You are on page 1of 4

Konsep budaya ( Grafik )

konsep budaya
Kebudayaan merupakan
tamadun sesuatu
masyarakat yang diwarisi
daripada satu generasi
kepada satu generasi yang
berikutnya. Kebudayaan
berkaitan dengan
keseluruhan sistem
kehidupan yang dipraktikkan
oleh sesuatu masyarakat.
Dalam kebudayaan itu,
terkandung unsur sosial,
kepercayaan, sistem simbol,
unsur teknologi, ekonomi
yang menjadi milik
masyarakatnya. Budaya
dapat membezakan sesuatu
masyarakat dengan
masyarakat yang lain.
Budaya sesuatu masyarakat
dapat menentukan
keperibadian kebangsaan
sesebuah negara. Di
Malaysia, budaya Melayu
dipersetujui sebagai teras
kebudayaan kebangsaan,
namun unsur-unsur budaya
kaum lain seperti Cina dan
India turut diambil kira.

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya
boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Edward B. Tylor (1871)
Budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya
terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral,
undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang
diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Kroeber dan Kluckhohn, 1952; Geertz, 1973 (Ahli Sosiologi)
Budaya merujuk kepada gaya atau cara hidup manusia secara
keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai, pengetahuan, perlakuan dan
bahan material (material objects) yang dikongsi oleh mereka.
Taib Osman (1988) Kebudayaan adalah cara hidup: Cara mengatur
hidup satu-satu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan
hari-hari (seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang
dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam sekitar atau world-view, dan nilai-
nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan
sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

konsep
budaya
Ciri- Ciri
Budaya
BOLEH DIPELAJARI
DIWARISI
BERSIFAT SEJAGAT
BOLEH DIKONGSI
BOLEH BERUBAH-
UBAH
Konsep
Asimilasi
Asimilasi merupakan satu
proses percantuman dan
penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga
membentuk satu
kelompok dengan
kebudayaan dan identiti
yang sama. Asimilasi
mutlak menyebabkan
berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan
identiti.
Konsep
Akulturasi
Akulturasi merupakan
perpaduan dua budaya.
Kedua-dua unsur kebudayaan
yang bertemu dapat hidup
berdampingan dan saling
mengisi tetapi tidak
menghilangkan unsur asli
kedua-dua kebudayaan
tersebut. Perpaduan antara
kebudayaan yang berbeza ini
berlangsung dengan damai
dan serasi. Akulturasi ialah
suatu proses sosial

Pengaruh Luar
Dalam Masyarakat
Melayu
Fahaman Asal
Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu
pada asalnya
berfahaman
animisme. Animisme
merupakan fahaman
yang percaya akan
kuasa ghaib
Pengaruh Hindu
Apabila pengaruh
Hindu masuk ke
alam Melayu yang
dibawa oleh
pedagang dan
penyebar agama
tersebut,
kepercayaan Hindu
menjadi cara hidup
masyarakat
Pengaruh Islam
Selepas Hindu,
pengaruh Islam
pula berkembang
dengan
kedatangan
mubaligh ke rantau
ini. Mengikut Dato
Dr. Abdul Monir
Yaacob dalam
kertas kerjanya
bertajuk Islam
dalam
Mempengaruhi
Pemikiran Melayu
(2003), pengaruh
agama Islam
terhadap orang
Melayu sangat kuat
Pengaruh Barat
Kedatangan Barat
berlaku selepas
kedatangan Islam
kerana penjajahan.
Sebelum itu, aktiviti
perdagangan
berlaku.
Kedatangan
mereka turut
mempengaruhi
orang Melayu.
Pengaruh Lain
Orang Cina datang
ke Tanah Melayu
pada zaman
pemerintah
Inggeris. Mereka
bekerja di
lombong-lombong
bijih di samping
menjalankan
perniagaan.
Komunikasi
berlaku antara
pelbagai kaum
yang mendiami
negara ini.

You might also like