You are on page 1of 10

Tugasan 3 Kod MTES 3063 - laporan refleksi Pbs

1.0 Pemerhatian PBS

Pada tempoh 5 Ogos 2019 (hari Isnin) sampai 9 Ogos 2019 (hari Jumaat),
saya telah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC Wangsa Maju). Untuk menjayakan tugasan 3 Kod MTES
3063 : Laporan refleksi PBS, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap
pengajaran dan pembelajran guru di sekolah.

Tegaskan oleh YB Menteri dalam utusan (2018), “PAK-21 bukanlah


semata-mata berpaksikan teknologi, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP
yang menggalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi.
Dalam konteks pendidikan Negara kita, PAK-21 mestilah berasaskan nilai yang
menunjukkan kita sebagai warga Malaysia. Hakikat inilah yang dimaksudkan oleh
beliau bahawa tanpa teknologi, PAK-21 masih boleh berlaku.”

Melalui permerhatian saya, pedagogi guru di SJKC Wangsa Maju memenuhi


syarat PAK-21. Contohnya, guru sentiasa pertanyaan soalan yang bersifat KBAT
terhadap murid dan setiap murid diberi peluang dan dibimbing untuk menjawab
soalan. (pemikiran kreatif dan kritis serta penaakulan dapat dilatih). Guru juga
menggunakan teknologi dalam pengajaran supaya murid lebih senang faham dan
seronok dalam pembelajaran. Guru juga sentiasa memberi ganjaran dalam bentuk
pujian serta markah berkumpulan dan individu dengan menyediakan papan bintang
supaya murid bermotivasi dan seronok untuk belajar. Aktiviti PAK-21 seperti round
table dilaksanakan supaya murid diberi peluang untuk berbincang bersama kumpulan.
Idea kreatif dapat dicetuskan melalui berkolaborasi antara guru dan murid serta
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

1
2.0 SWOT

a) S - Kebaikan Pelaksanaan Pak-21 Terhadap Murid

Menurut GPS Bestari (2017), sejak PAK-21 dilaksanakan, pemahaman


dalam pembelajaran murid meningkat. Kebaikan lain ialah murid menjadi lebih
berkeyakinan dalam pembelajaran, sosial komunikasi dan sebagainya. Murid yang
faham akan membimbing rakan mereka yang kurang menguasai. Dengan konsep
PA21, tiada lagi komunikasi sehala antara guru dan pelajar. Kini pelajar dan guru
mengamalkan komunikasi pelbagai hala.

Melalui pemerhatian PBS pula, saya mendapati hubungan guru dengan


murid menjadi erat. Murid berani, aktif dan minat dalam sesi soal jawab yang
berbentuk pertandingan. Murid sanggup berkolaborasi dengan kawan untuk
bersama-sama menyelesaikan soalan (masalah). Tanggungjawab pembelajaran
dipikul dan kerjasama diamalkan secara tidak langsungnya. Kelancaran sesi PdPc
dijaga dengan suasana bilik darjah yang amat kondusif (setiap bilik darjah di SJKC
Wangsa Maju disediakan prasarana seperti penghawa dingin, ‘smart board’ dan kipas
angin dalam meningkatkan kualiti pendidikan).

Kekuatannya juga termasuklah pelbagai jenis aktiviti PAK-21 seperti simulasi,


gallery walk dan hot seat boleh dijalankan untuk memenuhi pelbagai gaya
pembelajaran yang ada pada setiap murid. Contohnya, simulasi menunjukkan situasi
yang sebenar kepada murid (sesuai dengan murid bergaya visual) dan murid boleh
mendapat pengalaman kehidupan yang sebenar melalui simulasi (sesuai dengan
gaya kinestetik). Bagi gallery walk pula dengan hasil kerja murid berkumpulan sendiri
dan pembentagan diberikan kepada kumpulan lain (sesuai dengan gaya kinestetik,
audio dan visual) kerana murid-murid akan meneroka ilmu terlebih dahulu, kemudian
mereka akan berkongsi pandangan sertai maklumat yang dicari (kolaborasi dan
komunikasi berlaku melalui berkongsi) (fikiran kreatif dan kritis serta penaakulan
berlaku semasa menghasilkan kerja ) (kewujudan nilai tanggungjawab, kerjasama,
kepimpinan dan saling membantu pada ahli, jadi diri terbentuk). Murid-murid lain
boleh mendengar penerangan (audio) dan memahami konsep melalui gambar, grafik

