You are on page 1of 29

KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan
etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan
mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu,
Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada
daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah
atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa
makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan
digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu,
Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara
serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi
bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh
didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan
terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya
bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai
nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut
demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan
Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.


Konsep Negara Bangsa
Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara
yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai
sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian
yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui
aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah
aspek kebangsaan

Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan
negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol
yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan
sebagainya.
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-
lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Keperluan Mengkaji Masyarakat
1. Manusia Hidup Bermasyarakat
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang
menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan
individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu
menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.

2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan mewujudkan keharmonian
dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.

3. Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih
bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak
akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.

4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran,
teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka,
kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan
sesuatu masyarakat.

Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk
masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial
wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat
meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama
ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi
berikutnya dnegan proses penyesuaian.

3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana
faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru
mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama
di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak
lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya.
Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan
keturunan.

6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya
atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin,
kelas bawahan

Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan
hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam
zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra

KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia
seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata
dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris
atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap
masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti
perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap
alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam
juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya
bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan
budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya.
Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Ciri-Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada
tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak
lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk
mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-
kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor
iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud
yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai
menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi
oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia
wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.

*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok
manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya
yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)

*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya
Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa
yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa
maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa
lampau.


*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak
mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang
berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah
tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan
sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih
cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.



*Perlambangan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu
kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka
seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai
pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam
kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta,
sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat
luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh
manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.


1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia
menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya.
Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh
masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan
memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan
panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat.
Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini
bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur
hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo
memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan
bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan
sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi
fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga
akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama
bagi mencapai sesuatu.



PLURALITI BUDAYA
Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum bukan
Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan sebagai satu
penyelesaian masalah hubungan ras.
.
Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara
seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri
kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya)




TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun
mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni
dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai
wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland
adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman,
Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan
sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian
dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran
dan sebagainya.

Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan
dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang
beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh
berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses
asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya
lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

.Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-
jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.



HUB.ETNIK: Tajuk 2
hi there...^_^

TAJUK 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Definisi
Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
Masyarakat Plural dari J.S.Furnivall (1948):
Di Burma , seperti juga di Jawa, barangkali perkara yang awal menarik hati seorang pelawat ialah
campuran kumpulan manusia orang Eropah, Cina, India dan bumiputera. Dalam ertikata yang lebih
tepat, mereka bergaul tetapi tidak bersatupadu. Setiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan,
bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai individu mereka bergaul tetapi hanya di
pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan
manusia yang hidup berdampingan tetapi berasingan dalam setiap unit politik yang sama. Malahan
dalam bidnag ekonomi wujud pembahagian tugas mengikut garis perkauman
Ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada azam sosial
bersama

Prulraliti di Alam Melayu
Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dlm kepluralitian , tanpa paksaan oleh
mana2 pihak / kuasa
Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia
Ciri pluraliti ini (yg fleksibel sifatnya) kemudian musnah dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial
Eropah
Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta pecah/bahagikan
wilayah ini kpd satu komuniti masyarakat plural.

Pembentukan masyarakat berubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan dipaksa bergaul
dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi.
Masyarakat migran itu pula dtg dr pelbagai tamadun (China & India) yg dibawa masuk utk jadi buruh

Masyarakat Plural juga perkenalkan:
Ilmu,Konstruk social,Perbendaharaan kata, Idiom
Institusi spt peta, banci, muzium & kategori etnik, ekonomi kapitalis dan birokrasi politik (yg tidak
diketahui oleh masyarakat peribumi pd masa itu)
Wujud METODOLOGIKAL NASIONALISME
Iaitu satu cara membina dan menggunakan ilmu berasaskan kewilayahan negara-bangsa.
- Metod ini ketepikan konsep yg mengatakan kehidupan sosial adalah bersifat sejagat dan tanpa
sempadan
Hasilnya: wujudlah Kajian Malaysia, Kajian Indonesia dll

PLURALITI MASYARAKAT PLURAL
bukan semata2 satu ilmu yg menjadi titik permulaan, tetapi juga satu konstruk (gagasan) sosial yg
sebenar yg direstui dan dilengkapi dgn gugusan:
Idea-idea, Perbendaharaan kata, Idiom2 yg wujud di kalangan kehidupan seharian masyarakat Asia
Tenggara

HURAIAN : Pluraliti
Mereka datang berdagang secara sukarela utk cari kehidupan dan kekayaan
mereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat utk tinggal terus/menetap-
keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang
KESANNYA: wujud interaksi yg harmoni dgn penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-
agama di tempat baru itu
mereka sanggup juga berkahwin dgn masyarakat tempatan (asimilasi) seperti masyarakat Cina
baba
amalan dan adat resam yg diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan
seperti adat bersanding, maggar, bunga telor. Hasil asimilasi dgn pendtg India

Huraian: masyarakat Plural
Pendatang asing dari China dan India di bawa masuk demi kepentingan ekonomi-politik Inggeris
Mereka didatangkan khas utk kerja sbg buruh
Buruh2 Cina: di lombong2 bijih timah dan emas
Buruh India: diladang getah
Mereka dtg tanpa keluarga bersama
KESANNYA: hasrat utk pulang ke negara asal tidak pernah padam dr jiwa mereka, gagal
berasimilasi dgn penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-sosial-agama.
Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok masyarakat dgn sistem
sosio-politik-agama mereka sendiri.
Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yg hidup dgn dunia mrk sendiri- terasing dr kelompok yg
lain walau di tempat yg sama

PLURALITI BUDAYA DI ALAM MELAYU
A) Hubungan dgn China dan India
Hubungan telah lama wujud melalui perdagangan dan alam Melayu jd tempat persinggahan
pedagang drpd 2 negara ini.
Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama di alam melayu (Sri
Vijaya) yg menjd tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme utk dalami pengajian mereka.
Ia wujud abd ke 7M, ada 1000 penuntut
B) Zaman hinduisme dan Buddhisme
Hinduisme & Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan rakyat biasa di
alam Melayu
Sbb itu jarang terdapat nama2 yg bercorak hindu dan buddha di kalangan anak2 rakyat biasa.
Ini berbeza dgn Islam, hampir kesemua nama2 diberikan berdasarkan nama2 Islam
Juga tidak ada kitab2 besar spt falsafah, ketuhanan, fizik dsbgnya berasaskan Hindu & Buddha di
alam Melayu kecuali kitab2 keseniaan
Hindu & Buddha diterima baik di kalngan pemerintah alam melayu sebelum kedatangan Islam.
Ia ada impak politik kerana mitos hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan yg diutus ke bumi,
rakyat perlu taat dan patuh
Kebesaran raja2 ini digambarkan melalui candi2
C) Penjelmaan dari segi material dan non-material
Perubahan bersifat EPISTEMOLOGI (asal mula sesuatu ilmu pengetahuan)
Iaitu perubahan dr segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara kita melihat sesuatu,
seterusnya perubahan cara kita memahami sesuatu
Sebelum kedtgn Inggeris, ilmu pengetahuan di alam melayu lebih byk berasaskan epistemologi yg
bercorak metafizik (org Melayu memahaminya sbg ilmu yg bersumberkan alam ghaib).
Alam ghaib ialah alam non-material yg wujud di luar pengalaman pancaindera manusia (con:
amalan perubatan dukun/bomoh yg menggunakan jampi serapah dlm berinteraksi utk ubati penyakit)
Selepas kdtgn Inggeris: BERUBAH dr epistemologi metafizik yg bersifat non-material kepada
epistemologi Fizikal yg bersifat rasional saintifik.

