You are on page 1of 2

Kesultanan Melayu Melaka merupakan lambing pertemuan masyarakat

pelbagai etnik. Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek pemerintahan,
perdagangan, kependudukan dan kebudayaan.

Terdapat banyak kerangka teori. Contohnya, Teori Ekologi, Teori Freudian,


Struktur Fungsionalisme, Teori Kelas dan sebagainya. Mikrosistem melibatkan
persekitaran yang terdekat. Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem
dengan mikrosistem yang lain. Ekosistem merupakan pengalaman dengan
persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang
diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang
dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Makrosistem melibatkan
perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat. Krosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.

Ras merupakan konstruk yang dibentuk oleh masyarakat. Mengikut ahli


biologi yang lain, sebenarnya hanya terdapat satu kategori ras iaitu ras manusia.
Rasisme merupakan ideologi yang diwujudkan untuk membuat justifikasi atau
penjelasan secara rasional supaya wujudnya ketidaksamarataan dalam kalangan etnik
yang berbeza. Etnosentrisme ialah kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah
paling baik berbanding dengan kumpulan etnik lain.

Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik,


sama ada berbentuk positif ataupun negatif. Prejudis ditakrifkan sebagai kepercayaan
dan perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Diskriminasi merujuk
kepada layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain.

Segregasi ialah proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan


sosial tertentu dipisahkan dengan individu atau kumpulan sosial lain. Akomodasi
ialah proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam masyarakat. Akulturasi
merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Asimilasi merupakan
proses apabila kumpulan minoriti atau yang baharu mengamalkan budaya dan identity
kumpulan minoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Amalgamasi merupakan satu
proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya
dan ras baharu.

You might also like