You are on page 1of 6

isi KANDUNGAN

BAB HALAMAN

I PROSES PRARANCANGAN

Latar Belakang BIG……………………………………………..

Latar Belakang Peserta………………………………………...

Demografi Peserta………………………………………………

Persekitaran Program…………………………………………..

Kemudahan Fizikal……………………………………………...

II HALATUJU PROGRAM BIG

Objektif BIG………………………………………………………

Slogan Kumpulan……………………………………………….

Moto kumpulan………………………………………………….

Logo kumpulan………………………………………………….

Pengertian kumpulan…………………………………………..

Lagu kumpulan………………………………………………….

Piagam kumpulan………………………………………………

III LAPORAN RELEKTIF

Laporan aktiviti LDK……………………………………………

Laporan aktiviti Kayak…………………………………………

Laporan aktiviti Air…………………………………………….

Laporan aktiviti memasak…………………………………….

Laporan aktiviti jungle trekking……………………………….


Matlamat big

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang
selaras dengan Pinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

OBJEKTIF BIG

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat :

1. Membina semangat keyakinan diri.

2. Berakhlak mulia dan patuh kepada peraturan dan undang-undang.

3. Membentuk displin diri para guru.


4. Membentuk kemahiran interpersonal para guru.

5. Memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang.

6. Membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.

7. Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

8. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan


refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

9. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza.

10. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau kreativiti

11. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif
terhadap kerjaya perguruan.

12. Membina kemahiran berfikir pada tahap yang tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

13. Memupuk semangat berpasukan, berkerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan


tugas secara berkumpulan.

14. Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.


KEMUDAHAN FIZIKAL
Terdapat pelbagai kemudahan fizikal terdapat di tapak perkhemahan itu. Kumpulan kami
adalah kumpulan pertama yang merasmikan tapak perkhemahan tersebut. Antara kemudahan
yang terdapat di tapak perkhemahan itu ialah:

a) Dapur
- Tersedianya gas dapur dan tempat memasak yang agak sempit jika
hendak dimuatkan dengan semua peserta.
-Terdapat paip untuk aktiviti mencuci.
- Tempat mencuci pinggan mangkuk juga turut disediakan.

b) Bilik air
- Bilik air dan tandas disediaka.
- Terdapat 4 buah bilik air yang disediakan dan dapat menampung
keperluan para peserta.
- Bilik air juga mempunyai tempat pembahagian lelaki dan perempuan.
- Bilik air perempuan disediakan 2 tangki untuk mandi di luar.

c) Dewan
- Untuk menjalani aktiviti dalam kumpulan dan bagi aktiviti perbincangan
dijalankan.
- Kemudahan LCD tidak disediakan.
- Bilik solat dan bilik moral disediakan.

d) Kayak Dan Pendayungnya.


- Terdapat kayak yang disediakan di sana.
- Pendayung juga mancukupi untuk para peserta BIG kali ini.

e) Jaket Keselamatan
- Jaket yang terdapat di sana juga mencukupi malah para pensyarah
juga berpeluang menggunakannya.
- Jaket yang disediakan sempurna Cuma saiznya sahaja yang terlalu
besar.

f) Peralatan Untuk Kembara


- Kembara yang dimaksudkan ialah jungle trakking.
- Peralatan seperti beg mengambara, botol minuman dan kompas
disediakan oleh para peserta.

g) Peralatan Kecemasan
- Digunakan apabila berlakunya kecemasan.
- Tersedianya kemudahan perubatan seperti plaster, ubat antiseptic, kain
kapas dan lain-lain lagi.
- Peserta yang diamanahkan peti kecemasan ini perlulah membawanya
bersama setiap kali ada aktiviti.

h) Peralatan Memasak
- Peralatan dapur seperti kuali, periuk, senduk dan lain-lain disediakan dalam kuantiti yang
agak banyak.
- Bahan memasak juga disediakan seperti garam, gula, milo, susu dan lain-lain juga disediakan
untuk memudahkan para peserta memasak.

i) Khemah.
- Sejumlah 12 buah khemah telah didirikan dengan 6 buah untuk peserta
perempuan dan 6 lagi ialah untuk peserta lelaki.
- Khemah yang berbentuk iglu telah disediakan dan telah siap dipasang.
- Kebersihan khemah juga agak terjaga.

You might also like