Asas ilmu epistemologi fizikal ialah pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera & kemudian
diperkukuhkan dgn alat2 saintifik spt mikroskop
Epistemologi inilah yg kemudiannya memperkenalkan ilmu, kontrak sosial, perbendaharaan kata, &
institusi yg tidak diketahui oleh msrkt peribumi spt peta, banci, muzium, ekonomi kapitalis, birokrasi
politik dll
Semua ini kemudiannya dikenali ILMU KOLONIAL.

KEMUNCAK PLURALITI = ZAMAN KESULTANAN MELAKA

PEMERINTAHAN
Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia) diakui sehingga
digelar The Venice of the East
Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap).
Perlembagaan melaka berdasarkan ajaran Islam Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut
Melaka.Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan kerajaan Melaka

2) PERDAGANGAN
Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan dgn lancar dan
maju
Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin sussana yg aman
dan selamat kpd pedagang
Kepulauan Melayu terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah ketika itu
Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.

3) KEPENDUDUKAN
Zaman pluraliti proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan
Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan
Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan
Wujud masyarakat Baba, mamak
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum

4) KEBUDAYAAN
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju sbg pelabuhan
utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan Selat Melaka

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAISTIK OLEH PENJAJAHAN EROPAH
Titik pemisah antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dgn ketibaan penjajah Inggeris ke Asia
Tenggara (khususnya Tanah Melayu)
Kedatangan kuasa Eropah spt Portugis, Belanda dan Sepanyol berbeza dgn kedatangan Inggeris
Eropah :lebih menekankan imperialisme dlm misi kedatangan mereka
Inggeris: serampang dua mata iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ertinya, menjajah fizikal (kaut
segala sumber alam yg ada spt bijih, getah utk kepentingan ekonomi mereka hingga terpaksa bawa
masuk buruh Cina dan India) dan mental (perkenalkan sistem sosio-politik-agama mereka kpd
penduduk tempatan).
Hasilnya..
Mereka berjaya kawal masyarakat peribumi yg ramai sedangkan mereka sedikit shj
Begitu juga di India, 120,000 org Inggeris berjaya memerintah 600 juta org India
Bukan shj membentuk. Pluraliti sosial tetapi juga Pluraliti Alam Sekitar
Tidak ramai yg sedar bhw pohon2 yg tumbuh di sekeliling kita sebenarnya byk di bawa masuk drpd
pelbagai kawasan lain di dunia
Bunga Raya (Bunga Kebangsaan):dr Kepulauan Pasifik
Getah: drpd Brazil
Ini menunjukkan bukan manusia shj yg membentuk sistem sosial di Asia Tenggara bahkan muka
bumi dan alam sekitar juga mudah berinteraksi dgn tumbuhan drpd kawasan lain di dunia.
Penjajahan British: Prinsip, sistem, struktur dan dasar
Penjajahan British Asas kpd pembentukan masyarakat plural
Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu di waktu mereka telah maju dgn ilmu pengetahuan mereka
terutama dlm bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen
Mereka telah memisahkan antara agama dan sains moden.

KAEDAH DAN PRINSIP PENTADBIRAN PENJAJAH
Pemisahan negara dr Agama (Pecah Perintah)
Agihan Kuasa
(kehakiman, eksekutif, perundangan)
Federalisme
Sambungan
Akibat pertelingkahan antara gol. agama dan saintis di Eropah semenjak abad ke 16 -18M, ilmu
pengetahuan akhirnya terpisah kpd agama dan sains moden
Ia dinamakan sbg Rocks of The Ages: Science and religion in the fullness of life oleh Stephen
J.Gould
Masyarakat juga terpisah dua iaitu yg menyokong agama & yg menyokong sains moden

Ilmu yg berasaskan sains moden akhirnya mendpt sokongan majoriti
Agama kemudiannya dijadikan anutan individu shj
Ilmu sains moden dijadikan ilmu asas utk memerintah negara
Dasar ini diteruskan oleh Inggeris di neg jajahannya termasuk Tanah Melayu
Oleh itu, bila mereka dtg, dasar yg diterapkan ialah pentadbiran negara dikawal oleh mereka
manakala hal ehwal agama (Islam) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan-
sultan

Inggeris turut perkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan agihan kuasa iaitu:
KEHAKIMAN
EKSEKUTIF
PERUNDANGAN
Ketiga2nya tidak boleh bercampur aduk- ada bidang kuasa masing2
Ini berbeza dgn sebelum zmn Inggeris di mana tiada agihan kuasa berlaku kerana raja dan sultan
ada kuasa mutlak
SISTEM DAN STRUKTUR
EKONOMI KAPITALIS
PEMERINTAHAN MODEN
PENDIDIKAN
PEMERINTAHAN MODEN
Hasil pemisahan antara negara dan agama, terbentuklah sistem pemerintahan moden berasaskan
ilmu saintifik moden.
Sebelum kedatangan Inggeris, sistem kerajaan yg ada di alam Melayu ialah kerajaan yg
mencantumkan kedua2 aspek agama dan negara
Raja akan merujuk kpd penasihat agama utk buat sesuau keputusan penting
Golongan agama dan raja saling berperanan dlm sistem kerajaan
Sambungan
EKONOMI: daripada hanya berasaskan pertanian sara diri kpd sistem ekonomi perindustrian dan
perdagangan yg mana kedua-duanya sangat bergantung kpd keaktifan pasaran
Kecairan modal merupakan faktor penting bg menentukan pasang surut pasaran.
Ertinya, ekonomi ditentukan oleh modal (ini merupakan sistem ekonomi kapitalis)
PENDIDIKAN: diwujudkan dlm bentuk dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular.

