guru akan membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan yang terdiri
daripada kumpulan watak Sang Kancil, Sang Kerbau, Sang Buaya dan Burung
Hantu. Seterusnya, guru mengagihkan topeng kepada setiap kumpulan iaitu
kumpulan Sang Kancil akan mendapat topeng Sang Kancil manakala kumpulan
Sang Kerbau akan mendapat topeng Sang Kerbau dan begitu juga yang lain-lain.
Selanjutnya, guru akan memanggil salah seorang secara bergilir daripada
setiap kumpulan untuk melakonkan watak yang telah diberi pada setiap kumpulan
dengan memakai topeng yang telah diagihkan. Murid-murid diminta untuk
melakonkan watak yang telah diberi dengan mengujarkan dialog dengan sebutan
yang betul, intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan
secara didik hibur. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir sehingga setiap murid
mendapat peluang untuk melakonkan watak yang telah diberi oleh guru. Rajah 1
menunjukan contoh topeng yang telah dibina oleh guru.

Sang Kancil Sang Kerbau Sang Buaya Burung Hantu


2
Rajah 1: Jenis Topeng

Kelebihan penggunaan bahan maujud topeng dalam aspek seni bahasa


adalah untuk melakonkan sesuatu penceritaan dengan lebih menarik. Contohnya,
melalui dialog Sang Kancil Menolong Sang Kerbau, murid-murid dapat melakonkan
penceritaan itu dengan lebih menarik kerana adanya bahan maujud yang boleh
dipegang dan dirasai sendiri oleh murid-murid. Disamping itu juga, murid-murid dapat
mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Dengan
menggunakan topeng ia dapat memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid
untuk melakonkan sesuatu watak yang mereka perolehi contohnya watak Sang
Kancil, Sang Kerbau, Sang Buaya dan sebagainya.
Kelemahan bahan maujud topeng pula adalah guru mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan topeng tersebut dan kos untuk menyediakan topeng tersebut
agak tinggi kerana kertas yang digunakan ialah kertas yang berkualiti tinggi.
Seterusnya, murid-murid akan berasa cepat bosan kerana terpaksa menunggu
giliran untuk memakai dan melakonkan watak yang diperolehi kerana guru hanya
menyediakan satu topeng untuk satu watak.

3.0 Bahan Bantu Mengajar Aspek Tatabahasa

Standard Kandungan yang dipilih bagi aspek tatabahasa ialah 5.1 iaitu memahami dan
menggunakan golongan kata dengan batul mengikut konteks. Manakala, Standard
Pembelajaran yang dipilih ialah 5.1.5 iaitu memahami dan menggunakan kata adjektif warna
dengan betul mengikut konteks. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
dipilih adalah untuk murid-murid tahun 1.

Setelah menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, guru


memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dengan bahan bantu
belajar yang sesuai untuk digunakan.

Bahan bantu belajar yang sesuai untuk digunakan pada aspek tatabahasa ini ialah
Bahan Grafik. Bahan grafik yang dibina diperbuat daripada kad manila. dinamakan
permainan tikam-tikam. Dalam setiap sampul tikamtikam tersebut, terdapat satu kad
bergambar beserta ayat untuk dibaca oleh murid-murid.

Rajah 2 menunjukkan contoh bahan grafik permainan tikam-tikam yang dibina oleh guru.

3
Rajah 2 Permainan Tikam-tikam

Pertama sekali, guru akan menerangkan cara permainan ini kepada murid-murid.
Pada kad manila tersebut, terdapat 12 nombor secara keseluruhannya dan pada sampul
yang bernombor tersebut terdapat satu kad bergambar yang mempunyai warna berserta
ayat yang akan dibacakan oleh murid. Seterusnya, murid akan membaling dadu lalu melihat
nombor yang diperolehi. Jika murid tersebut mendapat nombor 4 pada dadu tersebut, maka
murid tersebut akan menarik kad gambar dalam tikam yang dibuat.

Selanjutnya, murid akan menjawab soalan guru tentang warna yang terdapat pada
gambar yang diperolehi melalui tikaman tersebut. Setelah menjawab soalan tersebut, murid
diminta untuk membaca ayat ringkas pada gambar tersebut dan guru membimbing bacaan
murid.

4
Penggunaan bahan grafik memainkan peranan yang penting terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru iaitu berkaitan dengan aspek tatabahasa. Ia
memberi kesan efektif terhadap ucapan guru tersebut dimana guru dapat menerangkan
perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas berdasarkan
visual. Contohnya guru ingin menerangkan tentang kesesuaian warna mengikut konteks
iaitu warna hitam sesuai digunakan untuk benda seperti kereta dan kerusi tetapi tidak sesuai
digunakan untuk bunga, matahari dan laut. Dengan penerangan guru tersebut, murid-murid
dapat melihat gambar grafik yang dipaparkan oleh guru.

Kelemahan yang didapati dalam penggunaan bahan grafik ini ialah tiada perbincangan
secara berkumpulan di kalangan murid-murid yang membolehkan berlakunya proses
penukaran. Hal ini kerana, seorang demi seorang murid membacakan teks pada bahan
grafik yang tiada proses perbincangan di antara murid-murid. Seterusnya, pengajaran
kadang kala membosankan kerana murid-murid perlu menunggu giliran untuk bermain
permainan Tikam-tikam tersebut.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu belajar adalah amat sesuai digunakan dalam
sistem pendidikan negara bagi mencapai keberkesanan secara menyeluruh.
Penggunaan bahan bantu belajar mampu mencapai objektif pembelajaran selagi
maklumat yang disampaikan akan meningkatkan kefahaman pelajar. Elemen-elemen
penting dalam penghasilan bahan bantu belajar juga memberi rangsangan untuk
menarik perhatian murid. Keseluruhannya, pernanan bahan bantu belajar sangat
mendatangkan kemanfaatan kepada sistem pendidikan negara.

You might also like