You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

2.0 Konsep budaya, ciri-ciri budaya, elemen dan proses dalam budaya

Konsep budaya:

Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal
daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Manakala perkataan culture
dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti membuat dan
mengerjakan. Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu
generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan
pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban
dan kemajuan. Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur
hubungan manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan masyarakat. Kebudayaan
tersebar melalui perlakuan manusia, sama ada baik mahupun buruk. Dengan kata lain,
kebudayaan merangkumi segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik serta
berubah mengikut perkembangan manusia dan persekitaran.

Justeru dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan keseluruhan cara hidup


manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam
sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan
diwarisi secara turun temurun. Pendek kata, kebudayaan merangkumi bentuk sosial, politik,
adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.

Ciri-ciri budaya:

Masyarakat Malaysia mempunyai budaya masing-masing dan tersendiri. Renttan itu, budaya
menjadi amalan masyarakat Malaysia yang menunjukkan keperibadian, identiti, dan jati diri bagi
sesebuah masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budaya
dapat menjelaskan budaya sesuatu masyarakat. Terdapat beberapa ciri budaya masyarakat
seperti bersifat dinamik, menerima dan menolak unsur tertentu, diwarisi dan
berkesinambungan.
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami
perubahan kesan perkembangan masa dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu
misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-
kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin
dilupakan. Dari sudut pekerjaan pula terdapat perubahan dengan wujudnya keperluan semasa.
Buktinya, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan
pada masa dulu tetapi kini masyarakat Melayu juga ramai yang terlibat dengan sektor
perindustrian dan perdagangan.

Seterusnya, penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh


sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama
yang sedia ada. Terdapat juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai
dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana
anggota masyarakat bersedia untuk menerima idea-idea baru yang membawa kebaikan kepada
masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan
dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan
agama.

Di saming itu, kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang
lain. Budaya yang menjadi amalan nenek moyang suatu ketika dahulu diperturunkan kepada
generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan kebiasaan masyarakatnya.
Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih
dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Al-Quran dan adat bersanding. Adat
tersebut masih diamalkan walaupun mempunya perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat
peredaran zaman. Tambahan pula, setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses
kesinambungan sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan
seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam
bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan
daya kreativiti masyarakat untuk mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat
resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan dalam beberapa aspek tertentu.
Elemen:

Selanjutnya, elemen budaya boleh terbahagi kepada dua iaitu budaya material dan budaya
bukan material. Budaya material terdiri daripada objek yang boleh disentuh secara fizikal
ataupun artifak misalnya peralatan, kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, senjata, perahu,
perabot dan sebagainya. Sebagai bukti, keris adalah senjata yang digunakan oleh masyarakat
Melayu terutamanya dalam kalangan pendekar, pahlawan dan pembesar istana sejak zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu lebih kurang 800 tahun lampau. Keris merupakan suatu alat
kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan yang dihasilkan secara unik oleh masyarakat
terdahulu. Aspek penting bagi mata keris ialah rupa awan larat dan corak pamor, coraknya yang
berbentuk ombak terhasil daripada campuran logam dan nikel. Jadi, terserlah kehebatan orang
Melayu daripada hasil ukiran keris ini yang bijak mencampurkan bahan-bahan logam sehingga
membentuk senjata yang unik.

Budaya bukan material pula merupakan unsur yang tidak wujud secara fizikal dan tidak
dapat disentuh. Contohnya, adat, kepercayaan, bahasa dan nilai. Misalnya, adat istiadat ialah
sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir,pegangan hidup serta amalan sesuatu
masyarakat. Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut sebagai kebiasaan dan akan
menjadi adat yang diterima bersama-sama oleh semua masyarakat. Secara tidak langsungnya,
adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat tanpa paksaan serta lalu
diamalkan secara turun-temurun. Istiadat pula merupakan cara-cara atau peraturan untuk
melakukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Berikutan itu,
terdapat dua bentuk adat yang penting dalam masyarakat Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.