MASYARAKAT PLURALSITIK SELEPAS MERDEKA
Masyarakat Malaysia sekali lagi alami perubahan setelah merdeka & penjajahan berakhir iaitu
kewujudan:


PLURALITI BARU dalam MASYARAKAT PLURAL

1. Federalisme Berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
Aspek penting dlm masyarakat pluraliti baru ialah Federalisme Berlapis
Iaitu wujudnya 2 jenis persekutuan dlm masa yg sama iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan
Persekutuan Malaysia
Anggota bg kedua2 persekutuan ini telah mengalami perubahan dr segi bilangan anggota semenjak
kemerdekaan 31 Pgos 1957
Sambungan
Anggota Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka pd 31/8/1957 hanyalah negeri2 yg ada di Tanah
Melayu shj.
Persekutuan Malaysia hanya terbentuk pd 16 September 1963 dgn anggotanya terdiri daripada :
Persekutuan Tanah Melayu
Singapura
Sabah dan Sarawak
(Brunei pada mulanya ingin menyertai tapi kemudiannya menarik diri)
Jadi, kemerdekaan 31/8/1957 hanyalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bukannya
kemerdekaan Malaysia.

2. Perlembagaan & pembangunan politik
Kontrak sosial sbg satu kesepakatan yg telah dirunding
Pembentukan parti2 politik etnik sbg model permuafakatan politik (spt Parti Perikatan, Barisan
sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif)
Sambungan..
Walaupun terdpt federalisme berlapis tetapi Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan
undang2 tertinggi negara dan rujukan kpd segala undang2 yg akan dibuat dan dilaksanakan
selepasnya
Perlembagaan jd panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini

Terdapat 2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu
PERTAMA: berlaku pd zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan
raja. Ia diistilahkan sbg waad.
Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yg mewakili rakyat dan Sang Sapurba yg mewakili
raja/pemerintah
Oleh itu, kita boleh memahami dgn mudah mengapa org melayu sangat taat setia kpd pemerintah
mereka dari kalangan sultan dan raja

KEDUA:
berlaku di zaman masyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh Inggeris utk memberikan
kemerdekaan kpd Malaysia
Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan setiap mereka mestilah
mencapai persetujuan tuk hidup bersama secara aman damai
1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC)
Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil masing2 utk bincang
kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan..
CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama ada yg mewakili
pemerintah @ pembangkang
Jadi, scr naturalnya kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara pakatan dgn parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu











HUB ETNIK: Tajuk 3
hi there...^_^



TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

Kandungan Perlembagaan
Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
Bahagian II - Kebebasan Asasi
Bahagian III - Kewarganegaraan
Bahagian IV - Persekutuan
Bahagian V - Negeri-Negeri
Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
Bahagian VIII - Pilihan Raya
Bahagian IX - Badan Kehakiman
Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan
dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Bahagian XII - Am dan Pelbagai
Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Jadual-Jadual
Senarai Pindaan
Senarai Perkara yang Dipinda

DEFINISI :PERLEMBAGAAN
(1). Satu set peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung jawab pihak yg mengawal
dan memandu hubungan di antara satu autoriti dgn autoriti yg lain, dan juga antara autoriti dgn rakyat
awam.
(2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm sesebuah negara
dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan: Naskah sahih
Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.
Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak
undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan
salinan Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu;
dan mana-mana salinan Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala
maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 160B. Teks sahih.
Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong
boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada
percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris
Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara
Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan @ rakyat
Umumnya ia terbahagi 2 jenis:
Pertama: perlembagaan bertulis - Perlembagaan bertulis: perlembagaan yg dikumpul & disusun dlm
satu dokumen
Kedua: perlembagaan tidak bertulis (dalam satu naskhah yang khusus) -Perlembagaan tidak
bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang2 yg diluluskan
oleh parlimen & keputusan2 mahkamah

Malaysia amalkan Perlembagaan Bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa drpd perlembagaan
Perlembagaan Malaysia mengandungi
a) Teks
15 Bahagian
183 Perkara dan fasal-fasal
b) Jadual-jadual
-13 Jadual
Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera
sabah/sarawak dll

Di Malaysia, tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia.
Malah ketiga2 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga
tertakluk kpd Perlembagaan Malaysia
Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kpd sekatan2 yg
dikenakan oleh Perlembagaan
Undang2 persekutuan @ negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharka TIDAK SAH oleh
mahkamah jika undang2 itu bercanggah dgn Perlmbgn Msia


Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia
adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yg diluluskan yg berlawanan dgn
perlembagaan adalah setakat mana yg berlawanan itu terbatal.
Ini yg disebut sbg: ketinggian perlembagaan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Sepanjang tempoh era penjajahan, o/Melayu sentiasa bangkit menentang
Selain perjuangan berdarah, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan
Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan2 spt Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu
Perak dll)
Juga media massa sbg medium perjuangan spt Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam)
Muncul tokoh2 spt Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll

MALAYAN UNION (MU)
Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah
meluluskan MU pd 10 Oktober 1945
Sir Harold Mac Michael dilantik wakil British utk dptkan t/tangan Raja2 Melayu.

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
1. utk menyatukan negeri2 & meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri2 spt Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
memerlukan perbelanjaan yg besar dan sistem pentadbirannya adalah terpisah
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dgn Jepun sebelum
ini dan pengenalan MU dpt melemahkan kuasa org Melayu terutamanya Raja-raja Melayu
3. Menjadi asas kepada British utk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri

CIRI-CIRI MALAYAN UNION
Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bwh pemerintahan Gabenor British. Gabenor
ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan
Kedaulatan raja2 Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa & boleh bersuara dlm soal yg
menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayau shj
Hak kerakyatan yg sama bg semua org tanpa mengira bangsa & keturunan. Bg yg telah menetap di
Tanah Melayu sblm MU, boleh jadi warga negara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas &
telah menetap 10 tahun.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU
Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dlm urusan pentadbiran negeri & hanya berkuasa dlm soal
agama Islam, adat istiadat Melayu & mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
Singapura dipisahkan dr MU & ia kekal sbg tanah jajahan Inggeris
Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yg telah bermastautin
lebih 10 tahun & lahir selepas MU, automatik jd w/negara
Hak sama rata kpd semua w/negara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki
apa2 keistimewaan
Cara Sir Harold Mc Michael mendptkan t/tangan raja2 Melayu yg menggunakan cara paksaan &
ugutan, spt Sultan Kedah yg telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan MU @ dilucutkan
dari takhta pemerintahan.
Penentangan MU
Januari 1946-Alor Setar, 50,000 org Melayu mengadakan demontrasi
10,000 org di Kelantan
10 Februari 1946- Johor, lebih 150,000 adakan demontrasi
Tapi MU tetap diisytiharkan pd 11 April 1946 & Sir Edward Gent sbg gabenor pertama
Org Melayu pulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dgn menggantikan
MU kpd Persekutuan Tanah Melayu.
British sedar tanpa sokongan org Melayu MU akan gagal.