2
atau I-think yang disediakan (visual) melalui pembentangan kumpulan tersebut. Bagi
hot seat pula, banyak soalan kreatif akan dikemukakan dan jawapan yang kreatif juga
boleh dihasilkan melalui penaakulan. Malahan hubungan menjadi semakin rapat
secara tidak langsungnya.

b) W - Kelemahan Pelaksanaan Pak-21

Menurut Nik Nazaitul Arisya Bt Abdul Aziz (2019), kelemahan terhadap


PAK-21 ialah para guru terpaksa bekerja lebih masa dalam meyediakan bahan
pengajaran abad ke-21 untuk menarik minat perhatian murid dalam pembelajaran
dan bahan yang direka perlu sesuai dengan tahap murid di bilik darjah. Contohnya,
guru menyediakan permainan online secara QR code dapat menjadikan sesi PdPc
lebih seronok dan berkesan tapi memerlukan banyak masa dalam merekacipta
permainan tersebut disertai kreatif guru.

Dari segi permerhatian saya, bukan semua murid melibatkan diri dalam
perbincangan kerja atau perkongsian kemungkinan tiada idea yang kreatif.
Kelemahan lain ialah murid-murid tertarik kepada penggunaan teknologi seperti
youtube, mereka akan melayari youtube pada masa rehat dengan tujuan hibur sahaja.
Kelemahan dalam perbincangan berkumpulan pula ialah sebahagian murd akan
berbual-bual kosong dan bukan berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan mereka
dan situasi ini agar susah dibendungkan sekiranya guru tersebut hanya memberi
tumpuan kepada sesetengah kumpulan.

3
c) O - Cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan PAK-21 terhadap murid

Berdasarkan kemunculan isu pelaksanaan PAK-21 yang dinyatakan dalam


tugasan 2 saya ialah guru tidak menguasai konsep PAK-21 dengan sepenuhnya dan
menyebabkan keliru. Sesetengah guru akan salahpadam bahawa pedagogi PAK-21
hanya bertambah elemen penggunaan teknologi dan merancangkan aktiviti PAK-21
seperti gallery walk ataupun menyediakan maklumat dan tugasan pada schoology,
psdlet dan sebagainya sosial media sudah cukup. Sebenarnya, konsep PAK-21
adalah lebih berfokus dalam meningkatkan kualiti pendidikan (murid yang dilahirkan
adalah serbabole h- mereka boleh menguasai kemahiran komunikasi, kolaborasi,
pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah berlandaskan dengan nilai
moral yang diterima oleh masyarakat dan sanggup berjasa sebagai warganegara
Malaysia selain berkemahiran untuk hidup dalam dunia yang semakin canggih dan
bercabar ini. Murid menjadi lebih demokratif dan Malaysia boleh dimajukan dengan
rakyat yang berilmu sertai cinta negara.

Bagi isu kewangan pula kerana pembinaan prasaraan yang canggih


berteknologi dengan ciri-ciri PAK-21 (susun atur tempat duduk, ruang perbincangan,
meja kerusi yang sesuai dan sebagainya) memerlukan kos yang tinggi.

Untuk isu yang ketiga ialah keadaptasian pihak berkenaan terutamanya guru
dan murid terhadap perubahan PAK-21. Guru perlu menyediakan soalan yang
berunsur KBAT dan kreatif sertai rancangan aktiviti yang sesuai untuk setiap murid di
kelas manakala murid-murid dibimbing untuk menjawab soalan KBAT dan
menghasilkan tugasan yang disediakan pada internet atau menjayakan aktiviti
PAK-21 dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan
teknologi dalam segala urusan sekolah seperti guru perlu memasukkan markah murid
pada sistem online dalam masa yangditetapkan oleh KPM serdangkan keseluruhan
guru di Malaysia memasukkan markah secara online pada masa yang sama dan
masalahnya internet bersumbang.