Proses dalam budaya:

Proses pembudayaan merupakan proses yang menunjukkan cara sesuatu budaya meresap ke
dalam kelompok masyarakat. Proses pembudayaan ini berlaku menerusi interaksi antara satu
kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Secara amnya, proses pembudayaan
dalam hidup masyarakat Malaysia dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu asimilasi,
akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segresi. Proses ini menyebabkan wujudnya
kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya
dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial (Mansor, Abdul
Rahman dan Mohamad Ainudin, 2007). Terdapat dua jenis asimilasi iaitu asimilasi budaya dan
asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses di mana kumpulan minoriti mempelajari ciri-ciri
kebudayaan masyarakat setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya,
cara berpakaian, bahasa dan adat resam. Asimilasi struktur pula merupakan proses di mana
kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat
dominan. Konsep asimilasi ini diwakili formula A + B + C = A. Dalam konteks Malaysia, proses
asmiliasi dapat dilihat menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
harian. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara ini.

Seterusnya, akulturasi ialah satu proses di mana berlaku perubahan dan pinjam-
meminjam unsur kebudayaan (Mardianah dan Hasnah, 2003). Contohnya, penggunaan bahasa
yang sama supaya integrasi sosial tidak diganggu oleh perbezaan dan sempadan kumpulan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan
identiti asal masyarakat penerima. Konsep asimilasi ini diwakili formula A + B = AB. Dalam
sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih
kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat
awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur
kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali
leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.

Selain itu, akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing (Syamsul Amri, 2007). Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C
= A + B +C. A, B dan C di sini merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara
harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka juga
saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan
etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Dalam hal ini, masyarakat
majmuk di Malaysia masih bebas mengamalkan budaya mereka. Ini kerana, rakyat di negara ini
mempunyai perasaan hormat-menghormati antara satu dengan lain meskipun mempunyai
perbezaan latar belakang.

Selanjutnya, amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru (Syamsul Amri, 2007). Cara utama
dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan
C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi iaitu satu kumpulan baru
yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang
sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau
budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Dalam konteks Malaysia, amalgamasi dapat
dilihat menerusi kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya yang terhasil daripada perkahwinan
campur masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

Berikutan itu, segregasi merupakan pengasingan atau penyatuan antara satu kumpulan
etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain. Pengasingan tersebut berlaku atas dasar agama,
ras, kebudayaan dan ciri-ciri lain. Pengasingan tersebut berlaku dalam beberapa kaedaan iaitu
tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar. Contohnya,
pemisahan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Oleh ha demikian, kewujudan sistem pendidikan vernakular
telah menyebabkan kaum-kaum utama di Malaysia dipisahkan mengikut kelompok etnik
masing-masing.

Rentetan itu, proses pembudayaan tersebut mencerminkan cara kumpulan minoriti


menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Perkara tersebut juga menggambarkan
integrasi dan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia meskipun
mempunyai kepelbagaian budaya. Dengan adanya akomodasi di dalam masyarakat, sudah
dapat mencerminkan bahawa masyarakat adalah dalam keadaan bersatu padu. Namun
demikian, keadaan integrasi yang sebenar hanya dapat dicapai bermula dengan berlakunya
proses akulturasi, asimilasi dan akhirnya mengalami amalgamasi.
3.0 Analisis takrif, sejarah dan latar masyarakat melayu yang menjadi tunjang DKK

Takrif:

Perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di
hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Tempat tersebut terletaknya kerajaan Melayu sebelum
atau semasa adanya kerajaan Srivijaya kira-kira 1500 tahun dahulu. Dari segi etimlologi pula,
perkataan Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yang bermaksud bukit atau
tanah tinggi. Manakala dalam pengertian khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan disebut sebagai gugusan pulau
Melayu yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia.

Kini, di negara Malaysia orang Melayu didefinisikan mengikut perlembagaan dalam


oerkara 160(2). Orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur
bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, lahir sebelum hari merdeka sama ada di
Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari merdeka serta bermastautin di
Persekutuan atau di Singapura. Tambahan lagi, Syed Husin Ali yang juga merupakan ahli
antroplogi di Malaysia mengatakan bahawa orang Melayu itu dari segi zahirnya berkulit sawo
matang, berbadan sederhana dan lemah lembut serta berbudi bahasa. Oleh hal demikian,
sehingga kini dapat dilihat bahawa orang Melayu di negara ini masih memiliki ciri-ciri tersebut.

Latar belakang masyarakat Melayu:

4.0 Kesimpulan

Rujukan

https://cikguafzan96.blogspot.com/2019/07/proses-pembudayaan-dalam-hidup.html

http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/BAB_DUA_KONSEP.pdf
https://www.academia.edu/6244819/Bahan_Tugasan_Budaya
https://rumahsosiologi.com/tulisan/konsep-dasar/33-elemen-kebudayaan

You might also like