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
British tubuhkan j/kuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 wakil raja2 Melayu, 2 wakil UMNO dan
6 pegawai British
j/kuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yg boleh diterima oleh org
Melayu
Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pd Disember 1947- terdiri drpd org
Wropah, Cina dan India, tujuannya utk dptkan pdgn org bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan T/Melayu diisytihatkan pd 1 Februari 1948

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
9 neg Melayu terlibat dlm persekutuan termasuk PP & Melaka. Singapura kekal menjd tanah
jajahan yg berasingan.
Kerajaan Persekutuan T/Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British & dibantu oleh Majlis
Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak
rasmi dan 3 ahli ex-officio.
Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yg terdiri drpd:
14 ahli rasmi
9 org Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka & PPinang
50 ahli tidak rasmi yg mewakili kaum2 asing
Sultan2 diberi semula hak & kuasa memerintah tetapi dgn nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan
Majlis Undangan Negeri
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di T/Melayu & tlh
bermastautin selama 8 12 tahun. Seorg pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun .
Umur minimum bg kedua2 situasi tersebut adalah 18 tahun & mempunyai pengetahuan BMelayu yg
baik.
Org Melayu diberi hak keistimewaan sbg kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dlm
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Merintis kemerdekaan
Pilihan raya 1:
1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
menang semua kerusi yg dipertandingkan (9)

Pilihan raya 2:
Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
12 kerusi dipertandingkan
Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas
1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu
1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan Melayu boleh
berkerjasama.
Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini
bersatu padu & berkerjasama
Sebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan &
kepentingan kaum masing2.
Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi
kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yg
didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dgn
MCA&MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.


Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil
Perikatan.
Diketuai Tunku Abdul Rahman.
Wakil Raja2 Melayu:
En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
Wakil Perikatan:
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm Negeri) selaku KETUA
Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
SETIAUSAHA: T.H.Tan


Rundingan berlangsung mulai 18 Januari 8 Februari 1956 (3 minggu)
Hasilnya: 8 Feb 1956 t/tangan Perjanjian London:
British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pd 31 Ogos 1957
T/Melayu berada dlm lingkungan Komanwel & menjlnkan pemerintahan scr demokrasi
British mendpt hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
Sebuah badan bebas ditubuhkan bg menggubal Perlembagaan T/Melayu iaitu Suruhanjaya Reid
Jawatan S/usaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dgn Menteri Kewangan & Menteri
Pertahanan, & dipegang oleh rakyat tempatan.

Perlembagaan Persekutuan T/Melayu tlh digubal oleh Suruhanjaya Reid yg ditubuhkan 1956.
Keahliannya:
Lord Reid (British)
Sir Ivor Jennings (British)
Sir William Mckell (Australia)
Hakim B.Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

s/jaya ini tlh meminta cdgn & pdgn parti2 politik, org ramai, individu2 & Raja2 Melayu.
Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang tlh mendpt persetujuan &pdgn semua rakyat. Inilah adalah
sebahagian daripada KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL
Persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg sangat
penting kpd kestabilan negara.
Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan yg longgar
berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bg bukan
Melayu)
Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila Singapura, Sabah &
Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September 1963

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN& KONTRAK SOSIAL
Unsur2 tradisi adalah faktor penting utk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke
arah perpaduan.
Ia juga kontrak sosial yg tlh disepakati
Unsur2 tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera Sabah
Sarawak & pemerintahan beraja
Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara.
Dilindungi di bawah Akta Hasutan
Dianggap sbg isu sensitif yg dilarang dijadikan isu perbincangan awam
PERLEMBAGAAN MALAYSIA: perkara-perkara yg menyentuh Hubungan Etnik
Perkara 3 (1) Islam sbg ugama bagi Persekutuan
Perkara 8: persamaan & hak sama rata & pengecualian peruntukan ini dlm soal agama, kedudukan
istimewa org Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, org
Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.
Perkara 38: kuasa Majlis Raja2 menghalang parlimen membuat undang2 yg menyentuh kedudukan
Raja2 Melayu, org Melayu, Islam & bahasa Melayu
Perkara 150 (6) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak,
kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa
lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153: kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum lain.
Lain-lain peruntukan dalam perlembagaan Malaysia tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu
Perkara 90
Perkara 8(5)
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
(Perkara 153)
Hak ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain yg diberikan.
Tp perkara ini juga melindungi kaum2 lain iaitu yang DiPertuan Agong bertanggung jawab
melindungi hak2 mereka yg sah menurut peruntukan lain

Siapakah MELAYU dan BUMIPUTERA Sabah & Sarawak?
Dlm Perlembagaan Malaysia Perkara 160, MELAYU ditakrifkan sebagai:
Lazimnya bertutur dlm Bahasa Melayu
Beragama Islam
Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala BUMIPUTERA Sabah & Sarawak ialah:
Sarawak: terdiri dr mana2 satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kedayan, Kelabit, Kayan Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun
dan Ukit, atau dia berketurunan campuran dr kaum tersebut.
Sabah: anak atau cucu kpd seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

JUSTIFIKASI/RASIONAL
RASIONAL PERKARA 153
Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan bukan Melayu.
Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak keistimewaan org
Melayu.
Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan
w/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap Persekutuan Tanah
Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah oleh Inggeris.
3 perkara dlm Perkara 153
Perkhidmatan Awam
Tanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS dgn
memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam persekutuan yg baginda
fikirkan perlu.
Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang olehnya.
Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm perkhidmatan awam
mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yg lain.
Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu kadar bilangan dlm
perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di awal kemerdekaan, sedikit sangat
bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.
2. Ekonomi
Rata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan berada dlm kemiskinan
iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.
Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd kepesatan ekonomi di
Tanah Melayu/Malaysia.
Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu) belum tercapai.
Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan (lihat k/kerja)
Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.
Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi lesen perniagaan dan
premis perniagaan yg strategik
3. Pendidikan
Penjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu dlm kemiskinan.
Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg lebih baik drpd
i/bapa mereka.
Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup, kekurangan buku teks dan
bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu.
1970: bilangan pelajarbumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah 40.2% berbanding
non-bumi 56.2% - contoh, di UM
Peratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah
Sambungan.
Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur, peguam) pd 1970
hanya 4.9% atau 225 org.
Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal ketinggalan (tahun
1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )
Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun ia masih lagi
tertinggal jika dibandingkan non-bumi.
w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan tidak menghapuskan
sekolaj jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg merdeka hingga sekarang.
Pengekalan ini seolah bercanggah dgn Penyata Razak 1956 yg mahu mewujudkan sistem penddk
kebangsaan
Pengekalan sekolah ini t/bgt menyumbang ke arah integrasi nasional demi mengukuhkan
perpaduan kaum
Sambungan
Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggi

RASIONAL PERKARA 152
Rasional pemilihan bahaa Melayu sbg bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu telah menjd lingua
franca di Nusantara sejak berabad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dr segi
istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
Pd 1914, Sultan Johor pernah mengutus surat kpd Gabenor Singapura dlm bahasa Melayu.
Pegawai2 Eropah yg memegang lebih 95% jawatan Kumpulan 1, perlu pelajari BMelayu, ambil ujian
BMelayu dan perlu lulus. Barulah boleh ditempatkan di Tanah Melayu.
Jelas BMelayu telah diterima sbg bhs rasmi sejak sebelum dan semasa zmn penjajah.
Bahasa Melayu (Perkara 152)
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yg mengikut implikasi yg diperlukan mestilah digunakan
utk maksud2 rasmi)
Tiada siapa yg dilarang daripada menggunakan (selain drpd maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa2 bahasa lain.
Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan & pembelajaran bahasa lain dlm persekutuan.

