You are on page 1of 1

Tutorial 1 Minggu 2 : Konsep Asas Hubungan Etnik

1. Jelaskan pengertian etnik seperti yang ditakrifkan oleh Max Webber.

Menurut Max Webber, Etnik ialah sekumpulan manusia yang


mempunyai asal usul yang sama dan perkaitan darah. Pada masa yang sama,
mereka percaya bahawa kepunyaan mereka tersebut. Antara asas persamaan
kepunyaan asal usul yang sama ialah persamaan ciri-ciri fizikal tubuh,
budaya dan pengalaman sejarah yang sama.

2. Huraikan dua kesan negatif daripada amalan dan pemikiran rasisme.

Kesan negatif pemikiran rasisme ialah manusia terbahagi kepada


kumpulan-kumpulan yang secara semula jadi berbeza dari segi perlakuan
sosial dan kemampuan mental. Dengan yang demikian, wujud kumpulan
unggul dan kumpulan lemah.
Selain itu, pemikiran beginilah yang menghalalkan sistem perhambaan
di Amerika Syarikat. Orang kulit hitam dianggap tidak akan dapat mencapai
tahap peradaban orang kulit putih. Ini juga merupakan kesan negatif kedua
yang tertimbul daripada pemikiran rasisme ini.

You might also like