4
d) T - Cara Penyelesaian Bagi Isu Yang Timbul Tersebut

Guru boleh menyertai kempen PAK-21 yang dianjurkan oleh kerajaan


supaya memahami konsep PAK-21 dengan tepat sekali dan memperoleh maklumat
yang terkini. Menurut GPS bestari (2018), Kementerian Pendidikan melancarkan
Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang membolehkan guru
berkongsi pengalaman pengajaran menggunakan pendekatan berasaskan PAK21
dalam kelas masing-masing (Contoh kempen boleh merujuk kepada lampiran 1).

Bagi penyelesaian isu kedua ialah pihak sekolah mendapatkan wang


daripada pihak luar seperti PIBG. Ini dibuktikan dengan perkataan Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam BeritaHarian online (2017), “kini sudah terdapat
sekolah yang mempunyai kelas PAK-21 yang dibiayai dengan kerjasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain persatuan alumni dan sektor swasta. Menurut kata
beliau juga "Ada juga sekolah berasrama penuh dan kebanyakan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) yang mempunyai kelas pintar yang menerima sumbangan
daripada pihak luar,"

Bagi penyelesaian isu ketiga pula ialah guru perlu usahakan dalam
menyesuaikan diri terhadap PAK-21 dengan membuat persediaan awal serta
menguasai kemahiran pedagogi PAK-21 dengan berkolaborasi rakan pembelajaran
lain yang berpengalaman.

5
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, trenda kurikulum di sekolah rendah termasuklah kurikulum


matematik adalah pelaksanaan PAK-21 dalam PdPc supaya kebajikan murid dalam
pendidikan terjaga iaitu setiap murid mendapat pendidikan yang berkualiti mengikuti
tahap masing-masing. Murid tidaklah belajar untuk peperiksaan tetepi belajar untuk
hidup dalam dunia yang bercabar nanti dengan berkemahiran 6C atau 4K1N iaitu
kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kreatif dan kritis, perwatakan dan
kewarganegaraan. Dengan kerjasama dan usaha antara satu sama lain, pelaksanaan
PAK-21 akan dijayakan dan Malaysia juga boleh diperkembangkan ke arah yang
semakin maju nanti serta mampu bersaing dengan negara lain di peringkat
antarabangsa.

6
4.0 Rujukan

BH Online. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 di semua sekolah.


https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/337703/pembelajaran-abad-ke-21
-di-semua-sekolah. Dimuat turun pada 19 Ogos 2019.

GPS Bestari. (2017). 11 kelebihan Konsep PA21 yang sudah mula menampakkan
kesan kepada murid..
https://www.gpsbestari.com/berita/11-kelebihan-konsep-pa21-yang-sudah-m
ula-menampakkan-kesan-kepada-murid-1.616429. Dimuat turun pada 19
Ogos 2019.

7
GPS Bestari. (2018). KPM lancar Kempen Guru PAK21 galakkan guru kongsi
pengalaman dan tonjol pendekatan terbaik di kelas.
https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/kpm-lancar-kempen-guru-pak21-
galakkan-guru-kongsi-pengalaman-dan-tonjol-pendekatan-terbaik-di-kelas-1.
918130. Dimuat turun pada 19 Ogos 2019.

Nik Nazaitul Arisya. (2019). Pembelajaran Abad Ke-21.


https://prezi.com/p/ezkzeeppvs5d/pembelajaran-abad-ke-21/. Dimuat turun
pada 19 Ogos 2019.

Utusan Online. (2018). Pembelajaran abad ke-21: Harapan, realiti dan cabaran.
https://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapa
n-realiti-dan-cabaran-1.590819. Dimuat turun pada 19 Ogos 2019.

5.0 Lampiran

Lampiran 1 : Contoh gambar kempen yang dianjurkan oleh KPM

8
9
10

You might also like