RASIONAL PERKARA 3
Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahun
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris
menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.
Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm Perkara 60
Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.
Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan undang2 Islam ialah
undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang2 tersebut.
2) Agama Islam ( Perkara 3(1) )
Agama Islam adalah agama persekutuan
Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan utk
menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam
serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.
Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan.
Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap org berhak
utk menganut & mengamalkannya.
Hak penganut agama lain ialah:
Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang2

TAJUK 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA

MATLAMAT: pembinaan negara-bangsa
(DEFINISI NEGARA-BANGSA):
bermaksud suatu wilayah yg mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara
atau bangsa.Suatu bangsa harus membentuk suatu negara tetapi disebabkan berlakunya migrasi,
peperangan @ penjajahan, terdapat bangsa yg tidak bernegara, atau negara yg tidak berbangsa.
Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sbg sebuah negara-bangsa yg sempadan
wilayahnya terdiri drpd gabungan daerah yg berbeza, gabungan bangsa yg berbeza, gabungan
kerajaan yg berbeza- maka isu pembinaan negara-bangsa ini adalah sangat penting.

METOD:
Perubahan Aspek struktural dan budaya
Sekularisasi budaya politik
Partisipasi politik yang lebih besar dalam kalangan rakyat
pembentukan dan perlaksanaan dasar awam seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa
Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara.

UKURAN PENCAPAIAN
Berdasarkan tahap integrasi nasional yg dpt diukur secara kualitatif atau kuantitatif.

Ini termasuklah kejayaan dasar2 nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihan raya, ukuran
perbandingan dgn negara lain dan kebebasan bersuara.

REALITI MALAYSIA: KERENCAMAN DEMOGRAFI POLITIK
Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen.
Sejak p/raya 1994 dan 2004 DRakyat ada 219 wakil
Dominan Melayu dlm politik negara jelas & nyata
Kerusi majoriti sebanyak 186: iaitu Melayu Semenanjung ada 125 kerusi & 31 kerusi Bumiputera
Sabah Sarawak (kesemuanya 156), 30 kerusi Cina dan 33 kerusi plural (bukan majoriti)=219
Kerajaan yang stabil memerlukan semua kaum berkerjasama dan berkongsi kuasa kerana tiada
kaum akan dapat memerintah tanpa sokongan kaum yang lain.

KEMUNCULAN PROSES POLITIK BERPARTI SEMENANJUNG MALAYSIA
Bermula Selepas Jepun menyerah kalah & Inggeris kembali ke Tanah Melayu.
Penentangan terhadap Malayan Union penubuhan UMNO, MCA & MIC, membawa kepada
pembentukan parti PERIKATAN.
Semua parti2 ini ditubuhkan berdasarkan perkauman tapi kerjasama etnik dapat dicapai dlm
gabungan yg besar ini.
Percubaan menubuhkan parti berdasarkan pelbagai etnik tlh berlaku bermula dgn Dato Onn Jaafar,
hingga sekarang tapi tidak pernah berjaya.

MELAYU - Pesaing UMNO terhadap sokongan Melayu adalah PAS, Semangat 46, Keadilan.
CINA pesaing MCA terhadap sokongan Cina adalah beberapa parti dlm BN (seperti GERAKAN)
dan juga di luar BN (seperti DAP).
INDIA MIC tiada pesaing yg signifikan sehingga pertengahan 1990an. Pesaingnya kemudiannya
adalah dari dlm BN & luar BN.
Tetapi ia berubah selepas itu dgn penubuhan PPP (Peoples Progressive Party) yg mendpt sokongan
padu/majoriti di Perak.
MIC pesaing dari luar prti adalah IPF (All Malaysian Indian progressive Front) di bawah pimpinan
M.G Pandithan (bekas pemimpin MIC yg disingkirkan).
IPF sentiasa memberi sokongan/kerjasama kpd BN pada setiap pilihanraya tetapi masih belum
diterima masuk ke BN kerana bantahan MIC.

SARAWAK
Parti terawal ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples Party SUPP
Berasaskan berbilang etnik tapi kemudian kaum Cina mendominasikan parti ini.
Cadangan pembentukan Malaysia 1960 menyebabkan etnik2 lain menubuhkan partinya sendiri
kerana menganggap parti yg ada tidak mewakilinya.
Antaranya SNAP, Pesaka, PANAS, SCA, PBB, PBDS

SABAH
Seperti juga Sarawak, pd peringkat awal cadagan penubuhan Malaysia, parti2 berdasarkan etnik
ditubuhkan.
Sejak menyertai Malaysia,parti yg ada ialah UNKO (United Kadazan National Organization) menjadi
gabungan UMNO, MCA, MIC sbg model.
Lain2: USNO, BERJAYA, PBS (PBS jatuh & UMNO ambil alih).
Kejatuhan PBS membawa kpd penubuhan parti2 baru spt PBRS, PDS, SAPP

ASAS-ASAS PENTING PROSES POLITIK MALAYSIA
1.KONTRAK SOSIAL 1948 dan 1957
2. PERJANJIAN MALAYSIA 1963
Perjanjian bagi kemasukan Sabah, Sarawak, Singapura,Mengandungi semua tuntutan Sabah,
Sarawak, Singapura yg dipersetujui & dimaktubkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963




TAJUK 5:
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KONSEP MODENISASI
Modenisasi : satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan masyarakat. Ia
dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara terutama yang baru
merdeka.
Perubahan berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana

Perubahan Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian ditentukan
terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg disebut modenisasi
(mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.)

Perubahan Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu
usaha perubahan secara berencana.
Ini diistilahkan juga sebagaiPEMBARATAN

PEMBANGUNAN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN
MATLAMAT pembangunan ekonomi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri.

METODE yg digunakan:
Pembangunan teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional dikesampingkan untuk
memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2 canggih.
Pembangunan pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd pertanian komersial.
Industrialisasi; iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn menggunakan teknologi
canggih.

UKURAN PENCAPAIAN:

Pertumbuhan yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti KNK (Keluaran Negara Kasar)=GNP (Gross
National Product)

SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA
1.Sebelum Penjajahan
Mengamalkan sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri

2. Semasa Penjajahan
Bersifat dwi ekonomi; Tradisional + kapitalis

3. Selepas Penjajahan
Sistem Ekonomi moden; sektor tradisional masih wujud di luar bandar

ASAL MULA MODENISASI
Bermula melalui 2 revolusi besar iaitu Revolusi Perancis (yg merubah sistem politik feudal Eropah)
dan Revolusi Industri (yang merubah sistem ekonomi eropah).
Imperialisme dilaksanakan melalui perdagangan spt syarikat British East India Company.
Penjajahan dilakukan ke atas wilayah yg terpilih utk memastikan perlanjutan pembekalan barang
mentah, buruh dan pengawalan pasaran secara berterusan.
Penjajahan telah mengubah landskap sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, ilmu & alam sekitar
wilayah bukan eropah.

*Kritik terhadap gagasan Modenisasi
Banyak kritik telah dikemukakan terhadap gagasan modernisasi yang diwar-warkan sangat mulia dan
positif tetapi sebenarnya membawa kepada keterbelakangan atau kemunduran terutama kepada
golongan minoriti dan tradisional
Modenisasi juga adalah anti tradisi.
Akibatnya sistem kepemimpinan tradisional, sistem ekonomi sara hidup dan keupayaan teknologi/kraf
tempatan pupus
Kelompok yang paling kehilangan ialah masyarakat pribumi atau masyarakat tradisional yang berada
di luar daripada sistem kapitalis.

PROJEK MODENISASI MALAYSIA
Diasaskan sejak zaman kolonial inggeris
Diteruskan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

MATLAMAT:
Peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan peralihan
dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur
dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8 hingga 9% terutama pada
tahun 1980-an dan 1990-an.

UKURAN PENCAPAIAN bg pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran
seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
Kualiti hidup masyarakat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan
kadar inflasi yang rendah.




HUBUNGAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK MALAYSIA
Melalui proses penjajahan, alam sekitaran Malaysia telah diubah untuk membolehkan tanaman
seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di eropah.
Begitu juga dgn industri bijih timah, amat penting utk pembangunan infrastruktur sebagai sokongan
kpd industri asas.
Contohnya, perlunya landasan keretapi, jalan raya dan pelabuhan yg boleh menampung keperluan
eksport dan import
Tenaga buruh di Malaysia juga unik, kerana terdapat division of labour mengikut kelompok etnik.
Ciri-ciri etnik dalam struktur ekonomi di Malaysia
Demografi: Melayu adalah majoriti, Cina dan India minoriti.
Politik: etnik Melayu membentuk majoriti.
Tetapi majoriti dlm demografi dan politik bukan bermakna majoriti juga dlm ekonomi.
Etnik Cina adalah majoriti dlm ekonomi.
Inilah yg menjd isu dlm pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kumpulan etnik.
Ini berlaku akibat dasarpecah & perintah British, yg hampir tidak memungkinkan setiap kaum
bertemu/bergaul > Plural society.

Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja yang
memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah.
Pulangan dan gajinya juga rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor tradisi sementara orang Cina menguasai sektor yg lebih maju
dan berteknologi tinggi.
Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum saling mencemburui
satu sama lain.
Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara orang Cina & India pula
cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang perkhidmatan dlm sektor2 pentadbiran.

Rasional Modenisasi
Perlu demi integrasi ekonomi!
Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun,
Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2 ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan dapat
dimansuhkan.
Dasar2 ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini sehingga
mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan seterusnya
dihapuskan.


Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Telah mula dirangka dan dilaksanakan sejak 1950.
2 rancangan pembangunan yg awal: Draf Rancangan Pembangunan (1950-55) dan Rancangan Lima
Tahun Malaya Pertama (1956-60) telah digubal oleh Inggeris.
Ia bertujuan utk perbaiki kedudukan ekonomi mereka yg terjejas akibat Perang Dunia Kedua.
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri, dgn
tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.
RMK-1 (1966-70): beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import.
RMK-2 (1971-75): menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor
dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dr industri
gantian-import kpd industri berorientasikan eksport.
RMK-3 (1976-80): melanjutkan dasar industri yg dirangka pd RMK-2.
RMK-4 (1981-85), RMK-5 (1986-90) dan RMK-6 (1991-95) adalah rancangan pembangunan yg
menitik beratkan industri berasaskan teknologi yg lebih maju dan dasar pengswastaan.
RMK- 7(1996-2000) dan RMK-8 (2001-2006): memberi perhatian kpd industri berasaskan K-ekonomi.


DASAR-DASAR AWAM: PERTANIAN, PERINDUSTRIAN dan K-EKONOMI
1960an dan 1970an, meskipun pembangunan berubah kpd perindustrian tetapi sektor pertanian
masih diutamakan.
Seseuai dgn dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yg bertanggung jawab utk memajukan
sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar tlh diwujudkan spt FELDA, FELCRA dan
MARA.
1980an dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian & beberapa dasar tlh digubal spt Dasar
Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai dgn perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi tlh disusun utk meningkatkan
pembangunan ekonomi yg berteraskan kpd teknologi ICT dan K-ekonomi.

DASAR PERTANIAN
Kerajaan telah mengadakan beberapa agensi pembangunan utk memberi kemudahan kpd petani,
antaranya:
MARDI (Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Msia)
Jabatan Pertanian: mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan teknologi baru.
Lembaga Pertubuhan Peladang: mengadakan kemudahan perolehi bahan2 baja, racun, jentera
kenderaan, memproses dll
FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan): mengelolakan pemasaran hasil2 yg
dikeluarkan.
Bank Pertanian: mengelolakan kemudahan kredit utk rancangan projek pertanian.
Jabatan Perikanan & Haiwan: memberi nasihat & tunjuk ajar ternakan dan perikanan.

ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Antara agihan dan pertumbuhan
Berbeza antara kelas sosial iaitu kelas atas, menengah dan bawah
Berbeza antara kelompok etnik- Melayu, Cina, India
Antara Hak samarata (Perkara 8) dan Hak Istimewa (Perkara 153) Perlembagaan Malaysia
Perkara 8(1) menegaskan semua org adalah sama rata di sisi undang2. Ini telah digunakan oleh
sesetengah pihak utk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan & dicapai di
Malaysia. Oleh itu, mereka berpendapat Perkara 153 (hak istimewa Melayu & Bumiputera) harus
diteliti semula.
Tetapi Perkara 8(2) telah menyatakan; kecuali sebagaimana dibenarkan dgn nyatanya oleh
perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap w/negara semata2 oleh sebab agama,
kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dlm mana2 undang2 atau dlm pekerjaan

DEB dan hubungan kaum
Ada 2 matlamat; iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
1971-1990
Usaha utk meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurangnya2 30%
Punca rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah disebabkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum


Pendidikan, Ekonomi dan etnisiti: Bahasa, sains dan ekonomi
Kedudukan bahasa sebagai bahasa penyatuan
Sikap skeptik terhadap kemampuan bahasa kebangsaan masih ada
Selepas hampir 50 thn merdeka peranan dan penguasaan bahasa Malaysia telah meningkat
Wujud dualisme kini dalam perlaksanaan bahasa malaysia sbg bahasa kebangsaan

GLOBALISASI, EKONOMI MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
Kejayaan ekonomi Asia pd 1980an & 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yg mana
banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.
Akibat aliran keluar masuk modal asing itu juga telah menyebabkan negara2 Asia termasuk Malaysia
mengalami krisis ekonomi 1985-86 dan 1997-98

Krisis ekonomi 1985-86 & 1997-98 Dan Implikasinya
Meninggalkan kesan kpd syarikat2 besar, kecil dan sederhana samada yg dimiliki oleh usahawan
Melayu dan bukan Melayu
Syarikat bukan Melayu dpt bertahan kerana lebih byk pengalaman
Tetapi syarikat Melayu/bumiputera yg kebanyakannya lahir dr DEB dan Dasar Penswastaan
berhempas pulas utk bertahan.
Pertengahan 1998, 191 syarikat majoriti sahamnya milik bumiputera telah muflis, 25,000 syarikat IKS
alami masalah

Ekonomi Islam dlm ekonomi arus perdana Malaysia
1970an kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan Islam
semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan dasar ini diperkenalkan
1. mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2. meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3. merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4. mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu mencapai matlamat DEB
9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm bidang ini akan
tercapai.

Tajuk 6:
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

PROGRAM INTEGRASI DI MALAYSIA
1.Kejayaan Malaysia stabil sebagai sebagai sebuah negara pelbagai etnik ada kaitannya dengan
kejayaan program permodenan politik dan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan sejak awal zaman
kemerdekaanya.

2. Sejarah dan pengalaman pluraliti yang telah wujud sejak zaman awal persejarahan iaitu dengan
kedatangan orang-orang Cina dan India juga meletakan asas yang kukuh untuk berlakunya integrasi
yang lebih tulin.

DASAR DAN PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN:
Ada dasar dari atas ke bawah seperti;
1. RUKUN NEGARA
Diperkenalkan 31 Ogos 1970
Utk memupuk integrasi nasional ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969 yg berpunca dari jurang sosio-
ekonomi yg jauh antara Bumiputera dgn bukan bumiputera

5 PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kejayaan Dasar ini
.Menjadi Ideologi Negara dan identiti negara bangsa
.Mewujudkan nilai-nilai sepunya bagi semua etnik
.Mewujudkan wawasan atau cita-cita yang dikongsi bersama

2. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA dan DEB
Dasar pemulihan dan langkah memperbetulkan ketidakseimbangan antara kaum dlm pelbagai sektor
Mewujudkan masyarakat bumiputera yg aktif dlm perniagaan dan industri.
Komuniti perniagaan Malaysia.

Kejayaan Program Ekonomi & DEB
.Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar
.Menghilangkan monopoli ekonomi oleh sesuatu etnik sahaja
.Berjaya menyusun semula struktur ekonomi Malaysia. Cth dari agrarian kepada industri dan
seterusnya pertanian industri
..Meningkatkan kualiti hidup rakyat

3. Perspektif Wawasan 2020
Wawasan 2020 juga adalah respons kepada pembangunan ekonomi , sosial dan politik yang berlaku
pada peringkat nasional dan antarabangsa
Wawasan ini menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi
Dari segi ideanya ia bertujuan mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan
kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu
kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap
bangsa sendiri (Tun Mahathir)
Untuk merealisasi wawasan 2020 ini 9 cabaran untuk diharungi telah dikenal pasti.

Kejayaan Wawasan 2020
.Berjaya mewujudkan perkongsian wawasan
.Menyiapkan masyarakat dalam menghadapi masa depan
.Mengukuhkan solidariti rakyat dari bebagai etnik
.Satu pelan tindakan nasional

4. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada pembinaan masyarakat yang
harmonis
Perkembangan dasar pendidikan dari Penyata Razak (1956) >Ordinan Pelajaran 1957; Laporan
Rahman Talib (1960) > Akta Pelajaran 1961; dan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Dasar
Pendidikan ditubuhkan pd 1974 bertujuan memperbaiki sistem pendidikan negara dgn matlamat
supaya berjaya lahir satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat terlatih bagi pembangunan negara.
Ada Falsafah dan matlamat pendidikan negara dan ada Strategi pelaksanaan

Kejayaan Dasar Pendidikan Nasional
.Integrasi yang berkesan untuk generasi muda
.Memperkasakan bahasa kebangsaan
.Menekankan pembinaan daya rohani dan jasmani
.Projek deperti sekolah wawasan dan RIMUP

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar pepaduan melalui kebudyaan berdasarkan 3 prinsip utama
1. Islam sebagai teras utama
2. Budaya asal Malaysia sebagai rujukan utama
3. Budaya kaum lain yang tidak betentangan dengan prinsip awal di atas adalah pelengkap
Impak/Kejayaan
.Kurang berjaya kerana perspektif yang sempit terhadap budaya
.Prasangka

Dasar dari bawah ke atas lebih melibatkan partisipasi masyarakat dan NGO. Antaranya ialah rumah
terbuka, gorong royong, Rukun Tertangga dan aktiviti belia


Tajuk 7
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Bentuk HE mengalami turun naik dan ada sejarah konflik antara kaum:
Selepas pendudukan Jepun
Bukit Mertajam, 1964
Kuala Lumpur, 1965
Pulau Pinang, 1967
Peristiwa 13 Mei 1969
Iktibar Peristiwa 13 Mei:
Kerosakan harta benda & nyawa
Darurat & perintah berkurung
Mencabar kedudukan orang Melayu

1.CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1.Cabaran Sosial
2.Cabaran Ekonomi
3.Cabaran politik
4.Cabaran Nilai antara etnik; dan
5.Cabaran Globalisasi dan Teknologi


1. Cabaran sosial
Wujud kerana perbezaan seperti:
Pemisahan Fizikal
Sistem Pendidikan yang Berasingan
Polarisasi dalam kalangan Pelajar
Kontrak sosial yang didefinisikan mengikut kepentingan etnik masing-masing

2 Cabaran dari aspek ekonomi
Penguasaan Ekonomi yang berbeza
Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan sektor Ekonomi

3 Cabaran dari aspek politik
Politik perkauman yang kuat dan sempit akan meyukarkan cabaran HE yang sedia ada.

4. Cabaran Nilai antara Etnik
Perbezaan nilai wujud kerana adanya perbezaan hasil kepelbagaian agama,adat istiadat, bahasa dan
kebudayaan. Semua aspek ini mewujudkan nilai yang tersendiri dalam sesebuah etnik itu.


5. Cabaran Globalisasi & Teknologi
Proses globalisasi @ pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik barat sejagat,
adalah antara cabaran yg terpaksa dihadapi oleh rakyat Msia.
Era kini, penjajahan tidak lagi boleh diterima.
Kini mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia.
Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai2 negatif, ekonomi
bebas, S&T.
Semua itu memusnahkan, begitu juga dgn sistem politik (demokrasi) yg mereka canangkan sbg yg
terbaik.
Mereka export segala macam keburukan yg merosakkan negara & alam sekitar, budaya hiburan,
eksploitasi sumber manusia & bahan mentah.
Globalisasi dlm bentuknya yg terselindung adalah lanjutan proses penjajahan budaya yg berupaya
melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kpd pembinaan jatidiri & tamadun Malaysia.

2. PEMBINAAN JATIDIRI ACUAN MALAYSIA

Apakah jatidiri?
ciri2, gambaran atau keadaan khusus seseorang
Identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme & kewarganegaraan yg
semuanya menjurus kpd ketahanan & kemurnian nilai sesuatu bangsa.
Oleh itu, jatidiri adalah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati secara
kolektif & dominan sifatnya yg dapat mencirikan rupa & peribadi bangsa. Samada tentang semangat,
sikap,pendirian, kepercayaan, tekad & visi bangsa.

Beberapa Pendekatan Pendekatan pembinaan jati diri cara Malaysia berbeza dari pendekatan yang
digunakan oleh negara lain

Misalnya di Amerika Syarikat mereka membawa pendekatan salad bowl dgn segala kumpulan etnik
yg mempunyai identiti sendiri iaitu hampir semua penduduk dunia ada wakilnya di US Mereka juga
bangga dgn perbezaan ini.Semua mereka berbeza & itulah kesamaan yg mereka war2kan

Di Indonesia pula
Menggunakan pendekatan pancasila, bahasa dan semangat keIndonesiaan yg diasaskan oleh
Soekarno.
Tidak ada rakyatnya yg tidak fasih berbahasa Indonesia.
Pancasila pula lebih penting daripada agama dlm kehidupan harian.
Ia menjadi falsafah hidup yg lebih penting drpd Syariah, jika seseorg itu beragama Islam.

Singapura pula melaksanakan
Program socio-engineering, dgn taburan demografi penduduk yg khusus & penulisan semula
sejarahnya
Setiap kawasan perumahan merangkumi kumpulan yg dominan & pemecahan kumpulan2 minoriti.
Con: Kebanyakan org Melayu tidak dikelompokkan bersama2.
Dgn cara itu, mereka berharap boleh menghasilkan generasi baru yg lebih Singaporean drpd
sebelumnya.
Agama tidak begitu diambilkira sbg faktor terpenting & yg menjd pegangan adalah ajaran Confucius
sbg nilai etika sejagat utk penduduknya.

3.FAKTOR PENENTU KEJAYAAN INTEGRASI

1.Keazaman Politik
Pemimpin mempunyai niat yang ikhlas utk menginstitusikan hubungan etnik.
Dari sini tercetus kemahuan & kesukaan serta aktiviti yg disengajakan dlm bentuk pelan tindakan yg
berkesan, yg berlaku akibat adanya niat itu tadi.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran pentingnya hubungan etnik yang harmonis

2.Khalayak Kritikal
Ada 2 aspek.
1. Adanya Kumpulan sasar terutama generasi mudan, dan;
2.Adanya satu badan induk yg menjadi pemangkin kpd semua program hubungan etnik &
integrasi.Iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
Dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yg dlm proses mengeluarkan agen2 integrasi
nasional dan hubungan etnik.

3.Kekukuhan Ekonomi
Faktor ekonomi sangat memainkan peranan dlm menentukan kejayaan & keberkesanan hubungan
etnik yg wujud di Msia.
Pengajaran telah terpahat dlm peristiwa 13 Mei.

4.Kedudukan Agama Islam dan menerima perbezaan agama
Sesuai dengan pengaruh dan fungsi signifikan Islam dalam masyarakat Malaysia dan sebagaimana
termaktub dalam PP perkara 3(1)



5.Berkongsi Wawasan.
Contohnya wawasan 2020 yang dikongsi bersama untuk membawa masyarakat Malaysia maju ke
hadapan

6.Penggunaan sains dan teknologi
Di Malaysia, penggunaan Mykad, 3G, interaksi virtual, perkongsian portal, penerbangan tambang
murah dpt meningkatkan integrasi & eratkan hubungan etnik tanpa melibatkan perundangan.


TAJUK 8
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA

Terdapat nilai-nilai sepunya seperti pandangan tentang kekeluargaan, pandangan terhadap alam,
nilai-nilai kemanusiaan dll.

Prinsip ISLAM
Menerima dgn positif kemajumukan etnik/ manusia : al-Hujurat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan
amalan kamu).

Ajaran KRISTIAN
Jesus : Love thy neighbor as thyself

BUDDHISME
Gautama Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis

4. HINDUISME
Konsep bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama makhluk

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS AGAMA
Berkenal-kenalan (al-Taaruf)
Faham-memahami (al-Tafahum)
Bekerjasama (al-Taawun)
Persaudaraan (al-Ukhuwwah)
Berkasih sayang (al-Mahabbah)
Jamin menjamin (al- Tadhamun)

BERKENAL-KENALAN
Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu
dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera, bukan untuk
bermusuh-musuhan.
Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana
pihak.
Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka
perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan.
Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan agama.


PERSAUDARAAN
Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan atas
dasar beriman dan bertaqwa.
Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada hubungan yang
berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan.

BERKASIH SAYANG
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dipupuk
dalam sanubari setiap anggota masyarakat.

Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik.
Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan dengki
mendengki antara satu sama lain.



JAMIN MENJAMIN
Rukun kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling melindungi antara satu
dengan yang lain.
Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk
membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan
pertolongan.

APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

Kemesraan komunikasi
Budaya ziarah menziarah
Mengambil berat
Hormat- menghormati
Menghormati jiran
Bersama dalam membuat keputusan


KEJIRANAN DAN HUBUNGAN ETNIK
KONSEP JIRAN :
Mengikut Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang
dikenali sebagai orang sebelah atau tetangga.
Ditinjau dari sudut Islam, jiran itu ialah orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu
kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara
dan selatan di sekeliling rumah anda.

PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan unsur-unsur
seperti berikut:
Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran
mereka.
Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.

HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut:

Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi

KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK
Fitrah kemanusiaan
Tuntutan keagamaan
Memenuhi keperluan hidup
Elak dari bergantung dengan kuasa luar

You might also like